Tuesday, July 31, 2012

Masihkah Ada Ramadan



Sinopsis:
Masihkah Ada Ramadan?mengisahkan bagaimana Rahman memahami mengapa isterinya, Aminah sedih setiap kali datangnya bulan Ramadan. Harapan Aminah adalah untuk anak mereka pulang. Rahman menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku pada anak-anaknya.

sapa tengok drama ni?Ada Eman Manan berlakon.aku minat sangat Eman Manan berlakon,nak pulak kalau dia cakap loghat Ganu.drama ni tayang hari Isnin jam 10 malam di astro prima.pastu ada budak Af nama Leez tu pun best juga dia berlakon.hidup je watak dia nama Gayah tu.hero drama ni Zali,budak botak tu aku tak penah tengok..orang baru kot.

Sinopsis versi aku:
kisah Pak Man(pok Me) dan Mak Nah(Mok Nah) yang sudah tua,hidup di kampung dan sentiasa merindu dan menanti kepulangan anak-anaknya.

Anak sulung(Eman Manan) yang sangat gila duit dan dengar cakap bini(takut bini la senang citer)sibuk kejar duit sampai mengabaikan tanggungjawab sebagai orang Islam dan anak-anak dibiarkan tanpa didikan agama

Anak ke 2(aku tak tahu nama dia sapa) tapi bini dia Ayu Raudhah tu,dia ni gila kejar 'akhirat'sampai lupa tanggungjawab sebagai ketua keluarga.anak isteri hidup ala kadar kerana dia sibuk keluar berdakawah.sangat kontra dengan si abang sulung yang gila dunia itu.tiap kali raya hantar anak bini rumah abang dia tu sebab dia nak gi berdakwah kat Mekah.bengang je kakak ipar dia sebab ada orang lain datang beraya bersama mereka.anak-anak makan bercatu pakai pun mana ada je.

Anak no3,pompuan.pelakon aku tak kenal tapi suami dia Zamarul Hisyam.yang ni pun sama jugak.potensi nak jadi 'isteri durhaka' sebab bangga gaji dan pangkat dia lagi besar dari suami.so dia hilang hormat kat suami.setiap hari buka posa kat hotel dengan client dan suami berbuka dengan anak-anak kat rumah.bila raya dia balik kampung sendiri dan suami balik kampung suami.dia tak selesa nak beraya kampung suami.boleh pulak raya asing-asing gitu.lainlah kalau kes suami tak dapat cuti kan?emm..dalam episod malam tadi,aku rasa lepas ni ada watak orang ke3 dalam hubungan mereka suami isteri.biasa la dalam drama,isteri degil je suami ada alasan cari lain...kalau suami buat perangai,isteri kena redha.mazhab mana pakai ni?eh,emo tetiba..sila abaikan.

Anak no4,lelaki yang nama Zali tu.baru balik dari oversea dan mak dia nak jodohkan ngan Gayah kawan dia zaman kecik2 dulu.tapi dia masih belum bagi kata putus.dia bukan tak nak tapi dia sebenarnya sedang menderita sakit teruk(kanser otak kot sebab asik pegang kepala je) tapi takde sapa yang tahu.dia sedang berusaha menyedarkan abang2 dan kakaknya supaya ambil tahu pasal mak ayah mereka.dia sedang pujuk mereka balik beraya tahun ni.boleh agak..dia mesti mati akhirnya.

hebatkan?dah boleh agak apa ending tapi gigih jugak nak tengok.for info,aku tak layan drama korea bulan posa ni.nak tido awal sebab kena bangun sahur ;)

Kalau baca sinopsis,aku agak blur dengan jalan cerita sebab pendek sangat sinopis tu.tapi dah 2 episod aku sempat layan drama ni..aku nak bagi 5 bintang.loghat Ganu yang digunakan sangat dekat di hati (Ganu ngan Klate kan berjiran..so aku boleh paham la loghat Ganu tu sikit-sikit).

Bila tengok citer macam ni,kita cuba selami hati orang tua.kalau panjang umur kita jugak akan melalui hari tua.orang tu ni sangat sensitif,satu part yang terkesan di hati aku ialah bila Mok Nah merungut anak-anak tak telefon dia.katanya 'susah sangat ke nak telefon tanya khabar orang tua?hidup ke mati tak telefon tanya khabar'tapi dijawab oleh suaminya Pok Man 'kalau anak tak telefon,awak telefon la apa susahnya?telefon la tanya duk mana?bila nak balik?'.Mok Nah jawab 'biarlah'.

aku boleh agak kenapa Mok Nah taknak telefon.aku rasa itu ego dia sebagai orang tua.sebagai ibu kalau boleh dia nak anak-anak yang telefon tanya khabar dia.memangla bila dah hari-hari telefon,sampai dah takde modal nak borak.tapi cubalah call paling kurang 2@3 hari sekali.ini peringatan untuk aku jugak..sejak kakak duk kat kampung aku dah jarang call mak.sebab setiap hari kakak akan call dan apdet cerita dari kampung.so aku dah tahu semua cerita dari kakak (kecuali kisah ayah aku sakit tak bangun 2 hari tu.huhu).

moral of de story,luangkan masa call mak ayah kalau duk berjauhan.tanda kita ingat pada mereka dan jangan lupa sedekahkan surah AlFatihah setiap kali lepas solat.Moga hidup mereka dberkati Allah selalu.

note:
Pada tarikh 26 october 2012,baru aku tahu arwah meninggal dalam kemalangan motosikal 30 September yang lepas.Alfatihah untuknya.

'Ayah..Kak Sayang Ayah Sangat-Sangat'

sambungan kisah ini



ni gambar ayah pada Januari yang lepas,masa cuti-cuti kat Cameron.jauh beza ayah dalam gambar ini dengan ayah minggu kami balik tu.



ayah,hari ahad yang lepas..kurus dan cengkung

okey..perkenalkan ayahanda aku,nama sebenar (biarlah rahsia) tapi gelaran kat kampong ialah,Pok Teh.tahun ni umur ayah 58 tahun.Bagi aku ayah seorang yang tersangatlah rajin,tak boleh duk diam ada je benda yang nak dibuat.sejak aku kenal dunia 33 tahun lalu,aku tahu pekerjaan ayah ialah:

1-buruh binaan kerja di Singapore(ni masa aku belum sekolah rendah lagi)

2-penebang pokok balak(ayah keje tebang balak sampai aku sekolah menengah.ayah berenti keje tebang balak bila aku start keje kalau tak silap)

3-penoreh getah(masih buat lagi maklum kebun sendiri.ayah tak nak upah orang toreh)

4-tukang buat rumah(terbaru ayah buat masjid kampung kami).

Itulah 4 jenis pekerjaan yang membesarkan kami 6 beradik.ayah jarang sakit kecuali demam2 biasa tapi kalau ayah demam,berhari-hari ayah tak boleh bangun.maklumlah orang jarang sakit,bila sakit memang badan betul2 lemah.ayah akan berselimut dari kaki sampai ke kepala dan kami akan dengar ayah mengaduh ‘Allah,Allah.Allah’.masa kecik aku sangat takut kalau ayah sakit.aku takut ayah mati.aku taknak jadi anak yatim.itu masa kecik,dah besar gini pun aku masih takut kalau ayah sakit.aku belum kuat untuk kehilangan ayah

Sebab tu lah masa balik kampung Sabtu Ahad lepas aku terkejut bila sampai rumah tengok ayah terbaring.Muka ayah nampak cengkung dan kurus sangat sebab dah 2 hari tak makan.sakit dalam perut katanya.Ma tak bagitau kami yang ayah sakit dengan alasan ‘tak nak anak-anak risau.bukan dekat nak balik’.aku sedih sangat..bila aku tanya kakak ‘kenapa tak bagitau atok sakit?’ katanya ‘mok pesan jangan bagitau umie’.huhu..

Sabtu esoknya..adik lelaki bawak ayah ke klinik sebab dah pujuk ke spital ayah tak nak.aku dah sedia maklum dengan ayah yang susah sangat nak ke klinik.itu pun dah bernasib baik ayah nak ikut ke klinik.ayah rela telan ubat tahan sakit beli kat kedai biasa dari ke spital @ klinik.ubat 'sakit urat' orang kampung panggil.rasanya ramai orang tua berperangai begini.kan?

Balik dari klinik,kata doctor ayah kena gastric.lega sikit hati aku..harap-harap ia cuma gastric sebab bulan posa,minta jauh dari penyakit kritikal.selama 2 hari kami berbuka di kampong,ayah cuma makan nasi bubur..kami sedap menjamu dengan macam-macam lauk..sedih pulak aku menengok ayah.



menu berbuka kami hari itu

Hari ahad ayah dah baik sikit,tak pastilah kalau ayah buat-buat sihat sebab taknak tengok kami risau.seperti biasa,bila dah baik sikit mulalah tak duk diam.diam-diam ayah start motor ke kebun untuk mengait petai.dah tahu anak-anaknya semua ‘hantu sambal petai’.alahai ayah,macam la kami balik dengan keta besar..tapi demi tak nak kecikkan hati ayah kami sumbat jugak petai tu dalam bonet viva adik aku..sampai ke bawah kaki pun letak beg.ikutkan ayah,macam-macam benda nak suh kami bawak balik..tapi aku cuma ambik asam keping dan petai je.

Sebelum balik pesan aku pada kakak ‘kalau atok sakit bagitau umie.jangan nak rahsia-rahsia’aku harap kakak tak lupa pesanan aku.memang kami duduk jauh dari kampung halaman tapi kami akan usaha untuk balik bila tahu ma ayah tak sihat.kalau bab duit yang ma ayah risaukan..insya Allah.duit boleh di cari.kerana ma ayah tiada gantinya di dunia ini.doa aku moga ma dan ayah sihat-sihat selalu hendaknya.amin

maaf buat kawan-kawan blogger yang dah tak punya ayah,jika entri ni membuat kamu sedih.ini hanyalah sedikit perkongsian aku bersama kamu tentang ayah.

