Monday, April 30, 2012

Plan Yang Tak Jadi Itu

sepatutnya................aku cuti hari ni
sepatutnya................aku kat kampung sekarang
tapi kita hanya merancang,Allah jua yang menentukan

sedih membayangkan kakak menunggu kami pulang sabtu yang lepas
sedih juga si abam bila tahu kami tak jadi balik kampung
sempat lagi dia cakap kat aku 'umie tengok mata abang ni?'sambil tunjuk mata dia yang dah berair bila aku kata 'maaf abang.kapal penuh.kita tak boleh balik kampung hari ni.nanti kita balik bila icik cuti ye'..(icik itu merujuk pada adik lelaki aku).menurut kata beliau..InsyaAllah nak balik Rabu nanti kalau takde aral melintang.

ops............pengajaran untuk masa akan datang.kalau nak balik kampung,aku takkan bagitau kakak awal-awal.takut dia tertunggu-tunggu..lebih bagus bila dia dah balik sekolah tengok kami dah ada kat rumah.

okeylah nak sambung berkemas..Jumaat dah pindah opis.aku lak bercuti..Rabu,Khamis dan Jumaat..so pack semua barang-barang aku supaya senang orang tolong angkut ke opis baru.

cao

Friday, April 27, 2012

Ajal Maut dan Jodoh Itu Keja Allah..bukan Keja Manusia

sebenarnya aku tak suka marah-marah dalam blog @ juga Fb (walaupun jarang-jarang dapat bukak Fb sekarang ni) oleh sebab tu aku dah buang semua posting dulu-dulu yang melibatkan perasaan kat wall fb.yang ada cuma share benda-benda yang berilmiah.tak guna meluah perasaan kat Facebook ..baiklah FaceToFace je,cepat selesai.entri ni pun mungkin akan diremove akan datang..sapa sempat baca,kira bertuahlah tu ;).sebab aku akan malu sendiri bila baca posting yang tah hapa-hapa.

okey..balik pada citer.tengah hari tadi aku ada masa bukak fb,kan ke lunch time 2 jam..so ada la makhluk dah cucuk aku punya 'nafsu amarah'..sambil baca posting orang lain kat wall..like sana sini dan juga sinun,ada mesej masuk.tegur-tegur aku..okey..aku jawab.dari orang sekampung.budak sangat dari aku..taraf adik la senang citer.



memula tegur tanya khabar pastu tetiba tanya pasal adik aku 'dah kawen ke belum?'eh!silap petik la lu dik..aku jawab 'belum ada jodoh.nak pilih laki bukan macam pilih ikan atas pasar'..terus dia sign off.

emo tak aku?
ye..aku emo dan bengang sebab dia bukan sesiapa.bukan sedara mara dan juga bukan sahabat dekat dan juga bukan kawan adik aku nak tanya soklan macam tu.tak sesuai langsung..ni mesti kes takde keje..dah buat keje umah ke belum?dah masak nasi?dah ambik anak sekolah ker yang sibuk duk berfacebook tegur orang sana sini?..

ingatlah..sapa tak nak kahwin.ada keluarga sendiri?ada suami ada anak?tapi,itu bukan keje kita.kita cuma harus berusaha kalau jodoh belum sampai kita nak buat macam mana?nak rembat je mana-mana jantan tepi jalan tarik gi umah tok kadi mintak dinikahkan?dapat yang baik dan bertanggungjawab alhamdulillah..tapi kalau sebaliknya?macam mana?tak ke tiba-tiba dapat bala..

dah kawen dan ada anak-anak itu bukan bermakna dah cukup segalanya.bukan pengakhiran satu kehidupan tapi bermulanya sebuah kehidupan.banyak lagi dan luas lagi jalan depan sana..

bagi aku yang tak berapa pandai ni..isu jodoh dan anak adalah isu sensitif.kalau orang nak bercerita aku akan dengar tapi kalau orang taknak bercerita..JANGAN SESEKALI BERTANYA.dapat yang emo macam aku..naye je tak pasal-pasal kena jawapan menusuk kalbu.

okey..babai ;) tata titi tutu

DariNya kita datang,kepadaNya kita pergi..AlFatihah

PAGI NI..dapat berita yang pakcik jual jambu depan simpang nak masuk rumah aku telah pulang menemui penciptaNya.(dah lama tak tengok pakcik tu..selalu yang aku nampak cuma isterinya) mungkin dia sakit dah lama.ingatlah,dariNYA kita datang..kepadaNYA kita pergi.

aku nampak ramai jiran-jiran terutama kaum lelaki yang baru pulang dari surau ke rumah arwah..dan kaum perempuan yang tak bekerja berjalan beramai-ramai menziarah kerumah keluarga arwah.aku teringin nak pegi jenguk tapi masa tu aku dah depan simpang nak tunggu member pick up pegi keje.mungkin petang nanti aku akan pergi menziarah.Insya Allah..

teringat pesan ustazah 'ziarah orang meninggal itu harus (maaf kalau silap)'.dan jangan lupa,menziarah orang meninggal juga ada adab-adabnya..jangan pulak sibuk bersembang sedangkan jenazah masih lagi ada diruang tamu itu.

ADAB ZIARAH ORANG MENINGGAL sumber dari SINI.peringatan untuk diri sendiri jugak.tak perlu lah sibuk bertanya sebab musabab arwah meninggal..memang dah sampai ajalnya.buat apa menambah sedih keluarganya untuk bercerita.kecualilah mereka yang relahati nak bercerita.ini tidak,30 orang yang datang ziarah..30 kali isterinya @ keluarganya nak ulang cerita macammana arwah meninggal..baik pasang tape je.prihatinlah sikit bukan susah pun.

Antara adab menziarah orang meninggal ialah:

a) Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan: "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."

b) Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)

c) Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.

d) Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.

dan aku terfikir betapa untung arwah pakcik itu kerana meninggal di pagi yang mulia,Hari Jumaat.bukan semua orang beruntung meninggal hari jumaat (tiba-tiba teringat arwah Paksu dan juga arwah Wo (nenek aku) yang meninggal hari jumaat).alfatihah untuk mereka dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman


'Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur'.

petik dari SINI

sama-samalah kita sedekahklan AlFatihah buat pakcik itu dan jugak kepada mereka-mereka yang kita sayang.tak susahkan?

Thursday, April 26, 2012

Upgrade Now Kalau Tak Kena Remove.Kena Jugak Ker?



nampak ada 2 blog kan?yang satu lagi tu citer lama..malas nak semakkan blog,so aku dah simpan blog lama itu..

Memula sekali nak bagitau...............AKU SAYANG BLOG NI.
lama tau aku tulis (macam dah 10 tahun.hahaha)

eh!7 tahun pun lama tau..kalau sekolah dah darjah 1.
yelah..blog ni lahir sama tahun ngan si hero aku tu.kan ke nama dia dan blog ni nampak seiras sangat.hehe

kalau aku tak upgrade apa jadi?
buang terus ke?
korang dah upgrade ke belum?
cepat jawab........

Gembira+Sedih+Cemas Bergabung Jadi Satu

Okey..baru je balik dari kedai kasut yang aku pegi semalam.sib baik aku balik dengan senyuman..kalau tak konfem nanges takde lagu.nak tahu apa citer?

GEMBIRA..
semalam dapat beli kasut baru.yang kisah nya DISINI tapi tak beli pun yang aku booking tu sebab dah tergoda dengan new arrival yang lain.hahaha.nampak sangat tak tetap pendirian..okey aku beli yang ini..takde kaler merah so aku pilih kaler biru.nampak tak kat situ aku telah memilih kaler yang menjadi pilihan cik abe.emm..

ini dia ..



lawa tak?bagi aku lawa tapi ada yang kata 'menyerlah sangat'.selera kita tak sama ;( takpelah..selalu begitu,kalau beli yang itu orang akan tanya kenapa beli yang ini?kenapa tak beli yang itu?sedangkan yang membayar adalah kita..lain kali nak beli jangan tanya pendapat orang.hahaha

tapi kegembiraan tak lama.bila balik rumah dah jadi cerita lain

SEDIH..
itulah perasaan aku bila aku rasa kasut tu macam ketat.huhu.tapi sempat pujuk hati 'ni kulit..nanti lama-lama pakai longgar la kot'.cik abe pun ada tegur 'lawa kasut (yelah.kan tu ari dia pun pilih kaler biru).tapi macam ketat je nampak.tak ketat ker?'..aku buat muka selamba cakap taklah..okey je ni.nak cover malu punya pasal.

