Friday, November 2, 2012

Upah Pengintip Sekodeng Suami

Salam Hari Jumaat buat korang ;)

hari ni hantar adik yang lepas spm tu gi intebiu..ramai nya manusia,beratur ambik borang pun dah berjam2.macam-macam pesen ada..teringat balik macam mana aku datang intebiu buat kali pertama untuk dapat keje sekarang.Ingat balik,nak gelak pun ada..nanti lah aku citer kalau aku tak lupa.

Oh,tajuk kat atas tu aku dengar dalam radio HotFm pagi ni (dedulu layan SelangorFm sebab member yang aku tumpang keta tu selalu buka channel tu tp sekarang dia dah layan HotFm,so layan jelah)aku suka jugak 3 Dj tu(Fara,Fbi dan AG) walaupun gelak lebih.Yelah,gelak yang akan menceriakan hari anda.

Diorang ulas tajuk berita Harian hari ni kalau tak silap aku ...di sini..

Banyak betul duit orang yang upah spy untuk intip suami yang di syaki curang tu ye,bukan ratus-ratus tapi boleh jadi ribu-ribuan.emm..kalau jadi spy pun boleh buat duit jugak.hehe.

Ntahlah,kes curang ni kalau di ulas 44 hari 44 malam pun takkan abis.terpulangla pada empunya diri.Kata salah sorang Dj tu,hantar spy sebab kes takde kepercayaan.Isteri intip suami sebab isteri tak percayakan suami tapi kaum suami percayakan isteri,so takde la kes hantar spy intip kaum isteri.

Orang kata,tak kena batang hidung senangla cakap.Tapi pada pendapat aku,semuanya bergantung kepada lelaki..kalau lelaki itu baik dan cukup segalanya..jarang kaum isteri buat perangai.Kalau ada pun mungkin 1 dalam 1000.Yang selalu buat hal ialah kaum lelaki.Baik macam mana pun isteri,kalau dia nak buat...tetap jugak dia buat.

Ada orang yang aku kenal,katanya 'lebih baik tak tahu daripada tahu.Selagi suami bertanggungjawab pada family..cukup makan pakai.apa yang dia nak buat di belakang,itu urusan dia dengan Allah.mungkin di dunia dia lepas..tapi semua orang akan mati.pandai2lah dia jawab di akhirat esok'.

kan senang kalau semua orang berfikiran macam kenalan aku tu.tapi sebagai manusia biasa,jarang yang sabar macam tu.ye tak?

12 comments:

Tijah said...

Xleh gak buat tak tau.
Takot sok tau2 dah menjangkit hiv.
Nauzubillah

Irfa said...

@tijah..
sebenarnya itu lah yang paling dirisaukan oleh para isteri yang ada suami hidung berbelang2 ni.kalau dia sorang yang sakit mmg padan lah ngan muka.tapi takut isteri pun dapat penyakit yg sama..kalau suami tu ada otak dan igt anak2,dia takkan sampai hati buat mcm tu dan bagi penyakit pada ibu kepada anak2nya.

jUliANa^sAlLeh said...

abis duit buat upah spy jela nnt..huuuuu

HeNRieTTa JoSe said...

hmmm...tpi rietta pown lebih suka klu xtahu...asal suami xabaikan rietta dan anak anak....

Nazayiena said...

Byknya duit buat upah spy tu.

oren said...

dan lagi baguih gak kalo suh laki pikir benda yg sama..asal bini jaga mkn pakai, umahtangga n anak2, biarlah apa dia buat dibelakng, urusan dia ngan Allah..ada berani lelaki pikir mcm tu??

aci kerat jari!

Rai Ourkizuna said...

hish..mesti kes datin datin ni.. upah spy tengok datuk pi mana.. hahaha..

faraherda.razalan said...

Peh! Siap spy? Gilo! Gilo!

SHAHZEE said...

mudah2an kita dikurniakan pasangan yang jujur dengan kita ..amin...

bangsawan nilai said...

ada kes suami yg curang dgn isteri org mcm mana nk ckp kan?
nauzubilllah...

Kesuma Angsana said...

xkan sampai tahap mcm tu sekali

Lady Windsor said...

saya akan spy sendiri, tak perlu upah spy luar..lagi terer kan..