Skip to main content

Raikan Cinta,Blogger Maria Elena

Hai Korang...sihat kah semuanya?hari ni aku nak up entri banyak2 untuk penutup tahun 2012.boleh?

Sabtu Ahad tak kemana,duk umah je.....layan tv,makan dan tido ulang lagi sekali,layan tv,makan dan tido.semua channel kat Astro tu aku layan.balas dendam nampaknya..anak2 pun takde peluang tengok kartun..dapat tengok pun bila umie tengah masak @ naik mandi..hehe,gila kejam kan?

Antara rancangan yang aku tengok ialah majlis walimatul urus blogger,Maria Elena dalam Raikan Cinta.Aku pun baru je baca blog dia..itupun sebab aku baca blog HoneyKoyuki lalu terklik la sekali blog MariaElena ni.(Maria Elena kahwin dengan abang sulung HoneyKoyuki).Aku sebenarnya baca je blog dia dan tak penah komen pun sebab tahu jelah..blog orang2 glemer ni,kita suka baca je kalau komen pun bukan diorang perasan.hehe).

Apapun..satu je aku nak komen,,sepanjang rancangan tu aku senyum sorang2..sebabnya aku rasa blogger itu dan pasangannya sangat comel (macam tengok budak sekolah bersanding pun ada) dan mereka beruntung dapat family yang sangat sporting.

Sebenarnya bukan senang jadi Raja Sehari..walaupun kita dah cuba buat majlis yang terbaik dan cuba memuaskan hati semua orang,pasti ada yang 'makan hati dalam diam'.Kalau boleh bila majlis2 macam ni..semua orang bertolak ansur,barulah Raja Sehari dapat menikmati hari2 bahagia mereka.eh!aku cakap pasal apa ni?huhu..

Takde maksud apa2 cuma aku sangat seronok tengok persiapan dan majlis mereka berdua itu..nampak semua ahli keluarga bekerjasama menjayakan majlis tersebut.Kita orang luar pun dapat merasa tempiasnya bila tengok majlis itu walaupun cuma dikaca tv.Sebagai saudara seagama,tak salah kita mendoakan kebahagian untuk orang lain walaupun kita tak kenal mereka.kan?  

~Sama Cantik,Sama Padan~
Kepada Maria Elena dan Asfirdaus
Selamat Pengantin Baru
moga bahagia milik kamu berdua 

Comments

♥cikmOt♥ said…
kita nengok derang punya video kawin...memang ohsem...maria tu gila gila betul...comel jek...

dia kekalkan bershawl setiap masa...
Yunus Badawi said…
Wah rajin nak update banyak2 hari ni.

Kalau sempat saya singgah baca update Irfa tu.
-Sara- said…
aah dorg mmg comel! :)
:: CIKVIVA :: said…
Yeah!! Maria Elena & Asfirdaus memang sempoi...dorang kapel yang comel cam gula2...
Lady Windsor said…
betul tu, macam pasangan budak sekolah..sama-sama funny kan.
akak pun baca je, tak berani nak komen sbb blog orang femes2 ni, segann aaa nak komen...
Flygirl said…
Mak Piah segan gak nak komen. Irfa followers ramai. Kang tak pepasal.. hehehe.

x MP

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')