Thursday, December 13, 2012

Sedulang Kasih Sayang

sejuknya la ekon ni
kena pakai glove kalau gini nampaknya
tadi gugel sana sini aku jumpa gambar ni
sumber gambar dari sini-adiharriman

ambik ko,sampai 6 orang makan sedulang

sukanya aku tengok budak-budak makan sedulang ni.terbayang keakraban dan keceriaan diwajah masing-masing.lagi berselera makan ramai-ramai sambil rebut-rebut.

teringat dulu ada dengar ceramah Ust Kazim,katanya 'kalau masih ada anak-anak kecil..cuma ajak makan ramai-ramai dalam dulang.Insya Allah bertambah erat kasih sayang'.banyak lagi yang dia sebut tentang hikmah makan sedulang ni tapi aku dah ingat-ingat lupa..kan bagus kalau makan ramai-ramai sedulang,ayah suap ibu,ibu suap anak..hehe,so sweet

emm ingat nak buat la.anak-anak aku masih kecik lagi.kalau anak besar mungkin susah sikit la nak tukar rutin.aku penah buat sebenarnya kes makan nak basuh pingan banyak-banyak,aku letak nasi dan lauk dalam pinggan besar.tapi bukan dulang..pastu makan dengan anak-anak..memang banyak diorang makan sebab suka rebut-rebut.hehe

oh,sekarang mood dengar ceramah Ustaz Kazim kat You Tube,tapi walaupun telinga mendengar..tangan tetap berjalan buat keje.tak gitu Kak Bedah?sapa kak bedah sila angkat keyboard...

9 comments:

cheqna said...

beshnya makan ramai2 gitu...berebut2...indahnya =)

Sherwieyna Muzzawer said...

Aahlah comel je budak2 tu makan sambil rebut2 makanan dalam dulang tu..hehehe.

Hanis Azla said...

dulu2.. selalu juga makan lauk berkat dalam dulang.. skrg ni dah lama dah tak rasa..

Ummi said...

orang jawa masih amalkan makan dalam dulang ni, makan nasi ambeng :)

siap letak duit lagi kat dalam tu, kalau kenduri orang jawa, after baca yasin dan doa, makan kuih aje, nasi ambeng yang dalam dulang tu akan di bungkus, satu dulang 4 orang :)

akak suka nasi ambeng sebab ada bergedil, sambal jawa dan macam-macam lagi, yummy :)

JunAina said...

Gambar tu memang best...nampak cantik tersusun.

Anonymous said...

betul tu irfa
kalau adik beradik makan gitu
mengeratkan kasih sayang sedarah sedaging..



LW

Ibu Khalish n Ilhan said...

teringat masa kecik-kecik dulu kalau ikut nenek gi surau mesti ada makan-makan dalam dulang lepas solat. tak pernah buat dgn anak-anak lagi. nanti nak cuba, kalau dah besar msti diorang tak selesa lak kan.

mak sedara saya ada anak 6 orang (5 lelaki sorang perempuan), apa yg saya nampak, dia amalkan sejak kecik makan beramai-ramai dalam dulang. Dah besar kagum betapa rapatnya hbgn famili dorang.

Irfa said...

#cheqna..
pun teringat zaman kecik2 dulu musim banjir sepupu2 duduk rumah saya sbb rumah diorang banjir.so makan ramai2 dan rebut w,pun cuma lauk sadin dan makan biskut kering :)

#sherwieyna..
tq utk tuan punya gambar ;) ambik gugel je tu.harap dihalalkan gambar itu

#kak hanis..
orang jawa selalu ada nasi hidang dalam dulang makan ramai2 ni kan

#kak ummi..
saya dtg sini baru tahu pasal nasi ambeng sbb ramai kawan jawa ;)
penah try bila diorang bawak,
seronok makan ramai2

#kak jun..
kredit to tuan punya gambar ;)

#kak lw..
nak makan adik beradik sendiri dh terlambat nak buat..so buat kat anak2 je la ;)

#ibu khalish..
bagusnya mak sedara awak tu..mesti beliau ibu yg penyayang ;)

Lady Windsor said...

tak pe la dear..at least ada anak-anak...:)