Thursday, November 1, 2012

Buku Teks Hilang Harus Di Ganti

Morning korang *_*.dah sarapan?Aku belum lagi (belum sarapan kat opis la,tapi dah sarapan kat rumah.berapa kali sarapan ko ni?).

Anak-anak korang dah hantar buku teks ke?si kakak dah hantar buku teks minggu lepas dan dah dapat pun buku teks untuk darjah 6 tahun depan.selesai masalah dan takde pun masalah buku teks hilang.

Tapi si abam,katanya 'kawan lain dah ada yang hantar buku teks tapi cikgu tak ambik buku teks abam sebab ada buku hilang'.Semua jumlah buku teks yang harus di pulangkan 8 biji tapi hilang 4 biji.banyak tu nak oi nak kena mengganti,naik jugak darah aku.Tak mungkin hilang kat rumah sebab semua buku ada dalam beg sekolah dia.takde ikut jadual pun semua aku sumbat dalam beg.Kalau ikut jadual pun cuma 1 buku je kena tinggal,so baikla bawak semua.Umie pun bukan rajin sangat nak susun buku pepagi.hehe

Semalam,aku call guru kelas..katanya 'saya dah bagi 2 biji buku,jumpa dalam beg kawan dia'lega hati.sebenarnya masa dia kata buku hilang tu,hati aku ada terfikir mungkin ada kawan-kawan terambik buku dia.sebab dia pun pernah bawak balik buku kawan tapi aku check beg dia so aku akan bagitau suh bagi balik buku teks tu kat kawan dia.Dah pesan banyak kali jangan ambik orang punya..

Balik semalam,aku tanya 'mana buku yang cikgu jumpa tu.umie nak tengok'dia tunjuk aku 2 biji buku teks,Matematik dan Bahasa Arab

ini bukunya yang cikgu baru jumpa dalam beg kawan

nampak tak ada orang dah conteng kat nama dia
dan tulis nama sendiri kat bawah tu

yang ni pun sama
tapi kantoi sebab conteng pakai pensil je
tulis nama sendiri kat bawah pun pakai pensil jugak
orang yang sama jugak ambik buku tu

aku nak gelak pun ada,yela..kawan dia kantoi ambik buku orang tapi tak tahu macam mana nak lupuskan bukti.hehe..sib baik dapat cikgu kelas yang check betul2..kalau cikgu yang main terima je buku tu memang sahlah aku kena ganti 4 biji buku.

2 biji lagi tak jumpa..nampak gaya kena ganti jugaklah..cikgu tak nak ganti dengan  duit so kena cari buku yang sama kat kedai buku.geram jugak aku ngan dia,buku sendiri tak leh jaga.mana tidaknya,duk main je sampai tak perasan orang geledah beg sekolah dia.

alahai anak...

16 comments:

Norhaizan said...

Kalau anak KZ si Adi...setiap tahun kena ganti buku..dah tak heran, tapi tahun ni cukup pulak!

izawani said...

Nasib baik tak pernah kena ganti buku lagi. Kakak pun tahun lepas tak dapat beberapa biji buku, so, tak kesah la...

Ingat, next next year, kalau anak tak dapat buku, nak minta potostet jer la... senang !

lienda said...

biasalah anak anak gitulah,anak anak akak alhamdulillah semua buku ada...cuma ada satu buku aiman tak jumpa,rupanya cek ngan cikgu,cikgu belum pulangkan lagi...aduhhh lega....

Acik Erna said...

dik sabo je..anak2 camtu la..tapi akak bernasib baik belum pernah kena ganti buku..sebab tang buku budak2 ni memang jaga betul..Alhamdulillah

suterazen said...


Ari tu bila anak ckp dh time pulang kan buku teks, debar2 gak lah takut buku x cukup...almaklum pengalaman pertama anak skolah...haha...

faraherda.razalan said...

Ish...tu yg aku risau. Budak2 kecik dah pndi la nak curik buku org pastu claim die punye. Membuli namanya tu.

Anonymous said...

pencurik yang kurang pengalaman..bagus! semoga tabiat mencuri tu tidak diteruskan...

kalau budak tu panjang akal mau u kena ganti 4 buah buku..sib baik dia kurang cerdik kan, tak tahu nak lupuskan bukti...

-nenet-

Ummi said...

irfa, tahun ni akak tak kena ganti tapi tahun lepas akak kena ganti

akak dah tahu kedai mana nak beli buku teks kalau hilang,

akak dah pesan kalau tahun depan hlang buku lagi tak tau lah nak cakap sebabnya dah umur 12 tahun dah pun, kalau orang dulu dah boleh kahwin pun dah :)

Kakzakie said...

Memang nampak beza anak lelaki dgn perempuan kan. Budak perempuan memang jaga buku berbanding budak lelaki...

Daddy Ziyyad said...

ahahaha..kantoi, tapi nama tak geti di erase...:)

Aidah said...

Anak akak pun hilang satu. Tahun2 sebelumnya elok pulak cukup. Puaslah tawaf kedai buku lepas ni. Huhuhu.

blu4sky said...

salam irfa,

tahun lepas saya kena ganti satu buku sebab rosak..tapi sebenarnya anak awal-awal anak dapat buku tu dah memang koyak sana sini...kitorang tampalkan supaya tak barai..sekali cikgu ingat anak yang rosak.. dah tak pasal-pasal kena ganti..sabo je...

Gadis Kampung said...

Tringat zaman GK study dulu..buku hilang juga.tapi last2 kebas buku org juga hahahaha..jahat giler time tue..

bangsawan nilai said...

taun ni semua complete. kata cikgu kali ni boleh ganti buku yg hilang dgn duit.
tahun sebelum ni tk boleh, kena ganti dgn buku jgk. thn lps menggagau aku beli kat DBP, erol nya buku hilang...

MyHandbags HE said...

hari ni ank saya kna pulang buku teks. semlm boleh plak dia gatal2 nk bwk beg lg 1. nenek dia kata xpyh bwk nnt tertinggal. sekali mmg betol tertinggal. xtau la hari ni boleh jumpa atau x.. tekanan betol.. 2 buah buku teks plak tuh. aduhh..

Mizs Niea said...

uhuks aku lagi la mampos . baru bulan 3 buku teks kh dah hilang . omaigad . nota nak wat cemane ? alahai cikgu tu dah la garang . selasa ni pulak exam kh . nak baca buku apa ni ?