Skip to main content

Tudung Apa Sesuai?Awning,Syria @ Shawl?


Assalamualaikum dan good morning (bajet omputeh sesangat) kawan-kawanku sekalian,macam mana pagi ni?mestilah ceria kan?maklum lah hari jumaat,last day keje untuk minggu ni.lalalala..sambil tepuk kompang diumukan bahawasanya,esok diistiharkan cuti selama 2 hari.

Pepagi kan,selain pening memilih baju mana nak dipakai 
(alahai..bosannya,itu dan itu juga bajunya,kan bagus kalau ada 100 pasang baju kurung,100 helai kemeja+pant,100 helai skirt+blous..setahun pakai takder edisi ulang tayang baju sama)
bagi yang bertudung pulak,pening kuasa2 nak pakai tudung apa.betul tak?

okey,meh bercerita pasal tudung pula.satu ketika dulu....aku penah pakai tudung segera yang ada awning tu.dan amat leceh nak jaga awning itu.basuh pakai tangan ada ke yang basuh pakai kaki? dan kalau malas sumbat je dalam mesin basuh.tudung tu pun bukan butik punya.standard pasar je pun.aku takkan beli la tudung sampai ratus2 rm. penah terjadi tudung dibuat main oleh anak.terselit celah sofa..dah penyek dan memang tahap boleh buat lap kaki.awning tak boleh di perbetul lagi.huhu.nak marah anak pun tak guna,salah sendiri.sapa suh letak tudung merata-rata.huhu

kendian,timbul pula tudung syria.pakai dengan inner.yang murah je pun.outer rm10 inner rm5.so aku beralih arah.dah tolak tepi semua tudung ada awning.cintaku beralih kepada syria pula.tapi ingat bertahan lama,bila tengok orang pakai shawl belit-belit aku pun ikut terbelit sama.

sana sini belasah pakai shawl je..tak mahal,paling murah shawl aku beli rm5 yang jenis kedut-kedut tu.paling mahal rm15.pakai shawl lagi senang,bila balik keje gantung kat tangga anak ambik buat main tarik-tarik macam tarik tali.adik disana abam di sinun..sikit lagi memang koyaklah.

tapi aku pakai tudung ikut mood,rasa rajin pakai shawl,
rasa malas sauk je syria 
tapi tudung awning memang semua dah let go kat orang

tudung sarung dengan awning

tudung sarung tanpa awning

shawl bila mood rajin melilit
rasa macam nak tukar spek baru la
*takde kaitan*
eh!ada kaitan la
bila pakai spek dengan tudung awning
otomatik tudung jadi kembang
kan?

Comments

Unknown said…
aku da try mcm2..sudahnya aku pakai tudung bawal gak..hahaha..

tapi kat rumah aku pakai yg ada awning tu..senang nak sarung..
Unknown said…
akak tak pernah pakai tudung syria, takut sangat tak kena kat muka...huhu. Tp dlm hati terinin nak pakai sebenarnya.

Skrg ni kak yus dah balik semula tudung bawal, cuma letak awning dalam je....tukar sikit...:)
Ummi said…
semua yang irfa pakai, akak pernah pakai,
tapi akak paling suka syria sebab tak payah nak jaga awning,

kalau nak pakai shawl make sure bangun awal, kalau tak ada yang tension sampai ke tempat keje hehehe

Sue* mamaID said…
semua tudung kite dh try pakai...tp tak tau mana yg sesuai...kalau pakai tudung bawal...kawan2 opis kata macam buda sekolah...semalam pakai shawl, bos kata muda remaja siap nyanyi lagu kosong najwa latiff lagi...hmmm...pakai je ape ikut mood...tp tgk muka u pakai tudung apa pun ok...:)
Anamarza said…
syria ngan shawl tak try lg, takut leceh nak memakainya :)
Unknown said…
ishh tak kuasa nak lilit melilit bagai,lau boleh nak pakai anak tudung jeh hi hi.....
lupekanje said…
Accik...err...tetap ol fesen..apa2 fesen yang senang pakei dan murah..dah tua kan..hehe
Irfa said…
@rai..
stok bawal semua zaman muda dulu dah masuk beg hantar kg tapi skrg bawak tengah hangat balik,cuma aku malas nak menggosok pepagi ;)pastu kena beli keronsang lagi.haha

@kak yus..
try la pakai mana tahu lepas ni jatuh chenta,memula dulu pun rasa pelik gak tp dah lama2 pakai cam suka.bawal skrg tak semahal bawal dulu..macam2 nama pulak tu.nama dato K pun ada.hahaha

@kak ummi..
syria mmg senang,lagi malas x nak pakai inner pun boleh..pakai je outer ;).shawl saya semua jenis kedut,mmg terletak je kat kepala
Irfa said…
@sue..
wah macam budak sekolah,kalau gitu hari2lah pakai bawal je ;).baru nampak muda sepanjang zaman..

@anamarza..
shawl mgkin leceh tapi syria senang gile.sarung je ;)

@accik..
mana ada tua ;)
remaja purba orang sekarang panggil
hehe
NenetPenne (NP) said…
akak pakai tudung awning jer..pakai tudung tak ada awning mcm eeeh mcm kepelikan muka disitu..bulat jorr..ha ha ha....

kalau akak pakai shawl pulak, ala2 letak je atas kepala...

pakai occasionally jer..eh pakai bila ada majlis jer...
nurul said…
tengok semua gambo tu akak pakai ape pun nampak elok je. tetap gojes =P

saya nak pakai tudung awning nampak mcm indon pulak. pakai tudung syria sgt tak sesuai sbb muka bolat + kemek (mcm pinggan). pakai shawl lagi la tension kalo time lilit2 tak jadi plak. lagipun seram kot muka pinggan pakai shawl. nampak tambah kemik.

so pakai bawal je la walau nampak kuno+tak ikut fesyen. tapi takpe skrg ada bawal 2 tone ke byk tone ke dah ada. murah dan sgt sng pakai. dia tak kemik2 kelepet2 sgt lepas kena angin =)
Acik Erna said…
dik..tau akak camana kan..dulu kini dan selamanya tudung itulah..awning bukan,..syria bukan..bawal bukan dan shawl pun bukan..
Irfa said…
@kak net..
tudung awning mmg buat nampak muka sedikit bujur tapi kalau pakai spek kena cari tudung mahal la.kalau murah2 punya awning keras sikit :) tu psl mengembang..tudung shawl pakai ala-ala mak datin ;)
Irfa said…
@hai nurul..
gojes?biar betul dik,so berbaloilah usaha akak pilih gambar terbaik sbb nak nampak gojes walaupun realitinya ..bolehlah,hahaha

eh,bersyukurlah..muka kemek pun asalkan sihat ye.emm bawal 2tone tu datin juma pakai cantik sgt kan
Irfa said…
@kak erna..
tahu,kan kita penah sama-sama menelek tudung satu ketika dulu ;).kedai tu pun dah tutup skrg
mummY daniSha said…
huuu dah mcm2 paten tudung tp bawal jugak jadik pilihan hee..x sesuai ngan muke ler

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')