Skip to main content

Sinki Tersumbat?Clog Remover Datang Menyelamat

nyampah pulak dengan entri emo sebelum ni
so paksa diri buat entri baru.hahaha

hujan lebat sungguh kat luar sana
tempat korang hujan tak?
aku dengar KL dah banjir
memang dah nak masuk musim tengkujuh pun sekarang ni
kalau kat kampung aku,pantai timur sana
memang mendung jelah sepanjang hari

baru je plan nak singgah kedai cosway petang ni
kalau hujan memang tidaklah jawapannya
bukan suka sangat keluar masuk keta dengan basah-basah ni
kalau boleh nak terus balik umah
dan pagar otomatik dibuka tanpa perlu aku turun keta
bawak-bawakla sedar diri ye
ada bibik kah nak tolong buka kan ko pintu?

oh ... nak ke cosway sebab nak cari ni
kenal ke korang?

gambar dari sini-Cosway

ini namanya clog remover
produk cosway
bagus untuk sinki tersumbat

alkisah..balik keje semalam
masuk bilik air,sinki dalam bilik air bawah tersumbat
huh..stres aku

masa tu jugak rasa nak pegi Cosway
dulu-dulu memang ada stok ni kat umah
tapi dah lama habis

aku ni suka jadi ahli
suka buat koleksi kad
semua kad ahli aku ada
tapi Cosway sudah tamat keahlian Ogos lepas
belum ada masa nak gi renew lagi

clog remover ni bagus
caranya ialah:

-pastikan sinki kering
-tuang dalam lubang sinki tu dan biarkan seketika
-agak2 la dalam 15 minit gitu
-pastu bukak paip mcam biasa
insya Allah tiada lagi masalah sinki tersumbat

aku selalu buat sekali sebulan
tapi dah lama tak buat
lupa beli la kisahnya

last-last malam tadi
panaskan air
tuang garam kasar dalam sinki tu
pastu siram air panas menggelegak
okey..air dah mengalir laju

tapi tetap jugak nak beli clog remover ni
sebagai persediaan hari mendatang

cubalah
bukan entri berbayar
ikhlas dari lubuk hati


daaa  

Comments

lupekanje said…
wah...baik punya promot. Accik pnah guna dulu tpi mgkin kesumbatan yg kronik. langsng tk mendtgkan kesan. Apapun, barangan tetap yg accik beli kat cosway skrg ni hanyalah spray lipas....sgt berkesan !
gi renew kad ahli cepat !!
makchaq said…
Kat putrajaya pun hujan lebat sangat, sampai banjir kat simpang2 yg rendah.. Ada kreta tersangkut pulak tu.. Jem panjang...

Makchaq dari semalam salur kat bilik air bawah slow.. Kalau mandi kena bukak air slow2 kalau tak air bertakung... Nek kena panggil orang betulkan nampaknya...
Mulan said…
sakit jiwa kalo tersumbat sinki.. dada pon tersumbat jadiknya..
Azian Elias said…
selalu siram air panas je..
Nisa said…
Oh! This thing looks useful to me. Might give it a try, thank you :D
jUliANa^sAlLeh said…
my auuntie pon suke gune clog remover nie..rumah i olls pakai khidmat pump+tgn je...hihihihi :P terus nek muscle... :P kikikiiiki
azieazah said…
Sinki tersumbat ni sebab barang kasar terlepas. Eloknya guna penapis sinki yang boleh tanggal ketika nak buang sampah tersekat tu. Tapi kalu ada penyelamat Cosway ni, mudah jer lah ye dak?
saniah said…
Sink kat bilik air akak pun selalu sumbat sbb hbby selalu potong misai kat sink..geram betul lah
Selalu guna mr.muscle je...lain kali nk try cara irfa...guna garam je..lbh environmentally friendly kannnn :-)
Unknown said…
saluran paip sinki besambung dengan saluran paip bilik mandi...bile mandi boleh mbuak2 air naik kat sinki...bile cuci pinggan, membuak kat bilik mandi plok...bikin panas je....nak kene cube lah clog remover ni...tq info

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')