Skip to main content

Raya Qorban Kami

Assalamualaikum...kembali bersiaran dipagi Isnin yang ceria.3 hari tak berceloteh di blog kesayangan,rasa macam 'kosong' je.hehe gedik la sangat.

Okey..haruslah apdet kisah raya Haji yang lepas,memula nak stori mori,aku kan dapat pelepasan balik awal hari jumaat tu..kul 12 tengahari dah boleh balik tapi en abe kena keje,shift petang pulak tu.apa gunanya balik awal kan?

tapi ada gunanya jugak..balik keje gi 'dating' ngan adik kesayangan,cikviva.aku tunggu dia kat umah sewanya dan kami jalan-jalan ke Jayen.alahai..Jayen je?oklah dari takde...makan nasi ayam penyet sebelah Jayen tu..dah banyak kali nak singgah tapi en abe tak berminat.huhu.maka hari itu aku melayan anak tekak.rasanya?boleh tahan..mintak 2 set tapi makan tak abis sebab portion agak banyak.tapau bawak balik..lepas makan cuci mata kat Thai Bazaar depan Jayen itu.terbeli kemeja murah..terbeli sebab susah nak dapat size.bila nampak ada size aku terus je beli.rm29 lepas tawar dapat rm25,tawar lagi sebab ambik 2 helai dia bagi rm45.hehe.ops,hari ni pakai kemeja baru kaler pink terang..gegirl sesangat.

okey..awal tak awal..kul 5.00 petang barulah kami sampai umah.tunggu sorang lagi adik lelaki yang duk shah alam,dia pun nak tumpang kami balik.

pungpang pungpang..makan minum baring layan tv.citer best malam tu..tajuk TALI drama 'loghat Kelate'.haruslah kami gelak sepanjang drama itu sebab bukan senang nak tengok drama loghat negeri kami.yang selalu tayang drama loghat Perak @ Penang je.tapi tak sempat ending sebab 11.40 en abe balik terus angkut beg masuk keta.

tepat jam 12.00 malam kami.(aku,en abe,abam,kenit) + adik aku 2 orang (cikviva dan adik lelaki) bertolak balik kampung.jalan agak 'jammed sikit' dari tol gombak sampai tol bentong.lepas tu jalan dah clear sampai la ke kampung.sekali je stop sebab nak tukar driver kat Merapoh kalau tak silap.

emm...dalam kata tak 'jammed' pun kami sampai kampung jam 8.00 pagi masa orang tengah takbir raya.kiranya 8 jam jugaklah perjalanan balik kampung.jadi apa ertinya raya ku tanpa solat raya?huhu..mandi salin baju (pakai tshirt dengan kain batik je) baju kurung dan tudung baru gantung buat pameran.nak pakai pun takde mood.

sedara mara datang raya..makan sup daging la kalau raya haji.mana ada kueh mueh,mana mana rumah pun menu sama..nasi dengan sup daging @ kari daging @ daging goreng kunyit.pendek citer kalau ada masalah gigi,makan hati la sebab takleh kunyah daging.nasib aku baik sebab gigi memberi kerjasama penuh raya tu..makan daging dengan gembiranya tanpa sakit..tq en gigi ;)

MALAMnya..
tanya kakak nak makan apa?sib baik dia kata nak makan kfc 'kakak nak yang dalam iklan tu'..maka ke pekan jelah..tak jauh dalam 15 minit je tapi kalau dia nak pizza jauh sikitlah,kena ke Kok Lanas dalam 1 jam gitu.

kakak nak yang ni..okey,jom kita ke kepci

lepas makan apa lagi..balik tido jelah...seperti biasa,kalau balik kampung..aku akan tido dengan nenek kesayangan ku.hehe.cucu nenek katakan.

sambung kejap lagi..nak gi bekfes..

Comments

Acik Erna said…
seronok kakak..dapat jumpa umi ayah dan adik2 tak lama lagi kakak boleh balik..cuti sekolahkan
Dr K said…
8 jam tu driving! jenuh!
Irfa said…
@kak erna..
kakak komen jugak 'kejap sangat umie balik'tapi bila pujuk tak lama lagi dah nak cuti sekolah,dia okey ;)

@daddy ziyyad..
8 jam tu masih okey lagi.semalam jiran citer,perjalanan dia balik kampung(kelantan) pada hari khamis tu..20jam baru smpi kg sebab ada eksiden.cuba bayangkan...
:: CIKVIVA :: said…
Jenuh dok dlm kte smpai 8 jam tu...so tido jela smpai lebam sbb nak mengisi masa lapang tu...
Kakzakie Purvit said…
Adik kakak yg duduk Selayang nak balik JB tergendala walau dah sampai Nilai. Patah balik ke Selayang, pagi itu baru balik JB. Nasib baik kenduri keluarga kami buat malam kedua...

8 jam driving memang tension kan..
Klu loghat kelantan, aku susah nak fhm la beb. Kena ade subtitle la mcm tu. Baru aci. Hahahahah!
Unknown said…
kakak mesti hepi sangat coz dapat jumpa umi dan ayah kan....
Irfa said…
@cik viva..
tido jelah nak apdet fb pun lembab cam siput sedut ;)

@kak zakie..
adik saya hampir2 taknak balik tapi kesian kat saya,balik jugaklah..nanti sapa nak gilir drive ngan en abe.saya boleh je drive tapi dia tak bagi

@fara..
lama2 tengok kalau dah biasa boleh je paham..macam drama korea juga.hehe

@kak lienda..
ye..kakak happy,ada gak usik malam tu kalau x dapat balik mcm mana..
dalam phone pun boleh dengar suara dia mcm sedih klu kami x balik
makchaq said…
Memang penat kalau jalan jem..tambah pulak bila tak dapat berhenti sebab R & R semua penuh sesak....
Makachaq sampai taiping pukui 3 pagi, 6 jam lebih jugak la..
Unknown said…
aku tak tengok pun apa2 cerita sepanjang raya aritu.!!

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')