Wednesday, November 21, 2012

Siang Malam Berdoa DiMurahkan Rezki

MALU..itulah yang mampu aku kata bila dengar ceramah Ustaz Kazim di You Tube.eh,buat keje sambil dengar ceramah tak salah kan?telinga mendengar tapi tangan tetap buat keje.hehe

Isi ceramah yang aku dengar ni,ramai yang mintak doa murah rezki,mintak diluaskan pintu rezki,mintak jadi kaya tapi jarang yang mintak dipelihara iman atau mati dalam iman.

Sedangkan...kaya macam mana pun,takde orang makan 10pinggan nasi sekaligus,tido pakai 10 biji bantal dilapis 10 tilam empuk.ker ada yang makan beger 10 biji dan 10 gelas air sekali gus?itu bukan makan lagi namanya..itu dah --------------------------- (isi tempat kosong)

Ramai yang pentingkan dunia lebih dari akhirat.Contoh lebih kurang gini.

-hantar anak tuition jam 8.00 malam balik 10.30 malam,sampai umah anak terus tido tanpa solat Isya' pun mak ayah boleh pejamkan mata..alasan 'kesian anak penat'

-tak kejut anak solat subuh dengan alasan 'setiap pagi bangun awal nak pegi sekolah.hari cuti ni biarlah dia tido lama sikit' padahal kejutkan jelah bangun solat Subuh,nak tido balik pun boleh lepas tu tapi zaman aku kecik2 dulu mak tak bagi tido lepas solat subuh.huhu,aptb

banyak lagi tapi aku share sikit je..nanti korang tengoklah sendiri ye ;)
tata

11 comments:

Yunus Badawi said...

Terima kasih berkongsi ilmu. Apa yg penting kita dapat amalkan apa yg kita tahu.

NenetPenne (NP) said...

mak kita kata siapa yang tak solat subuh, mata dia kena tutup dengan kulit babi...

Irfa said...

#YB..
sama2..w,pun ramai yg dh tahu tp lagi ramai yg buat tak tahu

#kak net..
eh tersamalah kita tapi beza sikit je.mak kita cakap,sapa tak bangun subuh..sedap tido sebab diselimutkan dgn kulit babi.sbb tu sampai tak larat nak bangun punya sedap tido

Sherwieyna Muzzawer said...

Terima kasih sudi berkongsi..;)

Nick Nashram said...

eh..terasa pulak..hee
zaman skng ni rmai org yg ingat dunia dari ingat mati.
insha allah, muhasabah diri.

azieazah said...

Tiap kali dengar ceramah, selalunya memang ada yang kena batang hidung, kan?

Norhaizan hakim said...

Setuju dgn Ustaz Kazim...sebab kak zan pun cam tu..lebih2 lagi nengok jiran sebelah pergi universal studio singapore untuk holiday...aku ada? Tak ade!Tapi lepas ni tak boleh buat cam tu lagi mesti doa untuk kebaikan akhirat pulak!

Nieda said...

takut tak dapat menjalankan amanah Allah terhadap anak2

Asyifa Mustaffa said...

thx share info....manusia mcm kita nie...kadang tau...tp tula...perkataan lalai tu...mmg selalu ada....

Tijah said...

Bab doa tu....adoyai terus pelepap kena batang idung. Penah doa ya allah jgn la lawood habis ayam arini. Isk.

Rai Ourkizuna said...

insap aku weh..lepas subuh selalu tido balik.. T_T