Skip to main content

Nina,Masterchef Musim Ke 2 dan Tudung Bokitta

Okey..abaikan entri yang agak emo tu,meh kita citer pasal rancangan masak-masak yang dah nak sampai ke penghujung.Che Lah dah keluar.sedih?ye..sedih la kan sebab aku minat dia.Tapi selain Che Lah,aku minat kat sorang lagi..sapa dia?

tara..........ni dia,Nina..peserta dari Kedah yang senyumnya manis macam gula batu

my name is Nina,umur 31tahun
asal dari Kedah noo..

komen dari mil
'laki balik keje nak marah pun tak jadi,dapat bini senyum manjang macam ni'
hati senang boleh la senyum
sakit ati kalu,boleh ke senyum? 

nina yang manis
selain suka tengok Nina yang lemah lembut suara dan loghat Kedahnya itu,yang aku suka tentang dia ialah fesyen tudungnya yang berwarna warni.ye..........aku suka style tudung macam shawl lilit2 jangan sampai terbelit sudah

aku ter'cakap' ngan adikku,cikviva pasal tudung yang Nina pakai ni.katanya 'entah2 ni tudung yang dah siap lilit tu..dari Lubnan katanya..ada kuar dalam tv tu ari'.

oh!aku ketinggalan..tak tahu pun pasal tudung dah siap lilit ni.katanya nama 'BOKITA'..terus gugel.okey,dah jumpa.....'BOKITTA' oh salah eja,ingatkan 'bokita' rupanya 'Bokitta' errrrr..aku tak pasti lak samada si Nina ni pakai tudung Bokitta atau dia lilit sendiri.cuma aku perasan,style tudung dia pakai tu macam sama dengan dalam website tu. 

bokitta website
~lawa~
agaknya minah2 arab yang aku nampak pakai tudung ni la kot
nampak terletak je kat kepala 

Ku telek-telek..ku tenung-tenung,sampai bawak masuk dalam mimpi.hehe
Mykomen is:

-memang lawa kalau muka dah sedia lawa,nak pulak muka macam minah arab cam model tu
-tudung agak singkat,tak tutup dada..huhu (macamla sekarang pakai tudung labuh)
-nampak stylo meh..hehe
-harga pun boleh tahan mahalnya kalau ber'$$$' apa salahnya

okey..takpelah,ai lilit sendiri jelah ^_^

Comments

Acik Erna said…
Nasib dah tulis.lawo cemana pun kensel dik.singkat.buka dada je tak tutup perut pun tak he he
Yellow said…
betul3... kalau hati tadak sinang, mana mau sinyum????

silap hari bulan aku senyum 24jam, en laki berkata "mental gamaknya bini aku ni.."

hahahaha
Aidah said…
Akak pun tak boleh sangat berstyle tudung macam ni sebab badan dahlah debab. Dada pun tak bertutup pulak nanti. Hihihi.
♥cikmOt♥ said…
memang stylo...tapi dah lama tinggalkan bab memakai shawl ni...tak larat dah mak nak membelit...hewhewhew...
lyana len said…
sedih jugak bila che lah keluar..huhu

ada baby kecik, pakai tudung lawa2 lilit2 pastu anak tarik sampai senget2 pulak..haha
Irfa said…
#kak erna..
dah tahu,akak mmg tak berkenan pesen ni ;)

#yellow..
eh mana ko tahu?
penah rasa ye..hehe

#kak aidah..
baik beli je shawl yg jual kat kedai tu.so boleh bajet sendiri nak labuh ke nak singkat..sbb yg ni dah siap jahit..terus sarung je

#cikmot..
ikut musim :)
ada musim awning,musim syria
musim shawl..musim buah.eh!

#lyana len..
ye..shawl agak tak ssuwai bg yg ada anak kecik masih dukung tu ;)
gerhana luka said…
nina memang sweet sejuk mata memandang jangankan lelaki kita yang perempuan ni pun suka dah la cantik tutur kata pun lembut. minat tudung nina tu tapi kalau yg pesen siap lilit tu tak sesuai plak saya pakai so lilit sendiri la shawl. ehh kita leleh air mata bila che lah keluar hee... emo sikit.
Rumah Kuning said…
nina pakai tudung mcmana pun cantik dik. kalau makcik ni pakai itu macam, tarak cantik jugak. hehehe
Mulan said…
dah la lawa, pandai masak lak tu kan.. suka tengok nina..
Mummy Sher said…
Alamak tak pernah tengok masterchef nilah, so memang tak tau cerita..huhuhuh
Hanis Azla said…
akak pun suka sgt tgk muka nina tu.. comel dan manis senyuman dia.. bokkita.. first time akak dgr.. he..he.. ketinggalan jugak agak ni..
Lynn Huraiza said…
X pandai betul lynn nak pakai tudung mcm tu...
Misz-ella said…
mmg manis la senyuman dia. Sweet.
MOKCIK AZWA said…
OO baru tahu tudung fesyen gitu namanya bokitta...tapi kalau mokcik nak pakai memang tak lulus la jawabnya, awal2 lagi dah kena pangkah dengan cik abe hhahaha

Nina sweet..tapi mokcik suka Che Lah..ooo dia dah kluar yer...ayoyooo..


NenetPenne (NP) said…
muka kalu dah lawa, pakai tudung mcm pakai kain semutar pun lawa.. kan ..

go AH HONG go..chewahhh saje pakai capital letter untuk nama AH HONG... ahaks....
azieazah said…
Saya pun minat Nina. Dia sweet!
Nieda Ramly said…
mcm2 jenis tudung tak tahu apa ke nama. byk sgt. smapai harga ratus2 pun ada.
Lee said…
Hi Irfa, you sure got one real beautiful smile....
The kind f smile that makes men's knees go weak....and lupa nama mak.

Have fun and keep a song in your heart.
Lee.
Queenie said…
tumpang gelak kat kain semutat nenetpenne hihihi.

betul tu, kalu muka dah sedia lawa, pakai apa pun lawa..
4feet8 said…
first time dengar. terima kasih sbb up entry bokita ni..nak try pakai jugakla.. ;)
Lady Windsor said…
ok tahun depan saya nak masuk masterchef..hehe
Nora Karim said…
owh ada yang dah siap ke rupanya? hahah ni baru tau... thanks share... btw, nina mmg cantik manis... kita yang tgk ni pun sejuk je hati memandang... inikan pula suaminya kan?
emarieys said…
dia punya lighat memang pekat
mama aryan said…
oh..ada tudung yg dah siap lilit ye..saya pun taktau,nampak sgt saya tak up to date nih..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')