Friday, March 30, 2012

Hari Yang Di Tunggu :)



LIKE hari Jumaat :)

-hari terakhir bekerja untuk minggu ini

-esok dan lusa cuti

korang suka tak?

Thursday, March 29, 2012

'Kawan 3 Hari' Katanya

NI KISAH PETANG SEMALAM..

aku ambik si adik dari pintu belakang.hero pulak keluar dari pintu depan.so aku tak tengok muka si hero masa ambik diorang dari rumah pengasuh.tapi pengasuh bagitau 'nanti tengok muka irfan.ada calar tepi mata dia,dekat sangat dengan mata.dia kata jatuh kat sekolah tapi anak kak I nampak dia main bertumbuk (budak darjah 2 kepit kepala dia celah ketiak) dan hempas ke tanah'.

kalau korang jadi aku.apa korang rasa?aci hantuk kepala kat tembok memang aku sakit hati dan geram sangat kat dia.sampai je kat rumah,aku pandang dia..dia pandang aku.dia ingat aku tak tahu apa jadi.aku pulak nak tengok akal dia..kot la dia nak bercerita tapi non ado.

aku tak bercakap dengan dia geram punya pasal.masa nak kunci pintu aku tanya

'mata lebam tu kenapa?'

'abang jatuh kat sekolah'

'jatuh sendiri ke orang buat?'

diam..muka tunduk

'cakap betul-betul.jatuh sendiri @ orang buat?'

'abang main-main je dengan kawan.lepas tu terjatuh'

'jangan tipu umie.ada orang bagitau abang main bertumbuk dengan dia.dia kepit kepala abang celah ketiak dan hempas abang kat tanah.betul?'

'ye'.

'sapa budak tu?dah lama kawan ngan dia?'

'budak darjah 2.abang dah kawan 3 hari'

'kawan 3 hari?masa kena abang nanges tak?

'masa kawan 2 hari dia tak buat abang.hari ni je dia buat.abang nanges sikit'

'bila abang nanges,dia buat apa?'

'dia lari'

'dia lari bila abang nanges,itu bukan kawan namanya.itu buli orang.kalau kawan dia tak buat orang sampai sakit macam tu.lagi sikit nak kena mata.kalau buta macam mana?'

maaf..aku kalau tahu sakitnya sebab tak dengar cakap memang aku tenyeh sekali lagi kat tempat yang sakit tu.biar dapat double sakit.takde nak kesian-kesian.lagi aku geram ada.

'nak skolah lagi ke tak?kalau nak sekolah buat cara nak sekolah.umie hantar sekolah suruh belajar.bukan suruh berkawan dengan budak nakal.tak payah ada kawan kalau berkawan dengan budak macam tu.esok nak buat lagi?'

'tak nak'

habis disitu..aku tak salahkan anak orang tu.aku tahu anak aku macam mana.dia seronok dapat kawan w,pun orang itu buli dia.suka main kasar-kasar.dekat rumah dia sorang je lelaki (eh!ayahnya pun lelaki tapi bukan budak lagi).so dia kat rumah tak dapat nak main kasar-kasar.tak boleh nak praktikkan main bertumbuk bersepak macam orang lain yang ada adik beradik lelaki.main dengan kakak dan adik sopan-sopan je.kalau ada kakak bolehlah main kasar sikit tapi masih tak boleh main bertumbuk.sekarang cuma ada adik je..lagilah pulak si adik 'manja kededek'.baru usik sikit dah ngadu kat umie 'abam uat (abang buat)'.mana tak tensi kawan tu.

setiap pagi gi keje hati duk teringat kat anak-anak.2 anak kat skolah dan 1 anak kat rumah pengasuh.setiap hari tak lupa doa 'YaAllah.peliharalah anak-anakku dari malapetaka dan bahaya'.

pagi ni aku saja je aku doa macam tu kuat-kuat depan dia..bagi dia dengar.aduhai..letih sungguh nak tunggu berakal bagi paham yang aku membebel kerana aku sayangkan dia.

Wednesday, March 28, 2012

Bila Kenit Dapat Henfon

okey...

1 2 3

















'mie.tantek'

'yelah.tantek sangat lah tu'

Wordless Wednesday



PAGI NI..
tekak sakit + hidung tersumbat + mata pulak macam ada pasir..pakej yang lengkap kalau dapat mc.huhu.si kenit pun meragam malam tadi.tak lena tido sebab hidung tersumbat.sabarlah Irfa oi..bertahun,berbulan,berminggu sihat je..baru sehari selsema dah kecoh..layan

Tuesday, March 27, 2012

Kisah DiSebalik Kejadian Yang Kita Tak Tahu

selalu bila berlaku sesuatu kejadian buruk cth:budak umur 5 tahun diculik semasa ke kedai berdekatan rumah.kita pun mula buat macam-macam ulasan.

'kenapa yang bingai sangat bagi anak umur 5 tahun pegi kedai?maknya buat apa kat umah?bercucuk tanam kat fb ke?'.

gitu la lebih kurang ulasan tanpa nama dari mulut-mulut orang sekeliling.aku pun tak terkecuali.sedangkan aku juga ada ketika penah jugak benarkan anak aku gi kedai walaupun aku monitor dia berjalan dari rumah sampai masuk kedai dan dari kedai aku tunggu dia patah balik kerumah.w,pun aku tengok dari jauh dia berjalan kaki ke kedai apa jaminan yang itu cara yang selamat?takde sapa boleh jamin kan?kalau nak jadi apa-apa semasa dalam perjalanan tu apa aku boleh buat?nauzubillah..mintak jauh anak-anak aku dan anak-anak kita semua yang baca blog aku ni dari malapetaka dan bahaya.

kenapa aku tak pegi kedai sendiri?alasan 'malas nak tukar baju'.boleh?yelah..duk umah takkan aku nak pakai baju kurung selendang belit-belit.ker korang duk rumah pun pakai macam nak gi opis.hehe.sebenarnya sangat mudah untuk kita nak mengulas tentang sesuatu kejadian yang tiada hubung kait dengan kita.cuma rapatkan bibir atas dan bibir bawah..maka terjadilah kata-kata.

macam kisah aku pagi ni.jam 7.15 dah tercongok tepi jalan tunggu member pick up nak gi keje.(gila awal kan?masuk keje jam 8.30 tapi 7.15 dah kuar umah..huhu).lupakan kisah aku tu sebab yang aku nak citer ni pasal lain.aku tunggu kawan tu betul-betul sebelah tadika.dalam jam 7.20 datang sebuah kereta,keluar seorang pompuan dan seorang budak lelaki mungkin umur 5 tahun (tak tahulah kalau umur 6 tahun tapi badannya kecik je).dalam keta masih ada 2 lagi budak mungkin kakak @ abang budak kecik tu.maknya cium pipi dia kiri kanan dan angkat budak itu melalui pagar yang di kunci.owner tadika belum sampai lagi.tadika tu mula jam 8.00 pagi..lepas tu maknya 'bye-bye' kat budak tu dan aku perhati je gelagat budak tu tercongok atas kerusi depan pintu tadika tu.masa tu cuma aku dan dia je..adalah 2,3 biji keta lalu depan tu.budak tu tak lama pun duduk..lepas tu dia mula main buai dan gelongsor.dah namanya budak berapa minit je pun dia buleh duk diam.

hinggalah kawan aku dah ambik aku,belum ada sesiapa yang datang ketadika tersebut.owner pun belum sampai.aku terfikir 'kalau jadi apa-apa kat budak tu sapa yang akan di persalahkan?'.sudah semestinya ibu yang menghantar anak tadi.

sedangkan kita tak tahu apa kisah disebaliknya.

1-mana ayah budak tu?

