Wednesday, December 5, 2012

Kecil Di Tinggal-Tinggalkan,Besar Di Cari-Cari

meh sini nak bagi teka teki
apa benda ye
'masa kecil ditinggal-tinggalkankan
dah besar baru di cari-cari'

kalau aku bagi jawapan,jangan ada yang marah ye
jawapannya ialah ?
ANAK

tadi baca blog kisah artis
seorang ayah kata anaknya kurang ajar
sedih pulak aku walaupun anak itu bukan aku
atau sedara mara aku
sebab luaran nampak dia budak baik
maknya pun nampak baik
patutlah tak pernah nampak muka ayah dia
dalam tv@paper
kita orang luar,tak tahu kisah sebenar
kita mungkin hanya pandang luaran

banyak dah aku baca kisah macam ni
anak dah besar,dah ada keje bagus,dah gelemer
baru si ayah mengaku 'oh ini anak aku'
masa kecil dulu diabaikan

aku tak kata kes artis ni sama
tapi banyak dah kita tengok kat rumah orang tua
warga tua yang terabai
cuba kita selak balik kisah silam mereka
mesti ada 'kisah disebalik kejadian'
kenapa mereka di abaikan

cumanya..kalau anak itu ada akal
mak ayah tiada ganti
dosa mereka pada anak2 itu antara mereka dengan Allah
sebagai anak,kita tunaikan sahaja tugas kita

minggu lepas
aku baru je dengar dalam rancangan Tanyalah Ustaz
lupa nama ustaz tu
tajuknya
'kesilapan ibubapa terhadap anak-anak'
ada blog pun tulis pasal ni sini dan sini

selama ni kita selalu baca dosa/silap anak2 kepada ibubapa
jarang kita kisah silap/dosa ibubapa pada anak-anak
konsepnya
'eh aku mak,aku ayah..aku mesti betul'

membesarkan anak-anak bukan setakat bagi makan pakai
tak ajar anak bab agama pun itu salah satu dosa
besar tanggungjawab tu
tapi janganlah dipuja anak itu
sampai anak lupa batas

renung-renungkan dan selamat beramal
tagline sapa tu?hehe

Opss..nak kongsi berita gembira
mil dapat cucu baru,pagi ni
(adik pompuan en abe yang no3,lahirkan baby boy
anak no 2.. beratnya 4.11kg)
patutlah besar sungguh perutnya masa peknen
InsyaAllah..petang ni kami nak ke KL jenguk baby baru

8 comments:

NenetPenne (NP) said...

memang kita tak tahu apa kes pasal najwa latif tu sampai ayah dia cakap mcm tu. nak buat telahan sendiri adalah tidak tepat..

tapi i experience satu kes bila sang ayah bercerai dgn ibu, anak2 ditinggalkan dengan ibu. ibu terpaksa menyara anak seramai 3 orang. ayah hilang mcm tu jer.. bila anak dah besar, dah kerja best..datang siayah tetiba minta duit. haa tak terbakar ker kat situ dengan perangai si ayah tu?

zie marziah said...

betul..kadang2 org judge berdasarkan luaran je..hakikat sebenar hanya dia saja yang tahu..

setiap sesuatu yg terjadi mesti bersebab kan..

~Cik Viva~ said...

ehh.. tadi kate berat 4.11 kg..

Nick Nashram said...

mak bapak la yg corak anak jadi camne bila dah besar..kalo diorang didik anak jadi baik, bila dah besar insha allah jadi brguna..camtu la sebaliknya.

MystoryPic said...

saya pun selalu terfikir benda yang sama... kenapa ibu bapa ditinggalkan dirumah org tua.. bukannya 100% anak yg salah... sebab ibu bapa pun ada derhaka juga ngan anak2

nurarin shukree said...

nak komen lebih-lebih pun takleh. Elok baca je la...

Kita sekadar jadi pemerhati.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bukan artis je buat macam tu. Orang-orang biasa pun sama jugak.

Takpe lah, tugas kita berDOA.

Irfa said...

#kak net..
eh akak pun baca?saya tak sebut nama kan?tapi kes dia kita tak tahu sapa salah sapa betul.kes yg kak net citer tu sebenarnya saya pun jumpa kes mcm ni depan mata..masa kecik2 ayahnya sibuk poya2.anak dah besar baru sibuk ngaku 'anak ayah'..huh,bikin panas je

#zie..
ye,,semua yg berlaku ada sebab.moga baiklah penyelesaiannya

#cikviva..
oh salah taip..tq utk pencerahan.
*ayat baru*

#nick..
kdg2 mak ayah dah didik sebaik mgkin tapi persekitaran juga memainkan peranan..sebab bila besar anak2 akan banyak masa diluar rumah

Irfa said...

#mystoryPic..
semoga kita adalah ibubapa terbaik utk anak2 kita kerana anak itu adalah amanah Allah

#Nurarin..
betullah tu..kita baca apa yg ditulis.kisah sebenar mrk je yg tahu.kerana mrk public figure maka kisah mereka disensasikan lebih dr kisah org biasa.apa2 moga yg terbaik utk mereka