CEMAS...
malam tu tak lena tido.pertama kali beli kasut mahal..(mahal bagi aku tapi mungkin murah bagi orang lain).tak boleh jadi ni,tak jadi nak tido..turun bawah ambik kasut tu dan kotaknya sekali pastu capai kamera..bersihkan kasut tu (ala..kotor sikit tapak sebab dah pakai masa beli tu jalan sampai opis dan balik umah) tapi bila dah cuci ngan kain basah tak nampak kesan pun.ambik gambar 4,5,6 keping dari pelbagai posisi konon nak jual kat Lelong @ Mudah.com sebab adik aku tu ari jual kasut sukan yang dia baru beli tapi nak beli lain dia jual..tak sampai 2 hari dah dapat pembeli.macam senang je dan dah siap fikir nak letak harga berapa.walaupun tak dapat balik harga yang aku beli sekurang-kurang boleh buat modal beli kasut lain.hati tetap nak kasut camtu jugak cuma size 40.yang ni size 39.macam mana lah aku boleh tak perasan sizenya salah.huhu..sila berhati-hati di masa akan datang ye adik kakak sekalian..

dipendekkan citer (mesti korang tak sabar nak tahu apa endingnya kan?.bajet macam ada orang kisah..hahaha).masa nak datang keje tadi gatal mulut tercerita ngan kawan yang aku tumpang keta tu.sebab dia pun tahu aku beli kasut baru (kes kantoi masa kuar kedai jinjing paperbag kedai kasut).bila aku cakap 'tengah sedih ni.kasut tu ketat.salah beli size.saya dah ambik gambar nak jual kat kat internet'.katanya 'nape nak jual murah-murah?kan ke baru beli semalam.bawak je resit tu pegi balik kedai dan tukar size'.

dengan muka sangat terkejut macam menang rm1 juta..aku tiba-tiba gembira.tapi cuak jugak sebab fikir mana aku letak resit tu.aku ni jenis tak suka simpan resit.kadang tu keluar je kedai terus sumbat resit dalam tong sampah.tapi syukur bila masuk opis nampak elok je resit tu celah telefon opis.setel satu masalah.tinggal satu je lagi masalah..nak ke kedai dan jumpa promoter tu.bagi ke dia aku nak tukar sedangkan kasut dah pakai.walaupun pakai tak sampai 24jam tetap jugak dah pakai kan?

sambil menuju ke kedai tu macam-macam ayat aku baca.hehe.kelakar kan?adik promoter semalam tak de pulak.aduh..camner ni?ah lantaklah..cuba nasib.jumpa je amoi tu..citer serba sikit terus dia ambik kotak kasut aku dan pegi check kat belakang dan ambik size 40 kasut yang sama cuma kaler je lain.sebab color tu dah abis stok.nak yang hitam pun takde.yang ada size 40 pun cuma kaler cokolat.cokolat pun cokolatlah..janji aku boleh pakai dengan selesa...

okey..happy ending kan?mesti korang berdebar-debar masa baca kisah aku ni kan?so moral of the story...jangan beli kasut waktu pagi.kaki belum kembang..kalau boleh beli kasut waktu kaki ko dah puas berjalan sana-sini.dan pastikan size itu memang size kaki korang.jangan pulak size adik atau sepupu belah mak ayah korang.nanti free-free je jadi macam aku.walaupun happy ending tapi ia sungguh mendebarkan sampai tido malam tadi letak tangan atas dahi.hehe

so tak jadilah aku nak lelong kasut tu.kalau betul aku jadi nak jual tadi,ada ke orang nak beli yer?

Wednesday, April 25, 2012

Maaf ,Tumpang Lalu Je...

masa banyak terluang :) singgah jalan-jalan kat blog kengkawan.ada juga blog baru yang pertama kali baca..dah baca teringin nak komen.dah taip komen punya panjang baru perasan ada ni..



tetiba takde mood nak komen.huhu.siapa yang harus dipersalahkan?sila salahkan kotak komen itu.boleh?

aku pun baru je tukar kotak komen kepada jenis yang boleh reply terus tu..(baru pandai sebenarnya).aku pilih jenis yang kena approve dulu baru publish komen bukan kerana risau ada komen pedas.tapi aku tak nak terlepas untuk baca komen yang ditinggalkan pada entri yang lama-lama.

nak tanya..blog aku ni mesra pengomen atau tak?tak suka bagitau yer.....

Cabaran Bila Berpuasa

semalam dah ganti posa (2 hari je pun kena ganti) so tinggal sehari je lagi.minggu depan la kot ganti sehari lagi tu.hehe.perasan tak kalau posa kat opis..rasa sejuk semacam.sejuk sampai ke tulang hitam orang tua kata.sejuk sebab lapar plus ekon memang sejuk tahap nak beku.kalau kat umah tak sempat nak sejuk sebab banyak keje kena buat.ye tak?

kalau posa apa yang selalu mencabar kesabaran korang?

1-ko sorang je posa,orang lain buleh makan cam biasa.kejap-kejap ada orang offer makan..(hulur kopok ke?)tensen tak?cabaran posa bukan dibulan Ramadhan ni lebih terasa




2-makan/minum boleh tahan lagi tapi tiba-tiba rasa ada benda tergolek-golek dalam hidung.intai kat cermin takde apa pun..memang itu aku rasa dugaan paling hebat.tak payah nak rasa geli sangatlah..korek hidung tu normal cuma korek hidung di khalayak ramai je yang agak memalukan.hehe

betul tak?aku rasa itu adalah mainan syaitan je.hehe

Tuesday, April 24, 2012

Bila Abam Dah Pandai Membaca



abam masa tadika 6 tahun (tahun lepas la ni)

dulu.........(macam la dah lama sangat..xceli tahun lepas la kan) aku sangat risau dan pernah meluahkan kerisauan aku kat blog kesayangan aku ini.aku risau bila dia belum lancar membaca.aku risau nanti masuk darjah 1 dia ketinggalan dari kengkawan yang lain.aku siap hantar tusyen kat jiran yang mengajar kat SRK(SmartReaderKid) tu dengan harapan dia akan boleh membaca dengan lancar bila masuk sekolah nanti.

pendek kata macam-macam la aku risau.dia kan The Only Hero :).tapi syukur masuk je darjah 1 dia boleh membaca sukukata pendek dan sekarang dah boleh membaca dengan lancar.tapi yang bestnya bila dah pandai baca ni semua benda dia nak baca.termasuk diari aku.huhu.tapi siap komplen..umie tulis apa ni?huruf apa kecik-kecik ni?abang tak paham la.



gambar sekadar hiasan

paling tak tahan..dia kan tido sendiri dalam bilik kakak..sekarang bilik kakak dah jadi macam bilik dia..entah apa dia buat agaknya membelek-belek dalam bilik kakak malam-malam tu,tetiba dia kata 'umie.abang jumpa surat kakak.abang baca dan rasa sedih sangat surat tu'.terkejut aku surat sapa?bila dia gi ambik surat tu,rupanya itu surat anak pengasuh merangkap kakak angkat si kakak.surat itu macam surat nak cakap nanti dah pindah duk kampung jangan lupakan diorang.aku nak gelak pun ada.nampak gaya kena sorok diari kakak kat tempat lain..nanti dengan diari kakak pun dia baca sekali.tapi aku dah pesan kat dia 'tak baik baca surat orang'.

itulah kisah si abam yang tengah seronok sebab dah pandai membaca.tak perlu heran kalau anak korang dah boleh membaca masa umur 3 tahun..ini kisah anak-anak aku je :)

Perpindahan Itu Sungguh Memenatkan

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
pepagi dah nak menjerit :(
tak kisah la pindah rumah ke pindah opis ke
yang aku tahu..pindah je mesti memenatkan
memula kena kemas barang nak pindah
dah pindah nanti..kena kemas lagi kat tempat baru



lompat je cam ikan ni ..tak payah bawak apa-apa,bawak badan je best kot



belum pindah pun aku dah rasa penat.
sambil tengok kotak-kotak depan mata ni
aku masih duk fikir nak kemas yang mana dulu
yang atas meja @ yang bawah meja?

sapa nak tolong aku kemas ni?
cepat angkat keyboard.........