Monday, July 30, 2012

Balik Kampung Lagi

mata macam ada pasir.mau tidaknya,sampai umah kul 3.45 pagi..dari kampung jam 9.00 malam dan sampai Key El kul 2.30 pagi.dan dari Key El ke umah lebih kurang 40 minit.sebelum tu drive thru tapau mekdi untuk abam bersahur..sebab dah boleh agak aku memang pengsan kalau sampai umah nanti.memang betul pun,sampai umah terus tido.konon nak bangun minum air kul 5.00 pagi pun tak terbangun.huhu

pagi ni,aku terbangun lagi 10 minit nak kul 7.00 pagi.kelam kabut solat subuh dan kejut abam ke sekolah.natijah bangun lewat..abam kena tinggal dengan van.dia pulak mencabar kesabaran aku..taknak tumpang jiran sebelah ke sekolah tapi buat 'patung cendana' depan pagar nak suh ayah jugak hantar.ish..kecik besar,kecik besar je aku nampak dia pagi ni.

alang-alang dah lambat dan mata pun sangatlah mengantuk,aku terus sms bos bagitau lambat sikit dengan alasan bawak kenit ke klinik untuk monthly check up.lagipun kenit ada unsur-unsur nak selsema mungkin sebab lama kena ekon dalam keta.

okey..moral of the story nak bagitau korang AKU BALIK KAMPUNG LAGI..SABTU AHAD BERBUKA BERSAMA MAK AYAH DAN ANAK DARA TERSAYANG.heybat kan?jangan jeles ye..minggu lepas dah balik kampung,minggu ni balik lagi.macam dekat je kampung aku umpama Melaka ke Key El je.padahal 7 jam perjalanan tu.tapi...apa ada hal,bukan aku drive.aku jadi mem duk sebelah..siap bersandar walaupun orang belakang punyalah sempit nak gerak kaki pun siksa.hehe

okey..sambung kendian :)

Friday, July 27, 2012

Ramadhan ke 7

Salam Hari Jumaat dan Salam Ramadhan yang ke 7.sekejap je dah seminggu kita berpuasa.cepat sungguh masa berlalu.

Sejak balik dari kampung dan berbuka bersama mil,selalu aku hanya berbuka berdua dengan si abam je.En Abe keje shift petang.Kalau berdua kami berbuka simple sangat.aku akan masak nasi goreng kegemaran si abam dan belikan air kegemaran dia.Dia akan makan sampai abis sambil mulut akan puji 'umie masak sedap sangat.esok masak lagi macam ni yer'.mau tak kembang umie dia.tapi nasi goreng je la,suh aku masak nasi arab aku angkat bendera putih awal-awal lagi.hehe

Tapi semalam rezki dapat berbuka 3 beradik (adik pompuan dan adik lelaki) tapi 2 adik lagi tak join.memang takde plan nak berbuka sama-sama tapi kebetulan 2 adik tu balik rumah petang semalam..aku cuma masak nasi dan sambal cendawan kukur atas permintaan adik lelaki dan lauk lain beli je.aku dah cakap,kalau membeli ni memang sakit hati je.aku beli sebab dah lewat balik umah..

semalam balik keje konon nak pegi kedai spek mata katanya ada promosi.adik temankan tapi taktik peniaga..yang promosi tu tah hapa-hapa punya design.dia saja promosi suh kita datang kedai je kot,lepas dah masuk kedai dia cakap la yang promosi tu tak bagus takde kualiti..last-last suruh ambik yang mahal jugak.kalau gitu baik tak payah buat promosi kalau nak bagi orang sampah.ish ish ish..kurus posa aku marah-marah petang semalam(marah dalam hati je pun).

semalam aku beli:

1-gulai kawah(cair dan tak rasa apa,daging pulak liat).semua pakat ambik kuah je buat teman nasi dan dagingnya last-last rezki tong sampah

2-laksam..(versi kelantan)tapi bau kuah macam basi..try sikit je

3-laksa penang untuk abam tapi makan tak abis..selalunya itu memang feveret dia

yang puas hati makan cuma ayam golek(adik beli),kerabu perut lembu,sambal bilis petai.kalau tahu baik aku masak nasi goreng telur mata kerbau je kot.



abaikan susun atur yang ke laut itu..mana boleh celen Masterchef kan?

tadi jumpa KakErna..lama kami borak dan lepak sebab flight dari Jeddah yang adik kak erna naik tu delay..siap boleh main-main dengan cucu kesayangan kak erna yang 2 orang tu.sampai tertido baby sebab lama sangat menunggu.tapi aku dapat buah tangan dari tanah suci.kurma dan sebotol air zam-zam.terima kasih Ucu(adik kak erna).nak baca cerita kak erna tentang pertemuan kami tadi klik sini

okeyla...jumpa lagi next week,Insya Allah.bagi yang balik kampung untuk berbuka bersama mak ayah cuti 2 hari ni.hati-hati di jalan raya ye :)

Thursday, July 26, 2012

Lagi Pesanan Dari UAI

sori..tak abis lagi nak share tentang UAI..maafkan saya ;)


" Masalah yang ditimbulkan Isteri "

1. Diriwayatkan isteri Nabi pun lawan ckp Nabi,apatah lg kita ni..wanita diciptakan dari tulang rusuk yg bengkok,tidak lurus..bila bernama isteri,suamilah yg akan mjaga,bagi nasihat dan buat teguran.

2. Bila salah cakap sikit merajuk,silap gurau sikit menangis,kalau dia yg salah cakap takpe pulak,selalu nak betul..terima sajelah karenah isteri,kalau tak ikut tak berbinilah kita.

3. Bertolak ansur dan ikutlah dlm perkara yg remeh,jgn lawan belaka..tp jika dia buat perkara yg salah disisi agama barulah kita lawan.

4. Orang yg paling baik dan beriman adalah orang yg paling baik pada isteri serta anak-anaknya kata Rasulullah.

5. Sayangilah isteri dgn cara yg betul,tegur isteri jika dia tak ikut perintah agama.

6. Wajib bg nafkah utk isteri makan dan minumnya dua kali sehari,kalau lebih itu lg baik..itu tanda sayang seorang suami pada isterinya.

7. Orang yg sayang isteri sentiasa bg hadiah utk isterinya,sentiasalah bg buah tangan kalau pergi mana-mana..ingatlah selalu padanya,biar dia senang hati selalu..ini tidak kalau makan kat kedai suami mkn tomyam,bungkus kat isteri roti canai je.

8. Biar isteri makan sedap-sedap lebih dari suami,pasal dia bini kita..byk susah payah yg dia lakukan utk kita,lahirkan anak kita,besar jasa isteri pada suami.

9. Bila dah beranak susah payah pulak nak didik anak-anak kita,bg la hadiah biar suka hati selalu..tanda kasih sayang kita padanya.

10. Jika sayang pada isteri jgn la bg dia buat kerja rumah selalu,biar dia byk rehat..bg cuti kat dia.

11. Jgn disebabkan satu perangai buruknya kita membenci isteri,lg byk benda baik yg dia lakukan utk kita b'banding keburukan..jgn sesekali hanya pandang pd kekurangannya.

12. Bila isteri buat silap,tegurlah..jgn hukum selalu,isteri ada kebaikkan dan kelemahannya..normal la tu.


13. Kena molek isteri comel doh tp dok pandai masak,putih leput doh kentut busuk pulak..ada lebih dan ada kekurangan.

14. Tgk pada buku resepi macam-macam jenis,nangis-nangis suruh belikan buku resepi tp makan kat kedai semacam..eksyen je lebih.

15. Isteri yg dikurniakan pada kita tu memang dah sesuai utk kita,Allah yg jodohkan kita..terimalah segala kekurangan isteri,mungkin itu kafarah utk dosa-dosa kita sebelum ini.

16. Tak mencabarlah sesebuah rumahtangga itu jika isteri jenis diam je,tak m'bebel langsung atau b'tengkar dgn kita..tak seronok..kalau isteri suka m'bebel barulah seronok dlm rumahtangga ni.

17. Nabi kita kata jgn sesekali sepak terajang atau maki hamun isteri..malam-malam kita ajak tidur ngan kita pulak.

18. Ni lepas mu sepak terajang bini mu,mu ajok bersama (jimak) dgn dia pulak..jahatnya suami yg jenis mcm ni!!


19. Walaupun isteri kita tak secantik bidadari,cantik masa atas pelamin je..dia tetap isteri kita,terimalah segala kekurangannya.

20. Bila kita nak bertengkar dgn isteri kita ingat dan renungkanlah mase kita berkasih dulu..panggil sayang sokmo,ni dop bila bertengkar gi panggil beruk!patutnya panggil sayang jugak la.

21. Saidina Umar b'kata biarlah isteri b'mulut jahat sikit,byk dah pengorbanannya..tukang masak utk kita,tukang basuh baju kita,jahit baju kita,padahal itu tak wajib pun bagi dia.

22. Dalam Islam tak wajib pun suami tinggal b'sama isteri,tp wajib melawat dan jenguk isteri..ni dok sapa tok laki nok keluor rumah pun payah.

23. Antara jasa isteri lg,dia susukan anak kita..bukan kita yg bg susu,kalau kita yg tukang bg..keringla anak kita,nok tubik susu kot mane..

24. Suami jgn kedekut dgn isteri,ni lebihkan kawan-kawan dari isteri!nak bukak air cond waktu tinggal isteri dlm kereta pun sayang..rela matikan enjin biarkan isteri kepanasan,berape sen sgt duit minyak kalu bukak air cond,kedekut nak mampus!

25. Walau dah bg nafkah makan minum utknya,bg la jugak duit bulanan,kalu boleh biar RM2000 sbulan..belikan hadiah yg mahal-mahal,nim gi beli jam pasar malam je harga lima belas ringgit..jam spongebob.!! (hahahah)

26. Belilah barang kemas,rantai dan gelang..beri pada isteri,isteri kita kan tu,bukan org lain pun!

27. Sekarang dah dekat bulan puasa,nanti nak raye,cer tanya org puang kita,siap tak lg baju raye?semua dah siap!anak-anak pun belum beli lg,tp tak ape la..isteri kita kan,layanla dia,siapa suruh mu kawin dgn dia!kalu mu maroh mu kawin dgn org laki la! (like! hehe)

28. Bila kita ada isteri,kita t'hindar dari lakukan dosa dan maksiat..besarnye jasa isteri t'hadap kita..elakkan kita dari b'zina..boleh pergi pada isteri kita yg halal.

29. Isteri kita kat dunia sekarang ni akan jd isteri kita jugak kat Syurga,jd umur 17 tahun..comel pulak tu,telah di"convert" secantik Bidadari hinggakan kita sendiri pun tak berapa cam kerana terlampau cantik.

30. Di Akhirat nanti isteri kita yg suka membebel di atas dunia ni tak membebel doh la kat sana,akan sentiasa bernyanyi-nyanyi utk kita dgn suara yg sgt merdu,disebut didalam hadis Nabi.

31. Janji Allah,setiap kali kita pandang wajah isteri kita didalam syurga..maka setiap kali pandang wajahnya akan jd semakin cantik.

-----------------------------------------------------------------

****aku baca sambil senyum sensorang.ada yang betul ada yang kelakar.hehe..nak lagi best,copy emel ni dan hantar kat suami korang.agak-agak apa respon diorang ye.hehe**.

