Skip to main content

Tak Suka Makan Itu dan Ini

PAGI NI tajuk kat radio HotFm
'apa makanan yang korang tak suka/tak boleh makan?'
macam-macam la respon pendengar
ada yang 
-tak suka makan bawang
-tak suka peria
bla bla bla..pot pet pot pet

(peria itu pahit tapi banyak khasiatnya)

aku pun dulu tak suka peria
sekarang pun tak suka sangat
tapi dah boleh terima sikit
takdelah tolak terus
mil masak/goreng peria tak pahit pun
sebab tu aku dah boleh makan
aku tak biasa makan sebab mak aku tak masak peria 

ada sorang akak yang aku kenal
dia alergik dengan tauge
kalau makan kat kafe
dia boleh tahu bihun tu digoreng dengan tauge @ tidak
walaupun tak nampak seurat tauge dalam bihun tu
hebat kan?

tapi ada satu komen yang buat aku gelak
Dj tu baca satu komen pendengar
'saya boleh makan semua benda asalkan halal,kecuali 'etak' je'
yang aku gelak bukan tentang pengomen tu
tapi cara Dj sebut 'etak' tu
dia sebut 'e' macam sebut 'e' untuk perkataan-'e'- emak
sedangkan sebutan sebenar ialah 'e' macam sebutan 'e'- ekor
paham tak maksud aku?
maaf aku tak tahu nak terangkan macam mana
korang tahu kan tentang e-talling @ e-pepet

gambar dari sini-myfren KV


kenal ni?
kaklw dan kak net mesti kenal punya
ini namanya 'etok salai'

kalau balik kampung dengan 'belon' aka kapal terbang
wajib singgah kat bus stop Kota Bharu
belakang stesen tu ada akak jual 'etok'

korang pulak..alergik dengan makanan apa?

Comments

Lady Windsor said…
Irfa
ekekekek siapakan yang tak makan 'etak' tu...woii ruginya nikmat hidup tak makan etak. err bila Irfa nak balik KB, ahhh teringinnnya nak gigit etak sampai sompek-sompek la gigi..lepas tu selang seli dengan nasi kerabu hitam..perghhh!
♥cikmOt♥ said…
eh sapa lak citer kita...saya pun dengar hotfm tadi..

saya tak makan masakan berasaskan telur itik...

tapi saya cukup gemar telur masin...camner tu...hehehe
Irfa said…
@kak lw..
saya balik New Castle petang esok untuk ambik kakak,balik sorang..kejap je.pagi Sabtu balik sini.so mgkin sempat makan 'etok'hehe.kalau dekat boleh belikan utk akak sekali ;)
Unknown said…
aku tak ada alergik apa2.. cuma tak dibenarkan makan kerang..hehehe..

kalau makanan sedap semua aku makan.. walau pun aku tak suka bau ikan pekasam tapi sebab rasanya sedap aku gagah2 jugak makan.. hahaha..

aku heran yg jenis org taknak mencuba.. tak penah makan.. nak cuba jamah sikit pun takmau.. siap tengok makanan tu macam tengok benda jijik..hangin aku..
QERY HASAN said…
Best ni... Saya suka etok!!!!
Entah, seme makanan pun aku tibai janji halal. Wahahaha!
shida said…
etak.. sedapnya....
Kakcik Seroja said…
Kakcik tak suka kalau tak dapat makan je! ;-)
Dr K said…
etok tu spesis kerang kah?
izawani said…
Suka sangat etok nih... masin masin mulut makan (tak sakit sangat gigi sebab bukak dengan pisau... hehehe)

Tapi, susah dapat yang besar besar... asik dapat yang kecik dan isinya hampir tak ada...
Irfa said…
@cikmot..
hahaha..yelah.
saya pun dh baca en3 awak tadi.
jarang makan gulai itik sbb xpenah masak.kalau org masak..saya makan je.
telur masin?my feveret too..boleh ratah gitu je ;)

@rai..
dulu2 aku makan kerang xlebih 5biji sbb ada bau yg kurang sedap.nak pulak msa tgh sedap makan..ada yang 'busuk'huhu.hilang mood.aku pun nyampah ngan makhluk yang belum cuba tapi dah buat muka dulu..yg buat muka jijik tu lagi x boleh
blah

@wan zulqhairi..
okey..kita serupa ;)

@fara..
samalah..janji halal ;).spesis senang bela

@shida..
awak pun makan jugak ke?bagus..
boleh geng

@kakcik..
tak boleh makan boleh mendatangkan amarah ;)

@daddy ziyyad..
lebih kurang la.sepupu dia kot.size kecik sikit ;)
Irfa said…
@KAK IZAWANI..
nikmat sgt kan?hehe
saya suka kopek dgn gigi..boleh meleleh sampai siku.hahaha.over tau
mmg susah nak dapat yg besar.kalau boleh pilih,nak je sy mintak ngan akak etok tu..'kak,bg saya pilih sendiri boleh dok?saya nak hok besar je,hok kecik tok sey'..
:: CIKVIVA :: said…
kne bui upah etok la kalu nok suh jadik baby sitter gak..
Irfa said…
@cik viva..
wah manyak mulah babysitter tu
upah pakai etok je?buleh sesangat
bape rial nok?
Unknown said…
Oh my...etok pojaaan ati kawe...salu beli kat mokcik dekat stesen bas KB tu gok...mokcik yg sama kah? jeng jeng jeng...haha...lo ni ciputttt je dapek lam kelongsong tu...huhu...
Irfa said…
@Unknown..
welcome ;)
bokali yo doh..ada 2,3 meja jugak yang jual etok belakang bus stop tu
mmg pun..so kelonsong tu sikit sgt
x puas make
NenetPenne (NP) said…
etok tumis
etok masak lemak putih
etok salai
wallaweyyy sedap nyaaaa.....
rasa lemak berkrim
lebih kurang mcm kepah kapak jugak laa


kalau tak kenal etok gak, wehhh guano demo kan???
ZieMarziah said…
x penah makan walaupun penah dok kelantan dulu..tah la macm x menarik je hhehe
Nurain Shukree said…
fuhh.. sedap etok ni...
lama dah tak balik KB.

Kalau tak, my mom selalu beli.
Ye la.. bukan selalu balik kampung.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')