Monday, April 23, 2012

PilihanMu PilihanKu..

ni kisah minggu lepas.pada hari kejadian aku berjalan-jalan di sebatang sungai..hehe,lawak la konon.taklah..aku berjalan-jalan kat balai berlepas.hari jumaat kan waktu lunch 2 jam so banyak la masa nak cuci mata (selalunya aku jarang keluar kalau takde hal).

oh lupa,hari tu keluar jugak sebab nak jumpa kak Erna yang tiba-tiba datang ke klia sebab nak temankan kawannya yang teringin nak makan puding roti tersedap katanya (so far aku tak penah la pulak makan puding roti itu).tapi sayang takde rezki..puding roti itu tak jual pada hari diorang datang.sian kat kawan kak erna tu.kami jumpa tak lama sebab diorang dah nak balik.lepas tu aku jalan sorang-sorang sambil cuci mata tengok duty free shop.tiba-tiba aku tersesat kat kedai Sembonia.hahaha..sila percaya yang aku tersesat ;).tapi aku heran la nape rega kat kedai Bonia dan jugak Sembonia dah makin mahal reganya?macam la berjenama sangat.dulu tak macam ni punya mahal..hehe.suka ati la.nak beli,beli je..tak nak beli,nyah kau dari kedai ini..banyak cakap la kata aku kepada diriku sendiri.



aku ternampak kasut yang lawa ni kat rak kasut tu.nampak cam selesa je pakai jalan-jalan.ada 4 kaler yang berbeza.dalam diam aku pilih kaler merah dan saja gatal ambik gambar nak tunjuk kat cik abe.sekali beliau pilih kaler biru.huhu

selalu jadi gitu kan?kita mesti nak pilih yang mana cantik dimata orang tersayang kan?walaupun sebenarnya kita lebih suka yang lain..ker aku je camtu?sebab itu ada ketika kalau aku nak beli sesuatu yang aku berkenan,aku beli je baru tunjuk kat cik abe.hahaha.sebab kalau dia pilih yang bukan pilihan aku mesti aku rasa tak syok je nak ambik pilihan hati aku tu..so dah beli baru cakap..boleh gitu?korang pulak macam mana?tapi ini bukan dalam semua hal la..kalau aku berkenan sangat-sangat aku beli je.cuma ada ketika nak mengada-ngada barula aku tanya :) tapi selalunya gitu la.kalau boleh mesti la nak yang cantik dimatanya..sebab yang nak tengok hari-hari adalah dia.tak gitu cik memon?

Asal Mana?

ni kisah anak-anak.
si kakak suka tanya 'umie,kakak asal negeri mana?sama ngan umie ke sama dengan ayah?'

dalam umah aku tu ada 3 negeri yang berlainan.
aku dan hero ic 03-dari negeri kelantan
cik abe no tengah dalam ic nya 08-negeri Perak
kakak dan adik pula no 05-tanda lahir di Negeri Sembilan.

kalau aku dulu senang je nak citer aku asal dari Kelantan sebab mak ayah sudah semestinya berasal dari negeri yang sama.tapi anak-anak aku ni dah campur Kelantan dan Perak.

selalunya orang ikut negeri mak @ ayah?
atau negeri mana kita di lahirkan?

jangan pulak korang jawab kita semua asal dari tanah @ dari Nabi Adam.yang itu aku pun tahu :P

Friday, April 20, 2012

My Korea Name Is, Jung Ji Hwa ;)

NI ENTRI ORANG TAKDE KEJE ..haha

tadi singgah BLOG DIANA dan baca entri NAK NAMA MACAM ORANG KOREA,CUBA INI ,harap diana tak marah aku share kat sini.tapi serius,dari mata aku yang mengantuk macam nak letak batang mancis terus terbukak macam mata ikan buntal :).jom terai.........

Untuk nama pertama gunakan nombor terakhir tahun kelahiran.
contoh macam aku lahir tahun 1979 (ambik 9 je..jadi:JUNG

0 : Park

1 : Kim

2 : Shin

3 : Choi

4 : Song

5 : Kang

6 : Han

7 : Lee

8 : Sung

9 : Jung


kemudian untuk nama tengah gunakan bulan kelahiran korang.aku lahir bulan 2 (feb)
maka jadilah JI

1 : Yong

2 : Ji

3 : Je

4 : Hyev

5 : Dong

6 : Sang

7 : Ha

8 : Hyo

9 : Sio

10 : Eun

11 : Hyun

12 : Rae

dan yang last sekali nama panggailan nya gunakan tarikh lahir.Aku lahir pada 1 hb

1 : Hwa

2 : Woo

3 : Joon

4 : Hee

5 : Kyo

6 : Kyung

7 : Wook

8 : Jin

9 : Jae

10 : Hoon

11 : Ra

12 : Bin

13 : Sun

14 : Ri

15 : Soo

16 : Rim

17 : Am

18 : Ae

19 : Neul

20 : Mun

21 : In

22 : Mi

23 : Ki

24 : Sang

25 : Byung

26 : Seok

27 : Gun

28 : Yoo

29 : Sup

30 : Won

31 : Sub

tarikh lahir aku 1.2.1979
so jadilah JANG JI HWA
(hehe..mesti ada yang kira bape umur aku sekarang.ade ker?)

sekali aku check nama cik abe jadi KANG JE BIN..kah kah kah

ingat nak jadi Lee Young Eun (Yi Yeong Un) dalam citer WHILE YOU WERE SLEEPING



dari SINI

citer pasal drama WHILE YOU WERE SLEEPING ni..bikin hati mengelegak je.lembab tahap siput %^&* tau.banyak sangat rahsia.laki bini pun nak rahsia-rahsia.bila je nak berterus terang,baru bukak mulut cakap 'sebenarnya saya.....'tut tut..tut tut,henpon pulak bunyi.dah tak jadi nak terus terang.kalau tak bunyi henpon,mak mentua pulak masuk bilik.nak masuk bilik bukan tahu ketuk pintu,main terjah je.hahaha.over kan aku?dah pengarah suruh kenalah buat kan?katanya sampai episod 120.sekarang baru episod 94 kalau tak silap aku..ni la padahnya kalau dah melekat dengan drama Korea.dah takleh buat keje lain

okeylah korang,selamat berhujung minggu dari saya JANG JI HWA..bersiaran secara langsung dari Korea :) (kengkonon mulut tengah sedap mengunyah kimchi)

Kata Nenek



KATA NENEK

'sayang seorang anak kepada ibubapanya tak sama macam mana sayang ibubapa pada anaknya.kasih ibu kepada anaknya itu lebih dari nyawanya sendiri kerana dia yang melahirkan dengan menggadaikan nyawanya.anak-anak bila dah besar dan ada tanggungjawab kadang2 lupa mereka masih punya ibu'

benarkah bagai di kata?

