Skip to main content

Pemeriksaan Pap Smear.Ayuh Wanita,Jom Lakukan...Jangan Tunggu Lagi

Salam Semua ;)

Aku lewat sikit sampai opis pagi ni,sebab sebelum datang keje singgah klinik buat pemeriksaan Pap Smear.Tahun lepas dah buat,alhamdulillah..result normal dan kata misi tu,kena datang lagi setahun kendian.Aku buat October tahun lepas dan October bulan ni cukup setahun,kena lah buat sekali lagi.Mintak sangat moga result juga normal.Kalau normal..lepas ni kena buat 3 tahun sekali.

Sumber dari sini

Ujian Pap Smear
Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.

BAGAIMANA IA DILAKUKAN?
Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.


MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.


DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.


Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP.


tahun lepas ada tulis sikit macam mana pengalaman masa buat ujian tu,tapi entri tu dah 'simpan dalam peti besi'.so aku terangkan sikit la ye

kalau tanya aku,ujian tu TAK SAKIT cuma MALU je pada misi yang buat ujian tu.tapi tolak la malu tu kat tepi pintu,ujian ini penting untuk kita tahu sebelum ia menjadi lebih parah.Orang kata 'cegah sebelum parah'.lagipun misi tu pompuan,sama jantina nak malu apa.apa yang kita ada,dia pun ada..

Kata Misi Yang Check tu..
-ujian sebenar lepas sample hantar lab,tapi dengan mata kasar..dia juga boleh nampak kalau ada sel tidak normal.

-contohnya:biji2 merah di pintu rahim..

tadi aku gugel sikit tentang ini kanser pangkal rahim.tengok gambar banyak gambar yang membuat bulu tengkuk meremang.tak sanggup nak tengok..huhu.lepas tu jumpa pulak tentang 'ketuat pada alat kelamin'.sebenarnya banyak benda2 yang kita tak tahu tapi dengan membaca kita boleh tahu serba sedikit tentang ini.

sumber dari sini-Ketuat di alat kelamin.

Ketuat ini berbentuk bulat dan bergerutu, pelbagai saiz dan berkumpul disatu tempat di alat kelamin wanita atau lelaki. Ianya timbul setelah beberapa minggu melakukan hubungan sejenis. Kajian menemui lebih 10 peratus wanita dan lelaki menunjukkan menisfestasi ketuat ini setelah dijangkiti oleh virus HPV. Wanita boleh dijangkiti melalui hubungan seks dengan lelaki yang telah dijangkiti. Lelaki juga boleh dijangkiti virus HPV ini dengan melakukan hubungan seks dengan wanita yang telah dijangkiti. Jika tidak dirawat, ketuat ini boleh hilang dengan sendirinya, berkekalan dan boleh merebak. Ketuat ini tidak boleh bertukar menjadi kanser.



tapi kata misi tadi.ketuat juga merbahaya kalau tak diubati.emm..mana satu yang betul ni?

apa-apapun,aku doakan moga result okey..eh!korang dah buat ke belum?tak payah nak malu-malu,penting untuk kita tahu dari awal sebelum terlambat padahal dalam hati sangat takut juga. 

daaa............

pssttttttttttttt,ada yang tanya psal tukar pakaian:
sebolehnya pakai baju kurung @ skirt kembang je..senang sebab selak dari bawah.tak perlu nak tukar pakaian ;)

Comments

Anonymous said…
lam dh buat ni ! hehehe
pB said…
tahun ni dah buat.
alhamdulillah , tak ada apa apa .
cheqna said…
org bru kahwin cam cheqna ni leh buat dop?
Unknown said…
aku malas gila nak buat ni.. tau kena buat T_T
Misz-ella said…
KC buat tiap2 tahun tapi kadang-kadang ter 'miss' jugak. hihihi.
Irfa said…
@KA..
lama tu bila?dah berapa tahun?kena la buat ye ;)

@pb..
alhamdulillah..mintak jauh dari penyakit2 merbahaya dan sukar diubati.akhir zaman byk penyakit pelik2..

@cheqna...
buatlah..sebab bila kita dah 'bersama dengan lelaki' kita patut buat ujian itu.

@rai..
jgn malas2..babab kang ;).tapi skarang peknen x boleh la..lepas bersalin nanti jgn lupa buat

@kakchik..
wah! sgt bagus..misi kata klu result okey..setiap 3 tahun.tak perlu la buat tiap2 tahun
nazayiena said…
Kak Nurul last buat 3 thn lepas.
Mak Wardah said…
Thanks Irfa, betul wajib buat, kita wanita mesti sayangkan diri sendirikan...
Anonymous said…
pakaian kena tukar tak masa buatpap smear?
Irfa said…
@Nazayiena..
misi kata kalau result normal kena buat setiap 3 tahun.so tahun ni boleh la buat ujian tu lagi ;)

@mak wardah..
sama-sama ;)
kadang2 wanita lupa buat pemeriksaan kesihatan sbb sibuk menjaga anak2 dan suami.bila tahu,masa tu dah terlambat.sama2 kita doa moga jauh dari penyakit bahaya yang sukar diubati

@anon..
pakai baju kurung lagi senang..tak payah buka baju..dari bawah je.kalau pakai seluar leceh nak kena bukak dan salin pakaian..misi pun lebih suka macam tu
Unknown said…
tak pernah check takuttttt....
bukannya ape akak takut masa tuh badan akak megeras hah baru padan muka kih kih
ZieMarziah said…
dah buat tahun lepas..tahun ni belum lagi:)memang malu tp ah lantak la kangkang je hahahaha
Irfa said…
@lienda..
buat ujian ni kena rilex..mmg ada kes yang sakit lepas tu sbb keraskan badan.tu psl ramai yg takut nak buat

@shahzee..
kan?
nak malu apa..buat utk kebaikan kita jugak tapi tunggu result tu mmg mendebarkan
Anonymous said…
tq irfa.minggu dpn buat test.kena trim dulu ape yg patut sblm mengangkang dpn nurse kan irfa?

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')