'Suko Selok' layan You Tube Ustaz Azhar Idrus



tahu makna 'Suko Selok'?lebih kurang macam ketawa gelihati tahap tekan perut sambil nak guling-guling atas lantai.tapi aku masih boleh kontrol duduk atas kerusi lagi la.belum tahap nak guling-guling lagi.gilo ke hapa nak buat macam tu.eh!sebenarnya aku suka dengar loghat Ganu ni.loghat negeri lain pun aku suka dengar.ada keunikkan masing2.sama jugak macam aku suka loghat Kedah,Penang,Sabah,Sarawak dan juga Melaka.Loghat Klate ofkos la ai like ;).

kalau tanya sapa ustaz glemer kat Malaysia abad ini pasti ramai yang bagi jawapan,kalau tak Ustaz Don Danial tu mesti akan ada yang pilih Ustaz Azhar Idrus (UAI) atau Ustaz Kazim Elias yang pekat loghat Perak tu.Ustaz Kazim ni feveret mak aku.UAI pula pilihan ayah aku.kalau balik kampung aku,bersusun koleksi ceramah UAI ni dalam bakul cd ayah aku.tak pasti la cetak rampok ke original.aku pun suka dengar UAI ni buat ceramah..walaupun kata mak aku 'UAI ni banyak keluar tajuk.buat lawak je lebih'haha..itu mak aku yang kata.aku suka dia jugak sebab apa tau,contoh yang dia bagi tu lawak tapi makan dalam.orang kata 'pukul anak sindir menantu' la lebih kurang.

selama ni aku perati akak depan aku ni pasang earphone kat telinga sambil wat keje.aku tak tau la dia dengar apa.dengar lagu ke dengar ceramah atau dengar bacaan AlQur'an.tapi tu ari da mintak aku ajar macam mana nak buka You Tube sebab baru beli handphone yang boleh buka internet tu.aku ni bukan le pandai mana..tapi tahulah sikit-sikit.wifi kat opis ni pun boleh tahan lajunya.

hari ni baru la aku heges-heges geledah kotak henpon mencari earphone aku tu.nama je dah lama jugak pakai henpon baru tapi pemalas yang amat nak menggodek.baru2 ni je aku pandai ambik gambar pakai Camera360 yang boleh ambik gambar konon macam pro.hehe.jumpa la earphone..sumbat kat telinga walaupun ada rasa geli-geli sikit.takpe kan sumbat earphone tak batal posa.bukan masuk dalam sangat pun.ingat lepas ni nak beli headphone la baru best tak geli telinga.

aku cari video UAI..aduh!sakit perut gelak bila dia citer pasal lelaki yang sibuk nak berbini lebih dari 1 padahal tak mampu.katanya sebagai contoh:selipar bini putus.pegi kedai kasut ingat nak beli selipar baru.rupanya nak cari dawai nak jahit selipar bini yang putus tu.pastu lagi..'nak bayar duit tambang van skolah anak pun 2,3 bulan sekali baru bayar sampai muka driver van tu 'masam cetung' baru bayar.sedarlah diri ahai suami yang kamu memang tak mampu dari segi kewangan untuk beristeri lebih dari 1'.

kalau mampu macam ni caranya..'bini nak gelang beli gelang,nak duit cakap je berapa nak terus je hulur tak fikir banyak..nak makan tomyam bagi tomyam.nak itu bagi nak ini boleh bagi.itu baru mampu berbini lebih dari 1'.

aku gelak je dengar.lain orang lain pendapat.tapi aku penah dengar orang kata 'bukan senang nak puaskan hati pompuan ni.bagi betis nak peha tapi kalau isteri2nya sama-sama redha insya Allah aman rumah tangga'.

any komen?'eeee ekon rosak ke?rasa panas la pulak'.hehe

Pagi2 Abam Di Kejar Anjing..Kesian Abam

Assalamualaikum..selamat pagi korang.pagi ni miss sahur.huhu.lupa kunci alarm.sedar2 dah jam 6.15.kalau aku bangun terus minum tak tengok jam tak batal kan?tapi aku ni pesen buka mata je mesti akan tengok jam dulu.so tak boleh lah nak ngelat sbb aku dah nampak jam kul 6.15 pagi.

kesiankan abam..aku bancuh milo bawak naik ke katil dia untuk sahur.dia tak salah sebab bukan dia tahu pun jam 6.15.dia baru darjah 1,kira halallah sebab dia belum akil baligh lagipun nak gi sekolah takut penat pulak..(tapi aku tahu dia mampu posa kalau tak sahur pun.ingat lagi tak kisah dia posa tak bagitau aku tu ari?).aku sahur air liur jelah :)

pagi tadi lebih kurang jam 7.05 minit pagi,lepas salam nak pegi sekolah aku hantar dia sampai depan pagar.van dah pun sampai.kat tengah padang permainan aku nampak elok je 3 ekor anjing tengah lepak sambil jilat-jilat bulu masing.

elok je abam keluar dari pagi menuju ke van seberang jalan..aku pusing je belakang dengar anjing menyalak dan abam melalak.rupanya anjing tu dah kejar abam sampai betul-betul depan pagar aku.kelam kabut aku bukak pagar tarik abam masuk.gigil badan dan tangan aku masa tu.YaAllah..takutnya.sib baik tak de apa-apa dan abam sempat masuk pagar.

berani betul anjing tu kejar anak aku?memang hanjeng betullah.!@%&&%%#%.tak pasal-pasal aku angin pagi-pagi ni.baru je dengar ceramah Ustaz Don Daniyal malam tadi kat tv al-hijrah.katanya 'bulan Ramadhan ni jaga mulut dan jaga tingkahlaku.ramai orang boleh dan mampu puasa tak makan dan tak minum.tapi tak ramai yang mampu jaga mulut dan tingkahlaku.kalau tak bercakap pun tapi tangan laju je mengata dan mencarut di fb dan twitter.sama je perbuatan mengata/mencarut pakai mulut @ pakai jari.dapat puasa lapar tapi markah kosong'.

berbalik cerita abam tadi kejap lagi aku nak repot kat majlis perbandaran.eh!betul ke kes anjing tak bertuan ni kena report kat majlis perbandaran?

NOTE:
dah repot kat majlis perbandaran katanya 'kami akan hantar staff pegi tengok kawasan berkenaan'.2 jam kendian ada orang call tanya 'mana rumah puan?jalan no berapa?saya ada kat kawasan ni dan dah tangkap sekor anjing kaler coklat'.aku cakap 'saya tengah keje dan anjing tu selalu ada awal pagi masa orang nak kuar keje dan budak2 nak ke sekolah.kalau dah tengahari @ petang dah kurang sikit sebab dah ramai orang lalu lalang'.aku jugak bagitau..anjing yg kejar anak aku tu ada kaler coklat 2 ekor dan ketua dia anjing kaler hitam putih.hehe..detail giler kan?tapi TAHNIAH kat org majlis perbandaran itu sebab cepat action.harap2 betul la seperti dikata yang diorang gi tengok tempat tu..jangan auta aku dahla..*think +*

Wednesday, July 25, 2012

Tiada Lagi Telefon Meja

sebelum ni boleh bagi alasan 'masa bos call tadi,saya takde kat meja.pegi toilet kejap'.lepas ni tak boleh bagi alasan macam tu lagi sebab lepas ni semua orang kena bawak henpon kemana saja pergi.nak ke toilet ke,ke surau ke atau langit ke7 sekalipun(itu perumpamaan yang agak over).tak boleh lagi bagi alasan 'saya nak call negeri lain,takkan nak pakai henpon sendiri?sapa nak bayar bil?'.

KERANA APA?

sempena nak masuk opis baru(patutnya pindah last week tapi tangguh sampai hujung bulan ni kami semua dah takde telefon meja.katanya nak jimatkan kos.yer ker?semua dah dibagi henpon sorang sejibik.jangan berangan nak Samsung Galaxy S3 macam ni yer



tapi ia cuma Nokia zaman tok kadok dulu-dulu.siap dengan simkad.pakai line pulak tu.bukan prepaid.nombor pun tak boleh pilih-pilih.ingat nak pilih nombor yang ada unsur2 tarikh lahir.hehe.maka lepas ni usungla kemana pergi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.jangan ngada-ngada nak tinggal..nanti senang orang nak call.



'helo..helo sapa tu?nak order nasi tomato 2 bungkus boleh?hantar kata alamat ni yer ...............'(gara-gara baca blog sapa tah tayang nasi tomato teringin pulak nak berbuka dengan nasi tomato).

Wajah Baru..Try and Error

Assalamualaikum,Selamat pagi dan Good Morning buat semua yang sudi singgah sini.amacam hari ni?ceria @ gundah gulana?jangan sedih sangat ye..biasalah tu ada hari mendung,ada hari cerah ceria.



perasan gambar diatas tu adalah background blog aku sejak semalam?tak sangka menjadi percubaan aku yang kali ke 16.hehe..itu sebenarnya corak baju kurung aku.kain cotton dan warnanya sangat lah ceria.kisah berlaku masa kat airport nak balik dari kampung ahad lepas.takde keje saja main-main dengan camera dan gatal ambik gambar corak baju kurung yang aku pakai tu dan terfikir nak buat background blog..godek-godek maka jadilah begini.bolehla berbangga sebab background tak sama ngan orang lain ;)

tetiba suka.'cantik tak?'(baca intonasi Eric Leong dalam Casa Impian)

Tuesday, July 24, 2012

Cerita Balik Kampung Yang Dah Nak Basinya Punnn

sambungan entri ni dan juga ini

okey..ni citer balik kampung hari Sabtu dan Ahad lepas.dah nak basi kan?emm ada bau sikit..tapi masih boleh dimakan *eh..puasa la mana buleh makan*.

HARI SABTU..
kami sampai kampung hari Jumaat tu dah jam 11.30 malam..so borak ala kadar lepas tu masuk tido.tapi sebelum tido aku dan en abe sempat lagi makan walaupun dah lewat.haha.merangkap sahur la kiranya sebab waktu sahur kami cuma bangun minum air dan makan kurma je pun..

paginya..bawak mak ke kampung sebelah sebab nak beli lauk sambil menziarah.bukan lauk spesel pun sebab mak kata ikan patin dah ada dalam peti ais.beli mana yang takde je.lepas balik dari kedai,singgah umah mokcik(satu-satunya adik pompuan mak aku) pastu singgah lagi umah pakcik (adik lelaki mak) sebab nak jenguk nenek kesayangan aku..nenek duduk dengan adik mak.nenek terkejut bila aku muncul tiba-tiba kat biliknya.

nenek aku ni ada perangai pelik sikit.bukan pelik mana pun tapi dalam banyak-banyak cucu,dia selalu tertunggu2 aku balik kampung.mungkin sebab aku cucu sulung yang dibela dari kecik lagi.so sayang tu lebih sikit(adik aku baca mesti meluat ni..hahaha).sebab tu mak tak bagitau kalau aku nak balik,kalau bagitau nanti nenek aku asyik bertanya 'bila nak sampai cucu aku ni?'.

borak lebih kurang terus balik umah..

petangnya..aku dan en abe bawak kakak ke kedai buku kat pekan dan beli apa yang dia nak.wah!semua benda dia ambik.lepas geram la kot..sempat lagi dia capai 2 buah novel masa nak membayar.layankan je..

sebelum balik singgah beli kueh kat gerai tepi jalan.wajib beli kuih akok dan buah melaka dan 2,3 jenis kuih lain.masuk keta baru perasan banyaknya makanan.pasti syaitan tertawa riang.huhu

kami berbuka beramai-ramai.menu utama gulai tempoyak ikan patin,ikan keli masak sambal,sambal cendawan kukur dan kari kambing (belen kenduri yg sebenarnya)sampai sekarang aku teringat-ingat kari kambing itu.tak lupa durian+budu.hehe..3 jenis air sebagai penghilang dahaga..air soya,teh o panas dan air cendol.memang nafsu nafsi sungguh la.gambar non ado..marah pulak ayah aku orang nak berbuka sibuk nak berfoto bagai.

malam tu..semua orang gi terawih tapi aku dan kenit kena tinggal kat umah sebab kenit tido dari petang tak bangun-bangun.mandi pun tak..aku tak tahu lah kenapa,dia mabuk tido kat kampung..best sangat kot bilik kat kampung tu.