2-kenapa maknya tak tunggu sampai owner tadika sampai?

tapi kita tak tahu.mungkin juga

1-ayah budak tu keje oversea @ mungkin juga pompuan itu ibu tunggal

2-maknya tak boleh tunggu sebab ada 2 anak lagi yang kena hantar kesekolah.nanti lambat masuk sekolah cikgu ambik nama..anak itu akan malu.

aku tak rasa mak budak tu sengaja nak tinggal anak dia macam tu.tapi dia sangat berani dan bertawakkal je buat camtu.

tengok?sangat mudah kan kalau kita nak buat cerita...........macam sekeping gambar yang dinilai oleh 10 orang,maka dengan sekeping gambar itu kita boleh dapat 10 cerita yang berlainan.

masa dalam keta aku sempat doa moga anak itu,anak-anak aku dan anak-anak kita semua dijauhkan dari manusia durjana yang berniat jahat.

Mini Contest Itu,Kini Sudah Ada Pemenang.Siapakah?

SELAMAT PAGI KAWAN-KAWAN ;)



sangat ceria kan siap usaha cari gambar selamat pagi untuk menunjukkan betapa cerianya aku hari ni





memula nak ucap jutaan terima kasih pada yang sudi join mini contest aku tu.tak ramai pun yang join.huhu.tapi takpelah..lagi senang nak pilih pemenang.kang ramai-ramai sangat susah nak pilih (ayat pujuk ati).korang tahu kenapa aku buat contest tu?hahaha..saja je nak korek rahsia lama korang lepas spm belasan tahun dulu.seronok baca..nak gelak pun ada.tapi itu semua pengalaman dan kenangan yang indah kan?

hadiah tu biasa-biasa je..(aku belum fikir lagi nak bagi hadiah apa.boleh?tapi hadiah itu akan dipos secepat yang mungkin.kena fikir kotak apa nak packing ni..maklumlah hadiahnya sangatlah besar) yang mintak basikal fixie tu amboi..tak hagak-hagak ko punya permintaan yer.apa kata kalau aku bagi loceng basikal je dulu.basikalnya ko beli la sendiri.hehe

okey..pemilihan dibuat dengan cara

1-aku baca semua komen

2-tulis semua nama yang join (maksud aku yang komen dengan cerita sekali la) dalam kertas kecik yang digulung-gulung

3-letak kertas gulung-gulung dalam satu bekas dan goncang sampai senak perut kasi sebati ;)

4-suh kenit seluk tangan dalam bekas itu dan pilih satu kertas



muka tak berapa ceria sebab tiba-tiba diserang selsema..badan agak panas



goncang-goncang kita tengok sapa yang kena..



intai dulu 'emm..sama je nak pilih yang mana satu ni'



okey..pemenangnya ialah..jeng jeng jeng



taraaaaaaaaaaaaaaa..jatuh kepada AnnaSupermummy dan Arena.

mula-mula aku nak pilih satu pemenang je.tapi aku tengok ada yang komen pendek dan ada jugak yang komen panjang (seronok baca pengalaman orang).dan aku buat keputusan nak buat 2 kategori pemenang.yang ada 'bintang merah' tu kategori bagi komen agak panjang.

kategori 1 yang komen agak panjang di menangi oleh AnnaSupermummy
kategori 2 yang join contest w,pun komen pendek je..cabutan jatuh pada Arena.

kalau boleh aku nak bagi hadiah pada semua yang join.tapi hadiah adalah terhad.lagipun ini suka suka je..maybe next time aku buat contest lagi gempak.kalau rezki lebih yer ;)

pada 2 pemenang itu harap tinggalkan alamat kat kotak komen..aku janji tak publish komen tersebut.

cau..nak gi tapau bekfes jap :P

Monday, March 26, 2012

Tutup Sudah..

okey MINI CONTEST sudah ditutup.

dan




untuk yang sudi join ;)

insya Allah esok aku bagi umumkan pemenang

(Mini Contest) Tajuk:Lepas Spm Buat Apa?Tarikh Tutup 26 Mac 2012 jam 5.30 petang

TAK RETI NAK BUAT STICKY POST..
(so aku tukar date je la yer)
Entry baru ada kat bawah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sana sini sinun kecoh pasal result spm 2012 dah keluar.TAHNIAH bagi yang berjaya dan USAHA LAGI JANGAN PUTUS ASA pada yang dapat result cukup makan.

tertarik nak buat entri ni bila baca BLOG MOON dan pengalamannya lepas dapat result spm.

aku peksa spm tahun 1997..3 bulan tunggu result duk umah tolong mak basuh kain,kemas umah dan jaga adik.ops..mak aku tukang jahit so tolong la apa yang patut.bosan tak yah citer la..tapi mana reti nak komplen.fb pun tak kenal..kalau masa tu ada fb mesti hari-hari apdet status 'buhsan..buhsan..buhsan'

bulan Mac 1998 keluar result.zaman aku tak kira A..yang tulis kat slip ialah BAHAGIAN DUA.pangkat 2 la kan?nyesal tak belajar sungguh-sungguh

dapat result daftar kelas komputer.pertama kali pegang komputer gigil jangan citer la.masa tu baru nak kenal tetikus.nak tekan pun takut..takut meletop.kah kah kah

abis belajar komputer 3 bulan.dapat call dari makcik yang duk subang suh datang intebiu.pagi sampai dari kampung naik tren dengan sedara pakcik.pertama kali dalam hidup keluar dari negeri tanah tumpah darahku.sampai umah makcik terus mandi dan tukar baju pegi intebiu.2 minggu baru panggil lapor diri.dalam proses menunggu 2 minggu tu aku try mintak keje sebagai jurujual.ingat lagi berpusing-pusing dalam Plaza Masallam tu dari kedai ke kedai dengan sepupu.akhir sekali masuk kedai jual pinggan mangkuk.tokey kedai tanya lebih kurang terus suh datang keje esok paginya.perasaan dah happy giler nak mula keje.balik umah makcik bagitau aku dah dipanggil lapor diri minggu depan,so tak yahlah pegi lapor diri kat kedai pinggan tu.mesti bengang nyonya kedai tu tunggu budak baru mintak keje tu tak datang-datang.hehe..aku la tu

dipendekkan citer aku keje sini sampai sekarang :) keje pertama dan harap-harap keje terakhir la.boleh?setia gitu..patut dapat anugerah ni.

MINI CONTEST :)

kali ke2 sejak berblog aku nak buat mini contest.

CARA PENYERTAAN..sangat mudah ye korang
-tulis je kat ruangan komen tu apa korang buat lepas dapat result SPM.pemenang akan ditentukan berdasarkan cerita yang menarik hati aku.dan akan dipilih sekali lagi oleh SiKenit Hajar dengan cara mencabut undi kertas gulung-gulung dalam cawan.mudah kan?

hadiah menanti anda.yang pasti bukan peti ais 2 pintu @ lcd tv.hadiah itu takde terjual di kedai biasa.teruja tak?

TARIKH TUTUP:
ISNIN (26 MAC 2012 // jam 5.30 petang)
memandangkan aku cuma buleh bukak blog hari bekerja,so aku bukak contest ni sampai hari ISNIN jam 5.30 petang.hari Selasa aku umumkan pemenangnya.sapa berani silakan.bukan senang aku nak buat contest ni.4 tahun sekali kot.hehe.insya Allah,isnin aku umumkan pemenangnya

pssssssssssssttttttt..
ini adalah terbuka pada yang singgah sini..aku tahu blog ni bukan ramai yang singgah pun tu pasal berani buat contest
:)

cepat-cepat join.hadiah menarik menanti anda :)

Terokai Korea Bersama.................(hehe)

Sekarang duk gila tengok citer Korea.dari makanan dan juga hiasan dalam rumah mereka (dalam citer tu la) aku telek habis-habisan.suka tengok comforter diorang.warnanya ceria je dan nampak kainnya sejuk.(ceh.kalau dah suka tu semuanya cantik aje).dan kat Astro Ria ada pulak rancangan Terokai Korea bersama Awal dan Didie Alias.walaupun aku anti 'kapal merah' tu tapi aku terpaksa tengok semata-mata Korea punya pasal.huhu.

