Skip to main content

Tarikh 12.12.12,Meraikan Hari ke 40 Tahun

~hai hai hai ~ amboi baik punya perangai..duk ber hai hai..mana salamnya?Assalamualaikum semua..sihat ke?sarapan apa pagi ni,aku bersarapan nasi lemak .walaupun niat hati taknak makan nasi minggu ni kengkonon.huhu tapi aku tak berdaya menahan tangan ini dari menceduk nasi lemak bersama sedikit sambal dan sekeping telur mata.biasa dia ni tau..sib baik 'pakcik mahal' charge rm2.50 je.dengar citer pakcik mahal dah abis kontrak tender kafe hujung bulan ni.harap2 dapat pengganti tender baru 'pakcik murah'eh suka hati je kan.

sebenarnya tajuk atas tu bukan aku celebrate besday ke 40 tahun.eh!ai muda lagi..lagi 7 tahun baru capai angka 40an.muda kah?

ni kisah petang semalam..pada tarikh istimewa yang menjadi rebutan ramai 12.12.12.last minute aku di hantar sebagai wakil unit untuk sama-sama meraikan tahun ke40 syarikat kami..yelah..unit aku 4 orang jer termasuk bos.orang lain semua sibuk,maka aku lah yang dihantar sebagai wakil.macamlah aku tak sibuk,huhu.memula cam malas jugak nak pegi sebab takde transport padahal ramai je orang kalau nak tumpang ke sana.aku malu nak tumpang kalau kenal gitu2 je..huh,tetiba je jadi pemalu.sila percaya ye

tepat 2.40 petang kami dah sampai ke tempat kejadian..ramai la jugak,dan masa tu baru aku tahu tak semua terpilih..tetiba rasa bangga je jadi wakil.ingatkan dapat replika airbus A380 tapi rupanya sebijik cupcake je,okeylah dari takde langsung.sedar tak sedar..sekelip mata cupcake comel itu masuk mulut masa chairman berucap atas pentas..sib baik tak tercekik sebab takde air.hahaha

meh layan gambar sekeping sebagai kenang-kenangan..lepas acara kami dijamu makan sate,bihun dan mee goreng bertemankan nescafe panas..nikmat sangat dan lepas tu hujan lebat pun turun.sib baik majlis dah nak habis baru hujan

gambar dari kiri ke kanan
-cupcake comel sebagai doorgift
-chairman sedang berucap
-besday boy yang dicat baru 
*sedih dan kagum bila dengar 'orang2 lama' berkongsi kisah bagaimana jatuh bangun  mereka semasa membina syarikat..dan aku bangga kerana menjadi 'ahli keluarga besar' ini sejak umur 19tahun hingga kini dah masuk 14tahun aku disini.

sekian

Comments

cheqna said…
hai hai hai..anda bersma cheqna disini
ekekekeke
wah beshnya.....
kan...bukan senang nak bangunkan sesebuah syarikat kan
ZieMarziah said…
fuhh 19 tahun..memang kental la kak irfa..saya dalam tempoh setahun pun 2-3x tukar keje hahaha
Irfa said…
#cheqna..
pakcik saya yang dh pencen penah citer mcm mana dia adalah antara yg terawal dlm kompeni..dgn basic gaji tak sampai rm200 masa tu..tp diorang ikhlas bekerja dan masih bangga bila nampak kapalterbang ;)

#zie marziah..
19 tahun tu umur masuk keje bukan nya keje dah 19 tahun :).tapi mmg dah lama pun kat sini tp tak terfikir pun nak benti keje..hebat awak ye 2,3 kali tukar keje dlm setahun..mesti byk pengalaman ni
Kakcik Seroja said…
Wa'alaikummussalam. :)

Selamat berulangtahun... Masa 'dia lahir', Irfa pun entah di mana2 lagi... :)
-Sara- said…
fuhh 14 thn..lame tuuuuuu :)
Irfa said…
#kakcik..
betul tu.masa saya lahir mak saya pun belum bercinta dgn ayah saya lagi.hehe

#sara..
mmg lama pun..kalau budak dah form 2 tpi rasa mcm semalam je lapor diri.haha
Mulan said…
sangat bangga...!!!! happy anniversary & happy birthday MH...!!!

ps: sis, kalo nak check in takyah print booking detail takpe tak? kalo masa check in, bawak no booking & tiket no je takpe tak? ni kes booking utk mak tapi takde org nak print kan semua tu utk dia.. tqsm..
Unknown said…
wow awalnya masuk kerja... kira ok la boleh bertahan sampai sekarang..
Anonymous said…
Jadi 33 lah kan?

Muda lagi :D

-Nong Andy-
Irfa said…
#mulan..
tq ;)
kes ni sbb takde printer ke hapa?td tanya kawan keje bhgian tu katanya no hal..pegi je ticket counter bgtau mslh nak print tu.harap2 membantu ye

#mystoryPic..
bukan belajar sampai U pun tu pasal start keje awal ;)

#Nong Andy..
pandai pun ;).
33 tu mudalah kalau dibandingkan dengan yang 40an tp kalau dengan yang umur 20an dah tak mudalah.hehe
Mulan said…
Beli tiket utk mak. Jauh dgn dia tu yg x boleh nak pass print out tu. kalo lmbat lg blh pos je hehee.. Ni 2-3 hari lg punya hal hehheee..
Anonymous said…
tahniah jadi warga kerja kepada syarikat besar..bangga juga kan sebab syarikat ni dah lama wujud dan bertahan..hari tu akak dok berlegar2 kat situ..ingat nak tepon awak tapi takut ganggu pulak..:)


LW
rintzpalil said…
Orang2 yg dah lama keje kat sesebuah syarikat ni biasanya jenis setia. Kadang2 bila ada apa2 yg tak best berkenaan syarikat cepat tersentuh sebab kita dah sebati.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')