Skip to main content

Nasi Kandar Lawood yang terbaik area Nilai

sudah hampir lunch time..nak makan kat mana?makan apa?emm aku dah bawak bekal so takde kisah nak turun kafe ke hapa.hari ni bawak sayur kacang panjang goreng dengan isi ayam.alkisah malam tadi kemas bekas2 dlm peti ais,nampak dada ayam 2 ketul.simpan lama-lama bukan elok ayam ni.potong kecik-kecik,blend bawang putih.bawang merah..panaskan minyak-masuk ayam dan kacang panjang dan serbuk kunyit sikit .perasakan,okey dah siap.eh!lupa lak buh cili,mana sedap kalau tak pedas.so ambik cili padi potong2 letak atas tu.so hari ni makan sayur je ;)

tengok gambar dalam folder,nampak sekeping gambar ambik last week..dah lama aku nak buat entri tentang sebuah restoren nasi kandar area Nilai yang telah diakui memang sedap.tapi sebab lupa ambik gambar,terus tak jadi nak tulis.taknak la cilok gambar orang lain.

Ok,kalau yang pertama kali kesana pasti terkejut sebab owner dan juga pekerjanya bukan mamak penang @ keturunan mamak.tapi adalah orang Melayu kita,slanga diorang macam melayu Pattani tapi kalau tak kenal ramai cakap diorang asal Kelantan.sebenarnya tak banyak beza loghat Kelantan dengan Melayu Pattani ni.nak pulak yang belah-belah area Tumpat sana.sebab mereka dah dekat dengan sempadan Thailand.

Sebelum tulis aku dah gugel 'nasi kandar lawood' dan rupanya ada beberapa blog yang telah menulis entri restoren.antara blog yang ada tulis ialah Bro Zarul Umbrella ,Mama Kerry dan juga blogger Munzir..semuanya memuji kesedapannya,tak salah kan kalau aku tulis versi aku pulak walaupun dah ramai tulis,aku bukan tiru apa yang mereka tulis tapi aku tulis tentang pengalaman sendiri.tak gitu?hehe

okey..let go to the zoo ops..sori,let go to the restoren.

2 lot kedai nasi kandar lawood
aku kenal restoren ni dari zaman aku bujang lagi.masa tu nama kedai ni bukan nasi kandar lawood.owner kedai ni cuma pekerja kat restoren tu dulu.boleh kata tiap-tiap hari aku akan makan dan kadang2 kalau tak makan,aku tapau makan kat rumah.setiap hari memang beratur orang nak membeli@makan kat sini.selain nasi kandar..depan kedai tu ada brader jual kue teow kerang yang memang sedap giler..teringat boleh buat air liur meleleh.kemana dah brader tu agaknya sekarang.eh!keluar tajuk..hehe

beberapa tahun kendian,aku dengar citer kedai tu berpecah.kedai baru tu di uruskan oleh pekerjanya  tapi lama kelamaan,kedai asal dah kurang orang tapi kedai pekerja nya makin maju.sampailah sekarang..wife owner,aku panggil Kak Dah.kalau lama aku tak datang mesti akan cakap 'lamo tok napok'(maknanya lama tak nampak).orang berniaga biasalah,kena manis mulut.oh,anaknya yang paling kecik sebaya anak dara kenit aku sebab masa aku peknen tu sama-sama ngan dia.

borak jap dengan owner.dia sebenarnya borak ngan en abe tapi aku tumpang dengar.katanya ramai yang mintak nak jadi francais tapi dia masih fikirkan.katanya dia nak jaga kualiti dan rasa.kalau ada yang nak jadi francais pun dia akan pastikan rasa adalah sama..

mak aku dulu,memang tak layan kalau masakan kari mamak style ni..tapi bila makan kat kedai ni siap mintak tapau nak makan kat rumah.aku paling suka sotong besar tu..tapi kalau pegi lewat memang dah habis.macam hari aku mc tu lah,pegi dah jam 3petang..bukan je sotong yang abis,janggut sotong pun tak nampak bayang..so ambik jelah lauk ayam dan telur masin.dalam sakit gigi tapi sepinggan nasi licin.huhu

ayam,telur masin dan sayur kobis
kuahnya memang terbaek 
so kalau sesapa sesat area nilai,cari je Taman Cempaka..belakang sikit ada flat dan kedai tu hujung sekali (2 lot kedai) sebelah tu ada minimarket..sederet  dengan sekolah rendah taman cempaka.kalau tak jumpa jugak korang tanya la en gps,aku bukan reti sangat bab bagi direction ni..kang salah bagi direction sesat sampai Guatemala pulak,hehe

psttttttttt..entri ini bukan berbayar ye,sedap ditekak aku tak semestinya sedap di tekak korang.jadi rasa dulu baru komen ;)