KOREA TOURISM klik sini kalau nak info melawat korea.bila la aku nak gi korea ni.ada akak opis aku ni dah 2 kali gi sana.dia kata tak puas pegi sekali.anak-anak dia pun suka gi sana.last week dia ada bagi souvenier dari korea.simpan je tak nak pakai.sayang pulak.hehe.ops!tak lupa blogger KakPah pun baru balik dari melawat Korea..bestnya tengok blog kakpah..dahlah gambar-gambarnya pun cantik.menambah lagi keterujaan

asik tengok diorang makan dalam drama korea tu tiba-tiba aku teringin nak makan kimchi dan bibimbap.sedap ker?



ni rupa kimchi (sejenis kobis jeruk kalau tak silap)gambar dari sini.katanya pedas.sesuai la ngan tekak aku yang suka makanan pedas ni



bibimbap ni katanya nasi yang dicampur sekali dengan sayur.gambar dari sini

kata Didie dalam rancangan tu makanan ni halal.kalau kata halal dari segi pembuatan pun tapi peralatan yang diguna pun kena ambik kira jugak kan?emm ...aku agak cerewet sikit bab makan ni..lebih rela makan roti 60sen dan mee segera kalau hati rasa was-was.pesan orang tua 'kalau was-was baik jangan makan'.

ada sesapa nak gi korea ker?kirim fridge magnet buleh?hehe

okeylah nak gi makan..tadi bz tak sempat bekfes.
kira 2 dalam 1 la ni.brunch terus :)

Friday, March 23, 2012

Aktiviti Malam Hari Ku

memula nak komplen 'napa entri aku takde tarikh pada setiap posting?'dulu aku rasa ada,sekarang takde.adakah kerana aku tersangat bijak godek sana sini terus hilang tarikh tu?huhu..sapa mau tolong,bagitau cepat......

emm semalam takde keje..ambik gambar kanak-kanak ribena tu sambil layan citer kegemaran aku,drama Korea la apa lagi :)








malam tadi aku perasan si adik ni main masak-masak sambil bercakap ngan babydoll dia tu.dialog lebih kurang gini

'akan nak'(makan nak?)sambil kepala angguk2 kat doll tu.

'akan yer'(makan yer?) macam la doll tu paham dan boleh mengganguk

'emm..tedap'(emm sedap)

siap dia atur doll ngan bear atas anak tangga tu.bila doll jatuh,menjerit suh abang tolong ambikkan.tensen je abang bila kena paksa ngan adik.seingat aku masa kakak baya dia,aku tak nampak pun kakak bercakap ngan babydoll@bear ni.yelah kan.10 anak 10 perangai walaupun lahir dari perut yang sama.





bosan main dengan doll kacau abang baca buku.sekarang abang makin lancar membaca.so semua benda dia nak baca,tu ari cuba baca diari aku..siap komplen 'umie tulis apa ni?bahasa apa?tak paham la abang huruf apa ni?'..aku cakap 'rahsia.umie je paham.mana boleh baca diari orang.itukan rahsia'.oh bahaya ini budak,nak baca diari umie.nampak gaya kena tulis diari pakai kod rahsia la :)

okey..selamat berhujung minggu.mini contest suka suki masi terbuka sampai isnin.jangan malu-malu untuk join ye :)

Senyumlah Sayang

'KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI..DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT.KITA MENANGIS DAN TERTANYA-TANYA KEMANA HILANGNYA SINAR.RUPANYA-RUPANYA..ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI'

maka..senyumlah sayang

Thursday, March 22, 2012

Makan Nasi Arab Lagi

PETANG SEMALAM..

anak tekak tiba-tiba teringin nak makan nasi arab lagi.ngada-ngada sangatlah kan.dahlah belum gaji lagi.huhu.so suh cik abe bawak anak-anak dan jemput aku balik keje,adik pompuan pun join sama.katanya 'makan masa mak ayah datang tu ari tak puas' so 6.15 kami berdesup ke Saba' Cyberjaya.

orang cam biasa la ramai..tapi masih ada meja kosong.apa tah silapnya,order kami lambat sampai (atau adakah kerana aku sangat lapar so rasa sangat lama tempoh menunggu itu).aku order set Lamb Hanith,adik pompuan order set Lamb Kabsah dan cik abe macam biasa la Mandi Chicken (ayam bersiram hehe).hero tak nak makan nasi katanya.so dia order chicken kebab.nasi lambat sampat sampai kami pakat makan sikit sorang kebab hero.tensen je itu budak.

sampai je nasi terus makan tak toleh kiri kanan.rasa sangat kenyang macam tak boleh bernafas.nafsu nafsi menguasai diri.huhu.adik aku yang baru kali ke2 makan nasi arab ni cakap 'lepas ni lambat lagi la dia nak makan nasi arab.dah kali ke2 ni rasa muak pulak'.kali pertama tak puas makan..kali ke2 dah muak katanya.kita tengok la nanti..yelah,tak sampai seminggu je kami baru makan dan makan lagi mesti la rasa muak kot.aku okey je :)

masa dalam perjalanan hero kata 'ini bukan jalan gi rumah makwan (dia ingat nak balik umah makwan)ni jalan gi makan nasi arab.umie kata makan nasi arab bila kakak balik je'.alahai,sedih la pulak.walaupun kakak takde depan mata,hati adiknya itu tetap ingat kakak.nak makan apa pun mesti sebut kakak dulu.moga mereka 3 beradik itu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain hingga akhir hayat.sangat sedih bila dengar adik beradik bergaduh sesama sendiri bila dah dewasa.kata 'adik beradik ni ibarat carik-carik bulu ayam.lama-lama bertangkup jua'.

jauh menyimpang nampak gaya..dari kisah makan nasi arab sampai ke bulu ayam ;).layankan je

mood harubiru:henpon tertinggal kat umah.aduh!tensen (macam la ada orang nak call).tapi bila henpon tertinggal sangat risau kalau ada kecemasan dari kampung @ pengasuh

Wednesday, March 21, 2012

Basikal Fizie Idaman Hero

sana sini aku dengar dan baca tentang orang duk cite isu pasal Maid Gaji RM700 sebulan buat 1 kerja.kat blog pun bersepah yang mengulas isu yang sama.memula rasa nak komen jugak isu tu tapi cepat-cepat sedar diri yang aku tak layak nak komen lebih-lebih sebab aku pun takde orang gaji.bila kat rumah aku adalah mem dan aku jugak orang gaji.tapi aku bukan superwomen,buat setakat yang terdaya je..buat apa nak paksa diri tunggang langgang buat keje sampai patah pinggang..badan ni nak pakai lama beb.suami isteri kena ada kerjasama.kalau suami tak pandai buat keje umah suh dia jaga anak.takkan itu pun susah.bukan kena bagi 't3t3k' pun ..layan main sambil tengok tv @ bawak la gi taman ke sementara isteri buat keje umah.

katanya 1AMAH1KERJA..kalau ambik untuk jaga anak dah tak boleh suh masak @ kemas umah.banyak best hah?sekarang ni kalau aku boleh ambik jawatan tu agak-agak bape gaji aku?sebabnya aku multitasking..boleh jaga anak,masak dan kemas umah jugak.3 keje tu dapatlah RM2100.lebih sikit je dari gaji sekarang baik aku duk umah je.

eh kata tak nak ulas..sekali dah masuk 2 perenggan aku tulis tentang tu ape hal pulak ye?hehe..layannnnnnnnnn.tapi tak pasti la pulak kalau isu ini sengaja ditimbul dan diperbesarkan atas kepentingan 'politik'.

