Thursday, November 8, 2012

Hubungan Adik Beradik Selepas IbuBapa Sudah Tiada

malas nak gi lunch,tapi dah heavy bekfes..

terlintas nak tulis pasal ni bila borak dengan 'akak senior' aku.katanya 'banyak berlaku,hubungan adik beradik putus bila ibubapa dah takde.semua buat hal masing-masing apatah lagi semuanya dah tua dan ada keluarga sendiri.jadi sebagai orang tua dari kamu dan kamu sebagai anak sulung..akak nak pesan,jagalah hubungan baik kamu dan adik-adik walaupun ibubapa dah takde'.

aku mungkin bukan kakak yang baik..(blog ni dah bukan rahsia.3 adik aku memang baca blog ni).tapi aku ingat pesan mak ayah aku...walaupun bukan pesanan secara direct,mereka nak aku jaga hubungan kami adik beradik walaupun mereka dah tiada.rupanya bila bergelar ibubapa..baru aku tahu betapa sedihnya kalau tengok anak-anak bergaduh..sekarang ni gaduh budak-budak tapi gaduh budak2 tak sama dengan gaduh orang dewasa..orang dewasa bergaduh boleh membawa tak bertegur sapa sampai ke mati.sangat menyedihkan bila berlaku kepada adik beradik sendiri.

dan aku bernasib baik kerana kami duk dekat-dekat..(kami 6 beradik tapi 5 duduk sini-maksud aku dah keluar dari kampung.cuma sorang je yang masih sekolah duk dikampung).aku penah cakap ngan adik-adik 'kalau kita duk berjauhan..sorang duk Johor sorang duk Penang..mungkin susah untuk kita selalu jumpa.kalau balik raya pun bukan senang nak balik serentak'.

ada kenalan yang aku kenal..dah bertahun tak jumpa kakaknya sebab duduk berjauhan dan bila balik kampung beraya..giliran pulak tak sama.kadang2 kerana 'masalah kewangan' pun boleh menjarakkan hubungan.bersyukur juga sebab bila mak ayah datang sini..kami adik beradik boleh berkumpul semua sebab jarak rumah kami adik beradik tak jauh.bila mak datang dan masak-masak..semua boleh datang berkumpul dan makan sama-sama.

dan terima kasih jugak pada en abe,kerana sangat memahami keadaan aku sebagai anak sulung.dia pun anak sulung tapi adik-beradik duk dekat mak ayah..diorang pun sangat rapat..kalau kami balik cheras...adik-adik ipar datang berkumpul.kalau berpeluang..diorang bercuti sama-sama selalunya bila balik raya ke Perak,singgah ke Cameron Highland tu macam acara wajib ;).

aku harap sangat..hubungan baik dengan adik beradik buat masa ini akan kekal baik walaupun ibubapa kami dah tiada nanti.kalau sentap sikit-sikit tu biasalah..kalau tidak takkan ada pepatah 'carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga'.

*pesal entri berbau emo ye?*...adik-adikku..sayang kamu semua ketat-ketat,kamu semua selalu ada dalam doa kakakmu ini.kalau boleh nak kamu semua berjaya dalam kerjaya,jodoh dan segala2nya lebih dari kakakmu ini.

terharu kah?hahahaha

7 comments:

  1. sob..sob...menitik air mata entry nih...tibe2 emo terr....

    ReplyDelete
  2. Ini antara perkara yg paling Kc takutkan bakal terjadi kalau mama dan abah dah tak da nanti. Mudah2an tak terjadi la dlm keluarga kami.

    ReplyDelete
  3. pernah jugak dgr org ckp mcm tu.. sy pun dah mule terasa.. sejak adik kawin kt org jrg jumpe huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  4. Ibu dan ayah mertua k.bi dah 2 3 tahun meninggal...memang susah adik beradik belah husband nk berkumpul bila mak dan ayah mrk dah takde. Rumah peninggalam arwah pun tida siapa yg menghuni krn masing2 dah ada rumah sendiri. Nak cari time semua org ada mmg lah susah...tp Alhamdulillah raya haji br ni..semua adik beradik mrk dpt berkumpul di rumah arwah mak dan mujurnya hubungan mrk wpun jrg berjumpa sgt rapat.

    ReplyDelete
  5. assalam dik..akak dengan abang2 semua baik dah bila raya berkumpul dirumah abang yang paling tua bila mak ayah dah tak de.tapi bila tidah dibesarkan oleh mak ayah yang sama(dibesarkan oleh orang lain)..walau pun adik beradik..ada sikit masaalah..

    ReplyDelete
  6. Betul Irfa, akak dah rasainya. Tahniah Irfa kak long yang bertanggung jawab

    ReplyDelete
  7. Irfa
    betul sangat apa yang kakak tu cakap. lepas orang tua tak de masing-masing buat hal sendiri. Macam saya, dua adik di Kuantan, kakak di Kelantan dan saya + adik ada di KL..nak jumpa pun susah sebab masing2 dah ada tanggungjawab sendiri. Kami calling2 jer..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)