Skip to main content

Takut Mengandung dan Takut Bersalin

Sebenarnya aku terdetik nak buat entri ni bila baca blog sorang blogger ni (dah lama baca blog akak ni..anaknya 5 orang dan sangat2 comel macam makpaknya jugak) kakak ni citer yang dia memang suka peknen dan sangat enjoy sepanjang perjalanan mengandung itu.Walaupun banyak kali bersalin secara czer tapi dia tetap tak serik sebab sangat sukakan budak kecik.Kagum dengan kakak tu.Tapi kalau tanya aku sekarang 'nak baby' tapi takut nak mengandung dan bersalin.Tapi kalau ada jugak..terima jelah

Korang pernah jumpa orang yang 'nak anak lagi' tapi 'takut nak mengandung dan ngeri bila teringatkan labour room'pernah tak jumpa?kalau belum jumpa..sekarang aku nak ucap TAHNIAH sebab sekarang korang dah jumpa.siapa?dia adalah aku.tak percaya?baca sampai habis..

Masa mengandungkan si kakak semuanya okey..nak makan apa,nak minum apa order saja InsyaAllah boleh dapat.sebut nak makan 'ketupat sotong'(terkenal di kelantan..dalam sotong ada pulut) sebut je nak makan berlari en abe ke ChowKit cari ketupat sotong (masa tu anak pertama..masak memasak tak berapa rajin sangat..takat nak makan mulut 2 orang je beli lagi jimat kot..alasan kena konkrit).Rehat memang berehat sakanlah sebab masih dalam mood nak manja2 dan takde sapa yang nak diuruskan selain diri sendiri.

Mengandungkan si abam..letih sikit sebab dah ada si kakak yang perlu perhatian dan dimanja walaupun masa tu aku ada pembantu (anak sedara bau2 bacang duk ngan aku tolong jaga kakak bila aku keje sebab masa tu masih kerja shift).bab tido pun takde masalah..cukup tido sebab masa aku mengandung pun kakak dah umur 4 tahun.dah dia pandai main sendiri.Bab makan-makan masih menduduki carta teratas.nak makan apa?konsep order saja.Nak makan 'nasi padang' terus datang naik kapal terbang dari Indonesia..panas2 lagi.Nak makan sata dari Ganu,pagi order petang dah sampai.Mana tak mencanak penimbang sampai kena marah dengan misi.huhu..klimaks kepada banyak rehat dan acara makan2 itu maka lahirla si abam yang 'terlebih berat' itu.

Selepas lahirnya si kakak dan si abam aku 'iklan' lama jugak,sampai abam umur 5 tahun baru aku teringin nak  'berbaby' lagi..sebelum tu ingatkan dah cukup sepasang.Rupanya perasaan nak 'berbaby' mengebu2 dalam dada.Masa tu pantang nampak baby rasa nak pinjam bawak balik rumah.

Alhamdulillah..Allah terus bagi,peknenkan si adik ingatkan takde masalah apa2 rupanya rekod kelahiran si abam yang lepas dengan berat 4.4kg membuatkan misi suh aku minum air gula.Tu dia..2x minum air gula..bacaan ialah 14.tinggi okey.

Maka..selepas bacaan gula yang tinggi itu bermulalah episod ulang alik ke klinik setiap 2minggu untuk monitor paras gula.Siap pakej bermalam di hospital untuk berjumpa pakar pemakanan.setiap apa yang nak masuk mulut kena fikir 16kali 'manis ke tak makanan ni?nanti misi marah kalau gula tinggi' masa tu bukan takut risiko kepada baby tapi lebih pada takut kat misi.huhu

Proses bersalin pun lebih sakit berbanding si abam (kakak ofkos la sakit sebab dia anak pertama dan aku takde pengalaman lagi).Siap misi goncang perut aku dalam labour room sebab katanya 'baby awak tido ni' (bacaan graf tak stabil..kejap naik kejap turun) dan misi paksa aku meneran sebab aku macam nak tertido masa tu.Syukur adik lahir dengan selamat dengan berat 3.3kg je tak besar macam abam pun.Mungkin sebab aku kontrol makan lepas kena warning dengan Doc,lagipun adik lahir awal 2 minggu dari due.