oh!balik pada niat asal..aku nak citer tentang trend basikal kegilaan budak-budak sekarang.last week aku 'tolak'basikal hero pada lori beli barang lama yang suka nyanyi pakai speaker kuat-kuat lagu 'surat khabar lama,bateri lama,mesin basuh lama,peti sejuk lama'.tahu tak bape RM dia ambik?aku beli rm150 tapi bila tolak dapat rm5 je.huhu.sib baik gak dia bayar..kalau dia tak nak ambik lagi satu masalah,buat semak laman je..bukan boleh guna pun.

kadang-kadang geram jugak ngan hero ni.dia memang jenis lasak.ini basikal ke3 kalau tak silap aku.semuanya tak bertahan lama.ada je yang rosak.mana tidaknya,longkang ke lubang main redah je.dia ingat basikal tu jentolak kot..



sekarang ini.dia tengah berangan nak beli basikal kaler-kaler macam gambar diatas.boleh di katakan 90persen budak-budak kat taman tu ada basikal camni.mana tak member makan hati.tapi basikal macam ni bukan murah.ada yang sampai rm700.kalau dah mahal-mahal macam tu takkan nak bagi tido kat luar kan?haruslah malam-malam kena bawak masuk tido dalam rumah.

setakat ni aku dan cik abe belum bercita-cita nak belikan dia basikal ni.aku penah cakap ngan dia 'selagi abang tak pandai jaga barang,umie tak nak belikan'.rasa macam kejam pun ada..tapi itu je cara nak bagi dia supaya menghargai barang sendiri.jangan tak tahu..bola yang ayahnya beli masa besday dia Januari lepas tu ari dah hilang..bukan rega rm5 bola tu.ada la yang masuk ambik dalam pagar agaknya tapi nak tuduh sapa pulak kan (bola tu balik dari taman..letak atas rak kasut kat luar je) takkan nak basuh hari2 bawak masuk rumah.takde rezki :(

tu yang dia nekad nak menabung nak beli basikal pulak..last week nak psp.belum tetap pendirian ni,kita tengok je la nanti.

SPM Diumumkan Hari Ini..Tetiba Aku Yang Nebes.Pehal?

HARI NI 21 MAC 2012..
keputusan SPM akan di umumkan.
dari malam tadi aku yang tak lena tido.
padahal zaman aku ambik spm dah berlalu 15tahun yang lalu.

sapa kata SPM tak penting?
bagi aku SPM penting kerana itu anak tangga pertama untuk menuju menara gading ataupun nak memulakan alam pekerjaan.tapi SPM sekarang kalau nak keje dah tak berapa laku.paling koman pun nak ada Diploma..zaman aku dulu lainlah.

hari ni..
sudah semestinya debaran aku tidak sehebat debaran adik pompuan aku yang akan ambil result tu.dia sekarang dalam tren dari seremban nak balik kampung..masa entri ni ditulis dia belum lagi sampai kampung..biasalah perjalanan ngan tren kan lama.

harap-harap dia dapat result yang membanggakan.aku sentiasa doakan adik-adik aku yang 5 orang itu berjaya dalam hidup mereka dunia akhirat dan bertemu jodoh yang beriman serta bertanggung jawab.mungkin sebagai kakak aku seorang yang garang tapi segarang-garang aku,adik-adik tetap dihati kerana kami berkongsi perut yang sama.

korang doakan untuk adik aku yer ;)

Tuesday, March 20, 2012

Rindunya Pada 'Mok'

cuti memang best.tapi yang tak bestnya bila masuk keje selepas bercuti itu.huhu.sampai hari ni keje masih belum setel.aku punya penyakit tak boleh blah ni,bila keje banyak lagilah rasa nak post entri.boleh?

tadi aku call ma kat kampung,tanya pasal nenek.aku kini ada 1 nenek je(belah mak).nenek belah ayah dah meninggal tahun lepas.atok pun semua dah takde.aku sangat rapat dengan nenek belah mak yang aku panggil 'mok'.sekarang nenek dah tak sihat sangat.



aku rasa mok makin tak sihat selepas 'kehilangan 2 lelaki kesayangannya ' 4 tahun yang lalu.mula-mula mok kehilangan anak bongsunya yang ku panggil 'poksu' pada bulan November 2008.4 bulan selepas itu pada April 2009 'tok' pula menyusul.sejak itu mok selalu tak sihat.sakit-sakit badan tu biasalah bagi orang tua macam mok.tapi yang paling aku sedih dan airmata cepat je nak meleleh bila mok selalu menyebut tentang arwah poksu dan tok.

yang paling buat aku sedih bila ma cakap,mok dah mula 'lupa-lupa' orang keliling.sebelum ni okey je.semalam mok boleh tanya tentang tok dan poksu.mok tanya 'bila diorang meninggal.kenapa tak cakap kat dia diorang meninggal'.mok juga duk ulang cakap nak balik rumah lama (sekarang mok duduk rumah adik lelaki mak aku..memang buat bilik khas untuk mok yang cukup selesa) tapi mok duk sebut nak balik rumah lama.katanya tok dan poksu panggil suh balik.

masa menaip ni pun aku dah rasa sebak sangat.tadi call pakcik yang duduk sama ngan mok pun,dia citer benda sama.katanya mok duk ulang cakap 'kenapa tak bagitau poksu meninggal.kuburnya kat mana?'YaAllah..kalau dekat-dekat aku dah drive balik.setiap kali ada berita pasal sedara mara sakit kat kampung,inilah perkara yang merisaukan aku.bukan dekat perjalanan aku nak balik kampung.

mok adalah insan kesayangan aku masa kecik.waktu umur sebelum masuk darjah 1,banyak masa aku dihabiskan bersama mok.cucu sulung,pompuan pulak tu..memang dah semua maklum aku kesayangan mok.w,pun dah kawen dan ada anak-anak..sesekali balik kampung aku akan tido dengan mok..penah mok halau aku suh tido dalam bilik katanya 'pegi tido dalam bilik nun.tak baik biar laki tido sorang'.aku cakap 'abang tak kisah pun.bukan selalu nak tido dengan mok'.bila aku berdegil barulah mok diam.aku akan peluk mok dari belakang dan picit badan mok.sambil baring mok akan pesan macam-macam.selalunya bab agama,bab solat,bab baca Qur'an..alam kubur dan juga alam akhirat.walaupun dah ulang kali aku dengar benda yang sama sejak aku kecil tapi aku suka dengar..aku diam je bila dengar mok bercerita walaupun benda yang sama.mok selalu cakap 'kalau boleh nak mati senang.tak sakit lama-lama.tak nak susahkan anak cucu yang duk jauh balik tengok dia sakit.biarlah mati sebelum jemu orang menjaga'

YaAllah..aku mintak sangat kalau umur mok tak panjang..bagilah aku peluang jumpa mok sebelum mok tutup mata.aku ingin berbakti 'memandikan' mok kali terakhir.tu je aku mintak.

maaf..entri ni agak emo :(

Seminggu Bersama Kakak

Sebelum baca entri ni kalau free dan nak tahu kisah DUIT TABUNG HERO SILA KLIK..tak nak pun takpe..tiada unsur paksaan disitu ;)

Alhamdulillah..
cuti sekolah minggu lepas kakak balik sini selepas 42 hari tak bersua muka.cuma sms dan suara di telefon mengubat rindu.last bersama kakak ialah 27 Jan 2012.cuti raya cina tu hari.setiap hari belek kalendar mengira bila kakak nak balik sini.keje si hero ialah pangkah kalendar bila kakak nak balik.

kakak selamat sampai rumah jam 7.30 malam bersama atok dan mok juga paksu.(adik lelaki yang bujang tu baik hati balik kampung hari jumaat tu dan balik sini semula hari sabtu bawak diorang ke sini.TQ Ichik) tapi malam tu mak ayah aku tak tido umah kami sebab dah janji nak tido rumah adik lelaki.so diorang cuma singgah hantar kakak je.malam tu tido sekatil ngan kakak.rindu sangat kat dia.tadah la telinga dengar cerita-cerita kakak.tentang sekolah la yang banyak.aku gembira bila dia kata seronok kat sekolah baru tu..cuma bila kat rumah bosan sikit la sebab takde adik,takde ayah takde umie.sebak hati bila dia cakap camtu.huhu.



kakak rindu adik ;)

HARI KE 2 BERSAMA KAKAK(AHAD).
-ayahnya keje so takde apa-apa plan.tengah hari tu sebelum cik abe gi keje kami ke umah adik lelaki,makan tengah hari kat sana dan melepak kat umah dia sampai ke malam.

