Thursday, November 22, 2012

Keciknya Dunia

ni kisah pagi tadi...pagi tak pagi sangat la lebih kurang jam 11.30 pagi.seperti biasa aku ke bangunan sebelah atas urusan kerja.sambil jalan2 suka perati gelagat manusia yang nak naik kapal terbang.ada ketika aku tengok gelagat mencuit hati..senyum sensorang

Situasi..
jalan sambil belek henpon..dah jadi tabiat kot (kadang2 ada orang jalan sorang diri belek henpon sebab tak tahu nak buat apa) rasa macam langkah serba tak kena je sebab takde teman bersembang.

Lebih kurang 10 tapak depan aku,nampak seorang lelaki beruniform tentera berdiri tepi eskalator..dan aku konfem la tengok dia sebab aku nak lalu situ.dia pandang aku,aku pandang dia..sesi pandang memandang walaupun itu tak berapa bagus ye adik kakak..sebab berlainan jantina.hehe

Aku rasa cam penah tengok dia tapi dimana ye?*otak mula memproses maklumat* dan baru aku nak sebut nama dia,sebab aku rasa konfem itu dia .. tiba2 dia pulak sebut nama penuh aku.sah,dia memang kenal aku..

tau sapa?oh sudah tentu bukan abang Aaron ye...#abang Aaron kenal ko ke?

okey,dipendekkan citer..dia adalah sepupu aku yang keje komando duk kat Melaka.last kami jumpa masa adik dia kawen bulan Jun yang lepas.Tapi sebelum majlis itu kami dah tak jumpa berbelas tahun lamanya..Agaknya kalau aku tak jumpa dia waktu kenduri adik dia tu konfem aku tak kenal dia..maklumlah,rupa paras dah jauh berbeza.

Ralat:
sebab cheqna tanya kat kotak komen.."bertegur sapa ke tidak?'so aku jawab kat sini jelah.Ye..kami bertegur sapa dan tanya hal masing2..dia kata selalu jugak datang sini tapi tak tahu aku keje sini dan disudahi dengan berkirim salam pada pasangan masing2..hehe

Sebenarnya...aku ramai sepupu duk area sini tapi jarang berhubung kecuali ada hal penting.Kalau ada pun yang cuma berhubung dalam talian dan fb,nak jumpa depan mata konfemlah susah..semua ada komitmen masing-masing.Macam dia ni lagilah takde dalam fb dan juga no telefon sebab kami pun rapat masa kecik2 dulu je.Sebab tu penah berlaku kes,bercinta dengan sepupu sendiri..dah nak kawen baru tahu ada pertalian darah.

Bila kita dah berkahwin..kita akan bina satu keluarga baru dengan keluarga pasangan kita tapi dalam masa yang sama kita akan putus secara tak sengaja dengan keluarga yang dah sedia ada.(maksud aku yang pertalian jauh macam sepupu,dua pupu,kupu kupu..hehe) bukan hubungan adik beradik la.

Macam aku..takde masa nak bawak anak2 kenal sedara mara..tak mustahil satu masa nanti ada anak2 aku yang jumpa jodoh dengan anak kepada sepupu2 aku yang dah terpisah itu.Yelah..masa depan kita tak boleh ramal.Aku ada baca..menyambungkan hubungan silaturrahim ni salah satu punca murah rezki.

mak ai..awalnya dah pikir bab nak anak menantu..si kakak tahun depan baru nak ambik upsr ;)

14 comments:

Rai Ourkizuna said...

takpe..ni orang panggil family planning (bak kata tiga abdul)

merancang masa depan..hahaha...

aku pun ramai sepupu belah ayah yg aku tak kenal sangat..maklumla..diorang adik beradik ramai..yg sama mak..lain mak sama bapak..lost count aku sepupu sendiri..hahaha..

Kakcik Nur said...

Elok juga berpandangan jauh tu. :)

cheqna said...

hbs tu bertegur sapa tak ni??

lienda said...

ingatkan jumpa kekasih lama,saling berpandang pandangan hi hi

Irfa said...

#rai..
selalunya kita rapat belah mak daripada belah ayah..so far anak2 aku semua boleh masuk..mungkin sbb tak ramai lagi.semua keluarga baru nak berkembang

#kakcik..
jauh sangat tu ;)

#cheqna..
dah jawab kat entri ;)
lupa nak citer..tq sbb tanya kalau tak dah macam citer tergantung pulak

#kak lienda..
huh.takde maknanya.
kalau ada pun takkan nak tulis kat blog i yg suci murni ni..hihi

NenetPenne (NP) said...

dia dah kahwin? okay akak kecewa... ha ha ha...

tapi betullah bila kita dah kahwin kita seems to forget orang lain.. kita ingat dunia kita hanyalah kita dan family kita je kan, which is not good..

Irfa said...

#kak net..
alolo..comelnya soklan akak tu ;)
ye..dah kawen dan beranak pinak pun.

ye........setakat ni saya x lupa keluarga terdekat,yg jauh tu je susah sikit nak bertemu mata.cuma saya dh hilang ramai kawan waktu skolah dan waktu bujang tapiiiiiiiiiiiiiiiii saya dpt ramai kawan kat blog.hihi

faraherda.razalan said...

Sama lah kite. Jumpe ms event2 bsr je. Lelain hari, terus lupe....

m.u.l.a.n said...

setakat ni sepupu belah mak ada lebih 30 & kami masih rapat macam adik beradik..

tapi kalo dah ramai sgt mmg lah tak ter-hello22 kan..

Anna said...

Aku tak kenal langsung sepupu belah arwah mak. Sumpah tak kenal sbbnya dorang x penah amik peduli...kitaorg je yg sebok2 ..hatta masa kenduri kwin pun x datang..rapat sgt dgn sepupu belah arwah bapak sbb family dorang mmg bonding2 dari dulu..now kagum tgk belah hsbd sepupu sepapat sume rapat giler cam adik beradik...tiap kali raya mesti pi umah dorang dorang pi umah dia...kalau bole aku nak anak2 aku pun gitu..rapat dgn sepupu dari kedua2 belah pihak..bkan apa, lelama sok ada yg tak kenal sedara kan...

Acik Erna said...

sabo dik..bagi kaka beso dulu he he

Nieda said...

betul..org yg jaga silatulrahim akan panjang umur dan murah rezeki.

azieazah said...

Elok juga bertemu sepupu dan merapatkan hubungan saudara. Susah senang mungkin boleh dikongsi bantu.

Kak Azie sebenarnya tak berapa suka hubungan sepupu jadi pasangan. Ntah kenapa. Mungkin sebab masa anak dara dulu ada 2 sepupu nak ajak kahwin. Trauma terus!

Nick Nashram said...

lebih kurang macam dejavu la ni.
pernah jmpa jugak tapi segan nak tegur takut tersalah org..malu muka nanti..huhu