Thursday, December 6, 2012

Pecah Rekod:Nilai ke Shah Alam

Ni pun kisah Ahad lepas,patutnya aku post yang ni dulu sebelum kisah mak aku nak balik kampung dan aduan tentang bas cap ayam serama tu tapi masa tu tengah panas hati,terus publish yang tu dulu..nanti dah sejuk tak sedap.hehe

Okey,lepas balik dari kenduri kat Rembau tu,sampai rumah en Abe bersiap nak pegi keje,aku pun pun sama bersiap tapi bukan nak pegi keje.dah janji nak bawak mak pegi rumah makcik(sepupu mak aku) yang duk kat Shah Alam.Konon nak ganti la sebab Sabtu tu tak kemana-mana,nak ke MAHA pun takde sapa sudi layan..maka aku membuat rancangan lain.Plan asal nak bawak anak-anak main air kat swimming pool umah sewa adik lelaki aku sebelum gi umah makcik sebab makcik abis keje kul 5.00 petang.

For info,aku memang ada lesen,boleh drive pegi dan balik keje dan kawasan sekitarnya macam Jayen,Tesko,Aeon Somban tapi aku jarang drive diluar kawasan.Paling jauh aku penah drive ialah balik Bandar Tun Razak rumah Mil.itupun kalau lalu tol Sg Besi,kalau suh lalu Putrajaya memang aku tak lepas.Aku ada masalah mengingat jalan sebabnya kalau orang yang drive,aku duk sebelah memang tak baca signboard.huhu sebenarnya lebigh pada malas nak ambik kisah

Kalau dah baca abis jangan pulak korang gelak ye 'alahai cik kak ni,ingat drive sampai Guatemala la tadi.kecoh sesangat.rupanya Nilai ke Shah Alam je pun'.

Aku bawak keta cikviva(dia kan berpoya-poya kat Gambang masa tu),jadi aku bawak mak,adik pompuan dan kenit Aja..dan satu keta lagi,adik lelaki bawak adik bongsu,kakak dan abam.Yang kelakarnya aku follow keta adik sampai takde ruang keta lain nak mencelah antara kami.hehe,punyalah takut kalau tertinggal kat belakang.Sib baik takde kes sondol belakang.

Memula gi umah sewa adik,mak aku pun nak jugak tengok kat mana rumah anak bujangnya dan dengan sapa dia tinggal.hehe.so far takde masalah nak ke umah adik sebab dia dah tentunya tahu jalan ke umah sewa dia..dalam kul 4.15 kami sampai sana.lepas solat Asar teman anak-anak berendam.aku duk tepi je sebab tak bawak baju nak salin

okey..layan gambar dulu

boleh agak tak kat mana ni?


budak kenit yang suka sangat dengan air

sama la ngan si abam
ajak balik pun taknak

wajah riang kanak2 ribena 
Jam kul 6.00 petang,kerah anak2 naik,salin baju dan zasss ke Seksyen 18 rumah makcik...maka bermulalah kisah 'makan langsat'.plan nak jumpa Rai pun ter 'kensel' kerana masa yang sangat suntuk.Bukan aku tak pernah datang umah makcik tapi selalunya pegi dengan EnAbe,tak pernah aku drive sendiri.

So macam ingat2 lupa jalannya..cuma aku ingat ada 2 roundabout lepas tu belok kiri.Tapi 2x pusing roundabout sama tak jugak jumpa jalannya.Hampir2 putus asa..dan memang rezki mak nak jumpa sepupunya yang dah lama tak jumpa,hampir nak pukul 7.00 aku nampak lorong rumah makcik.Lega macam lepas bayar hutang..

Pung pang pung pang cerita itu ini,makcik suh tunggu untuk makan malam.Maka jam 9.00 malam baru kami bertolak balik.Masa balik takde masalah la..sebab ikut je papan tanda ke KLIA,hehe..dah tentunya aku 'legend' kat kawasan tu.kah kah kah

okeyla..selesai kisah makan langsat dan pecah rekod piring hitam.

6 comments:

zie marziah said...

syok berendam..samapi kecut pun tak nak balik:)

NenetPenne (NP) said...

bravooo bravooo

oklah tu, kita kena berani explore...jangan depend sangat pada orang... not good...

shah alam kawasan akak tu..ewahhhh..ingat taiko ke sebut2 kawasan..ha ha ha...

Yellow said...

Wahh2!!. Shah alam.... gua otai... kalau subang, lingkup.... padehal sebelah2 je

~Cik Viva~ said...

best jugak berendam kt situ..emm.

eh?? mane adik kite yg bongsu itu?? hahah

Aidah said...

Dah berani tuuu. Lepas ni boleh drive balik kampung pulak ya.

Irfa said...

#zie..
senang je nak bagi diorang seronok.
bawak je ke tpt yg ada swimming pool.tp kita lah yang penat menunggu.
nak masuk sekali saya tak suka basah2.malas nak salin baju

#net..
hehe,slow2 belajar..harap lepas ni boleh drive balik kg.akak kawasan ke?lupa lak nak mintak izin masuk kawasan ;)

#yellow..
follow bontot keta org boleh la.kalau sendiri aku tak jamin :)

#cik viva..
adik bongsu duk bawah pondok.tak diizin berendam takut demam katanya

#kak aidah..
sebenarnya jalan balik kg saya lg senang sebab jalannya lurus je..
saya keliru sikit kalau banyak simpang @ roundabout ;)