HARI KE 3 (ISNIN).
-adalah besday cik abe yang ke37 tahun.tapi tuan punya badan boleh ingat besday dia yang ke 38.aik..tak sabar-sabar nak tua ker?hehe.dan sangat kebetulan dengan kakak balik so pagi itu kami ke JJ s'ban2..makan pizza pastu tengok wayang.memula nak tengok citer Seafood tapi tayangan waktu petang (cik abe kena masuk keje) so kami ambil keputusan tengok je citer The Lorax (makhluk jenis apa kah aku pun tak tahu) so layanlah kami 5 beranak dari jam 12.45 sampai jam 2.30 petang.si kenit siap tepuk tangan..seronok sangat kot bagi dia.



kisah sebuah bandar ciptaan yang memerlukan kita membeli udara.takde pokok sebenar kat bandar tu..semua pokok adalah tiruan.tetapi ada seorang budak lelaki yang cuba menanam sebatang pokok sebenar kerana ingin memikat seorang gadis..nak tahu berjaya ke tidak tengokla sendiri yer :).balik umah semua dah keletihan.

malamnya..mak ayah aku datang dan tido umah kami

HARI KE 4 (SELASA)
-emm apa aktiviti ari tu yer?oooooooooo..aku bawak mak,adik dan anak-anak jalan-jalan ke airport.kata mak ada mak sedara aku akan balik dari umrah dengan flight jam 11.30 pagi.kebetulan rumah tak jauh dari situ kami konon nak wat seprise la tunggu makcik balik.tapi kami yang kena seprise.dari jam 11.30 kami terpacak menunggu rupanya makcik dan rombongan umrahnya sudah sampai ke Pahang.salah info dari anak makcik,rupa-rupanya diorang turun kat klia jam 5.30 pagi.hahaha..takpelah.takde rezki nak jumpa..so kami pusing-pusing tengok orang tengok kapal terbang (padahal aku sendiri dah nak muntah 5x seminggu duk kat airport ni).makan-makan kat food court,dah kenyang terus balik umah.

-malam tu makan besar sebab ayah aku yang ikut adik hantar barang ke Ganu balik dengan seplastik besar lokan sebesar penumbuk dan jugak ikan sungai (mak masak gulai,goreng dan belen buat pekasam).



ini le rupa lokan tu (cilok dari gugel)pertama kali aku makan lokan size besar.bagi aku rasanya agak liat.aku lebih suka kerang kot.adik aku lagi pulak katanya 'geli nak makan.besar sangat'.

HARI KE 5 (RABU)
-pagi tu bekfes ala-ala je sebab nak simpan perut makan nasi arab kat cyberjaya.jam 11.30 kami keluar rumah 2 buah keta layan nasi arab.pertama kali mak ayah mencuba nasi arab dan aku mula-mula cuak kalau-kalau tak kena dengan selera mereka.alhamdulillah..licin.

lepas tu aku pelawa mak ayah ziarah mil n fil kat cheras.kebetulan memang kami nak balik tido sana.kakak belum jumpa atok dan makwan lagi sejak balik dari kampung.mak ayah ikut kami dan kat sana mil dah masak penuh meja.sian mil susah payah w,pun kami dah bagitau yang kami dah lunch.agaknya mil segan kalau tak jamu besannya..so makan lagi.borak-borak dan jam 3.00 diorang balik semula ke rumah adik lelaki.kami anak beranak tido umah mil malam tu.kakak happy dapat jumpa sepupu kamcengnya,Ayong.

HARI KE 6 (KHAMIS)
-masih di cheras..lepas makan tengahari kami gerak ke putrajaya konon nak tengok belon udara.mil,adik ipar (lelaki) dan juga 5 anak buah cik abe ikut sama..konvoi 2 keta konon nak tengok belon tapi wrong timing..masa kami sampai jam 2.30 tapi belon mula jam 5.30 so kami cuci mata sambil makan kek kat medan selera tepi tasik kat masjid tu..

-5.30 datang balik ke tapak pertunjukkan belon tapi cuma dapat tengok orang dan gerai je.cuaca kurang baik dengan angin kuat dan hujan dah mula turun so kami berlari masuk keta terus balik umah.sian kakak tak dapat nak naik belon.nak datang besok pun tak boleh sebab esoknya kakak dah nak balik kampung.

HARI KE 7 (JUMAAT)
-pagi tu agak sedih sikit sebab kakak dah nak balik.aku sempat buatkan nasi goreng untuk sarapan dan 8.00 pagi kami semua bersama kakak di Terminal One Seremban.kakak bersama atok,mok dan ishu naik bas jam 8.30 pagi..kakak teruja nak naik bas 2 tingkat.

bila bas bertolak,mata aku tiba-tiba masuk habuk.huhu..sekarang menghitung hari untuk cuti sekolah hujung bulan Mei (cuti sekolah 2 minggu).

ada sikit gambar tapi lupa bawak usb untuk kamera..next time la kalau aku rajin aku letak sini

okey..selesai sudah ;)

Monday, March 19, 2012

Pertemuan Yang Tak Di Rancang Dengan Cik Ja

sebenarnya nak citer pasal 'Seminggu Bersama Kakak' tapi belum karang lagi citer pasal tu..huhu.nanti-nantilah yer.cumanya nak citer pagi tadi aku terserempak dengan blogger.nak kata baru kenal tak jugak..kategori dah lama kenal la cuma belum penah bersua muka.

alkisah...macam biasa la pagi-pagi aku kena collect document kat opis lama.ontheway balik opis lalu kat bahagian orang menunggu ketibaan penumpang.aku nampak seseorang yang 'eh!cam kenal.adakah dia?'..pandang yang duk sebelah dia.seorang lelaki bertopi yang khusyuk tengah main games Angry Bird.hehe sorry encik Azam.ye ye..betul la dia.(muka sama cam dalam blog dia)..jerit-jerit sambil lompat bintang kat situ(adegan lompat bintang itu adalah rekaan semata-mata).hilang akal ke nak lompat bintang di khalayak ramai.

dia pandang aku dan aku pandang dia.dan aku pun tercakap 'eh.kau.buat apa kat sini?'dia pun sama-sama terperanjat boboi cam aku jugak.sib baik la aku tak silap orang.kalau tak memang malu free je tegur orang cam nak cari gaduh je.

kami peluk peluk sambil kiss kat pipi :) jangan jeles..pipi dia mmg gebu la penangan Tabita ..serius tak tipu :).dia dan suami menunggu ketibaan mak mentua (kalau tak silap la) pulang dari oversea.

tak caya tengok gambar..(bukti aku jumpa dia..hehe)

tara............Cik Ja..takpe ke aku letak gambar kat sini?kalau tak okey..bagitau yer nanti aku remove



ikhlas untuk tatapan korang dari kamera henpon aku..gambar kabur tu memang dah biasa la kalau kamera henpon cap ayam serama cam ni.itupun gambar ni dah di tapis 16kali tapi tetap jugak tak menghasilkan muka berbentuk bujur sireh ;) kan cikja kan?


