Thursday, December 20, 2012

Cikenit Cikebom

  
tak nak bagi orang pegang
terus bangun tido atas sofa

minggu lepas..

masih lagi ke rumah pengasuh
tapi lewat..kadang pukul 12 tengah hari baru pegi
itupun puas satu rumah memujuk
aku masa tu dah selamat pegi keje
selalunya aku kuar rumah pun dia masih tido

mereka yang memujuk bercerita
'tipu-tipu' sikit kata nak ke taman @ ke kedai
tapi sampai pagar rumah pengasuh
dia bantai melalak macam kena pukul

tapi minggu ni
dia dah tak heran dengan 'tipu-tipu' tu
ajak gi kedai @ gi taman dia buat donno je
langsung taknak bangun 
siap cakap 
'ajaa taknak..ajaa nak duduk kakak'


sebabnya
kat rumah ada kakak,ada abam dan ada moknik
(moknik adalah adik aku yang tengah tunggu panggilan intebiu)
duk rumah best kot
boleh buka peti ais 44 kali sehari
boleh mintak nak tengok kartun apa
kata abam 'asik-asik citer adik'
boleh main game kat tab

takpelah
kasi can pengasuh berehat
kasi can adik bermanja dengan kakak
lagipun minggu depan kakak dah nak balik kampung

borak dengan kawan2..
rupanya bila musim cuti sekolah
anak2 diorang pun sama kes
tak nak kerumah pengasuh
kalau ada 'orang dewasa' boleh la tinggal kat rumah
kalau takde sapa..risau weh nak tinggalkan kat rumah
tapi zaman aku dulu2
mak nak gi mana2 selamba je tinggal aku dengan adik2
dulu dan sekarang tak sama
zaman sekarang susah nak beza 'orang baik' dengan 'orang jahat'
paper pun takde cerita lain
cerita sama je
kalau tak citer tentang rogol
cerita tentang kes bunuh
rompak dan dera sana sini
(*_*)

7 comments:

Kakcik Nur said...

Betul... dulu kat kampung selamba badak berendam je anak2 main serata kampung. Makbapak tak bimbang pun. Sekarang ni, main dalam pagar rumah sendiri pun rasa macam tak selamat.

lupekanje said...

Salam Irfa..
tak apa la...laaaayannnn je ragam bebudak ni.
Kejap je, lelama besar la dia
dan masalah pun selesai... Beranak lagi..
mslh yg sama dtg lagi..
atau kurang sikit..
mana tau lebih sikit...
atau lebih banyak...
sabo je lah...
bila mereka dah besar nnt..
semua tu jadik kenangan..
tu pun klu kita ingat..
diorg mgkin la tk ingat..
macam accik ni..tk banyak dah yg ingat...
sbb igtan pun makin menghilang..
serasa macam sekelip mata je..
diorg dah dewasa...
dan kita makin tua...

amaniammar said...

setuju dgn sis..
zaman kcil diri sendri pn x dijaga sesiapa
ms tadika tu ada r org jg..
since dah pindah balik rumah terus kunci pintu..
tinggal berdua dgn adik
pesan mak..kalu org luar jgn dibukakan pintu..
smpai la ni sy masih mcm tu..
posman datang je brani buka klu x ..biarla diam je kt dlm sampai org itu blah..
hihihihi
zaman skarang payah...

faraherda.razalan said...

Aku tak suka baca paper sbb aku nak jauhkan rs was-was pd seme org.

Malaysia tidaklah seaman yg diwar-warkan.

Daddy Ziyyad said...

zaman sekarang ni, duduk dalam rumah sendiri pun rasa tak selamat

me shuhada said...

Betul. Dulu kami bebas nak kayuh basikal keliling taman n kdg2 sampai dah masuk taman lain. Jnji sblm maghrib masuk rumah. Tp skrg.. risau je nk bg ank2 main kt tmn ataupun luar rumah sndiri klu xd tgk.

Huhu pandai ye buat alasan xnk g umah pngasuh :-)

Chekgu Azrine said...

zaman dulu tak sam dgn skng..dulu blh je bebas g kedai g memana..merayapan..skg dh xblh..scary!!