Monday, November 12, 2012

Abam Dan Berkhatan

Ni minggu pertama cuti sekolah...kalau anak-anak seronok cuti panjang,umie pun sama tumpang seronok sebab sebab tak perlu kelam kabut pepagi.hehe.

Ops..tu ari baca kat blog kak Yus tentang berkhatan.baru baca pun dah ngeri macam mana tu?

antara cara berkhatan:

1. Cara khatan konvensional 'dorsal slit' - Ini adalah cara standard yang digunakan oleh doktor-doktor dan 'Medical Assistant' disemua klinik atau hospital-hospital kementerian kesihatan Malaysia.

2. Cara 'Laser' atau 'electrocoutry' - menggunakan tenaga letrik dan menyebabkan 'pembakaran tisu' semasa pemotongan kulit. Namun risikonya agak besar kerana ada kes kurang enak yang di laporkan seperti terpotong sebahagian kepala zakar, tercedera lubang kencing dan yang terok sekali adalah terpotong putus batang zakar.

3. Cara CLAMP (Sepitan) -  cara khatan yang paling lama sekali diamalkan kerana lebih mudah, cepat dan kurang menyakitkan. Cara ini sudah sampai keperingkat generasi ke tiga dan terkini.


suka 'buat muka' bila diambil gambar
planning nak khatankan si abam cuti sekolah hujung tahun ni,tapi kalau tanya dia memang jawapannya 'abam tak nak sunat.sampai bila-bila ' boleh dia jawab gitu?mana boleh abam oi..kenalah sunat,baru jadi 'jantan man'.

for info,dia sekarang dah pandai baca blog umie,bila baca je entri pasal dia siap bagi jelingan maut kat aku tuh.hahaha.kalaulah dia tahu aku tulis ni mesti bengkek je.

Tapi baca kaedah berkhatan yang no 2 tu agak mengerikan,risau jugak hati maklumlah anak bujang sorang je.hehe.

seingat aku..adik-adik lelaki aku semua 'bersunat' masa darjah 6..cuti sekolah nak masuk form 1.gila lambat kan?tapi memang dah jadi biasa zaman dulu..sekarang ni je orang khatankan anak awal dengan alasan senang nak jaga dan senang nak solat di masjid.

walaupun belum pasti tarikh nak khatan si bujang ni..saja la tanya pendapat orang yang dah mengalaminya..apa yang kena jaga,makan dan minumnya..aku ingat nak hantar kampung je .bagi mak ayah aku jaga tapi aku pun nak juga merasa menjaga anak bersunat.hehe

korang kalau ada pengalaman boleh la share ye..~ TQ~

14 comments:

Nieda said...

anak2 akak yg 2 org tu budak bersunat musim cuti pjg mcm ni juga masa umur mrk 8 dan 9 tahun dulu . buat sekali. nak jaga senang . sekali harung sj.
seminggu dah baik. sunat kat klinik sj.

pB said...

Adam lambat lagi

Kakzakie said...

Kakak tak ada pengalaman apa lagi andik-beradik abang sorang lelaki lain 7 semua perempuan. Dapat anak ketiganya perempuan.

Macam ngeri bila abam nak kena sunat. Tapi org kata budak kecik cepat sembuh.

Kakcik Nur said...

Walaupun kakcik ada 4 anak lelaki, urusan berkhatan dan penjagaan mereka memang bukan kakcik yang buat! ;-)

abah khalisha said...

sekarang teknologi dah canggih

Bekas-Bekas Aiskrim Yang Sangat Cute

NenetPenne (NP) said...

gunakan kaedah 1 dan 3
jangan guna kaedah 2, kang silap2 haribulan terpotong terus... lagi haru biru..

~ yus ~ said...

Irfa. Akak dah register Aqil untuk berkhatan cara alisklamp Rabu ni 14/11. Akak berdebar juga ni nak hantar dia sunat, tapi tgk dia relax je, muka pun ok je, siap tak sabar nak sunat lagi....

Akak pun tgh pening juga ni mcm mana nak jaga dia nanti, dahla mual dan loya akak tak hilang2 plus pregnant kali ini tersangatla malasnya....huhu, rasa nak baring je, tak larat betul nak buat apa....

azieazah said...

2 orang anak lelaki saya, bersunat kat klinik. Cepat baik.Sehari dua dah boleh pakai seluar. Alhamdulillah tiada jangkitan. Jaga makan pun seminggu dua saja.

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

paridah said...

anak yg nak disunatkn mamanya pula yg trlbh rsau ye irfa...

SHAHZEE said...

abam kena sunat baru leh kawen hahaha jauhnya pikir kikii

lienda said...

aiman nak sangat sunat katanya kawan kawan semua dah sunat,akak jeh yang tahan tahan tak nak sunatkan lagi coz kecik sangat rasanya baru darjah 1....

Rai Ourkizuna said...

berkhatan gaya moden ni takde la leceh sgt pun.. tapi pantang dekat dua minggu gak adik aku aritu..

anak kawan aku baby da khatan..

Lady Windsor said...

waaa sikit lagi mesti abam dah tak mo join kenit dah untuk main-main kan...bila dah bersunat biasanya budak lelaki ni akan jadi matang sikit dari kebiasaan..