Sebelum balik dari hospital Doc pesan 'kalau nak peknen lagi kena jaga makan.awak berpotensi untuk dapat kencing manis berdasarkan kes yang lepas.kalau awak tak jaga..kencing manis boleh jadi penyakit kekal' mau tak ngeri dengar Doc cakap macam tu..walaupun aku tahu Doc itu bukan Allah yang menentukan nasib seseorang.Ops...Jangan salah faham dengan cerita aku ni..aku tak menyesal pun dengan semua kelahiran anak2 aku sebab kehadiran mereka adalah dirancang dan Allah mempermudahkan urusannya.

Tapi malam tadi si abam cakap 'kan bagus kalau ada adik sorang lagi.Yang lelaki.Macam alip tu..dia ada 2 adik lelaki' (merujuk kepada sepupunya yang baru bersunat tu). Dia lupa agaknya yang dia penah cakap 'abam taknak adik lagi.kalau ada adik pun abam taknak adik lelaki..biar abam sorang je jadi anak lelaki'.amboi cepat sungguh abam lupa ye..agaknya dia jeles kakak ada geng tapi dia takde geng nak ajak main tumbuk2.

Kata2 abam di sambut oleh si kakak 'cukup2lah nak adik tu abam.umie dah penat nak mengandung'.adoi anak2..berdiskusi la korang selagi boleh..umie dengar je tanpa perlu kata apa-apa#senyum#

.

Comments

Lynn Huraiza said…
huhuhu...lynn setiap kali preggy dan bersalinkan anak ada pengalaman yang lain-lain...cuma yang kali nie preggy tak der problem...tapi berdebar juga sebab due x lama lagi...entah macam mana la proses kelahiran tu nanti...
Dr K said…
mengandung la sorang lagi, lepas tu tutup kilang..keh keh keh
sweetie said…
Ho.ho.. saya pun teringin nak baby lagi... walaupun anak-anak dah besar mereka very sporting... suh "mak mengandunglah lagi" tp apakan daya... tak mungkin...kalau terjadi itu semua keajaiban...

Memang kalau dikenang2kan takut untuk melalui proses bersalin tu... tapi bila baby dah lahir... dah tak ingat dah macam mana sakitnya...

Pada saya saat mengandung dan bersalin adalah satu saat yang paling indah dlm hidup... cuma agak boring masa berpantang..

...dan selepas melahirkan si abang saya pernah berkata dgn arwah mak, saya x nak mengandung lagi... sebab takut lalui proses bersalin tu la... tp mengandung jugak tiga bulan lepas habis pantang... bolehhhh... tu jela 2 orang... nasib baik dapat sepasang... alhamdulillah!
Anamarza said…
teringin jugak nak ada aby lg tapi rasa cam tunggu dulu
bangsawan nilai said…
masa muda2 ni lah nk menambah...
si abam tu kena ada kwn nk wrestling...ha ha
Yunus Badawi said…
tambahlah lagi. Paling tidak cuba dapatkan 2 pasang. Kalau boleh dapat 3 pasang lagi bagus .... hehehe
mummY daniSha said…
huuuu..nak baby jugaklaa...rindu!
Luna said…
Aku nak mengandung dan nak anak lagi dan lagi dan lagiiiii tetapi.......(ia bkn lah sbb2 yg disenaraikan di dlm entry ko)..biarlah rahsia..hehehe
Unknown said…
jom pakat dapat baby tahun depan... hehehe..

gara gara rindu nak mengomen.. aku pecah tradisi surfing blog guna henset..huuu
gerhana luka said…
saya seronok peknen n pengalaman bersalin tu yang paling menyeronokkan terutamanya bila dapat peluk n cium baby yang baru keluar sweetnya saat2 tu. alamak terasa nak baby lagi opps... baby yang ada ni pun belum setahun heee... nanti tak cukup perhatian plak.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')