Thursday, April 19, 2012

Nak Tupperware Eco Living Set, please

bila gi tapau makan kat kafe @ terbeli nasi lemak akak depan simpang tu..aku mesti rasa serba salah bila makanan dibungkus dengan polisterin.kalau bungkus ngan kertas kaler cokolat tu aku masih boleh pejam mata lagi..yelah kertas tu cepat sikit boleh lupus berbanding polisterin yang katanya takkan lupus sampai bila-bila.

bayangkan berapa banyak yang kita buang setiap hari?itu kita dalam satu rumah..kalau satu taman,satu negeri,satu negara dan satu dunia?macam mana?tak terbayang masa akan datang anak cucu kita akan hidup disebalik timbunan sampah tak boleh lupus ni.fuh,ayat tak boleh blah.dah macam Menteri Alam Sekitar je kan?hehe

itu baru citer polisterin..belum citer pasal lampin pakai buang lagi.(aku masih dalam proses nak ajar si kenit kencing berak kat jamban).buruk je sebut jamban kan?nak manis sikit sebut toilet.cis,omputeh la konon.

sejak tahun lepas aku berjinak-jinak dengan koleksi Tupperware ni.tak banyak mana pun koleksinya tapi ada la..tahun ni belum beli waima (lama tak sebut ayat ni) sebiji pun lagi.tapi dalam hati ada taman eh silap.dalam hati ada berangan nak beli set yang ni..huhu.agak-agak kumpul duit Nuffnang tu bila tahun aku boleh beli yer?



gambar dari sini MADAM TUPPERWARE

Jom Ke London..Sapa Nak Ikut?

sebenarnya aku tak penah lagi buat entri promo iklan ni.tapi masa log in blog tadi,aku nampak iklan SAMSUNG GLOBAL BLOGGER , aku terpanggil nak buat entri ni sebab terpikat dengan peluang makan angin free ke Kota London.aku cuma nak share pengalaman je.

pertama kali aku jejak kaki ke London ialah pada tahun 2004.gile dah lama kan?sekarang dah tahun 2012.maknanya kejadian itu berlaku 8 tahun yang lalu.kalau budak tu lahir tahun 2004 sekarang dah darjah 2.hehe.ada gak plan nak pegi lagi sekali tapi memandangkan kadar tukaran wang sangat mahal,hajat itu di bekukan dulu.

masa kami pegi dulu kalau tak silap 1Pound=Rm3.++ sekarang ni dah naik sampai 1Pound=Rm5.++.airport tax untuk sorang pun dah rm600.++ kalau 5 orang dah bape Rm?cer kira..



TAHUN 2004:kakak masa tu umur 3 tahun lebih dan hero dalam perut kalau tak silap 6 bulan kot

TAPI...........sekarang ni ada peluang bagi sesapa yang nak ke London.free lagi.tak nak ker?





Win a trip to London 2012 as a Samsung Global Blogger

klik sini SAMSUNG GLOBAL BLOGGER mana tahu ada rezki.caranya mudah sangat.buat video 30 saat dan korang berpeluang nak ke London.dulu ingat lagi kalau berangan nak belajar luar negeri je mesti pilih London.sebab tak tahu nak sebut negara lain.haha

cepat-cepat jangan lepaskan peluang ni (macam jual ubat la pulak).tarikh tutup 29 April katanya,dah tak lama tu

kalau sesapa menang nanti jangan lupa ole-ole utk aku.dapat FM seketui pun ok je

Perfume Petrol

PAGI ni satu kejadian yang tak di sangka berlaku.macam biasa la pegi dan balik keje tumpang kawan.pagi ni diorang nak isi minyak.suami kawan aku tu dah set kat pam minyak rm50 dan dia ke toilet sambil pesan kat isteri dia (kawan aku la) suh tengok pam tu bila penuh.



'beng beng..mati sudah

rupanya kawan aku ni tak penah isi minyak walaupun dia boleh drive.bila minyak dah penuh dia tak tahu nak tarik nozzle tu so aku pun nak tunjuk pandai la..eh!aku dah biasa isi minyak cuma tak tahu nak tukar tayar je.hehe.

masa tarik nozzle tu tetiba minyak menyembur keluar.aku pulak memang port cantik berdiri betul-betul depan tangki minyak.apalagi..abis kain aku kena simbah minyak petrol.kawan aku berdiri tepi sikit dan dia pun dapat tempias jugak cuma aku lagi banyak la kena.

datang suami dia baru kuar toilet terkejut tengok kami berdua tengah tercengang-cengang.dan dia pun pelik kenapa isi full sedangkan dia dah set rm50 je.aku suspect pam tu rosak kot

sekarang kepala aku tengah pening bau petrol satu badan.makan nasi goreng tadi pun aku tak bau nasi goreng..dah tukar nasi goreng petrol jadinya.huhu.kalau ada yang tanya 'mana datang bau petrol ni?'..aku nak jawab 'ini perfume baru kat pasaran.takde jual lagi kat Malaysia..aku beli ni kat oversea.limited edition,Perfume Petrol namanya'.boleh gitu?

kalau rumah dekat konfem aku balik tukar baju..aduhai,lambatnya 5.30 petang.harap-harap takdelah yang muntah hari ni

Wednesday, April 18, 2012

7 Petala Cinta dan Ah Beng The Movie:Three Wishes

ni citer sudah basi tapi sebab dah tulis,post la jugak.sebab aku sedih bila baca komen pada entri Rindu Datang Lagi tu.Insya Allah aku akan balik jugak jenguk kakak..sian dia.mesti rindu kami.balik kejap pun jadilah..lagipun aku kena jimatkan cuti untuk 'suatu perancangan' akan datang.

oh..sabtu ahad yang lepas,adik lelakiku yang bujang itu ada balik umah aku.so dapatlah aku layan 2 citer ni..7 PETALA CINTA dan AH BENG THE MOVIE



sinopis sumber dari sini

Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta
Tarikh Tayangan : 15 Mac 2012
Durasi : 80 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Sinopsis:

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

KOMEN AKU?
-emm bolehla.sampai ke sudah tak tunjuk muka heroin yang pakai niqab tu.tak puas hati la.hehe.tapi tak de airmata keluar sebab tak sedih pun.



citer ni pulak tentang sorang lelaki yang suka merokok dimalam raya tahun baru.datang tok sami kat rumah dia..tapi tok sami lain tak nak singgah umah dia sebab miskin sangat.tapi tok sami yg akhir datang tu singgah dan lelaki tu bagi duit syiling dan limau.terus tok sami bagi dia buat 3 permintaan.

dia tak mintak jadi kaya tapi mintak nak tengok apa jadi bila anak dia dah besar..so kisah pun bermula

KOMEN AKU:
kelakar la jugak tapi takde la tahap guling-guling sambil tekan perut.

tapi yang penting aku tengok free :)

korang dah tengok ker?

Rindu Itu Datang Dan Datang Lagi

tq untuk yang komen pada entri REZKI ADA BERMACAM BENTUK tu.dalam banyak-banyak komen (9 komen je pun..hehe) aku tertarik pada komen dari Sis Zareda aka IbuIka

Zareda Norman said...
mmg rezeki allah tu berbagai bentuk.. Anak soleh solehah, suami baik, kesihatan, kawan kawan baik... Klu allah tutup satu pintu rezeki, jgnlah menangis di depan pintu yg tertutup tu sbb allah bukak 1001 lg pintu rezeki yg lain

April 17, 2012 7:46 PM

yang part ni

'Klu allah tutup satu pintu rezeki, jgnlah menangis di depan pintu yg tertutup tu sbb allah bukak 1001 lg pintu rezeki yg lain'

betul dan sangat-sangat betul.kenapa perlu menangis untuk hanya 1 sebab sedangkan kita ada banyakkkkkkkk lagi sebab untuk ketawa.nanti tua sebelum usia :)

tapi kan..malam tadi aku nanges.(sebenarnya malu nak ngaku..huhu) tah kenapa tiba2 rasa sebak sangat kerana rindu pada anak dara ku di kampung.sehingga hari ni dah genap 33 hari aku tak tengok kakak (tengok dalam gambar di henpon saje).sebak sampai tak sedar aku nanges.huhu.walaupun call 4 kali sehari dan sms belas-belas kali tapi takkan sama dengar suara di hendpon berbanding dengan tengok muka.



kakak bersama adik dan juga sepupu kamcengnya,Ayong di tepi tasik Putrajaya masa cuti sekolah bulan Mac yang lepas.

cuti hari pekerja 01Mei jatuh hari selasa pulak..kan bagus kalau jatuh hari isnin..boleh la aku balik kampung hari sabtu,ahad dan isnin.kan?

rindu :(

Tuesday, April 17, 2012

Edisi Sharing Is Caring:Rezki Itu Ada Bermacam Bentuk



so..jangan fikir rezki hanya dalam bentuk RM semata-mata.
(peringatan untuk diri sendiri juga).

