Monday, November 19, 2012

Sesekali Naik Komuter,Best Pulak Rasanya

Sabtu lepas..kami ber3 (aku,abam dan adik) naik komuter ke umah mil sebab en abe keje.Kakak memang dah awal2 ikut makwan balik cheras masa kami balik dari tido kat Morib tu.Si abam sangat seronok bila aku cakap nak naik tren.Budak2 zaman sekarang susah nak dapat peluang naik kenderaan awam sebab majoriti ibubapa ada kereta sendiri.Zaman aku dulu memang dah biasa nak bas @ teksi untuk kemana2.

Ingat lagi masa sekolah rendah..ayah sewa sebuah kereta untuk bawak kami anak beranak ke funfair di pekan.bukan ayah yang drive tapi sewa dengan drivernya sekali.Ayah aku dapat beli kereta secondhand bila aku dah form5..jenama 'galant' versi lama yang besar tu..seronok gila bila ayah beli keta walaupun bukan kereta baru.

Jom layan anak2 yang sangat happy dapat naik tren komuter walaupun perjalanan cuma 40 minit.rasa seronok duk dalam tren macam taknak turun..



Add caption


happy sungguh adik dapat naik komuter


sekarang kakak dan abam bercuti kat rumah makwan..tinggal la adik sorang kat rumah takde kawan nak ajak 'gaduh-gaduh manja'..takpelah..seminggu je pun.seronoklah kakak dan abam dapat jumpa sepupu kamceng diorang.

ni kakak dengan sepupu paling rapat
ayong nama panggilannya
mereka sebaya,tahun depan sama2 ambik upsr 


abam dan alip-sepupu kamcengnya
umur mereka  beza setahun je
tahun depan abam darjah 2
dan alip darjah 3

itulah cerita sabtu ahad kami..plan nak gi blogger gathering 'kite-kite aje'dengan kak erna kat lavender height pun tak jadi walaupun dah plan nak pegi sejak bulan lepas lagi.Sebabnya..macam biasa la,takde sapa yang sudi nak bawak aku kesana.En Abe pulak keje shift petang.Emm..takde rezki nak jumpa..mungkin lain kali.Insya Allah...

daaaaaaaaaaaaaa ^_^ nak gi sarapan,jom.. 

23 comments:

m.u.l.a.n said...

mmg best sbb tak penat pening nak drive...

kakchik@ella said...

Sesekali KC pun naik komuter. Cuma KC tak tahan bau-bauan warga asing yg .... perghhhh .. sabar je lah.

faraherda.razalan said...

Aku pun nak bwk aydin nek train la. Die selalu je teruja tgk train lalu-lalang tu.

Rai Ourkizuna said...

si hajar macam gaya penari tiang dah.. hahaha..comell!!

Norhaizan hakim said...

sekali-sekala naik public trans. memang buat anak2 teruja..maklumlah zaman sekarang keje posman pun boleh beli kereta!

cheqna said...

seronoknye..
sesekali dpt naik train kan..slma ni naik kete je...

Hanis Azla said...

salam irfa..

mmg jelas keceriaan anak2 dpt naik komuter.. mmg anank2 skrg jarang dapat nak pengangkutan awam kan.. klu kita dulu mmg ke mana2 dgn pengangkutana awam..

Nieda said...

budak sekarang teringin nak naik bas @ kenderaan awam yg lain. sama kita dulu pula teringin nak naik kereta huhu....zaman berubah.

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

MOKCIK AZWA said...

memang betul tu..sesekali memang best naik pengangkutan awam ni..cuma kena tengok masa la..kalau peak hours..seksa uolss...

NenetPenne (NP) said...

nak naik komuter dari KL ke Seremban pastu jalan2 seremban pastu balik..best tak?

mula2 nak tanya ada ke komuter dari KL ke seremban?

lienda said...

sesekali bawa budak naik pengangkutan awam nie memang best,sorang dua anak boleh lah,lau dah 4 orang nie tak dan nak cekup...takut tertinggal ketapi ha ha...kena plak pintu komuter tutup cepat,menangis akak....

Irfa said...

#mulan..
belum sempat penat drive dah sampai.
kalau jauh tu penat jugakla ;)

#kakchik..
sib baik sabtu tu takde bau2an..warga asing pun tak kelihatan dr stesen saya naik smpi la ke bts,diorang cuti kot.hehe

#fara..
anak aku pun sama.kdg2 nampak komuter sebelah jalan sg besi tu dia duk tunjuk smbil cakap 'nak naik'.tp bukan selalu la ada peluang nak naik

#rai..
nauzubillah..mintak jauh

Irfa said...

#kak norhaizan..
betul tu,budak baru keje pun dah senang nak beli keta.siap yang zero downpayment lagi..w,pun sakit nak membayar ansuran bulanan,dulu2 kalau xde 10persen duit muka mmg tak merasa nak pakai keta

#cheqna..
sesekali seronok la kot.kalau selalu mgkin merungut ;)

#kak hanis..
mmg pun.bukan anak2 je dengan saya pun teruja sekali ;)

Irfa said...

#kak nieda..
terbalik pulak ye.dulu2 zaman ayah xde keta sgt jeles tgk kengkawan yg ayahnya hantar ke sekolah naik keta
oh kenangan ..

#saifudin..
welcome tp entah kenapa xboleh buat kunjungan balas..tak tahu mana silapnya

#kak azwa..
memula risau jugak takut ramai org.tak sangka pulak hari tu xde org

#kak net..
boleh boleh.beli tiket pegi balik
tak nak turun dr tren pun xpe..
bukan takat kl seremban je,
destinasi terakhir lepas seremban pun ada.namanya sg gadut
hehe

Irfa said...

#kak lienda..
anak2 akak dah besar,insya Allah boleh dengar cakap ;)

Sherwieyna Muzzawer said...

salam. Betul tu sesekali naik komuter memang best.

amboi hepi sangat tengok budak2 comel tu naik komuter siap posing lagi..hehe

Ema Blog said...

punya excited mereka... budak-budak dah puas naik kereta agaknya..hehehe

MystoryPic said...

huhu... minggu lepas kaum kerabat saya datang pun saya bawa naik tren... komuter star dan putra.. tak kira kecil besar mak bapak pun seronok.. maklum la kat kg kan takder

makchaq said...

Mesti dua beradik tu happy sangat.. Anak2 makchaq pun masa kecik2 suka sangat kalau dapat naik public transport. Kadang2 makchaq saja bawak depa naik bas/komuter /lrt/erl.

Makchaq pulak masa kecik suka sangat kalau dapat naik kereta..elok pulak arwah abah kerja driver, jadi dapat la sesekali naik kereta...seronok bukan main...

Zareda Norman said...

selamat ulangtahun perkhawinan ke 12.. Mudah mudahan kekal bahagia hingga ke syurga

Khairul Abdullah said...

Saya ni setiap hari naik train...dah bosan pun ada :)

Irfa said...

#sherwieyna..
mmg seronok sungguh si kenit tu
lepas ni entah bila dapat naik lagi

#ema..
sbb bukan selalu dapat naik,eksited lebih :)

#mystorypic..
emm menarik tu utk aktviti masa lapang.mak ayah dtg next week ..
kalau diorang nak naik,saya bawak naik dr seremban ke klsentral dan patah balik.hahaha

#mak chaq..
sebenarnya kalau nak jimat balik naik kenderaan awam.itupun kalau kita tak rushing ;)so enjoy the journey

#kak zar..
tq kak utk doa itu :)

#mr KA..
kalau naik train kat oversea saya tak rasa bosan kot.hahaha