CikJa..
maaf ye kalau aku macam gelabah sikit bila jumpa ko tadi..aku kan pemalu siput

sesapa yang datang sini nampak aku lalu lalang sambil catwalk tu jangan malu-malu nak tegur.kalau korang malu nak tegur,jangan risau..kalau aku nampak gerenti aku tegur korang..hehe

okey,cikja pun dah apdet blog dia tentang pertemuan tak dirancang itu KLIK SINI KALAU NAK BACA..TAK NAK TAKPE ;)

Hai Hai Hai ;)

ASSALAMUALAIKUM...........

hari ni kembali bekerja setelah ber'cuti'an selama seminggu sambil menternak lemak.hehe.rindunya nak merapu kat blog

okey..nanti aku citer apa aku buat cuti seminggu tu
(emm ada orang kisah ker)

Friday, March 9, 2012

Keletah Si Adik Bila Bergambar



ingat tak dulu,si kecik Hajar mesti posing buat muka macam ni bila ambik gambar?tapi sekarang dah tukar fesyen baru.nak tengok?tak nak pun aku nak tulis jugak..hehe

taraaaaaaaaaaaaa..penah dengar lagu Jalil Hamid yang liriknya 'makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng' tapi ini bukan kes makan leher ayam yer (aku tak penah bagi dia makan leher ayam pun).ini kes bajet cute la kalau buat kepala teleng camtu.



versi penuh :)













dan akhirnya..satu gambar tanpa kepala teleng tapi mulut dah takleh nak senyum sebab kepala dah tegak :).tapi aku rasa senyum adik makin lebar esok bila tengok kakak depan mata.

ini gambar malam tadi..yang pakai anak tudung tu sebab dah ready nak gi kenduri kat rumah jiran sebelah.dia buat kenduri sempena masuk rumah baru(baru lepas renovate la).aku sarung tudung,dia pun 'nak tutung' jugak..so bagi jelah pakai anak tudung (kes umienya dah malas nak naik atas ambik tudung si kakak).

ini entri terakhir untuk minggu ni.next week aku cuti seminggu...tak sabar tunggu esok,insyaAllah kakak akan balik bersama mak dan ayah aku sekali.

selamat berhujung minggu :P

Thursday, March 8, 2012

Maggi Saya Sudah Kembang dan Adakah Itu Ulser ?

tiba-tiba je 'anak tekak' mengidam nak makan maggi cup.ops..bukan jenama maggi tapi jenama super ;)

sesekali makan takpe kan?jom layan........
(tengah rendam tu..jangan sampai kembang sangat,tak lalu makan pulak nanti).



ops..sebelum tu nak tanya korang kalau ada sesapa penah mengalami situasi macam hero aku sorang ni (sila rujuk gambar)



(ni gambar snap malam tadi)

sebenarnya ini bukan kali pertama naik biji ni kat bibir dia.senang citer biji ni sentiasa ada kat bibir dia.cuma ada ketika ketika sizenya kecik dan ada ketika size jadi besar.bila tanya katanya 'tak sakit sangat.sakit sikit je'.so far belum rujuk pada pakar..tu ari saja je gi klinik 1Malaysia bawah flat mil.pembantu perubatan tu kata 'ini bukan ulser.kalau nak buang boleh tapi kena pegi hospital besar.benda ni tak bahaya cuma mungkin dia rasa tak selesa'.aku dengar macam tak yakin je..dahlah satu ubat pun tak bagi.redha jelah sebab bayar RM1 takkan nak demand lebih-lebih.

ada pengalaman sila kongsi ngan aku..

Wednesday, March 7, 2012

Kesian Mak Cik,Rumahnya Terbakar

kisah SYILING TABUNG HERO tu aku masih belum follow up.jap lagi la nak check kat 'si ai em bi klik' ;).balik semalam dia ada tanya 'umie dah hantar bank ke duit abang?belum cukup ke nak beli psp?bila dia kasi duit tu?'aku cakap 'abang kena simpan lagi biar penuh.belum cukup lagi tu.orang bank kata lagi 3hari dia bagi duit kertas'.harap-harap ada la,InsyaAllah..kalau rezki halal duit tu tak kemana.kalau takde jugak kenalah aku bagi duit aku sebagai bukti duit syiling dah tukar duit kertas..takut nanti hilang semangat dia nak menabung.

petang semalam dapat berita 'kurang baik' dari kampung.rumah makcik (kakak sulung mak aku) hangus terbakar tinggal selai sepinggang.makcik dan suaminya sempat menyelamatkan diri.kejadian berlaku semasa mereka sedang mengambil wuduk di bilik air.

kata mak lagi 'bomba datang pun tak boleh buat apa.rumah papan pulak tu..rumah pun jauh dari jalan besar'.sian makcik..ramai jiran-jiran pakat sedekah barang keperluan seperti toto,bantal,kain baju dan pinggan mangkuk.

banyak faktor berlaku kejadian seperti itu.katanya litar pintas.aku tak heran sangat sebab kebanyakkan rumah lama di kampung aku tu suka suki je buat wiring sendiri.apa-apa pun aku bersyukur makcik selamat,barang-barang yang terbakar tu boleh ganti balik walaupun tak sama macam yang asal.

okey tu je nak citer..emm bz sikit hari ni sebab minggu depan nak cuti lama.bye

Tuesday, March 6, 2012

Tabung Syiling Hero

Dah banyak hari hero duk menyanyi kat telinga aku 'umie.tabung abang dah penuh.dah tak boleh nak masuk duit lagi.umie hantar la kat bank rakyat.nanti abang nak beli PSP'.hah,itulah yang dia ulang hari-hari kat telinga aku dari minggu lepas.tabungnya ialah tabung bentuk bangunan Tabung Haji macam ni



ini bangunan Tabung Haji ;) dulu-dulu zaman sekolah rendah aku pelik kenapa tabung tu rupanya pelik tak macam tabung ayam yang lain.rupanya dia adalah sebuah bangunan

balik kepada citer si hero dan tabungnya..semalam dia cakap lagi.yang best dia cakap 'bank rakyat' takde pulak dia sebut bank lain..ni mesti pengaruh iklan 'Bank Rakyat,Saya Mesti Pilih'..hehe.

so nak keluar rumah tadi aku capai tabung tu dan keluarkan isinya masuk dalam beg tanpa mengira berapa jumlahnya.jam 11 tadi pegi bank kat airport ni yang katanya 'ini adalah mesin deposit syiling yang pertama di Malaysia'.masuk kad atm dan buka je lubang syiling tu aku terus tuang syiling dalam tu..

sekali keluar ayat kat skrin 'mesin ini rosak,sila berjumpa pegawai di kaunter'.alahai..

kata cik kak tu 'isi borang dulu,nanti kami hantar borang kat HQ pastu HQ hantar orang untuk bukak mesin tu..dan kalau ada duit dalam tu pada waktu yang puan report ni..duit akan di masukkan dalam akaun puan seperti dalam borang yang puan isi ni.sila pastikan no akaun itu betul.proses ambik masa dalam 3 @ 4 hari'.

harap-harap ada lah duit hero tu..sian dia nak beli PSP ;)

----------------------------------------------------------------
KRONOLOGI KISAH SYLING HERO

1-syiling masuk dalam mesin tersebut 06/03/2012(selasa)jam 11.30 lebih kurang.mesin rosak dan buat report.katanya ambil masa 3 @ 4 hari akan masuk dalam akaun

2-setiap hari mulai selasa sampai pagi jumaat tiada pun duit masuk akaun.

