Thursday, December 27, 2012

Moga Baik-Baik Aje (Part 2)


Sambungan entri semalam-Moga Baik-Baik Aje.Aku menulis untuk tatapan akan datang..kerana ini antara detik2 semasa proses membesarkan anak.Mungkin aku akan tersenyum sendiri bila baca balik entri ini 10 tahun akan datang @ abam juga akan terkenang kembali kisah ini bila dah dewasa(itupun jika blogspot masih wujud).

Kata Doc,takde lebam dan bengkak..disuruh buat ujian x-ray kalau ada patah dalam yang tak nampak dengan mata kasar.Tapi x-ray pun tak menunjukkan patah/retak dalam.Sedikit pelik,maka aku bercerita dengan 'orang yang dah banyak makan garam' katanya 'kalau doktor tak dapat kesan sakit apa..cuba alternatif lain.tak salah mencuba'.

So en abe bawak jumpa 'seseorang'.Katanya mungkin ada 'sesuatu yang terlanggar'..walaupun aku agak muskil mana datangnya sebab bila aku bekerja,anak-anak cuma dalam rumah..cuma Isnin tu diorang ada keluar ke depan rumah beli jagung dalam cup/ice blended dengan penjaja pakai lori tu.Malam itulah selepas mandi,si abam mengadu sakit dicelah pahanya.Aku ingatkan dia jatuh ke hapa..tapi dia tak ngaku ada jatuh pun.

Malam tadi hampir jam 9.30 malam barulah en abe balik dengan si abam dengan sebotol air dan 7 biji limau nipis untuk dicampur dalam air mandian.Kita hanya berusaha dan sebagai ibu semestinya aku sangat risau..lagi 6 hari dah nak buka sekolah.

Semoga abam cepat sembuh seperti biasa..walau kadang2 aku membebel dengan perangainya yang suka berlari/lompat sana sini tapi bila dia terbaring..aku jadi sangat sedih.Biarlah dia aktif dari terlentang macam tu..

Pagi ni semua berangkut ke airport hantar kakak nak balik kampung..abam pun dengan jalan terhencot-hencot pun ikut sama.. (kendian citer pasal kakak).

4 comments:

Kakcik Nur said...

Semoga abam segera pulih dari kesakitannya dan tiada sesuatu yang merisaukan.

azieazah said...

Belum dapat kenal pasti ya? Ohhh semoga segala usaha dan ikhtiar akan memberikan hasil yang baik. Moga cepat sembuh. Sekolah dah nak buka.

Anonymous said...

Semoga abam cepat sembuh. Leney

mummY daniSha said...

siannye dia..semoga cepat sembuh...