AHAD ESOKNYA..
pagi-pagi kul 7.15 pagi kami beramai-ramai hantar kakak ke sekolah.siap peluk cium depan sekolah dan kawan-kawan kakak tengok kami sambil sengih-sengih.sebelum balik sekali lagi singgah jumpa nenek kat umah pakcik.

9.30 pagi kami dah bertolak ke kota bharu airport.ambik flight jam 11.50.sib baik flight tak penuh..sampai klia..terus pecut balik cheras berbuka dengan family en abe.sekali lagi makanan penuh meja..semua mil masak kecuali sambal cendawan kukur je aku yang masak.kebetulan sorang adik en abe dengan suami dan anaknya join berbuka..meriah sungguh dengan makan-makan.

malam tu jugak lepas berbuka kami terus balik umah.teringat kain baju belum berbasuh hati mula risau.kasut sekolah si hero juga tak berbasuh,yelah..aku kan gerak balik kampung hari jumaat.mana sempat basuh kasut.nak taknak singgah Bata beli kasut sekolah yang baru.sib baik aku suh beli kasut je,ingat nak suh beli sekali sepasang uniform sekolah yang baru.hehe.taklah,aku tak kejam..balik basuh baju kejap je kering..pasang kipas laju-laju keringlah dia.

okey..tammat*tetiba tamat*

Pagi Yang Sejuk

bangun sahur kul 5.00 pagi terus takleh tido dah.makan simple je pun.tak lalu nak makan berat.lepas minum air banyak-banyak baring kat sofa sambil terkelip-kelip bukan buat apapun..(patutnya dah takde apa nak buat tu baik baca Qur'an.zaman sekolah dulu boleh je khatam dalam bulan Ramadhan..sehari satu juzuk.sekarang ni liat sangat.huhu...nak kata digoda syaitan,orang kata syaitan semua dah kena ikat).kul 6.30 hujan turun lebat le jugak..kejut hero bangun sekolah.

semalam dia tak pegi sekolah agama sebabnya dia tak tahu pun bulan Ramadhan ni sekolah agama dah tukar waktu awal sikit dari biasa.selalunya mula jam 2.30 abis jam 6.00 petang(isnin-selasa dan khamis) tapi bulan posa ni tukar kepada isnin-selasa-rabu.start pun lebih awal..jam 2.00 sampai jam 5.00 petang.semalam dia balik umah pengasuh dah jam 2.00 lepas tu mandi dan bersiap..tunggu van sampai 2.40 tak jugak datang2..bila aku call sekolah tanya 'kelas petang start awal ke bulan posa?'baru sekolah bagitau ada pertukaran untuk bulan puasa ni.manalah aku tahu sebab takde surat pun..mungkin pihak sekolah ingat mak bapak dah tahu pasal pertukaran waktu ini..bagi yang ada anak lain sekolah kat situ,kakak @ abang mestilah dah tahu.bagi anak pertama kali sekolah manalah kami tahu.takpelah abang..ponteng sehari je.

hari ni aku suruh dia bawak 2 beg.1 beg sekolah pagi dan 1 beg sekolah petang.dah pesan siap-siap tak payah balik waktu tengah hari nanti tak sempat nak pegi semula.lagipun anak-anak jiran ramai yang tak balik tengah hari..lepak kat sekolah je tunggu kelas petang.harap-harap dia paham pesanan aku tu.risau jugak sebab dia posa takut penat.setakat ni belum tinggal lagi posa.ada orang kata jangan paksa sangat anak posa umur awal macam tu..solat tu yang sepatutnya dititik beratkan.terpulang pada pendapat masing..setakat ini aku dah cukup puas hati..dia boleh solat dan puasa dalam waktu yang sama..aku dah didik anak aku posa dari umur 5 tahun.posa 1/2 hari dulu dan cuba posa penuh sikit-sikit.kalau tak didik awal-awal takut nanti jadi kebiasaan.menyedihkan bila tengok orang tua yang ambil mudah bab posa.demam selsema sikit terus tak posa.bukan boleh mati pun..posa di bulan Ramadhan tak sama nikmatnya dengan posa ganti dibulan yang lain.tak gitu?

apa yang aku merepek ni?sebenarnya aku takde mood nak bercakap dan nak buat apa pun.dahlah sejuk gile dalam opis ni.perut kosong memang cepat sejuk orang kata.satu lagi hal,acantik je nak mula posa ni 2 biji ulser naik dalam mulut.nak gosok gigi pun siksa dan nak makan pun dah tak rasa nikmatnya.inilah dugaan namanya.........itu baru sikit.bagus jugak sebab tak payah bercakap,kalau bercakap lebih-lebih nanti menjurus kepada mengumpat.apdet blog takpe sebab pakai jari-jemari bukan pakai mulut.hehe

Monday, July 23, 2012

Pertemuan Mencari Pintu

sebelum aku lupa,baik aku update sekarang.nak update blog tapi malas nak menaip.boleh gitu?ada sesapa nak jadi 'tukang taip' tak?upah RM1 untuk satu entri.hehe.gila kedekut kan?aku cakap je biar orang taip kan jadi entri.banyak cantik ye..

sebenarnya nak letak tajuk 'Pertemuan Dengan Blogger Yang Tak Di Rancang Di Satu Petang Jumaat Yang Indah Lagi Damai' tapi macam panjang je tajuk tu..so kita pendekkan dia menjadi tajuk di atas.*lawak la tu konon*

alkisah..jumaat tu aku keje macam biasa,en abe pun keje shift pagi dan abis je keje beliau cepat2 balik umah ambik beg baju dan anak2 sebab perancangan kami nak balik kampung dengan flight jam 6.30 petang.aku tunggu kat opis je sebab sayang cuti.kalau balik ikut en abe harus kena ambik halfday..

semuanya berjalan lancar sampailah ke pintu kapal..pengumuman kelewatan penerbangan di atas sebab teknikal..okey lagi kami lepak je kat situ.dan tak abis disitu,ada lagi pengumuman..tukar pintu berlepas.ramai yang merungut tapi kami cool je..(sedar diri.huhu)sambil lenggang kangkung ke pintu satu lagi aku dan kenit main lumba lari (cer bayangkan bergegar klia tu bila aku lumba lari..hahaha)taklah,kenit je lari sebab budak kecik lari-lari nampak comel.kalau mak budak yang berlari nampak bangang je.

sekali dari jarak dalam 5 langkah aku terperasan seseorang yang juga berjalan lenggang kangkung macam aku.dalam hati 'eh!akak .....ker?rasa macam betul je'.aku tak heran kalau memang betul akak tu pun sebab dia memang selalu terbang kalau ada keje luar.yang best dia langsung tak pandang aku tapi boleh pusing 360 darjah tengok anak dara kecit aku tu tengah melompat-lompat.last-last aku jerit je 'kak (sebut nama betul).tak sangka jumpa kat sini'apalagi melompat2 la kami macam kanak-kanak dapat belon.bila diingat balik malu pun ada.hehe..borak pung pang pung pang rupanya dia dari JB nak ke Penang transit kat Klia.

itulah hikmah disebalik kejadian tukar pintu..borak sakan sampai lupa nak berfoto-foto.ntah bila la nak jumpa lagi agaknya..nak baca versi lain sila klik DISINI

dipendekkan citer..kami selamat terbang ke KotaBharu jam 8.00 malam..sampai Kota Bahru sewa keta untuk 2 hari dan pulang ke kampung aku untuk sambut puasa ngan kakak dan juga mak ayah aku..kakak senyum sepanjang malam bila tengok muka umie,ayah dan adik-adik..tido ramai-ramai,himpit-himpit kami malam tu melepas rindu kat kakak.

okey..dah tu je.nak kena citer jugak ke buat apa kat kampung?kalau rajin aku citer la

2 Kali Sahur,1 Kali Berbuka Di Kampung

eh!lupa la..tu ari kata taknak apdet blog sepanjang bulan posa.tapi sebab ada citer nak share kenalah apdet jugak kan?hehe

HARI JUMAAT,KAMI ANAK BERANAK 'TERBANG' BALIK KAMPUNG SEBAB NAK BERBUKA DENGAN KAKAK.SO SEMPATLAH 2 KALI SAHUR DAN 1 KALI BERBUKA DI KAMPUNG..KAKAK SANGAT SERONOK SEBAB UMIE DAN AYAH BALIK TIBA-TIBA TAK BAGITAU DIA..