3-09/03/2012(Jumaat) sekali lagi ke kaunter 'SI AI EM BI' tapi staff pompuan yang ambik report tak de kat kaunter..dan kebetulan memang takde sapa-sapa untuk aku rujuk tentang kes itu.sabar lagi..bagi diorang masa

4-pada 13/03/2012(selasa) aku ke airport bawak anak-anak serta mak dan adik melawat klia.lalu di kaunter itu dan nampak ada staff..tapi pompuan yang ambik report tu tak kelihatan.so aku merujuk kepada sorang staff lelaki.tapi katanya 'mesin belum buka lagi.staff incharge takde.tapi akan cuba bukak hari ni.tunggu je duit masuk dalam akaun'.boleh?itu adalah 8 hari selepas kejadian.aduhai..takpe,sabar lagi

5-kebetulan singah isi minyak 14/03/2012 aku cuba check lagi kat atm stesen minyak itu tapi duit belum masuk.hati sudah mula panas tapi apa boleh buat kan?sebab aku masih dalam cuti takkan nak ke airport semata-mata untuk itu.buang minyak lagi ada

hari ni..19/03/2012(isnin) 14 hari=2 minggu selepas kejadian.jam 10 pagi lebih kurang la

6-aku dah mula masuk keje selepas cuti seminggu.check website bank tersebut.konfem duit takde masuk.aku buat muka tebal sekali lagi ke kaunter dan kebetulan pompuan yang ambik report tu ada.dia mungkin dah lupa kes aku so terpaksa cerita sekali lagi dari awal.huhu.dia dah ingat barulah dia masuk dalam dan check..maka menunggulah aku dengan sabar.dari luar aku nampak dia sibuk call sana sini.wah!macam lah syiling aku tu ada seguni..hehe

7-lama kendian..dia keluar bagitau kena rujuk staff yang incharge.tapi staff tu keje shift petang.dia mintak no hp aku..nanti dia akan suh staff incharge aku call petang nanti.pulak?sabar lagi..aku nak tunggu petang ni apa citer.sebelum blah dari kaunter aku sempat bagitau dia perasaan aku.dah macam sesi luah perasaan pun ada.aku cakap kat dia 'cik.kes ni dah masuk 2 minggu.saya cuma nak tahu ada ke tak de duit tu?saya tahu duit tu bukan banyak.kalau di kira mungkin tak sampai pun rm100 kot.tapi saya tak kisah pasal jumlahnya,cuma nak tahu kemana duit tu pegi.dahlah saya tak de bukti masa masukkan duit tu.yang ada pun cuma report yang saya buat dengan awak tu je'.tapi dengan muka tak senyum (tensen kot) dia kata 'yelah saya faham.tapi kena tunggu staff yang petang ni.duit tu mesti ada.petang nanti saya akan check ngan staff yang in charge.mesti ada cash yang terlebih hari tu'.

malas nak bertekak aku pun blah..dari segi logik akal..dah 2 minggu takkan takde apa cerita.takpe..aku tunggu lagi dan bagi diorang peluang.

AKHIRNYA.. jam 4.00 petang.aku cuba check kat website sekali lagi sebelum call staff berkenaan.yelah kata keje petang.dah pukul 4.00 petang mesti dah masuk keje kan.

taraaaaaaaaaaaaaaaaaa...waktu tertulis jam 12.11 minit ada masuk RM107.80 SEN.tertulis juga 'NOBOOK CASH DEP'..agaknya itu code menunjukkan ada syiling masuk la tu kan..hehe



so bolehlah aku citer kat hero duit tabung dia dah bertukar jadi duit kertas.malam tadi dia dah buat keputusan katanya 'abang tak jadi la nak beli basikal fixie.abang dah buat keputusan nak beli PSP je'.apa2lah nak oi..kena la menabung lagi.mana cukup rm100 tu nak beli psp.memula mmg dia plan nak beli psp lepas tu tukar nak basikal fixie..dan tukar lagi nak psp ;)agak-agak berapa kali lagi kena penuhkan tabung baru tercapai impian dia tu yer

menyahut seruan 'budi bahasa budaya kita' so aku pun telefonlah kaunter bank dan bercakap ngan staf pompuan yang tak berapa nak senyum tu ari bagitau duit dah masuk dan ucapkan terima kasih kat dia.tak susah kan nak ucap terima kasih w,pun cuma untuk perkara kecik :)

Aku Mahu Cuti

Minggu depan cuti sekolah seminggu.
apa ada dengan cuti sekolah?

1-kakak akan balik sini..rindunya kat kakak

2-insya Allah ma ayah pun datang jugak

3-pengasuh mintak cuti seminggu nak balik kampung ada kenduri kahwin

so..

apa lagi..aku pun kenalah cuti jugak.nanti sapa nak jaga kenit..boleh je mak aku tolong jaga tapi..aku nak cuti jugak.spend masa ngan kakak,alangkah bestnya kalau dapat gi bercuti ke mana-mana.perancangan paling dekat nak jalan-jalan ke MELAKA.insya Allah

minggu ni kena pulun buat keje,harap seminggu aku cuti takde menyusahkan sapa-sapa ;)

Monday, March 5, 2012

Salah Siapa?

sehari sebelum kejadian.Jumaat la..balik keje ambik anak-anak kat umah pengasuh macam biasa.sesampainya kat rumah..masukkkan beg anak-anak ke dalam rumah.hero mengikut aku dari belakang sambil bawak beg sekolahnya.

hero:umie.esok abang sekolah tak?

aku:esok kan sabtu.mana sekolah.kenapa?cikgu kata sekolah ker?

hero:tapi kawan abang kata sekolah.

aku:kalau sekolah mesti ada surat.mana surat?ada cikgu bagi surat?

hero:takde surat pun..oklah,abang nak gi main bola

ingat dah habis citer setakat itu..

TETAPI..

hari sabtu..
biasalah aktiviti mendobi,hero bangun lewat.aku saja tak kejutkan dia sebab hari cuti je peluang untuk dia tido lama sikit.jam 11.00 kuar sidai kain.(gila lambat sidai kain kan?jangan tiru perangai macam ni)

akak jiran:(nama aku)..ada nampak bas sekolah lalu tak?

aku:bas sekolah?hari ni sekolah ker?

akak jiran:eh sekolah la.sekolah menengah,sekolah rendah semua sekolah.anak tak sekolah ker?hari ni ada mini sukan kat sekolah dia.

aku:oh yer ker?tak de surat pun (nak jugak salahkan orang lain tu).

akak jiran:eh ada surat,semua dapat surat takkan anak tak bawah balik surat.

aku:(jenguk dalam rumah panggil hero yang syok landing layan citer kartun)abang.hari ni sekolah la.cikgu ada bagi surat tak?

hero:takde pun.

aku:biar betul abang ni.(terus masuk rumah dan buka beg sekolah dia..belek belek celah buku tulis..ada surat bersama kertas ujian.buka,baca dan mulut pun mengomel)abang.ni ada surat la.ada sukan hari ni tau..rugi je tak pegi.

hero:mana abang tahu.

aku:macam mana boleh tak tahu.sapa letak surat dalam beg abang ni?

hero:abang la.

aku:kalau abang yang letak macam mana abang tak tahu ada surat cikgu bagi.lain kali kalau ada surat cepat-cepat bagi umie.jangan simpan je

hero:yelah.tapi kan abang dah cakap sekolah ke tak.umie kata abang cuti

aku:(oh tak nak kalah tu).abang yang skolah bukan umie.biasa kan sabtu ahad cuti mana umie tau sabtu ni sekolah ada sukan.kalau ada surat baru umie tahu.

hero:okay lah.(muka dah monyok sebab kecewa tak dapat pegi sukan)


tiba-tiba aku rasa bersalah sebab malam tu aku lupa check beg sekolah dia.selalunya sebelum tido aku akan check beg dia kalau2 ada surat atau ada barang yang terbawa balik.(penah berlaku terambik buku kawan..pemadam kawan).tapi malam tu aku tak check sebab aku fikir esok sabtu dah tentu cuti.kalau hari sekolah memang aku akan check sebab bab susun buku ikut jadual hero belum pandai lagi.