Nostalgia Aku Dan Nasi Lemak Daun Pisang

nasi lemak dan rakyat malaysia adalah ibarat irama dan lagu.tak boleh dipisahkan.nak pulak nasi lemak bungkus dengan daun pisang.harum semerbak baunya.bekfes nasi lemak setiap pagi kalau boleh di elakkan..sekali seminggu boleh la dimaafkan.tapi kalau tiap-tiap pagi..cukup 40hari,konfem naik timbang terus nanges takde lagu.masa tu nak nyesal pun takde gunanya lagi ;)

pehal la cik kak ni tetiba bercerita perihal nasi lemak ni?inila orangnya FARA POK AMAI-AMAI yang buat aku tetiba teringat nasi lemak sedap forever and ever after yang tak mungkin aku dapat makan lagi.



gambar hiasan ini di petik dari sini NASI LEMAK LOVER

ni kisah kat kampung,zaman aku sekolah dulu ada sorang makcik ni kitorang panggil dia Kak Nah.aku pun pelik kenapa kami yang budak-budak pun panggil dia Kak Nah sedangkan dia sebaya ngan mak aku..hahaha..patutnya panggil Mak Cik Nah lah kan?

nasi lemak dia rega 20sen je sebungkus.comel je sizenya.ada sambal ikan bilis + telur rebus dan sepotong timun (eh!motif nak kena cerita tu semua?memang itu wajib ada ape dalam nasi lemak.huhu).

umah Kak Nah tu atas bukit..bila dari jauh kami nampak Kak Nah tu melenggang turun bukit dari rumahnya sambil ditangan kanannya sebakul nasi lemak,kami budak-budak yang tunggu bas sekolah ni dah beratur kat gerai yang Kak Nah tumpang jual nasi lemaknya itu..konsep sapa cepat dia dapat.punya sedap nasi lemak Kak Nah tu..tak pasal-pasal aku tolong ambik order dari kawan-kawan sekelas,gigih tu sambil sandang beg sekolah, tangan kanan dan kiri bawak plastik nasi lemak.bukan sikit-sikit..kadang2 sampai 10 bungkus..bukan ambik komisen pun saja suka-suka :).

aku pun tak tahu kak Nah tu masih hidup lagi ke tak..lupa nak tanya mak aku.nanti balik kampung nak tanya la..w,pun dah lama,tapi rasa nasi lemak tu aku ingat sampai sekarang..setakat ni aku belum jumpa nasi lemak yang lebih sedap dari nasi lemak Kak Nah tu..

ops..satu lagi,aku tak berapa minat nasi lemak yang sambalnya banyak bawang tu.aku lebih suka sambal yang dimasak terus dengan ikan bilis..bukannya yang sambal bawang lepas tu letak ikan bilis goreng.yang tu tak berapa sesuai ngan tekak aku..tapi masih boleh di makan..

hebatkan?so korang share la nasi lemak mana yang paling sedap bagi korang sampai sekarang rasanya tak boleh dilupakan :P

Monday, April 16, 2012

Abam Dan 'Biji' Di Bibirnya

hari ni aku 'cuti setengah hari' kerana menemankan hero ke hospital seremban berjumpa dengan doktor gigi.ini ada kaitan dengan entri sebelum ini Adakah Itu Ulser.memula aku tak plan nak pegi pun sebab tu tak apply cuti awal-awal sebab suh cik abe je yang bawak ke spital.tapi bila difikirkan tentang masalah parking kat spital somban tu aku pegi jugaklah..kesian pulak cik abe nak cari parking lagi pastu nak menunggu lagi (banyak sangat kesiannya..hehe).

memula gi bekfes dulu takut nanti lepas jumpa doktor dah tak leh makan.lepas belasah nasi lemak ayam dan nasi lemak hati masak kicap (rasa boleh tahan la)..kami pun terus ke spital.sebab dah ada surat temujanji so takdelah menunggu lama..terus je bilik rawatan.orang tak delah ramai sangat..dapat no giliran pun 7004.kira pesakit yang ke 4 la.



persekitaran yang 'mesra kanak-kanak'



nampak tak no giliran 7004 tu..



di kelilingi oleh doktor-doktor yang murah senyuman..muda-muda lagi doktornya.kata doktor yang merawat hero.daging terlebih yang tumbuh di bibir bawahnya itu disebabkan kelenjar air liur yang yang sudah pecah akibat tergigit kerana gigi kekal yang tumbuh dan sedang membesar itu.(gigi kekal masih dalam proses untuk tumbuh sepenuhnya).tak boleh nak buat apa..sebab kalau buang melalui pembedahan biasa pun biji tu mungkin akan datang balik selagi gigi kekal tak tumbuh habis.so apa yang diorang boleh buat cuma ikatkan bahagian daging yang tumbuh itu dengan benang dan akan tercabut dengan sendirinya..aku ikut kata yang lebih arif..buat la apa yang doktor rasa patut.ai follow ;)





memula tak nanges tapi agaknya proses ikat benang tu menyakitkan sikit..tetiba dia melalak..aduh.ilang macho anak umie ni.



tara..dah siap di ikat dengan 'benang hitam'..mungkin akan tercabut dalam sehari dua ni

okey itu je nak cerita hari ni.babai ;)

Friday, April 13, 2012

Lelaki Seperti Aku – Alif Satar

Wah!pandailah korang dapat teka lagu tu(sambungan entri TEKA LAGU)
tapi ada gak yang tak boleh teka lagu apa tu,no hal punya..bukan ada hadiah pun :)

ni pulak mesej untuk Alif Satar.
(macamlah dia baca blog suam aku ni)

dik..
anak akak minat sangat ngan ko.
kalau tengah nak pakai baju tu boleh lari bogel2 depan tv nengok ko nyanyi
kalau tengah minum susu sanggup letak botol susu kat tepi dulu
kalau tengah turun tangga perasaan macam berlari dia turun..
(risau akak tau kot salah langkah)

sambil tengok tv,mulut komat kamit nyanyi sama
pastu pandang akak suh ikut nyanyi ngan dia ;)
haruslah pitching akak terjun ke laut

'emang..ate aki.eti amu..api ebih aik.anyak'
lalalalalalala (lupa lirik la tu)




Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

(bahagian ni je yang dia reti sebut sikit..rangkap lain tu jadi lalalalalla je)

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Teka Lagu

Ni kisah 'warga paling kecik dalam rumah aku' dialah yang sentiasa memeriahkan suasana menghibur kami semua.umurnya kini 2 tahun 3 bulan dan 4 hari (refer sticker belah kanan tu la..aku mana la dapat kira dengan tepat.hehe).hobi terbaru adalah menyanyi..lagu feberet dia ialah lagu tema BoboiBoy,Astro Ceria dan drama Cuak yang ada Mia Nasuha tu.dia juga sangat suka main masak-masak ;)..sesuai la ngan jantina.kalau main tembak-tembak aku pun risau

kalau korang terer cer korang translate lagu ni..versi pelat si kecit Hajar.boleh kata hari-hari akan nyanyi lagu ni.hadiah takde yer :P

'emang..ate aki.eti amu..api ebih aik.anyak'
lalalalalalala (lupa lirik la tu)



mulut muncung tu sebab nak sebut 'Omie'..tu tengah sebut huruf 'O'



nampak tak 'ebi emam'..siap letak kain kat dahi.



haa..ni la 'emak' baby bear putih tu

esok dan lusa cuti boleh la umie temankan dia main masak-masak ;)

Tolong Duduk Ye

kadangkala tanpa sedar aku (atau adakah kamu juga penah melakukan perkara yang sama?) ..sekarang nak buat lagi tak?