AHAD KAMI BALIK SINI..citer selanjutnya sambung nanti..itupun kalau rajin.daaa

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kembali

Orang dah heboh wish sana sini 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA'.aku je belum.bukan taknak ucap tapi bagi peluang kat korang dulu.sekarang ni dah tak macam dulu..tengok kalendar dari awal tahun tu ari pun dah tahu bila puasa.bukan macam dulu-dulu,seronok kumpul adik beradik dengar pengumuman lepas tu bersorak ramai 'ye ye esok puasa.malam ni bangun sahur' pastu sorakkan disambut oleh jiran-jiran sebelah.nostalgia kan?sekarang..dah siap-siap tahu dan bagitau anak 'okey.sabtu kita dah mula posa'.rasanya anak aku pun tak dapat rasa macam mana debaran bila dengar pengumuman posa dan pengumuman raya.

okeylah..kita mulakan dengan ucapan dan lepas tu pengumuman.apa yang ko nak umum ni Irfa oi.nak umum bila tarikh pilihanraya ker?lupakan je

dimulakan dengan UCAPAN..



untuk korang semua.mana tahu selama aku duk merapu kat blog ni,ada tulisan yang mengguris hati..minta maaf ye,takde niat nak mencari musuh walaupun dengan sebaris ayat.walaupun ada antara kita ni yang penah bersua tapi banyaknya cuma kenal dalam blog dan berinteaksi dalam ruangan komen..so aku nak mintak maaf kalau ada tersilap komen ye..

dan juga sedikit PENGUMUMAN bahawasanya,aku tak adpet blog sepanjang ramadhan ni.sila percaya ye.tak percaya?meh aku spray sikit :)



jumpa lagi..moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya..Insya Allah

Malu Pada 'Dia'

Salam Hari Jumaat buat semua.Terima kasih kerana masih sudi singgah disini.Pagi ni murah rezki,ramai pulak yang belanja makan.ada yang potluck dari rumah bawak ke opis untuk berkongsi makan dengan kengkawan.Katanya 'minggu depan dah posa.hari ni kita makan dulu'.moga makin murah rezki diorang.

aku nak kongsi satu blog yang aku baru baca.dari semalam aku ngadap blog ni dan tengah dalam proses mengkhatam.nak tahu siapa dia?aku tak kenal dia pun cuma baru2 ni ada baca kat entri kakciknurseroja tentang dia tapi aku baca sekali lalu je so tak tahu apa kisah sebenar.tapi hari ni aku baca sekali lagi bila ada seorang pengomen dalam blog bro mazidul mintak siarkan cerita dia kat blog Bro Mazidul.kali ni aku free,so aku baca dari mula dia tulis blog tahun 2010 hingga sekarang.kenapa aku malu?

aku malu sebab:

-dia diuji dengan sakit yang masih belum jumpa penawar.tapi dia sangat tabah.aku ni diuji sakit pingang dulu tu (sekarang alhamdulillah dengan izin Allah dah baik sikit lepas fisio beberapa kali cuma kena hari-hati je) dan baru-baru ni sakit gigi pun nak kecoh citer kat blog.makan itu ini semua nak citer kat blog.beli barang tak mahal mana pun sibuk ambik gambar letak kat blog.*malu*

Dia siapa?

dia ibu muda yang dulunya seorang isteri tetapi kini jadi ibu tunggal.ada 3 anak yang masih kecil tapi tak mampu nak jaga anak sendiri sebab selalu ulang alik ke spital yang di ibaratkan rumah ke2nya.cuma anaknya yang paling kecik jadi peneman di wad.sedih bila baca anak kecil yang tak tahu apa-apa duduk di wad temankan si ibu.aku baca sambil terkenang anak sendiri.sebagai ibu aku rasa sedih sangat bila baca kisah tentang anak-anak.

dia diuji dengan 'kehilangan kasih suami' dalam 2 perkahwinan tapi dia tabah sebab tahu Allah ada disisinya.kasih sayang itu milikNya..hari ini sayang,esok benci kita tak tahu.hanya mampu berdoa moga kasih seorang suami itu milik aku hingga akhir hayat.*serius malu nak tulis ayat ni tapi itulah perasaan aku yang sebenar2nya.harap tak salah faham*

sebenarnya banyak aku nak citer tapi rasanya tak sesuai kot.kalau rajin korang pegilah melawat dia kat sini Alia Haryanie.hari ni hari dia,hari kita belum tahu lagi macam mana..

Jangan mengeluh bila kita susah,ingatlah mungkin ada yang lebih susah dari kita.Jangan berbangga dan mendabik dada bila kita senang,kerana masih ada yang susah di luar sana.Dalam rezki kita yang terlebih itu ada juga rezki orang lain di dalamnya..

satu lagi nak share..sorang blogger yang aku kenal dan juga penah jumpa telah kehilangan ibunya petang semalam kerana kanser juga.dia sms aku dan aku call dia balik tapi sebak xleh nak cakap apa.semoga arwah ibunya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.CikJa..semoga kamu dan keluarga tabah.


happy working untuk semua ;)

Thursday, July 19, 2012

Lydia Winter by Crocs Women's Shoes



gambar dari sini

apa buat petang-petang gini?
layan blog sambil kunyah cekodok pisang ker?
keje dah siap?
bagus..

aku buat apa?
klik sana sini tentang kasut diatas tu
berkenan gile..belum pakai lagi dah rasa selesa.boleh?

2 minggu lepas gi aeon seremban 2
(aku baru perasan perkataan Jusco dah tukar kepada Aeon)
lalu dan tersinggah butik crocs ni
selalunya lalu je tak singgah pun sebab dah tahu aku tak mampu nak beli
buat malu kat promoter je
diorang pun berlagak giler...mentang2 aku pakai sempoi je langsung tak pandang
eleh..aku boleh beli 5 pasang la kalau aku nak
(kalau aku beli konfem aku makan megi sebulan tunggu gaji bulan akan datang..haha)

lawa tak?tak berkenan?takpelah..selera kita tak sama tapi kita tetap 1Malaysia*tetiba je* katanya susah nak dapat stok kat kedai.yang banyak pun cuma jual online.katanya original..betul ke original?aku taknak la beli mahal-mahal tapi terbeli yang aspal(asli+palsu)..kalau boleh biarlah berbaloi dengan harganya.

okey bai,esok Jumaat..lusa Sabtu,tulat Ahad..dah posa kot.

tetiba tak tahu macam mana nak buat ending.huhu

Jom Main Kutu

keje opis ni,biasalah akan wujud 'akak-akak kutu'.bukan cari kutu atas kepala sambil lepak atas tangga tu yer.ni simpan duit ramai-ramai dan seorang ketua tolong pegang duit itu dan dapat ikut giliran masing-masing.aku dah lama tak main kutu sebenarnya tapi mula main balik tahun lepas.rm50 je pun sebulan..main 10 orang dapatlah rm450 kalau tak campur giliran kita.aku tak nak main ramai sangat takut nanti tak terbayar @ kes lambat bayar.main sikit cepat sikit abis.baru bulan lepas habis main kutu dan kakak tu cadangkan sambung lagi..kali ni rm100 sebulan,naik sikit dari tahun lepas.semua setuju..ingat lagi zaman sekolah dulu,main kutu rm1-seminggu.letih membayar untuk dapat rm10.kelakar pun ada..

cuma yang pelik,aku lupa apa aku buat dengan duit kutu dulu?emm pikir jap.ada orang main kutu sebab

-nak beli sesuatu(macam aku yang target nak beli bread maker tapi tak nampak bayang pun bread maker nya)

-nak bayar roadtax

-nak standby untuk raya @ buka sekolah

dan macam-macam alasan lagi

walaupun dah cabut undi tapi pasti akan ada yang tukar suka-sama-suka.macam tadi,aku dapat giliran bulan Mac tapi tukar dengan sorang kakak ni,so aku dapat bulan Jan..ingat nak bulan Disember dah ada orang sambar dulu.takpelah..ada jugak orang main kutu dengan kawan blog tapi ini memerlukan tahap kepercayaan dan amanah yang tinggi.

korang penah main kutu?beli apa?berapa rm korang main?

Wednesday, July 18, 2012

'Akak Indu (Kakak Rindu)'

Insya Allah..kalau ikut kalendar atas meja aku ni,kita akan mula puasa hari sabtu.bagi kami sekeluarga ..tahun ni adalah posa pertama tanpa kakak disisi.sedih kan?rasanya kakak happy je kot berpuasa dengan atok,mok dan paksunya di kampung.petang-petang boleh gi pasar ramadhan.kalau kat sini,jarang benar kami kepasar ramadhan.yelah..aku kan keje.balik tu dah siap beli (kalau rajin la.selalunya aku masak je sebab malas nak parking dan tawaf kat pasar ramadhan tu) dan sebelum balik call kakak suh masak nasi je.tapi aku dah redha so takdelah adegan nanges sambil lap hingus kat lengan baju lagi macam dulu-dulu.anggap je kakak duk asrama..cuti baru dapat balik rumah..takdelah sedih sangat bila ingat balik dia duduk ngan atok dan nenek.bukan dengan orang lain.cuma sebagai ibu,sesekali perasaan rindu itu datang jugak.

SEDIKIT KISAH ADIK



cikenit cikebum tengah posing dengan basikal ke2nya..basikal pertama yg jenis plastik tolak pakai kaki tu dah jahanam..mana tidaknya,abam pun tumpang naik sekali.



korang tahu dia tengah makan apa?buah feveret selain apple adalah buah tomato

Bagi si kenit ini..setiap saat nama kakak dibibirnya

'akak unye(kakak punya)' tangan duk kelek novel dari bilik kakak.

'kakak..kakak'sambil jari kecik tu tunjuk budak pompuan bertudung dalam tv.

mengigau panggil kakak dalam tido tu dah jadi biasa ditelinga aku.apalah agaknya mimpi dia tu ye..

bila ditanya 'rindu ayah tak' dia akan jawab 'ukan ayah indu.kakak indu(bukan ayah rindu,kakak rindu).seperti biasa susunan ayat adalah lintang pukang.dia nak kata 'bukan rindu ayah,rindu kakak'.

bila call kakak malam-malam,dia pun ada cakap 'kakak tak sabar tunggu umie balik bulan puasa'

kan best kalau dapat terbang pulang jumpa kakak sabtu ahad ni..emm sambil nyanyi lagu 'tanya sama itu hud-hud'.ada kaitan ke?

Sehari Sehelai,Lama-Lama Nanti Berhelai-Helai..

Hai korang?dah bekfes?makan apa?..aku makan simple je.memula makan pasta sup (bekal dari rumah) tengah buat keje en abe call ajak dating..hari ni en abe shift pagi..kami gi dating dekat Mekdi je pun.order mc muffin dgn teh..simple kan?macam mana aku nak slim macam ni..makan pagi je dah macam makan tengah hari..takpe,lunch tak payah keluar.

okey nak citer..setiap hari aku akan ke bangunan sebelah ambil dokumen.dah macam keje mat despatch pun ada.huhu.pagi ni aku nampak kiosk yang jual baju budak-budak bulan lepas dah bukak kiosk balik.kata budak jaga kiosk tu,'2 minggu je tutup,lepas tu bos suh bukak balik'.agaknya sambutan menggalakkan.mana tidaknya,asal aku lalu je ramai mak-mak orang duk membelek baju kat situ.kalau rugi takkan dia nak bukak kiosk lagi kan?

paling murah rm5 tapi yang mahal pun ada jugak.bolehlah nak pakai hari-hari buat baju basahan.kain pun jenis elok dan tak panas.kalau pandai pilih boleh dapat yang lawa dan nampak mahal.gown budak pompuan baya kenit aku tu lawa-lawa sangat..rambang mata nak pilik.kiosk tu pulak betul-betul depan pintu ketibaan..sangat sesuai sebab penumpang pasti lalu situ punya..

bulan lepas pun..setiap hari lalu wajib singgah.ada je stok baru.boleh dikatakan 2 kali dalam seminggu aku wajib beli.yang paling untung si kecik la ..sebab baju budak pompuan paling banyak pilihan.