moral of the story:
sentiasa check beg sekolah anak anda w,pun malam sabtu..hehe

Friday, March 2, 2012

Nilai RM100

gara-gara tak suka tengok posting pasal Menyesal Tengok Video Baby Mulut Kena Salotape tu duk atas sekali so aku gigih post lagi satu entri.



kredit pic kat sini

satu petang,singgah pasaraya kecik sebelum balik rumah..aku masuk pasaraya sambil sorong troli (motif ambik troli macam banyak sangat barang nak beli). sebenarnya cuma nak beli untuk masak makan malam.datang tak bawak list apa pun..so tak fikir nak beli apa..

mula-mula sekali pegi rak lampin pakai buang.sambil otak fikir *bila la adik nak free diapers ni,sekarang umur 2tahun2 bulan..aku bagi lagi 4 bulan sampai umur 2tahun setengah.aku akan paksa dia berak kencing kat bilik air.moga berjaya*.jenama pilihan cuma fitti.yang lain tak sesuai.

pastu ambik biskut 2 bungkus,minyak masak sebotol,sedikit sayur dan sesikat pisang.adik kan suka 'pitam' aka pisang.jalan lagi sampai rak yang ada macaroni dan spageti.ambik macaroni spiral dan setin sos cendawan prego.konon dinner taknak makan nasi..feeling omputeh :)

terus ke cashier..bagi kad ahli dan keluarkan beg duit sambil mata menatap mesin cashier tu.dan hati pun berkata2 'cukup ke rm100 ni?kalau tak cukup mana barang yang boleh aku tolak ni?mungkin tolak minyak masak kot sebab minyak masak ada lagi sikit kat umah'.

'okey..semua RM95.20'.kata adik cashier



hebat kan?aku boleh masuk pertandingan teka barang nampak gayanya ni.konon bawak masuk troli tapi tak sampai setengah troli pun.

masuk keta bagitau en abe 'cer teka bape rm untuk barang yang umie beli tadi?'.

jawabnya 'rm100'.tengok?beliau pun dah pandai teka macam aku jugak.

semakin hari aku rasa macam takde nilai je rm100 sekarang ni :(

Menyesal Tengok

Aku dah lama tak bukak Fb.sib baik jugak masih ingat password.tapi semalam aku bukak dan tak sangka pulak bila bukak fb aku 'di sajikan' dengan video anak-anak kecil yang takde dosa itu di balut {bedung}ketat-ketat dan mulut comelnya di salotape.tak terkata aku bila ramai yang share video itu kat fb,nak tengok sampai abis pun aku tak sanggup.mungkin korang semua dah tengok dan tahu pasal video ni cuma aku je yang kelewatan.aku rasa kalau aku tak tahu pasal tu lagi bagus..sebabnya,sampai ke malam aku duk terbayang-bayang anak-anak kecil yang di amanahkan oleh ibubapa kepada nursery itu diperlakukan sebegitu.

dengar citer pulak katanya pekerja nursery tu saja buat sebab nak sabotaj owner nursery tersebut.tak kisah lah ko nak sabotaj ke hapa.takde ke cara lain selain jadikan anak-anak itu mangsa?buat la cara lain..simbah cat kat umah dia ker?sorok selipar dia ker?apa salah anak-anak kecil tu sampai sanggup buat macam tu.eeeeeeeeeeeeee geram.ingat tak sakit ke letak salotape kat mulut..aku penah jugak main-main ngan kenit sambil balut buku si abang aku salotape lengan dia ngan salotape (tak panjang pun..dalam 1 inci je) bila tarik salotape tu dari lengan dia,muka dia berkerut tau..mesti sakit kan?itu sambil gurau-gurau je..ini pulak di salotape kat mulut.apa rasa kalau kita salotape badan dia pastu ikat kat pokok bagi kerengga gigit.


dahlah..menaip ni pun aku dah sakit ati.pagi-pagi jumaat dah buat aku angin



bila tengok anak orang teringat anak kita kat rumah..(gambar tu hajar bersama sepupunya yang bernama Elman Fahim-anak sedara cik abe)

Thursday, March 1, 2012

Hobi Baca Katalog

Aku ingat perangai aku yang suka belek katalog sebelum tido (selalunya katalog Cosway,Tupperware @ pamphlets pasaraya) dah menurun kat kenit.aku suka tengok gambar-gambar yang cantik dalam katalog.cer korang tengok ni..





sambil menelaah tu mulut cot cet cot cet 'nak tu..nak tu'..selalunya makanan @ minuman yogurt la yang dia tunjuk.selagi tak cakap 'okey' selagi itu lah dia mintak.lepas aku cakap dia pun akan ulang apa aku cakap 'key'..'o' sudah hilang.suka dengar dia sebut 'key' dengan suara comel dia.

suka baca katalog.korang pun ada perangai camtu jugak ker?

Smelly No More by Total Image



takde keje diorang ni yer?hehe

sapa ada masalah bau badan mesti rasa tak selesa bila berpeluh kan?tambah-tambah lagi bila berhadapan dengan orang ramai.ada yang sembur minyak wangi banyak-banyak dan ada juga yang pakai deodorant?tapi tak semua jenama sesuai untuk semua orang.apa lagi yang kulit sensitif macam aku ni..silap pakai nanti gatal dan akan mula menggaru sampai melecet kulit.huhu..sakit siot :(

antara sebab masalah bau badan (senang citer bau 'keti' la.'keti' means ketiak.
antara punyanya ialah:

-pemakanan(makan bawang dna benda2 ber bau)

-kebersihan diri(kurang mandi)

-persekitaran (keje yang membuatkan kita selalu berpeluh)

-stress

-keturunan

-pakaian yang tidak sesuai (kain yang tidak menyerap peluh)


itu sebahagian..malas la aku nak tulis semua(aku bukan pakar pun).

banyak jenama aku dah guna ni kes try and error.ada setengah jenama tu pakai sikit je dan menggaru seharian.terus buang dan beli jenama lain pulak..yang aku ingat aku penah cuba Rexona dan terbaru aku guna jenama Amway.yang Rexona tu tak sesuai ngan aku.pakai kejap je dulu.dan aku perasan dia melekit dan membuatkan bahagian ketiak baju akan mengeras.dan aku bertukar pada yang jenama Amway (lupa nama apa) yang itu bagus.sesuai ngan kulit aku(aku bukan ahli ye..beli ngan jiran dan tahan lama..dekat setahun baru abis kot).

tapi..bila baca tentang deodorant antara sebab kanser payudara aku fikir 16kali nak pakai ke tak.tak pakai kalu..bau asyem ;).so pakai la perfume.tak semua perfume sesuai ngan kulit.oh!kulit aku ni jenis manja..sebarangan perfume buat aku alergik dan gatal-gatal.tak kisah la mahal ke murah pun..

dan..alhamdulillah,aku jumpa produk yang sesuai ngan kulit dan mungkin aku nak setia pada dia.sebab tu aku berani share kat sini.aku harap yang ni takde kesan sampingan.

tadi aku google banyak jugak blog yang ada tulis pengalaman sendiri mencuba produk ni.(malas nak letak link)


perkenalkan (boleh mintak jadi duta Total Image tak?hehe)



harga pun tak mahal..aku beli rm16.90 je.ada 2 size.besar mungkin rm20 ++ kot.boleh beli kat farmasi atau Gurdian.InsyaAllah halal sebab katanya diperbuat dari garam mineral.

aku tulis ni hanya untuk share dengan sesiapa yang mempunyai masalah yang sama.sharing is caring katanya.kalau yang takde masalah sedemikian sila abaikan je :)