Skip to main content

Menipu Cara Baru.Betul ke?

Lunch di meja je hari ni..malas nak kemana2.Sambil makan sambil layan blog dan sambil baca emel.Simpan mana yang penting dan delete yang mana tak penting.

Jumpa satu emel..'Jaga-jaga bila di datangi kanak-kanak' tajuknya.emm terus bukak sebab terfikir apa je yang seorang kanak-kanak boleh buat.

Kisahnya begini..sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.. tiba2 datang seorang kanak2 lelaki Melayu dlm lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja saya & berkata:

'Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2 tak?'

Saya jawab:

'Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebih'.

Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: 'Ala Max,ice-cream mcm tu pun nak berkira,belikan la aje kat budak tu'.

Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia approach dia dan berkata "Awak culik anak saya ye"...budak tu pun berkata 'Ayah ni la pakcik yg suruh saya naik kereta dia'.

Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalu tak hendak perkara itu dilaporkan pd polis. "Ayah" budak tu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yg mengatakan anak dia hilang & diculik. Utk tidak kecoh rakan saya ke ATM machine & bayar Ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat RM1k.

Cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu., saya berhati2 & tidak layan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun jalan seorg diri & datang tanya kat saya pasal ice-cream?

serius..lepas baca aku geram.geram sangat2 walaupun aku sendiri tak pasti cerita ini betul @ rekaan semata-mata.

kenapa kanak-kanak jadi mangsa?kalau nampak budak minta sedekah aku mesti terfikir,entah2 ini budak yang hilang@diculik dan dijadikan peminta sedekah.itulah perkara pertama terlintas di kepala otak aku dan aku juga membayangkan bagaimana sengsara ibubapa yang kehilangan anak.Ingatkan anaknya dah mati tapi rupanya anak itu masih hidup dan menjadi mangsa sindiket minta sedekah.Nauzubillah..

Comments

Luna said…
ada sikit tak logik ttg yg tutti frutti.x kan semudah itu leh kena ugut..bukti takde, saksi takde,napa takut.kalau bapak budak tu nk report polis, go on ler.
Dr K said…
Kalau ya pun cerita ini benar, go on sahaja lah with the police report..Police pun bukan bodoh gitu gitu boleh percaya..kita ada alibi kita sendiri kan...Wallahualam..mungkin ini rantaian cerita bohong, mungkin juga benar2 berlaku
Payah gak kalau nak bersedekah kiranya ada kes2 cm ni..
kasihibu said…
Luna yup setuju sangat
sebenarnya ada banyak cara orang nak menakutkan..memecahbelahkan perpaduan keamanan negara kita
ini salah satunya mungkin
tp berhati hati juga
Irfa said…
#luna..
mmg sedikit pelik disitu.nak takut apa?rm1000 tu bukan rm10..banyaknya duit dia

#DZ..
tapi..kalau mcm kes stok telefon kena curi yg saya tulis bulan lepas tu..dah report polis pun mcm takde apa tindakan.sudahnya pengadu jugak yg rugi tp polis tak buat apa2..
mgkin kisah 'org kecil' ni hanya angin lalu j bagi diorang ;(

#en abil..
tu psl kita nak menolong pun pk 16 kali takut nanti tolong tp makan diri sendiri
bangsawan nilai said…
aku pernah baca ni fb.
mcm2 taktik nk mengena
nazayiena said…
Pernah juga baca dlm fb...
Lady Windsor said…
ya rabbi ada juga manusia macam ni guna anak sebagai umpan..hazabnya perangai!
gadisBunga™ said…
dalam segala hal pun kena berhati hati sangat sekarang...
Rashid said…
a'ahh .. sayapun ada fikir gitu juga. usah takut jika didatangi budak begitu. Kalau bapak dia datang timbulkan 'kes' begitu. Lawan je. Kalau nak lapor biar dia lapor ..
:: CIKVIVA :: said…
kes macam ni pun ade gak..macm pelik je..
Anonymous said…
mcm2 ajelah!
NenetPenne (NP) said…
mcm2 hal skarang kan... tu yang buat manusia jadi sombong tu...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')