sudahnya pagi ni singgah lagi..2 helai seluar tido dan 2 helai t-shirt untuk si kecik dan 1 helai suar panjang untuk kakak cuma rm27.berbaloi sangat-sangat,ini baru hari pertama dia bukak..kalau sebulan macam mana?hari-hari lalu membeli..lama-lama aku boleh bukak kiosk jual baju kanak-kanak depan rumah aku pulak ;)

perasan tak,baju budak pompuan lebih banyak pilihan dari baju budak lelaki?kalau budak lelaki,balik-balik seluar panjang/seluar + tshirt takde kolar + berkolar + kemeja kotak-kotak.itu je pilihan pun..budak pompuan ni macam-macam pilihan.silap haribulan baju raya maknya takde sebab asik beli untuk anak je ;)

Tuesday, July 17, 2012

Fesyen Colour Block.Sesuaikah Untuk Semua?



irma dan reza..moga bahagia milik kamu berdua ye

gambar dari cthoney

korang tengok gambar ni?apa yang korang nampak?ofkos la nampak pasangan baru kawen yang sedang berbulan madu itu kan?tapi aku bukan setakat nampak Irma dan Reza Syah Azmeer je.tapi aku nampak tudung dan baju yang Irma pakai tu langsung tak matching.tudung pink dengan baju biru.kalau aku konfem segan nak pakai.

tapi...............dia pakai nampak lawa la pulak.seperti biasa teringat kata mak aku 'orang lawa,pakai selimut pun nampak lawa'..sedar diri.sob sob sob

sekarang ni orang kata pesen colour block.pakai lah kaler apa pun orang dah tak kata apa.pesen katanya..segan dengan tak segan je nak pakai.lepas ni jangan susah hati bila takde tudung nak match dengan baju.sarung je mana yang ada.orang takkan pandang banyak kali sebab itu fesyen terkini.tak salah nak berpesen tapi jangan lupa ukur baju dibadan sendiri.cantik di badan orang,tak semestinya cantik juga di badan kita.jangan pulak nanti..konon nak jadi si cantik terus jadi siburuk rupa.hehe


dari sini

cantik diorang pakai seluar kaler-kaler ni.tapi cantik kah kalau aku yang pakai?sendiri tanya sendiri jawab la..

ada kawan blogger jual suar kaler-kaler ni..singgah blog dia kalau berminat.aku tengok dia pakai cantiklah sebab dia slim je.dia tak suruh pun aku promote..aku saja suka-suka nak share ngan korang ;).

eh!teringat-ingat kasut merah idaman hati tapi belum ada kesempatan nak pegi beli.nak pakai kasut merah makngah la balik..biar sebatu orang nampak kasut aku dulu.hahaha

Tahniah Kepada Juara Masterchef Selebriti Malaysia..Dr Fazley



gambar dari sini

rugi..rugi..rugi lor..boleh lupa malam tadi final rancangan Masterchef Selebriti Malaysia.huhu.tahu pun bila baca blog kengkawan pagi ni.apa aku buat malam tadi yer?ooo..baru ingat,kenit nak layan kartun kat channel 611.aku bagi dia layan kartun sebab citer kegemaran belum mula lagi.wajib tukar channel 393 jam 10.25 malam,Miss Ahjumma dah nak abis..mungkin rabu last episod..tak sabar tunggu ending.mungkin Sae Mi jadi gila kot.dan Geum Hwa akan kawen dengan Encik Bos.hehe

apa-apapun Juara tu dah boleh agak milik Dr Fazley.bagi aku dia memang layak pun.ada lagi musim ke2 tak?

Yehaaa...Header Pertamaku



taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa..biarlah orang nak kata 'darat' pun tapi tetap nak menunjuk header pertama yang dicipta oleh kak AzieAzah.mekasih banyak2 ye kak azie.selama ni aku tak penah ada header,nak buat sendiri tak pandai..nak mintak tolong orang segan.jeles tengok blog orang yang cantik-cantik dengan header yang kreatif dan tersendiri.tapi dalam segan-segan pun berani pulak mintak kak azie buatkan header.sib baik kak azie baik hati nak tolong buatkan.

okey..tu je 'sesi menunjuk' pagi ni..jom bekfes ;)

Monday, July 16, 2012

'BoboiBoy Dah Balik Awal'..Kesian Abam

SALAM BUAT SEMUA..pagi isnin yang sedikit lemau.entah kenapa mengantuk lain macam pagi ni padahal dah tido awal malam tadi.mungkin sebab panas kot asyik la terjaga..

okey..ni kisah si abam

khamis lepas,dia bawak balik kertas dari sekolah.tanya dia pada aku 'umie tahu tak kat mana politeknik Nilai?tempat tu dekat je dengan sekolah abang.nanti ada boboiboy datang.boleh tak kita pegi?'.aku tengok kertas yang dia bawak balik tu.oh,ada karnival katanya kat politeknik nilai yang baru bukak tu.karnival 3 hari (jumaat,sabtu dan ahad) ada bermacam acara.antaranya pertandingan mewarna bersama boboiboy pada hari sabtu dan ahad.mestilah ada slot bersama maskot boboiboy..tu yang dia nak sangat pegi tu.

jumaat dia tanya lagi 'bila boleh pegi karnival?'aku cakap 'takde kereta nak pegi.ayah keje petang.ada kereta nanti kita pegi'.

Hari sabtu..ayahnya 'terbang' so aku memang tak keluar rumah apalagi nak drive kemana-mana.bukan tak boleh,tapi taknak risaukan en abe memikirkan kami.aku berharap ada adik-adik yang balik hari cuti tu.alhamdulillah..adik aku yang dua orang tu balik rumah aku.so sabtu malam tu kami kuar makan nasi arab..dekat area Nilai je sebab malas nak pegi sampai Cyberjaya.balik makan tu singgah kejap tengok karnival tu tapi waktu malam yang ada cuma mini konsert (yang nyanyi pun aku tak kenal)ada gerai-gerai yang masih bukak w,pun dah jam 10.00 malam.aku janji ngan abam,pagi ahad kita datang lagi..sebab aku tengok dalam kertas ada tulis acara pertandingan mewarna bersama Boboiboy jam 9.00 pagi.

Malam tu..bukan abam je tak lena tido,aku pun sama.tak lena sebab takut terbabas.banyak kali jugak aku mimpi bangun jam 12.00 tgh hari.huhu.pagi-pagi lagi kemain laju dia bangun mandi dan bersiap.tengok pensil kaler macam tak cukup warna,siap pegi kedai beli set pensil kaler yang baru.jam 8.45 pagi kami jadi orang pertama yang sampai kat karnival tu..'takpelah awal sikit,dapat parking depan pintu' kata aku kepada adik yang sudi bawak kami kesana pagi tu.nampak je meja urusetia dah bukak terus la aku tanya macam mana nak daftar pertandingan mewarna tu.

TAPI HAMPA..bila urusetia bagitau 'maaf sangat-sangat.acara di batalkan hari ni sebab boboiboy dah abiskan sesi diorang petang semalam.hari ni punya program dibatalkan'.

aku nampak jelas muka abam yang mendung macam hari nak hujan.tapi masih kontrol hensem.kata anak lelaki kan?aku cakap kat urusetia 'la yer ker?tak bagus la macam ni.kesian budak-budak.anak saya ni sampai tak lena tido nak jumpa boboiboy.semalam tak dapat datang sebab ada hal.ingatkan hari last dapatlah jumpa sebab dah tulis dalam program masih ada boboiboy hari ni'

urusetia mintak maaf atas acara yang dibatalkan tu.sib baik,sejuk jugak hati.lagipun bukan salah diorang.sapa salah?boboiboy yang salah :).tanda maaf,dihulur kami 3 tin coca cola..ish!sikecik aku pantang tengok air tin ni..dan-dan nak minum sedangkan kami belum lagi bekfes.last-last bukak jugak bagi seteguk pastu aku buang dalam tong sampah.tak bagi kang,kempunan lak..



'boboiboy..kenapa balik awal?kesian abam tunggu nak jumpa boboiboy tau'

kata aku pada adik 'knapa tak tinggal jelah kostum tu kat urusetia.bukan orang tahu pun sapa pakai kostum tu.janji ada dahlah.takdelah budak-budak kecewa'..hehe.aku ni nampak je garang ngan anak-anak tapi ada ketika sangat sedih bila tak dapat tunaikan permintaan anak-anak.apalagi kalau permintaan tu masih dalam kemampuan.kalau aku tahu nak jadi macam ni,aku redah je bawak keta sendiri ke karnival petang sabtu tu.



dapat bergambar dengan poster pun jadilah ye abam.

sekian kisah abam dan hajat nak jumpa boboiboy yang tak kesampaian

Friday, July 13, 2012

Tuhan Beri Aku Cinta (Ayushita)

serius aku tak kenal siapa penyanyi lagu ni.takpe,en gugel boleh tolong..dan bila taip nama Ayushita..ni yang aku dapat.oh!dia ni ker?


'emm betul ke kamu yang nyanyi lagu ni?'tanya aku kepada beliau

sebenarnya aku dapat lagu ni dari seseorang.bukan tak penah dengar lagu ni dalam radio tapi sebab dengar gitu-gitu je so takdelah menyentuh jiwa sangat.tapi bila aku hayati liriknya....rasa pedih dalam hati.entah kenapa liriknya itu membuat aku terkenang akan seseorang.buat kamu yang tuju lagu ini untuk aku,setiap kali solat..doa aku ada untuk kamu.

Tuhan Beri Aku Cinta (Ayushita)

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

*susah nak jumpa lirik yang menyentuh hati.tapi lagu ini salah satunya..nak buh video ada lagu tak reti.huhu

Lain Orang,Lain Harga

Salam Hari Jumaat untuk semua.moga korang baik-baik je dihari yang baik ini.hari ni mood kelaut tapi tetap gigih nak apdet blog.okey,aku ada satu citer nak share ngan korang.terfikir nak tulis pasal ni bila baca blog M.U.L.A.N dan rasanya mulan lebih banyak pengalaman tentang Vietnam sebab penah menetap kat sana 10 tahun kalau tak silap.so sangat tak sesuai la kalau aku nak citer pasal negara tu sebab aku pegi pun balik hari je.tak sempat bermalam pun.tapi tak kisahlah kan?aku nak citer jugak.sibuk je makcik ni kan?hehe

citer aku ada kat sini dan juga sini.

malam tadi adik aku citer pasal kawan dia yang memang selalu gi Vietnam.buat bisnes kecil-kecilan.kawan dia citer tentang bagaimana beza harga orang biasa dan orang berduit bila sopink kat sana.ini kisah benar..tak caya tanya aku,hahahaha.

kawan adik aku (dia pun kawan aku jugak tapi aku citer dari versi adik aku la) dia dan kawannya masuk satu butik dan dalam tu ramai rombongan mak datin dan ada juga yang bergelar puan sri.mereka tengah sopink sakan dan memilih barang.kawan aku tu terlintas nak tanya,ala saja tegur basa basi.masa tu dia tak tahu diorang mak datin.dah lama borak baru tahu diorang ni group mak datin tapi jenis low profile.dia tegur la 'banyak sopim makcik?murah ker?' dan dijawab datin tu 'ha,ah.murah sangat.kita ni kena pandai tawar.ni dah tawarlah ni kalau tak lagi mahal'.yang buat kawan aku tu terkejut sebabnya barang yang sama dia beli tapi harga sangat berbeza dengan rega yang mak datin tu dapat walaupun nak tawar katanya.

