Monday, November 5, 2012

Drama,Tersalah Cinta


Gambar dari sini

Pelakon: Aqasha, Johan As’ari, Neelofa, Rita Rudaini, Nazim Othman.

Sinopsis: Drama ini mengisahkan Rahimi bekerja sebagai seorang mutawif di sebuah agensi yang menguruskan umarah. Dia mempunyai isteri bernama Farhana yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Rombongan ke umrah pada kali ini telah menguji keimanan Rahimi di mana dia telah digoda oleh Cinta yang menyertai rombongan tersebut setelah putus tunang. Turut serta dalam rombongan itu ialah Duwen dan Zahren. Ibu bapa Duwen menghantarnya mengerjakan umrah agar sikapnya yang nakal berubah. Manakala Zahren merupakan pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Melah sekadar untuk bercuti. Sementara itu, Farhana tidak senang duduk di Malaysia apabila Rahimi secara jujurnya menceritakan dirinya sedang digoda oleh Cinta. Mampukah Rahimi meneguhkan keimanannya setelah digoda oleh gadis cantik seperti Cinta? 

korang..oooooooo korang
tengok tak drama ni?
tajuk,Tersalah Cinta
sila baca sinopis untuk lebih jelas
aku layan kat You Tube je
adik aku kata citer ni tayang raya haji lepas
tapi aku biasalah..balik kampung memang tak layan tv

best aku cakap ..rugi tak tengok
walaupun tak minat Neelofa tapi tengok jugaklah
citer kelakar ringan
bukan lawak bodoh aka lawak sengal
citer ni rakam kat Madinah dan Mekah

endingnya pun aku suka
simple je

okey
kata-kata hikmah hari ni

'Wanita Itu,Berbahaya'
hehe

8 comments:

NenetPenne (NP) said...

tak tengok sebab kadang2 citer melayu ni aduiiiiihaiiii... byk sangat masalah mcm citer ADAM dan HAWA tu
tapi ada hari tu erma fatimah bagi penerangan kenapa neelofa dalam citer tu bukak tudung masa kat mekah

sebabnya kalau kita pi mekah, hati kita kena besih bukan sebab pegi sana frust bercinta dan sebagainya... katanya nawaitu kita ke sana kena betul

aah layan keluarga iskandar lagi besttt..he he he

~Cik Viva~ said...

wanita itu berbahayaaa....like

Nur farahiza said...

bilenye nie ? nak tengok , heheheh

Irfa said...

@kak net...
saya pun xtak penah tgk citer Adam dan Hawa tu..malas nak tgk citer bersambung sbb saya selalu lupa waktu siaran.huhu.tapi citer ni drama pendek je,kalau free cuba tgk kat You Tube..mmg kelakar sangat.mmg ada adegan Lofa bukak tudung tu..saya pun muskil jugak tp x pandai nak komen ;)

@cikviva..
trade mark citer tu ;)

@nur Farahiza..
skrg pun boleh..tgk kat You Tube je.sbb raya tu akak tak tgk..

SHAHZEE said...

iklan ada la tengok..tapi ceritanya x tengok pun..time raya mana nak layan tv sangat:)

Irfa said...

@shahzee..
raya tu pulak duk kt kampung.ulang alik ke dapur jelah..makan dan makan xtvtnya ;)

NenetPenne (NP) said...

citer pendek2 boleh laa layan...ok nanti akak tengok yer...

Irfa said...

@kak net..
tak lama.duk igt lamalah dan risau kalau masa tgh layan tu bateri kong tapi sempat je abis :)