Tuesday, November 27, 2012

Trend Peplum (macam buah plum je bunyinya)

semalam 2 entri duk komen pasal siaran tv
hari ni nak komen pasal fesyen
wah!tak agak2 tu nak komen pasal fesyen
berfesyen sangatkah ko?huhu

banyak sungguh trend zaman sekarang
pesen zaman dolu-dolu pun dah keluar balik
seluar kaler2 warna warni
macam-macam pesen
baju pula yang lengannya ala-ala Saloma

aku ni bukan ikut trend sangat
pakai mana yang sesuai dan selesa je
(ngaku jelah..susah nak dapat baju lawa bersize besar..huhu)

sana sini aku tengok orang duk sebut 'peplum'
memula dengan aku ngat diorang cerita pasal buah
sian kan?
padahal jauh bezanya buah dengan fesyen tu

sejarah memula aku tahu pasal peplum 
ialah masa baca blog elly in wonderland dan blog fillanie
elly pakai peplum kaler hijau tu lawa sangat
suka baca blog dia yang 'gila2 sengal' ni
sori ye elly (dia baca ke blog aku?huhu)

dan lepas tu aku terus mengugel image apa itu peplum
emm.. 


ada banyak blog tunjuk pesen peplum ni
antaranya disini dan banyak lagi


sambil berkata2 dalam hati
'sesuaikah dengan ku?'
takut nanti orang kata
'jadi mangsa fesyen'
selalu kita tengok orang yang sedia cantik 
tapi nampak hodoh kerana baju yang dipakainya
jadi artis lagi la susah
ingat nak jadi 'stailista' tapi sudahnya jadi 'ops'

emm..orang tua pernah berkata
pakai baju ukur badan sendiri
balik nanti nak ukur lah
hehe 

~tata~

23 comments:

nur anis said...

memang tengah femes fesyen ni kan...

Kesuma Angsana said...

mmg canikkan, tgh in skang ni!

Fida Ghazi said...

rasanya baju pesen gini zaman saloma lagi dah ada... skarang fenomena semula..

betul tu.. pakai baju ukur badan sendiri.. Kalau rasa sesuai..tak sakitkan mata... kita pakailah.. jangan sebab nak ikut trend sangat.. tapi nampak..opsssssssssssspocot!!

itu hari nampak orang pakai baju pesen gini.. aku cakap dalam hati "disaster apekah yg kau cuba sampaikan??" sebab mmg tak kena langsung.. *cakap dlm ati jelah.. hehe*

SHAHZEE said...

wall fb penuh org pos pasal baju peplum ni..memang cantik tp rasanya x sesuai dgn sy hehehe

Cik Eka said...

mmg tengah in ni..
cantik kan...

eka suka pakai peplum..

Tijah said...

ko tempah ler. bleh buat ikut suka pastu lengan ujung kasi tambah kembang. wuuuu lawa mek.

~Cik Viva~ said...

baju tu lawa tapi agak singkat sket... wah!!

faraherda.razalan said...

peplum ni ctk klu dipakai org yg petit. Mcm aku ni, tulang pinggul aku besar, nmpk lagi bagak klu aku pakai sbb die ade potongan kembang kat bwh paras pinggang. Huhuhuhu....

Irfa said...

#nur anis..
mmg pun..byk blog duk jual online baju ni.tapi nak beli pk 10x takut tak muat.hahaha.kalau boleh nak belek smpi puas hati baru beli,online xleh belek2..

#KA..
apa lagi tunggu,jomlah order selai
buat pakai raya krismas ;)

#fida..
hahaha..berani cakap dlm ati je pun
sbb tu aku tak berani mencuba takut di kata "disaster apekah yg kau cuba sampaikan??" hahaha

#shahzee..
nape x sesuai?belum cuba belum tahu

#cik eka..
comel macam cik eka lagi comel la pakai peplum..letak gambar sekeping nak tengok :)

#tijah..
nanges tailor nak buat baju tu ;)

#cik viva..
singkat?mana singkat dgn t-shirt?
hahaha

#fara..
ye betul..macam nora danish tu lawa la kot.sbb tu aku pk 16kali nak cuba pesen ni

Daddy Ziyyad said...

hahaha..saya lagi la tak tahu pasal fesyen peplum ni!

Ratu Hatiku said...

yalah skg mana2 peplum..igt nk cuba beli nnt ;D

Acik Erna said...

sah pesen baju saloma ni..kalau akak tak de pesen2 nya..tu la baju kurung ngan blaus je he he

Irfa said...

#daddy ziyyad..
okey saya paham ;)
baju pesen tu utk kaum hawa je
kaum Adam dilarang mencuba sama sekali

#Ratu Hatiku..
okey nanti cuba letak sekeping kat blog ye ;)

#Kak Erna..
dah tau dah pesen akak dulu,kini dan selamanya ;)

etuza said...

datang lagi di laman indah ini..harap dah follow ya

Nong Andy said...

oh... aku pun takut kena cakap jadi mangsa fesen (padahal badan dah tak muat nak ikut fesen2 ni hehehehe)

ah ya.. terima kasih singgah blog saya. saya tak sempat geledah blog kamu. saja followlah.. nanti ada masa saya geledah :D

gadisBunga™ said...

pesen ni mmg cantik sebab nampak retro, kan?

azieazah said...

Pertama kali dengar.
Tapi di Aeon (Jusco), ada department khas jual baju utk orang badan XL. Scarlet Plus. Fesyen lawa lawa

kak ina kl said...

dulu masa anak dara leh aaa...skrg ni pandai ajer yang simple..janji senang nak ke mana-mana

Biarlah rahsia said...

zmn skrg ni mcm2 pesen kan..dah tak terikut dah...yg penting tutup aurat dan tak langgar syariat islam...

senang kita ikut je stail diri sendiri...mcm prinsip hidup...kena ada juga prinsip berpakaian...bukan prinsip ikut ikut...yg penting menutup aurat.

Rai Ourkizuna said...

aku lemah semangat betul kalau pasal nak ikut pesen pesen semasa ni.. mmg tak reti.. hehehe..

Elly said...

I baca blog u laling!! Thanks sengat promote peplum ni

mama aryan said...

mmg tengah femes..
saya pun baca blog elly tu..kelakar giler minah tu..

♥~~Rino@~~♥ said...

Salam..Jemput view n follow di http://rinoalytionista.blogspot.com/ Boleh tgk koleksi Peplum Blouse pada harga yg berpatutan..TQ