aku yang dengar pun terkejut.sebiji beg rega dalam USD10 tapi datin tu beli dengan harga USD25.husband datin tu pun sama seronok ngan bini dia sebab dapat beli sebiji jam tangan dengan harga USD250 sedangkan kawan aku pun beli jam yang sama untuk suami dia dengan harga tak sampai USD50.korang bayangkan betapa untungnya pekedai itu bila group orang ber'uang' masuk kedai mereka.

agaknya diorang (maksud aku peniaga) boleh cam kita dari dari golongan ada-ada ataupun tidak.sampaikan kawan aku kata 'nak je aku tolong belikan untuk diorang tapi sebab aku tengok muka masing-masing dah suka sangat dapat rega tu..biarlah dah diorang mampu.nanti tak pasal-pasal cakap aku memandai pulak'.

tak payah pegi jauh..rasanya korang pun penah kena kot.aku penah saja singgah pusat kecantikkan dan promoter tu jangan kata nak tanya aku nak apa,pandang pun nak taknak je.macam tahu aku tak mampu nak abiskan duit kat kedai dia tu.

sama la kalau aku dengar orang pegi memborong kat Kelantan (itu negeri aku tu.hehe).katanya 'kalau tak pandai kecek klate,konfem kena ketuk.kecuali bawak kawan yang orang asal sana dan ko jangan bercakap-cakap masa sesi tawar menawar itu'.nak panas telinga pun tak boleh jugak sebab citer tu ada kebenarannya kalau memang nasib tak baik walaupun tak semua peniaga begitu.ada yang ikhlas siap bagi diskaun yang amat murah sampai tahap nak borong satu kedai ;).

dipendekkan citer,mana-mana pun sama ada golongan suka ambil kesempatan ni.emm tak lama lagi kita nak sambut Ramadhan..konfem param (pasar ramadhan) akan tumbuh segenap ceruk.yang tak pernah berniaga pun tiba-tiba pacak gerai untuk mencuba nasib.masa tu akan berlaku la kisah air tawar macam air paip,kueh serimuka dah rasa kueh bingka.sup macam air basuh tangan.macam-macam ada la.

tetiba rasa tak sabar nak posa..dalam hati ada pasang nak niat nak masak je bulan posa ni,aku kata masak je kan?tak kata nak masak penuh meja..masak nasi pun dikira masak juga.lagipun dah banyak tahun jugak aku jarang singgah param kecuali kalau teringin nak makan kuih akok @ air tebu.sebab yang tu aku tak mampu nak buat sendiri.hehe.alasan malas nak singgah param ialah malas nak parking keta dan tawaf kedai.

eh!jauh dah aku melalut..dari Vietnam ke pasar ramadhan pulak ye..stop dulu la.bai

Thursday, July 12, 2012

Bahaya Dunia Facebook

psttttttttt:
aku sebenarnya tak berapa suka sangat entri copy paste.rasa macam ambik hasil dari usaha orang lain je tapi emel yang aku dapat ni rasanya tak boleh nak simpan.nak share jugak kot la ada antara kita yang tak tahu @ tahu tapi saja buat-buat tak tahu.

majoriti kita ada akaun MukaBuku tu kan?kalau takde pun rasanya bagus juga.baik dan buruknya semua ada disitu.aku ada 2 akaun FB (1 utk orang yang aku kenal) dan (1 lagi hanya untuk kawan blog tapi itu hanya insan terpilih sahaja).cuma sekarang takde apdet status macam dulu-dulu lagi.ingat masa mula-mula ada akaun tu..serba serbi nak share.makan apa,buat apa,beli apa semua nak cerita..macamlah ada sapa kisah.kalau di ingat balik,malu pun ada.sekarang aku hanya PM je dengan orang yang aku dah bercerita.tapi sesekali ada gak share sesuatu @ minta pendapat.

free sila baca.

---------------------------------------------------------------------------


~Khusus utk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online~

Dear Beloved Family,

These points are exactly what I was trying to impress on my own family last week after I myself attended an in-house briefing conducted by one of the Directors of an IT Security Awareness company who actually works with our own PDRM, CSI and major corporations here and overseas... So guys please read and do the necessary like removing personal info n pix ....


Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jgn ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.Ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dgn kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambar profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patut tu delete sahaja!

~Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi~

--------------------------------------------------------------------------
so fikir-fikirkan..ops ada satu drama korea yang baru(drama korea lagi.hehe) tajuknya Ghost kalau tak silap aku..cerita mengenai bahaya dunia internet.aku tak leh citer banyak sebab aku pun tak follow.tengok gitu-gitu je..

fikir-fikirkan.semoga kita dijauhkan dari orang-orang yang berniat jahat.sayang kamu semua..tata

Durian + Budu + Cili Padi =Perghhhhhh,Meleleh

ni kisah malam tadi.sambungan citer hero bertuah yang bersarapan dengan durian tu.semalam dia balik sekolah terus citer 'abang sakit perut dan berak banyak sangat kat sekolah sebab makan durian'.hah,tahu takpe..sib baik tak terkincit dalam seluar.kalau tak malu sepanjang zaman.

entri semalam sara ada yang tanya aku 'makan budu dengan tempoyak ke?' jawapannya ialah 'aku bukan makan budu dengan tempoyak.aku makan budu dengan durian fresh yang baunya masih wangi dan bukan dengan durian yang dah boleh buat tempoyak tu'.sebenarnya aku kurang suka tempoyak dgn budu.kalau tempoyak aku lebih suka buat gulai je.

nak tahu cara makan dia?inilah cara-caranya..gigih ambik gambar padahal perut dah berkeroncong masa tu.hehe.

1-ambik mangkuk.tuang budu dalam mangkuk(aku pilih Budu Pati Ikan Bilis)rasanya terbaik setakat ini.

2-pilih cili padi yang terbaik dari ladang.kalau boleh cili padi kampung yang kecik-kecik.pedasnya menyengat

3-last sekali..seulas durian mentah yang masih fresh.

ni le hasilnya..taraaaaaaaa

Budu + Cili Padi + Durian Mentah

masa nak makan picit je cili tu dan gaulkan dengan durian tu

pastu aku gigih buat ikan aye (ikan tongkol) masak singgang.lain orang lain caranya...ni cara ikut suka hati aku je.rasa lebih kurang la..

ikan aye masak singgang

ikan aye aka ikan tongkol masak singgang Mak Tom..tetiba feeling AA.hehe(rindu nak tengok AA dalam masterchef la tu)

bergabung pula dengan petai celur

tetiba jumpa sepapan petai dalam peti ais.campak je dalam rice cooker yang nasinya dah nak masak tu.hehe

mantap beb

okey ..ni gambar dinner aku dan hero malam tadi..anak-anak aku tak banyak karenah,makan je apa yang aku makan.kategori senang bela la senang citer.rimas aku dengan orang yang memilih makan,itu tak makan..ini tak makan.susah nak hidup macam tu..aku boleh makan apa je asalkan halal.

tetiba lapar la pulak walaupun hanya tengok gambar.padahal pepagi dah belasah makan nasi bekal,ala lauk tak abis malam tadi je..kira koverlah sarapan dan lunch.'brunch' terus.Oh My English ;)

my sarapan

sarapan dan lunch bersatu dalam satu bekas.alhamdulillah ;)

Wednesday, July 11, 2012

Tah Hape-Hape Je

dah bekfes?aku makan lempeng gandum ngan sambal paru.lempeng bawak dari rumah,sambal paru je beli kat kafe bawah ni.tapi parunya agak liat..sampai naik lenguh rahang aku mengunyah.dahlah la lupa letak sambal.rasa cam kunyah selipar jepun pun ada (macamla pernah rasa mengunyah selipar jepun.hehe).

sebenarnya aku nak share gambar si abam pagi ni.belasah durian sebelum gi skolah.boleh?ayahnya bawak balik durian malam tadi tapi dia dah tido,kejut banyak kali pun tak bangun-bangun.ayahnya dah kopekkan durian dan letak dalam 'tipuware' buh dalam peti ais.pagi ni dia bangun dah siap beruniform boleh dia makan sikit je lempeng gandum yang aku buatkan untuk dia.syok je dia layan durian,naik meloya aku bau durian pepagi.huhu..

durian mentah ni paling banyak aku boleh layan 3 ulas je kot..lebih-lebih nanti boleh muntah hijau.tapi aku suka makan nasi dengan durian mentah+budu+cili padi..ada pulak ikan kembung goreng yang buh kunyit hidup tu.peerghhhhhhhhhhhh,nikmat tak terkata.tak sedar licin nasi seperiuk.cer korang cuba?konfem tak nyesal..apa?tak makan budu?dah kurang sikit nikmat dunia..hehe

tapi belum pandai nak tsfer gambar dari henpon ke pc.huhu..henpon lama senang je,henpon baru ni haru betul la..(malu nak citer ada henpon pintar tapi tak pandai guna.henpon je pintar aku tak berapa pintar pun.hahahaha)..yang aku tahu cuma kol,sms dan ambik gambar je.sesekali buleh bukak fb dan blog tapi tak puas sebab skrin kecik yang amat.tapi rasanya aku lebih puas pakai desktop.apa motif citer pasal henpon ni?nak citer ko ada henpon baru ke Irfa?*malunya..malunya*henpon Nokia73 aku tu dah masuk 6 tahun usianya..kalau tolak kedai memang takde harga dah.mintak tukar ngan topup rm10 pun belum tentu tokey kedai tu kasi.sesuka hati dia je bila kita tengah bercakap,dia pegi kol orang lain.sms dah berapa kali terhantar dengan ayat tergantung.belum abis aku taip dia dah send..tak nyempat-nyempat.

entri apa merepek-repek pepagi ni?moral of the story 'aku sayang henpon lamaku itu.Oh Nokia73 ;)

Tuesday, July 10, 2012

Penjagaan Diri Paling Minima

tu dia.....terlebih makan vitamin R.entri ke3 untuk hari ni.kalau aku tak apdet blog 3 hari,kira koverlah ni kan.

maaf la kalau semenjak dua menjak ni aku selalu share apa yang aku dapat dari emel.bukan apa..ada ketika kita buat sesuatu yang dah biasa kita buat tanpa kita sedar yang perkara itu tak elok sebenarnya.contoh macam DISINI,DISANA dan DISINUN.bagi yang dah tahu tu sila abaikan entri ini



bagi kita-kita yang dah tua bangka(macam buruk pulak guna istilah itu) okey kita tukar..bagi kita yang dah di alam dewasa ni..mesti sedar betapa pentingnya penjagaan diri.gosok gigi tu wajib buat tiap kali mandi @ makan.tapi masa kecik-kecik dulu rasanya kalau mak tak suruh korang buat ker?buat?wah!bagusnya korang ni.tahniah la ye..

