Skip to main content

Baby Baru dan House Warming@Setapak

sambungan entri ini

Malam balik kenduri tu kami tido rumah Sil (tuan rumahnya takde,diorang satu family ke Baling sebab mentuanya sakit.dan kakak pun mengikut sekali..alahai anak dara,berjalan jelah kejenya cuti sekolah ni.Mil jadi tuan rumah sebab adik ipar sorang lagi baru lepas bersalin duk situ sebab senang mil nak jaga dia).

Meh kenal dengan ahli baru dalam keluarga en Abe.namanya kalau tak silap Eidil Faris (rasanya ejaan tu mungkin silap).Aku suka nak panggil dia dengan nama Faris ;).ni anak no 2 sil,anak sulungnya pun lelaki jugak.

hai..nama saya Faris.saya lahir dengan berat 4.11kg pada Rabu lepas(5Dec).

baby Faris yang montel
suka cium pipinya yang wangi dan bulat itu 

kacau sama dia
okey gambar last tu 'kakak sepupu baby'..nampak je macam tak jeles,tapi bila aku riba baby lama-lama...dia pun sibuk nak duduk atas riba.kalau tanya dia 'nak baby tak?' laju dia jawab 'ajaa tak nak baby'
ni bukan baby dah
Jan depan dah 3 tahun
suka buat muka bila ambik gambar

petang tu attend satu lagi majlis makan-makan.cousin baru beli rumah kat Setapak,dia ajak datang majlis makan2 sempena masuk rumah baru.Dah kebetulan kami kat KeyEl..jalan jelah.kalau takde hal memang susah la nak datang lagi.Hujan lebat mengiringi perjalanan..cam biasa,bab jalan aku dah serah kat en abe.sesat mulanya sebab alamat dibagi tak lengkap..aku dah malas terus ajak en abe balik sebabnya mood dah takde dengan hujan lebat itu.aku memang tak suka keluar masuk keta waktu hujan.rimas..huhu.tapi jam 3.30 sampai jugak kami ke rumah cousin tu.rezki hari hujan kot. 

makan-makan dan borak2 sikit.naik jap tengok rumah baru dia (makan2 buat kat dewan bawah).pastu mintak diri..jalan sepanjang balik rumah jem gila..aku sampai tertido dalam keta..sedar2 dah sampai depan pagar rumah.Patutlah jem..orang balik kampung sambung cuti rupanya..

~daaa~

Comments

makchaq said…
Padanlah tembam sangat Faris, sampai 4kg lebih.. anak makchaq sebulan lebih baru nak masuk 4kg..
Comei.. Anja buat muka...
HeNRieTTa JoSe said…
comeinye bby....ajaaa xmo bby? hehehe.....
Dr K said…
4.11 kg...best gomol! hihihih
:: CIKVIVA :: said…
comelnya baby cam ateh la...hehe
Kakcik Seroja said…
Sihatnya Faris. Geram tengok dia. :)
Ratu Hatiku said…
Semangatnya bby....cute tol..suka tgk pipi dia tu..
Yunus Badawi said…
patutlah comel. Lahir pun dah lebih 4kg. Anak saya yg paling berat masa lahir pun baru 3.1kg. Yang lain tak sampai 3 kg
-Sara- said…
alahai tembamnya baby tuu! :)
Mummy Sher said…
Wah besarnya baby tu,comel!

Tahniah ye!
Lady Windsor said…
shomelnya baby tu..memang ada iras2 kakak sepupu baby yang dua kali shomel tu la...
iskk bila kakak sepupu baby tu nak datang rumah auntie lagi ni yer...
4feet8 said…
geramnya tgk faris. tembam..
Nong Andy said…
My shinta pon selalu macam tu.. bila aku dok gendong baby orang lain dia sibuk gak nak minta gendong.. jeles la tu hehehehe...

4.5Kg ? wah... montelnya.. My Shinta dulu kecik sangat 2.4Kg jer dia lahir...
Skull Writers said…
Oh... hari ni korang cuti rupanya :D




-Nico Robin-
RedRose said…
my dotter cuma 2.9 kg aje masa lahir. pastu sampai la ni tak besar2. tapi makan boleh tahan! huhuhuhu. teringin nk ada anak debab, mesti syok berulit kan?
ZieMarziah said…
feewitt nak ngorat baby..comel giler si faris ni..

eh kakak sepupu pun nak lawan gak ye hehehe
gerhana luka said…
suka baby yg bulat2 ni sedap digomol pipi tembabnya tu muahhh
NenetPenne (NP) said…
tembamnya pipi baby tu... memang sedap untuk digomol
Anonymous said…
Very quickly this website will be famous among all blog users, due to it's good articles
my web site: affordable health care act

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')