Tuesday, November 6, 2012

Menyakat Kakak

hari ni lewat sikit
ke klinik gigi kejap
sambung rawatan akar yang belum setel lagi
huhu..lenguh menganga selama 1 jam 
macam nak tercabut rahang
itupun belum setel,ada 1 lagi sesi
next week 16hb..last la kot

lama tak citer pasal kakak
pejam celik,pejam celik
dah setahun kakak duk di kampung
tinggal setahun je lagi,tahun depan


minggu ni minggu terakhir persekolahan
kakak dah menghitung hari nak balik sini
2 hari lepas dia sms
'umie.sapa nak balik ambik kakak?'
terus aku call
'la..kakak nak balik ke?umie ingat kakak nak cuti kat kampung
mok kata kakak taknak balik'
mok tu panggilan anak-anak aku pada nenek mereka aka mak aku

dengar dia menjerit dalam telefon
'umieeeeeeeeeeeeeeeeeeee,kakak nak balik la'

hahaha suka aku dapat usik dia
en abe kata 
'hah..suka la tu usik anak.nanti anak dah besar,diorang usik umie
jangan pulak umie nangis'

yang pasti setelah berbincang dengan en abe
giliran aku la pulak balik kampung ambik kakak

mungkin jumaat aku akan balik kampung kejap
untuk ambik kakak

si abam dah tak sabar tunggu kakak balik

11 comments:

Nur farahiza said...

hati hati balik tooo :)

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog bg komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog..chat box pakjoe tidak dikira nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

ainnoraini said...

bertambah meriah la rumah cuti sekolah ni kann...

Acik Erna said...

seronoknya kaka..tak sabar menunggu masa nak balik rumah sendiri.

NenetPenne (NP) said...

dah nak jadi anak dara..comel...

SHAHZEE said...

wah comelnya kakak..mesti dia x sabar nak jumpa umie abam n abah hehehe

Irfa said...

@nur farahiza..
insya Allah..tak drive pun sbb balik sorang dan balik kejap je utk ambik dia dan terus balik sini

@cerita pak joe..
tq sudi singgah ke blog yg ala kadar ni ;)

@kak ain..
mmg adik2 nya tak sabar tunggu kakak balik.terutama si abam sbb dia tahu dah nak cuti skolah..adik tak tau apa lagi ;)

@kak erna..
nanti mesti jalan-jalan umah 'acik pina'hehe

@kak net..
dah besar pun,kejap sungguh masa berlalu.tahun depan dah upsr.tahun satu lagi dah sekolah menengah.dah tua saya.huhu

Nazayiena said...

Comelnya anak dara sorang nie.

Rumah Kuning said...

si abam yg tak sabar atau umi yg tak sabar? hehehe

NenetPenne (NP) said...

nanti bila kakak dah besar, dah jadi mcm kawan2 umie jer... pastu boleh share2 baju dgn umie...

tengok akak, muda manjang (tak ada anak kan??)..bhahahaha...

Lady Windsor said...

ye lah, kakak tu pun sekejap jer tu jadi 'kakak' kepada umi kan, lepas tu kakak akan jadi rakan baik umi boleh bergossip bersama, best kalau ada anak besar dan boleh jdi macam kawan kan..