bila dah dewasa ni diserang sakit gigi dan kena jumpa tuan doktor untuk cabut @ tampal gigi..ada rasa menyesal sebab tak jaga gigi betul-betul masa kecik dulu.kalau tampal tu okey la sebab masih boleh diselamatkan..kalau dah kena cabut,konfem tak tumbuh balik la..ini bukan gigi susu.ini gigi kekal u..patah tak tumbuh-tumbuh konsepnya

setiap pagi ..mesti tak lupa pesan kat anak-anak,mandi tu sabun badan,gosok gigi jangan lupa..mesti dia pun naik bosan asyik pesan benda sama.tapi ibu-ibu ni mana penat berpesan selagi hayat di kandung badan.

dah besar nanti dia akan tahu kenapa umie berpesan begini..itu tandanya umie sayang

nape tetiba citer pasal gigi ni?sebenarnya nak citer aku ni masih mengintai masa bilakah yang sesuai nak berjumpa dengan dr gigi.tampalan sudah pecah.(oh.ingatkan jambatan sudah roboh..sudah roboh..sudah roboh.masih ingat lagu tu?).sangat tak selesa bila ada makanan terselit celah gigi yang berlubang itu ;(

Bukan Senang Jadi Orang Glemer

ni bukan kisah aku.aku tak glemer.femes jauh sekali.mungkin juga inilah nilai yang terpaksa mereka bayar kerana menjadi orang glemer.

banyak blog yang aku baca,sibuk bercerita tentang artis yang baru kawen tu.si cantik manis yang bertemu jodoh lepas balik dari umrah (nama malas nak sebut..aku rasa korang boleh agak sapa dia).tahu kan?okey..

dalam ramai yang memuji betapa sepadannya mereka berdua ada jugak yang sibuk mengorek kisah silam si pengantin lelaki.siap ada kuar semula gambar kawen yang katanya tahun 2010 dulu.

yang aku pelik kenapa sekarang baru nak kuar citer tu?
kenapa berita-berita dan gambar itu tak keluar sebelum ini?
wartawan dah tahu awal @ baru tahu?
apa perasaan si pengantin yang baru bergelar isteri itu?
andai kata dia dah tahu sebelum itu..sedikit sebanyak pasti terguris hatinya bila kisah silam si suami diheboh2kan.

lagi satu..artis yang baru kawen Sabtu lepas pun terkena bahang yang sama.
sibuk orang pertikai kenapa dia tak sanggul je rambut yang mengurai itu?
dan ada juga mulut2 takde insuran komen 'lambat sangat kawen nanti susah nak dapat anak'.macam la dia boleh pastikan yang kawen awal lepas 'On' terus lekat.sibuk je..

banyak lagi benda yang lebih bagus nak diperhebohkan.meluat pun ada aku baca benda macam ni (tapi kenapa aku tulis pasal ni yer)..pasal aku MELUAT.korang pun mesti meluat baca en3 aku yang tah hapa-hapa ni kan?

aku tau tu :)

My Bekfes...Silakan Menyantap

ni entri takde keje.hahaha.boleh?



jemput cuci mata dengan gambar yang super duper kabur.maklumlah henpon cap ayam serama.

pagi ni bawak bekal,nasi goreng tomyam letak sutun di gandingkan bersama dengan bayam merah yang dicelur.aku suka bayam..selain kangkung,pucuk paku dan juga siew pak choy.

semalam pun bawak bekal jugak.nasi dan rendang ayam (belen kenduri)

kenapa ada orang bawak bekal ke opis?

1-memang tak mampu nak membeli kat luar sebab tu bawak bekal..bukan tak mampu sebab takde duit.cuma dalam erti kata lain,berjimat ler ;)

2-tak suka membazirkan makanan.kalau ditinggalkan kat rumah nanti takde sapa nak makan.petang nanti masak yang lain untuk dinner.so belen malam tadi bawak je la ke opis

3-bosan dengan menu sama di kafe pejabat

4-memang masak khas untuk bawak bekal bagi menjamin tahap kebersihan.

aku pilih no 2 dan 3.korang?

sambil makan teringat kenangan di opis lama..bawak bekal dari rumah makan ramai-ramai dengan kengkawan.sorang satu lauk,bila dikumpul..penuh meja ;).kat transit opis ni makan kat meja masing-masing je.harap-harap bila pindah opis tetap nanti kami dapat buat balik acara pot luck itu..seronok makan ramai-ramai.lauk simple-simple pun jadi sedap.

jemput makan

Monday, July 9, 2012

'Saya Takut Jarum'..itu tak kelakar okey

kat bawah opis aku ni ada unit yang anjurkan program menderma darah.katanya untuk mengisi Tabung Darah Negara.last week lagi dah kuar emel pekeliling kepada sesiapa yang berminat sila bersedia.aku bukan tak berminat tapi.............(ada je alasan).aku mabuk tengok darah.silap haribulan boleh pitam.sapa yang susah?aku jugak....

sumber dari sini

Ciri penderma darah:

* Berumur 18 hingga 65 tahun.Berat badan melebihi 45 kilogram.
-dari segi umur dan berat badan memang lulus sesangat..

* Tahap haemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
-yang ni aku tak pasti le pulak

* Tidak menghidap penyakit kronik.
-alhamdulillah takde dan mintak dijauhkan

* Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
-minum air suam je.sesekali minum milo.hehe

* Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
-memang tak suka makan ubat.kecuali sakit teruk.kalau boleh bertahan sampai baik dengan sendiri

* Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.
-malam tadi lipat kain sampai jam 12malam..bangun tadi kul 6.15 pagi.rasanya cukup tido.


kalau baca ciri-ciri kat atas ni aku memang layak sesangat.takde alasan nak mengelat.huhu

korang dah bape kali menderma darah?
aku tak pernah..semoga akan diberi kekuatan di masa akan datang.Insya Allah dan TAHNIAH kepada sesiapa yang pernah dan banyak kali menderma darah..anda memang HEBAK (HEBAT dalam loghat klate.hehe)

Kerjaya Sebagai Suri Rumah Sepenuh Masa

tadi baca blog Kak Yus..izin share ye :)



teringat si adik malam tadi,sambil baring-baring depan tv aku cakap ngan dia 'adik..esok umie work yer' dengan kepala geleng dia menjawab 'na nak (taknak)'.sian pulak rasa hati.tapi realiti harus di hadapi.mesti dia suka aku duk umah layan dia je.sabtu ahad dia selalu bangun lewat sebab tak dikejut untuk gi umah pengasuh.best je berselubung dengan umie sambil berpeluk.si abam pun penah tanya 'kenapa umie work?kawan abang..mak dia duk umah je'.

susah dah jawab kan?kadang-kadang aku jawab 'banyak benda nak kena bayar..jadi kena ada duit banyak.kesian ayah keje sorang.jadi umie kerjalah tolong ayah'.setakat ini itu je jawapan yang aku ada.nak bagitau lebih detail pun tak pasti diorang faham ke tidak.

so kepada suri rumah..TAHNIAH kerana tak semua orang berjaya jadi suri rumah seperti kamu semua.

tapi terfikir jugak 'boleh ker aku duk umah 24jam sehari dan 7 hari seminggu?'emm..

Friday, July 6, 2012

'Ukan Atik..Aaaaaaja'


Malam tadi hujan lebat tapi aku boleh tak sedar.lena sungguh tido.sikenit pun banyak kali mengigau.Agaknya penat main tengah hari tu yang membawak sampai kedalam mimpi.Dia jerit-jerit okey lagi..tapi kalau dia ngigau sebut 'kakak..kakak' yang tu aku tak tahan.Mesti dia sangat rindu kat kakak tapi tak boleh nak bagitau orang.

Bulan ni cikenit cikebum dah masuk 2 tahun 5 bulan.(kalau tengok kat sticky belah kanan tu ada kiraan umur anak2 aku.si adik dah 2 tahun 5 bulan 3 minggu dan 6 hari).mulut dah makin riuh.sehari tak gaduh ngan abam tak sah.abam pulak suka ngusik.sapa lagi dia nak usik,adik jelah pun..kakak dah jauh.

ada je karenahnya yang buat aku teringat kat dia bila di opis

-nak tido mesti akan gosok-gosok lengan aku dan kata 'shayam omie' kalau nasib tak baik dia buat aku sentap bila gosok lengan aku sambil cakap 'eeeee besarnya'(maknanya lengan umie sudah gumuks)

-nak susu mesti akan cakap 'omie nak sosu..nak sosu.nak sosu..nak sosu'.sampailah aku kata 'ok' baru dia stop sebut 'sosu' tu

-pantang nampak ayah kuar umah dia sibuk 'nak ikot..nak ikot' sambil lompat-lompat tepuk tangan dan cepat2 lari ke pintu pakai slipar

-kalau tanya 'adik anak sapa?' pasti jawapannya 'anak ayah'.huhu.tapi kalau tanya 'rindu ayah tak?'dia jawab 'ukan ayah indu.kakak indu'(bukan ayah rindu,kakak rindu).sweet je..budak-budak baya ni memang cakap terbalik.

-baru-baru ni dia dapat perangai baru,muncungkan mulut dan bagi jelingan maut kalau dia bengang ngan sesuatu (kecik ni nampak comel..besar nanti buat camtu tu aku cubit muncung tu)

-suka tengok tv,rancangan kegemaran ialah upin ipin,pada zaman dahulu,oh my english dan paling suka iklan.dia siap hapal semua dialog iklan yang dia suka..jangan tak tahu,lagu tema drama korea Miss Ahjumma pun dia hapal..tapi suh ngaji asik la cakap 'ukan-ukan.shalah (bukan-bukan,salah) dia jelah yang betul

-siap betulkan kalau aku panggil abang dia dengan panggilan 'Irfan' dia akan kata 'ukan Ifan..Abam'.(bukan Irfan,Abam)hahaha

-sekarang dia suka bahasakan diri dia sebagai 'caye'(saya).contoh ayat 'caye skolah.babai'(saya nak gi sekolah la tu)@ 'caye punya(saya punya).comel sangat suara dia yang halus tu sebut 'caye'.

-mainan kegemaran beg dan buku.anak patung tak suka.suka berlakon nak gi sekolah siap salam dan mintak duit belanja lagi.

-terbaru malam semalam,ayahnya panggil 'adik..mai sini' tapi dia boleh jawab 'Ukan Atik..Aaaaaaja' maksudnya 'Bukan Adik.Hajar'..hahaha cute je dengar dia sebut siap letak tangan kat dada lagi.

nasib baik dia tak kata 'Ukan Adik.Kakak La' masa tu aku yang takut sambil gosok-gosok perut.huhu