Thursday, April 12, 2012

9 Dari Pintu Rezki Adalah Berniaga

hebatkan tajuk tu?mesti ada yang terus klik tanpa fikir banyak kali.hahaha..macam bagus je.sedangkan kisah disebaliknya bukanlah kisah aku tapi kisah orang lain :)



gambar adalah hiasan,pic kat SINI

alkisah..area rumah aku adalah taman perumahan yang nak kata baru tak baru jugak tapi adalah dalam 7 tahun..cuma sedih sikit sebab kawasan ini lambat membangun mungkin kerana ada kawasan perumahan lain yang lebih banyak kemudahan dan menjadi tumpuan pemaju untuk dibangunkan (agak berbelit-belit ayat itu..hehe).kena tunggu rumah-rumah dikawasan lain habis jual barulah pemaju akan celik mata untuk bangunkan kawasan perumahan aku tu.okey..itu kisah lain.

yang aku peratikan ni ialah penduduk taman aku ni rajin jugak berniaga.kat taman ni ada 2 fasa tapi cuma ada satu kedai je (nak kata kedai sangat pun tak jugak ada satu rumah corner lot yang disewa oleh seorang kaum india dan dia jadikan kedai runcit) itu jelah tempat kalau nak beli garam @ bawang waktu kecemasan..kalau nak cari tikar getah ker atau kepala paip memang takde jual la.dia jual barang2 basic je.aku pun hanya beli kat situ bila kecemasan..biasa beli mini market luar sebelum balik rumah.

tapi waktu pagi ada 1 gerai nasi lemak dan 1 gerai roti canai (roti canai dia sedap sangat...lembut dan gebu je.kuah dhalnya pun sedap) mungkin dia tebar roti dengan kasih sayang ;) dan waktu petang ada 1 gerai jual goreng pisang/keropok lekor..simple je gerainya..meja kecik dan payung je..pembelinya adalah majoriti kanak-kanak dan juga orang yang balik keje singgah beli untuk minum petang (balik dah 6.00 petang tak sempat nak goreng cucur pun..alasan jua disitu) nak senang setakat nak kunyah-kunyah tu beli je lah..macam aku je :).

sejak minggu lepas tumbuh lagi satu gerai..dia jual sate ayam.memang sate ayam je takde pilihan nak sate daging ke sate perut.dari hari isnin hero dah cakap 'tadi kawan abang,aiman tu bagi abang satu sate.murah je 50 sen.beli kat depan tu.abang nak beli jugak tapi umie balik lambat' aku yang tak tahu menahu ada gerai sate tu terus je sms cik abe bagitau yang abam nak makan sate..(plan cuti2 nanti boleh la keluar makan sate kat mana2) biasalah mak-mak ni bila anak sebut nak makan sesuatu selagi boleh nak tunaikan.terus cik abe cakap 'kat simpang tu ada kawan abang baru berniaga sate.orang kata sedap.tapi kena pegi awal sebab dia buat tak banyak..cepat abis'.aku tengok jam dah pukul 7.00 malam..so aku cakap kat hero 'esoklah ye kita beli sate..balik keje nanti umie ambik abang dan adik,kita pegi beli yer'..dia okey je

hari selasa..balik keje awal sikit ambik kanak2 ribena tu dan terus ke gerai sate.brother tu tengah panaskan tempat bakar sate dan kanak-kanak dah berkerumun menunggu dia membakar.tak menang tangan dia membakar di bantu sorang anak lelaki..anak dia la kot.

yang buat aku gelak..budak2 tu beli cuma 2 cucuk sate je sorang.ada jugak beli 1 cucuk..cute je rasanya.letak secucuk sate dan tuang kuah kacang terus dalam plastik tu..hero je yang order 10 cucuk.itupun sebab aku datang sama..budak-budak lain datang dengan kengkawan (aku kan ibu yang cerewet.jangan harap lah nak kesana sini sorang diri..mesti aku akan temankan jugak). aku makan secucuk..nak kata sedap sangat tu bagi aku biasa je..memang rasa sate la takde la pulak rasa piza.hehe

balik rumah aku terfikir 'berapa la untung orang berniaga sate tu.1 cucuk 50sen..sehari bape dia dapat yer.kalau 2 ekor ayam baru bape RM.balik modal ke tak'..sibuk je duk kira untung rugi orang.macam la aku ada share.hehe.

yelah,daripada takde buat apa petang-petang tu bagus juga kalau berniaga kecil-kecilan ni..boleh tambah duit poket,rajin ngan malas je..kalau rasa nak banyak masa rehat memang takde duit masuk la kan..kena usaha barulah berhasil.

teringat kat kakak.dia penah cakap ngan aku 'nanti umie buka la kedai macam Cosway tu..boleh kakak jaga'..dia suka masuk kedai Cosway tu sebab kedai tu baru buka..barangan tersusun cantik dan ekonnya sangat sejuk.tak sangka dia boleh berangan sampai ke situ.emm..tengah fikir nak berniaga apa ye petang2..aku memang suka berangan.buatnya tak pun :P.

'Kakak Nampak Lain' katanya

alhamdulillah..
semangkuk bubur nasi lengkap dengan telur masin+ikan bilis+kacang tanah dan juga cili potong dan kicap selamat masuk dalam perut aku.reganya rm3..pedasnya cili kicap itu memungkinkan aku berjumpa enTan kali kedua pagi ini.hehe

kali pertama pagi tadi aku dah jumpa enTan dan tak sangka ada kisahnya.

masuk-masuk je nampak cleaner Indon yang kecik comel tu tengah lap sinki.aku senyum dan senyumku berbalas.tapi dia pandang aku lama dengan muka pelik..

Dia:kakak nampak lain hari ni

Aku:apa yang lain..oh.mungkin sebab saya pakai tudung awning hari ni,selalu sy pakai tudung syria @ shawl kan?

Dia:tak.akak nampak cantik mungkin sebab akak mekap.selalu saya tak penah nampak akak mekap

kalau korang ingat aku kembang bila di kata begitu..amat silap,sebenarnya aku rasa 'oh!selama ni mesti muka aku kusam sebab tak mekap.huhu'.

aku tak pandai mekap..cukuplah pakai pelembab+bedak+lipstik..No eye shadow,Eyeliner dan No mascara.bukan tak teringin tapi memang tak pandai..silap haribulan kalau aku mencuba tak mustahil muka aku berubah jadi clown.so kalau tak pandai mekap tu buatlah cara tak pandai.asalkan muka tak berjerawat itu dah cukup bagi aku.mekap paling tebal aku penah pakai ialah masa aku kawen 12 tahun yang dulu.gila lama kan?

pepagi je aku akan mekap sikit (bedak+lipstik lor)..tapi lepas bekfes lipstik pun dah hilang kalernya lepas belasah nasi lemak yang sambalnya berminyak.konfem minyak itu dah hilangkan kesan lipstik aku..

lepas lunch lagilah..muka dah pucat.bukan tak kagum kalau gi surau lepas solat tengok orang sibuk touch up balik mekap diorang.aku je yang lepas solat,lipat telekong dan terus sarung tudung keluar..huhu

korang pulak camner?lepas solat topup mekap balik ke?

Tuesday, April 10, 2012

Coti Coti ;)

tadi aku google perkataan 'COTI' dan ini yang keluar.




gambar dari SINI

so..aku nak ucapkan selamat ber 'coti' esok untuk korang jugak :)

Susahnya Nak Cari Isteri

jangan tak percaya..budak umur 7 tahun zaman sekarang adalah tak sama ngan zaman aku dulu.aku suka je layan budak umur 7 tahun ni borak.kadang2 soklan dan pemikiran dia tak terjangkau oleh otak aku.lagipun yang boleh di ajak borak cuma dia je..ayahnya keje malam.ngan kenit cuma tahu cakap 'shayam omie(sayang umie) je.so ni kisah malam tadi..cam biasalah la layan drama Korea (oh!semakin menyesakkan dada..camner la agaknya ending citer ni).

+ umie..masa umie kawen ngan ayah,umie kawan dulu ker?

- ye..(sambil muka bosan..dalam kepala mesti soklan cepu gangsa akan keluar nanti)

+ mesti susah kan nak cari isteri?kena cari sana,cari sini.bila abang dah besar mesti abang kena cari isteri jugak.kalau ramai susah lah...kalau kawen 2 mesti gaduh-gaduh rebut abang.abang nak kawen satu je lah

- kemain abang ni yer?baru darjah 1 sibuk nak cakap pasal kawen

+ abang gurau-gurau je..hehe (sambil sengeh tunjuk gigi kekal yang dah penuh).

ni gara-gara drama korea yang aku tengah layan tu la.kisah suami yang duduk serumah dengan isteri pertama dan isteri ke2.bini2nya asik gaduh je ;)

salah sapa?sila salahkan drama Korea itu.hehe



citer ni la yang aku maksudkan.info KAT SINI

Ikan Kakak Mati Lemas



sejak hujung tahun lepas (cuti sekolah bulan disember) kat umah aku ada 2 ekor anak ikan.walaupun aku tak suka membela tapi kali ni kalah dengan permintaan anak-anak yang nak sangat bela anak ikan tersebut.ni gara-gara terikut dengan hobi baru makwan yang bela ikan comel tu.ikan tu duk dalam bekas asing-asing..tak boleh duk dalam satu bekas nanti mereka akan bergaduh sampai carik-carik ekor comel tu.apa nama ikan tu yer?ikan laga ker?

