Skip to main content

Kenduri Member di Rembau

Okey..alang-alang ada gambar dalam kamera,meh kita berstori mori kisah Ahad lepas (masa mak aku masih ada kat rumah)Sedang kami anak beranak bergolek ria..waktu itu jam 11.30 pagi,lepas sarapan bihun goreng lada hitam buatan sendiri yang sangat sedap.Tiba-tiba,En Abe mengajak ke kenduri kawan opis dia (xceli kawan aku jugak tapi sebab dia lelaki dan satu opis dengan en abe,kira kawan dia la senang).Terus kerah anak-anak salin baju.

Kami ikut je peta yang ada di kad kawen,tak la susah mana,area Rembau..(lupa pulak nama kampungnya) tapi dekat2 je dengan kampung sedara kak erna kenduri dulu yang pernah aku tulis kat blog.tepat jam 12.30 tengahari  kami sampai ke rumah pengantin lelaki.Dah ramai budak2 opis en abe tengah makan..kami pun join ambik pinggan dan makan.Rumah kenduri tu pesen rumah kampung tradisional,rumah papan campur batu bahagian dapurnya.Keliling rumah banyak pokok buah.Lepas makan pakat petik buah rambutan sebagai pencuci mulut.hehe

Elok lepas makan,pengantin pun sampai dengan sedondon hijau.Si Abam sibuk ajak aku balik 'jomlah balik,abam tak tahan dah ni.panas sangat'amboi ko nak,mengalahkan puteri lilin pulak dia.kalah si kakak dan adik.

Meh layan gambar..

menu lauk kampung

si kenit macam biasa kalau pegi kenduri
cuma makan buah,nasi taknak
so makan lah tembikai je

elok lepas makan pengantin pun sampai
Bob dan pasangannya sedondon hijau

me,my fren yang dah lama tak jumpa
bersama pengantin,Bob dan isteri
kepada Bob,moga bahagia hingga akhir nyawa
amin 

okey..kenyang sudah
jom balik

'umie mana?'
Ajaa yang tercari2 dimana umie
sekian,kisah kenduri..pasni kisah mandi manda swimming pool ;)

Comments

Unknown said…
kenduri kawin lagi...macam mana le badan tak berisi...
Yunus Badawi said…
comey si kenit pakai tudung.
ZieMarziah said…
musim knduri kawen..ok la boleh gantung periuk belanga jap:)

comelnya si kenit tu
Irfa said…
#kak zan..
cuti sekolah dan kenduri kawen mmg tak boleh dipisahkan :)

#YB..
tq ;)
kejap tu..masa mula2 smapai.lama sikit dah panas..terus buka togel

#zie..
setakat ni baru 1 jemputan je ;)

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')