Friday, December 14, 2012

Iklan Berjimat Cermat

tiap kali dengar iklan dari kerajaan tentang 'berjimat' kat tv @ radio aku senyum sumbing.iklan tu untuk siapa?golongan marhaen @ golongan 'ada-ada'?kalau golongan marhaen macam aku ni,rasanya dah berjimat sampai tahap tak tahu nak jimat celah mana lagi.

# jimat elektrik-golongan biasa2 ni..boleh kira dengan jari rumah pasang ekon.banyaknya ada kipas je.

# jimat barang dapur,sebelum membeli dah survey pasaraya mana jual barang paling murah.

# jimat belanja dapur,masak satu@dua lauk tu dah rasa mewah sangat la tu.

(cukuplah 3 contoh tu..kang tulis2 banyak2 pun buat semak jiwa je)  

TAPI..ayat pujuk hati,kalau mampu makan nasi dengan satu lauk fikirlah 'nasib baik Allah masih bagi nikmat boleh makan..walaupun lauk tak sedap mana.bayangkan kalau sakit tak boleh makan.letak la ayam golek depan mata,cuma mampu pandang je sebab sakit dan nikmat makan itu dah takde'

emm....

13 comments:

paridah said...

betul irfa kita ni berjimat sangat2 kempen2 tu yg memperabis duit kita ckp marah pulak ye...

Daddy Ziyyad said...

Memang ramai yg bengang dgn 'iklan' macam ni kan..seolah olah kita ni pemboros sangat..padahal bini dia sekali pergi shopping penuh 2 kontena barang di bawak balik...cincin aja sebijik dah berjuta juta...ada hati nak suruh rakyat berjimat cermat

*azni* said...

like!!

HeNRieTTa JoSe said...

hmm....rietta pown mmg sedang usaha utk jimat cermat...gaji xbesar....

Nick Nashram said...

saya susah kalo nak berjimat bila p shopping..lebih2 lagi kalo ade sale..berpuluh2 baju t-shirt beli..orang bujang kan..huhu

bangsawan nilai said...


pro dan kontra tu biasa.
hakikatnya shopping complex sesak jugak.
tudung fareeda yg mahal gilos tu berebut jugak beli...
smartphones asyik tukar.
ya, kita mmg boros tanpa sedar!

~Cik Viva~ said...

sedang berjimat2 cermat kerana kadang2 kita boros tanpa disedari spt komen BN..

Irfa said...

#kak paridah..
skrg makin menjadi2 iklan tu kat radio dan tv.apa motifnya ye?

#DZ..
eh mcm tahu je sapa contoh tu?hehe
nanti dia jawab 'ai mampu.so ai beli lah.ko tk mampu duk diam2 sana'hehe

#azni..
hai ;)
sbb takde butang unlike.

#rietta..
nak beli sesuatu pk smapai 16kali
beli ke tak,beli ke tak.hehe

Irfa said...

#nick..
emm..orang bujang takde tanggungan lain pemikirannya ;).takpe..enjoy dulu sementara masih ada masa

#bangsawan nilai..
bab tudung ratus2 aku belum masuk kategori lagi.hehe.boros tanpa sedar?emm mungkin...

#cikviva..
amboi ;)

Norhaizan hakim said...

Kak zan tak tau nak jimat macam mana..anak 5..kuat makan..sekali pegi beli barang..perrghhh..setakat pegi kedai depan rumah pun habis 3-4 piluh..

Irfa said...

#kak zan..
saya paham.anak2 sedang membesar memang kena sentiasa ada stok makanan kat dapur.boleh dikata.setiap jam diorang akan mencari makanan ;)

Luna said...

masa gi shopping complex atau didekati penjual, ingat betul2 2 perkataan 'PERLU' atau 'TIDAK PERLU'

Lady Windsor said...

Irfa
kalau akak sensorang kat rumah memang boleh jimat tapi kalau adik beradik atau kengkawan datang, x boleh berjimat sebab rasa semua nak masak nak makan sama-sama derang..