satu ikan kakak yang makwan belikan masa kakak cuti kat cheras
dan satu lagi ikan abam yang ayahnya beli kat kedai area rumah kami

namun nama je ikan diorang tapi yang bagi ikan makan dan cuci balang ikan sudah jadi keje aku.memula je eksited lepas tu dah lupa.aku okey je takat bagi makan,bukan susah pun..tabur-tabur je bukan kena suap pun.hehe

tapi sabtu lepas..cik abe bagitau 'umie,satu ikan tu dah mati'.aku boleh tak perasan masa bagi makan tu yang satu ikan tu tak bergerak.huhu.kan aku dah cakap,inilah sebab aku tak suka nak bela apa-apa..bila mati mesti rasa sedih.

hero tanya 'kenapa ikan kakak mati?'.

aku jawab 'ikan tu mati lemas sebab tertelan banyak air'.

tapi dia kata 'abang rasa dia mati sebab umie bagi makan banyak sangat'

boleh?

aik..umie jugak yang salah

Monday, April 9, 2012

DiTutup Terus @ Di Private



senarai belah kanan yang aku letak nama Bloglist I Like tu adalah senarai blog-blog yang aku suka singgah...tapi sudah banyak yang dah tak apdet..hari ni bila aku singgah kembali tapi yang ada cuma message

Blog has been removed

User does not have permission to read this blog

mungkin mereka sudah tidak mampu untuk berkongsi cerita lagi atas banyak sebab.mungkin juga kerana :

-tiada masa

-kisah itu terlalu pahit untuk di kongsi

walau apa pun alasannya,ini mesej aku untuk kamu

'aku penah kenal kamu satu ketika dulu.walaupun hanya melalui tulisan sahaja.aku harap kamu sentiasa gembira walau di mana pun kamu berada'

Masinnya Ikan Masin Ni

dari pagi tadi ingat nak conteng sesuatu kat sini .. tapi otak tepu takde idea.buat keje sikit..sedar-sedar jam sudah pukul 1.00 tgh hari

ops..kena lah makan w,pun perut masih kenyang makan chicken mc muffin kat mekdi tadi (nak citer ko bekfes kat mekdi ke Irfa oi)

kuar ke kafe sebelah.tengok menu sama je dari hujung ke hujung.last-last cedok nasi sikit..ambik pucuk ubi masak lemak dan 3 potong ikan masin



kena caj rm2..(tetiba eh!murahnya)
masuk opis..sambil layan blog sambil mulut menyuap
sekali....................arghhhhhhhhhhhh 'masinnya ikan masin ni'

terus hilang mood nak makan.huhu

ok..daaaaaaaaaaaaa
kena minum air satu gelen untuk hilangkan rasa masin ni

Friday, April 6, 2012

Hadiah Mini Contest Itu dan Sharing Is Caring:11 Manusia Yang Bertuah

kepada ANNA-SUPERMUMMY dan juga ARENA yang menang CONTEST SUKA SUKI aku tu ari,ni nak bagitau..baru jap tadi aku pos hadiah la konon yang tak seberapa tu.pakai pos biasa je harap-harap sampai la.maaf kalau hadiah tak menepati selera.tapi aku nak korang tahu hadiah itu ikhlas dari lubuk hati :-P.



dan satu emel yang aku terima menarik hati aku dan aku nak share ngan korang jugak.petik dari SINI

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


PSSSSSSSST:

yang no 4 tu aku selalu gak amalkan kalau gi surau.tapi aku penah kena jeling dengan sorang akak tu sebab dia rasa terganggu kot aku nak solat di antara dia dan sorang lagi akak yang sedang solat.mungkin dia fikir 'eh!ko ni nape nak menyelit kat sebelah aku ni?banyak lagi ruang kosong kat sana sini dan jugak sinun'.tak baik kan berprasangka.hehe.tapi aku buat derk je sebab ingat lagi tok guru ngaji aku dulu pesan 'jangan bagi ruang kosong bila kita solat.nanti syaitan menyelit dan menggoda kita masa solat'.

bukan nak kata aku baik sangat tapi kalau kita tak dapat buat semua yang di atas sekurangnya buatlah setakat yang termampu.

sebenarnya semua yang di atas tu tak menggunakan sesen duit pun kalau nak buat.cuma nak ngan tak nak je..tepuk dada tanya iman (wah!feeling ustazah di hari jumaat).

Terima Kasih NUFFNANG dan Ter'Delete' Tak Boleh Undo :(

HARI JUMAAT yang mulia datang lagi..
pagi ni ada yang pemurah telah menaja bekfes kami satu opis (menu nasi lemak+teh tarik).semoga makin murah rezki mereka2 itu..amin

memula sekali nak ucapkan TERIMA KASIH KAT NUFFNANG..cek yang aku dah cash out 20 Februari lepas dah selamat sampai kat peti pos aku petang semalam.emm 45 hari lah kiranya.

okey..itu berita gembira ;) dan ini ada citer sedih :( sikit tapi salah sendiri dah tak boleh nak buat apa

malam tadi..
sambil layan citer korea..snap pic dan gelagat kenit (aku memang suka ambik gambar anak hari-hari tambah lagi si kenit tu..fenomena biasa bagi ibu-ibu.hehe)..aku pakaikan dia tudung pesen turban ala Yuna tu.suka ambik gambar anak-anak sebagai modal nak letak kat blog bila dah kekeringan idea (aku la tu)



cenggini ler rupa pesen turban tu.tak suka Yuna?takpe..janji aku suka so aku akan letak lagi 600 keping gambar yuna dalam blog kesayangan aku ni ;).ai like Yuna 600 kali.hehe

lepas dah ambik gaya dengan macam-macam pesen aku nak kecikkan gambar-gambar tersebut.nak 'shrink' katanya tapi aku ambik jalan mudah.sepatutnya aku cuma 'mark' gambar yang nak di 'shrink' je tapi aku pilih 'all mark' dan kendian aku tersalah pilih 'delete' bukannya 'shrink'.

dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn penyudahnya abis semua gambar dalam henpon ku itu terdelete begitu saja tanpa belas kasihan.

tensen tak kalau kena kat korang?bila tensen aku akan jadi cepat lapar..
(dah 2 ari berturut makan nasi lemak ni.alahai)

Thursday, April 5, 2012

Garang Sikit Je

baca blog Leney dengan tajuk EMAK=SINGA buat aku gelak sendiri.macam kena je dengan aku,rasanya ramai ibu-ibu diluar sana rasa apa yang aku rasa.selalunya kaum ibu lebih garang dari kaum bapa.almaklumlah..kaum ibu lebih banyak masanya dengan anak-anak..memanglah boleh tumbuh tanduk kalau anak buat perangai.ayah ni jarang-jarang ngadap anak (macam cik abe lagilah..keje shift) so sesekali cuti akan layan anak sebaik mungkin.memang takkan dengar la suara beliau marah anak.

aku penah tanya kakak

'kakak,umie ni garang tak?'

dia jawab

'umie garang sikit je' sambil sengih-sengih

emm aku rasa dia tak sampai hati nak cakap 'umie ni memang garang' hahaha

agak-agak nape dia cakap camtu?sudah tentulah sebab ayahnya tak penah marah otomatiknya 'ayah memang baik' dan aku yang garang (tapi garang aku ada sebabnya) di cop 'garang sikit' tapi sib baik jugak ada perkataan 'sikit'..ambik ati la tu.

korang pulak baik garang sikit ke garang banyak?

Dah Ganti Belum?

MALAM TADI..
konon hari ni nak ganti posa.sekarang dah masuk bulan April (JamadilAkhir) dan kalau panjang umur akan berjumpa Ramadhan pada 21Julai nanti.dah tak lama kan?ada lagi 3 bulan je nak masuk bulan Julai.bukan banyak pun ada 2 hari je lagi.bila sikit nak ganti lagi lah liat nak menghabiskannya.kalau banyak tahu pulak berusaha nak mengganti secepat mungkin.huhu

tapi hajat tak kesampaian (salah diri sendiri sebab tergoda dengan akak nasi lemak yang peramah itu)..akak tu dari aku turun keta dah senyum,macam tarik kaki aku melangkah ke gerai dia..kerana rezki akak tu maka aku tak jadi ganti posa.salah sapa?salah akak tu senyum atau salah aku yang tergoda dengan senyuman dia?

oklah..aku nak layan nasi lemak ni..sejuk sangat kang tak sedap.hehe.korang dah abis ganti posa ke belum?