Comments

mummY daniSha said…
tempat feveret aku ni...selalu gi sini..sebab rumah along kat nilai...lg best owner die bukan mamak hehe
cheqna said…
bila dapat merasa ni =)
bangsawan nilai said…
antara kedai fav aku gak ni.
resepi n. kandarnya tetap sama mcm dulu tp harganya makin mahal.

lunch kena beratur tambahan pulak 'geng kargo & airport' selalu tapau banyak2.
Anamarza said…
lama gila tak makan nasi kandar, baca entry ni rasa nak makan nasi kandar tgh hari ni jugak, tapi tadi hubby cakap nak tapaukan nasi beriani je
Puteri Satu said…
oh tahu kat area tu tapi tak tahu plak nasi kandar kat sini sedap...
zana-norzana said…
kalau pergi sebelum dalam pukul 12 tengahari, belum beratur panjang lagi....
Dr K said…
hahaha..harus try ni! Sebab rumah mertua kat Btg Benar aja..selalu saya ke As Salam aja...tapi takde la sedap mana pun nasi dia...
Mulan said…
sungguh lama tak pekena nasi kandar..
Nieda said…
sotong , sotong jangan sebut ..
Tijah said…
Aku tau, aku tau. Penah makan taun 2005 dulu. Oooo ada lg kedainya ek. Wiken dia bukak x?
paridah said…
rajin jd mnulis dgn pnuh smangat walau xberbayr ye irfa.....buat pahalabnyk tu...
Unknown said…
bila bila aku gi sana kita pi makan sana nak? (yang tah bila la tu kan T_T)

arrange biar laki ko boleh pegi jugak nanti okeh..

telur sutun ada tak? laki aku suka kalau ada telur sutun..kira nak sogok dia la ni..hahaha...
Irfa said…
@mummy danisha..
okey..sorang dah menyokong saya :)
tq

@cheqna..
bila2 pun boleh,ajaknya cik abang ke sini ;)

@bangsawan-nilai..
semua benda mahal skrg jadi rega tu masih okey lagi aku rasa.mmg pun,kalau ada yg nak gi lawood kat opis ni,ada je yg nak mengirim.takut nanti biru le jemari tukang bawak membimbit plastik.hehe
Irfa said…
@anamarza..
rajinnya hubby siap tapaukan lagi.takpe,esok masih ada ;)

@kak puteri..
dah dekat dgn umah akak tu,jomlah sambil2 beli barang kat tesco@giant bolehlah lajak ke kedai tu ;)nanti komen ye

@zana-norzana..
mmg pun,kalau lambat sikit x dapatlah sotong ;)
Irfa said…
@daddy ziyyad..
harus kena pegi tu,dah dekat sgt dah tu.al salam mana awak pegi?bbn @ yg dekat inti kolej tu?itu biasa dah,mamak style..yg ni lain.nanti cuba tau.wah!promo abis ni.hehe.jgn lupa share kat blog ye kalau dh pegi

@mulan..
org rajin masak :)

@kak nieda..
knapa sotong xleh sebut?
sutun buleh?hehe.sotong ada telur emm yummy
Irfa said…
@tijah..
bukaklah..kdg2 je x bukak.tapi raya haji ni diorang cuti sminggu ;)
siap ada notis pemberitahuan lagi kat kaunter bayar.maklum ramai peminat

@kak paridah..
menulis ikhlas dr hati.tp kalau tak kena dgn selera jgn salahkan saya.sedap di tekak saya x semestinya sedap kat tekak org lain ;)
Irfa said…
@rai..
boleh boleh..bila tu?kena set betul2 tahulah en abe aku keje shift.sotong bertelur tu ikut nasib..kalau nasib baik dapatlah telurnya :)
eija_sweetmama said…
ada link mamakerry kat sini..ehhhee,
eija pun betul2 sekali tu jerk rasa, teringin nak g makan kesana lg..tp x tau la bila dpt g kesana lg..kalau waktu kerja ni eija mgharapkan ehsan kawan2 jerk la sbb g keje asben antar so patah kaki la xde kereta.., asben pulak x minat sgt nasi kandar..
damiamaaisara said…
Satu lagi nak tambah, selain nasi kandar nya....teh o ais mmg terbaik, jarang sekali nak order sampai 2 kali setiap kali singgah kat sana....memang rasa teh nyer yg nipis...bukannya kelat seperti yang selalu kita lalui dikedai mamak yang lain...harap maklum
P/s: actually dah lama x singgah walaupun staying nearby

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')