Wednesday, April 4, 2012

Mari Membaca Novel Sambil Layan Drama Korea Juga

last week member bagi pinjam 3 novel (tiba-tiba mood nak baca novel datang balik)



sekarang tengah baca yang ni(oh!dia pun ada blog rupanya)



komen aku tentang novel ni:
-emm agak membosankan di awal pembacaan..banyak sangat unsur lawak sengal.melampau-lampau pulak unsur lawaknya sampai tahap nak pulangkan balik pada tuan punya novel itu.tapi aku teruskan sesi pembacaan kerana ingat pesan orang tua,tak elok buat keje separuh jalan.hehe.sekarang dah okey sikit ada jugak lah 'air mata' yang tumpah.malu nak ngaku nampak brutal tapi dalam hati ada taman bunga mawar sedang kembang mekar :)

bila dah agak bosan lambat sikitlah nak abis.kalau best konfem boleh abis dalam masa 2 hari je.yang ni pun aku baca pun bila menunggu transport nak gi keje.adalah 10 helai sehari kot.kat umah langsung tak sentuh almaklumlah asyik masyuk ngadap citer Korea.

ops!citer korea kegemaran aku dah hampir ke garisan penamat.mungkin minggu depan abis la kot sebab dah kuar iklan citer baru.ada juga rasa macam tak nak follow citer baru tu nanti.bukan apa,kalau dah tersangkut susah nak lepaskan diri.nak kuar malam pun tak berapa ada mood takut miss :)

4 Perkara

Rasulullah s.a.w berkata,

“Empat perkara yang membawa kebahagiaan ialah

-wanita yang solehah,
-rumah yang lapang,
-jiran yang baik dan
-kenderaan yang selesa”.


-direkodkan oleh Ibn Hibban

sumber dari sini

Abam Demam Lagi

aku ingatkan kisah abam yang demam tu dah selesai.tapi demam tu on off pulak jadinya.hari isnin pegi sekolah macam biasa..selasa semalam pun okey je.tapi petang semalam demam balik.oh risaunya hati.

pagi ni ayahnya bawak gi klinik.aku tak dapatlah nak teman lagipun ayahnya keje petang sempatlah bawak dia ke klinik.baru jap tadi cik abe sms katanya abam kena ambik darah dan bacaan darah abam ada infection.besok pagi kena datang ambik darah lagi dan dipesan minum banyak air.apa maknanya tu yer?

harap abam tak apa-apa :(

Update 5 April (Khamis)
-alhamdulillah..bacaan darah hari ke2 kembali normal
syukur pada Allah

Tuesday, April 3, 2012

Corset Yang Mana Lebih Bagus?

semalam aku menghabiskan banyak masa mengkhatamkan satu blog yang dulunya antara blog terawal aku kenal.lama jugak dia tak aktif,sekarang je baru aktif balik.masa kenal dulu dia masih anak dara dan sekarang sudah punya anak yang yang comel macam mummynya juga.nak share ker?tak payahla kot..takut dia tak selesa

dari sesi peng'khatam'an itu (rosak bahasa..huhu) aku sudah teruja nak pakai corset sebab dia yg dulunya chubby kini sudah berpinggang ramping siap boleh pakai gown kembang ala-ala princess.hehe

aku pun nak jugak w,pun bukan niat nak pakai gown kembang itu tapi cukuplah takat pakai baju apa pun nampak lawa.boleh?mood masih sentap ngan 'mangkuk tingkat' ker?tak lah..takde maknanya aku nak sakit hati ngan dia..petik komen cik ina do do cheng

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


la la la
cak pong cak pong

so kerja rumah korang hari ni..tolong share ngan aku pengalaman korang dengan korset.

a-jenama apa yang bagus dan paling bagus (cam bagus je ..haha)

b-rega pun berbaloi dan mampu di beli (nak yang bagus tapi murah..tah hape2 kan)

c-serta tip2 nak bagi pinggang ramping

dah siap kerja rumah tu jangan lupa letak atas meja cikgu yer :)

Hujan DiLuar Sana,Bukan Dihatiku



tajuk cam mintak pelempang je ;).saja je 'panas' kan hati yang tak berapa nak sejuk ni.dari dalam opis ni nampak hujan lebat di luar sana..

korang kalau duk opis..tiba-tiba hujan lebat,apa yang pertama sekali korang ingat?

a-'bestnya kalau cuti hari ni.dahlah hujan...sedap tido ni'

b-'alamak..kain aku sidai pagi tadi..janganlah basah kena hujan'

c-'sian anak2 kat umah pengasuh bila hari hujan..nak pulak ada kilat mesti dia takut'

d-tiada satu pun yg dia atas :)

aku tinggalkan soalan cepu gangsa tu untuk korang fikir-fikirkan..aku nak gi jenguk kat balai berlepas sebab fil kata ada pakcik dan makcik cik abe yang nak gi umrah hari ni..

cau

Berita Dari Akhbar Hari Ini

aku ni jarang sangat nak baca paper.bukan suka nak jadi 'katak bawah tempurung' tapi lebih kepada tak nak serabutkan kepala memikirkan masalah dunia.hehe..tapi kalau takat nak belek dan imbas tajuk penting tu bolehlah..bukan kena beli pun,bersepah akhbar free kat opis ni.

tajuk hari ni

dari BERITA HARIAN

-najib tepati janji selepas 3 tahun jadi PM (sila tepuk w,pun aku tak dapat BR1M)

-video gerakan murtad di dedah (baca sambil urut dada)

-caruman KWSP dikaji semua (kena ambik tahu sebab dalam tu duit aku pun ada gak)

-Bayi tersedak susu di Georgetown (lagi berita sedih..konfem teringat anak kat umah)

-Taiping,mayat pesara wanita ditemui bogel dan kaki terikat (dunia sekarang sangat menakutkan..jom pakat pindah duk kat planet Pluto).

-MBSA roboh 29 gerai ibu tunggal (menyedihkan..huhu)

cukuplah tu tajuk yang dipetik dari Berita Hari-Hari ;).meh belek akhbar Metro lak.

-SAFEE SALI SAH CERAI dan NAMA SAYA AARON,BUKAN MAT HARON

baca tajuk ni terus lupa semua tajuk kat berita harian.boleh?padahal bukan ada kaitan dengan aku pun.

Monday, April 2, 2012

Kesian Halimah ..'Dia Tak Berkerja' Katanya

memula aku baca kat blog CikJa tapi tak boleh copy so aku cari kat gugel..kat sini aku boleh copy ..terima kasih kepada tuan punya blog itu Ummu Naufal AlJundie

jom baca ;)

aku baca dan senyum sambil gelak dalam hati.sian Halimah kan?

-----------------------------------------------------------------------

Seorang Isteri Yang Tidak Bekerja

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

----------------------------------------------------------------------

sebenarnya SURI RUMAH itu lagi banyak kerjanya.aku yang duk umah sabtu ahad pun rasa macam tak cukup 24jam.ada je benda dan buat..tak gitu kengkawan?

Kisah Abam Yang Demam

entri HARI YANG DI TUNGGU tu sebenarnya aku konon nak draf je tapi tertekan publish.sedangkan pada hari kejadian Jumaat itu,aku adalah cuti kecemasan.hero demam pulak..(tahu tak aku suspect dia demam sebab 'main smack down'kisah DISINI tu tapi en abe tak setuju).huhu..mak-mak biasala..over sikit

tapi korang nak tengok tak rupa dia?kena tengok jugak..aku paksa ni.hehe



jumaat dan sabtu tu memang dia melepek sepanjang hari.budak aktif tiba-tiba melepek dan tak lalu makan sangat merisaukan hati aku.bila malam je badan panas tiba-tiba..aku pun jadi misi la monitor suhu badan dia.



zoom untuk lebih dekat..hehe

best gile bercutian dari jumaat sampai ahad :)