Thursday, August 30, 2012

HARI MERDEKA ke 55 dan Kisah Sebatang Lobak Merah

in advance..walaupun Merdeka esok (31Ogos2012) tapi cam biasa..cuti takde masa nak belek blog.

kepada semua..SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 55.apa pun kata parti politik@orang-orang yang minat politik,aku tetap nak bagitau apa yang aku rasa.

"AKU BERSYUKUR KERANA LAHIR DI BUMI MALAYSIA"



MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..



selalu kita minta macam-macam dengan Allah tapi kita lupa nak bersyukur dengan apa yang kita dah ada.

kenapa yer?

esok cuti..sapa nak buat open house?cepat angkat keyboard..hihi

Wednesday, August 29, 2012

Upgrade Now

aku klik ni..
betul 
tak tipu punya..aku klik ni
haaaaaaaaaaaaaa

klik apa?
icon UPGRADE NOW tu la 
kan dah klik

emm..
takdelah susah sangat
okey..daaaaaaaaaaa

Serius..Aku Tersentuh

hari ni ingat tak nak apdet sebab semalam dan kelmarin dah banyak kali apdet blog.tapi tak sengaja masa jalan-jalan ke blog kakinaKL aku terbaca entri tentang SAVE JEJAI.kak ina kata boleh share

Siapa Jejai?ikhlas cakap..aku tak kenal sangat blogger Jejai ni tapi aku penah baca blog beliau tapi tak tinggal komen.

kenapa tak komen?

kalau nak tahu..aku ni nampak je kental tapi dalam situasi yang lain masih ada sifat pemalu.huhu*sila percaya*.nak-nak pulak bila tengok blog tu ramai follower lagilah malu nak tinggal komen.rasa kecik je diri walaupun size badan tak kecik..

beliau sekarang sedang di uji dengan penyakit kanser paru-paru stage ke 4.paling tersentuh hati ialah bila baca isi hati seorang anak kepada ayahnya melalui sehelai nota.



kalau sudi jangan malu-malu membantu beliau dan keluarganya melalui.Hari ini hari beliau tapi mana tau mungkin esok lusa hari kita pula.*kata-kata kak InaKL*

-Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)

-Maybank Acc Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )


kepada perokok-perokok di luar sana..tidak tersentuhkah hati anda?

Tuesday, August 28, 2012

Raya ke 7 -Bye,Kakak Balik Dulu Ye

quick apdet nak habiskan cerita raya.ni kisah Raya ke 7 (SABTU:25 Ogos 2012)

kakak mula sekolah esok(hari ahad negeri pantai timur dah mula sekolah).patutnya en abe yang hantar kakak tapi aku sukarela offer diri nak hantar kakak..so bagi en abe jaga anak-anak.

pepagi dah kuar rumah sebab tiket belum beli dan flight ke Kota Bharu jam 7.50 pagi.adik nampak cuak bila tengok umie dan kakak pakai lawa sedangkan dia masih berbaju tido.lepas hantar kami ke airport.en abe dan anak-anak balik cheras umah mil



tengok gambar ni tiba2 aku rasa rindu kat kakak.huhu.lepas ni Insya Allah,Raya Haji baru dapat jumpa kakak semula.itupun kalau balik kampung(macam harus balik kot.hehe)kalau tidak..kena tunggu cuti sekolah yang panjang bulan November la baru kakak balik sini.









layan citer Horton Hears a Who! tanpa suara sebab flight cuma 50 minit..tak sempat bagi earphone dah mendarat..citer pun tak sempat abis.tapi kakak layan je sebab dia seronok flight domestik dah ada tv.sebelum ni kalau balik kampung naik flight takde tv..eh!lupa..masa balik dari Jb tu pun flight ada tv jugak

sampai Kota Bharu..kami sempat singgah ke Bandar Kota Bharu dan makan nasi berlauk di Pasar Siti Khadijah.bukan senang aku nak singgah sini..kalau bawak semua anak-anak memang aku terus balik kampung..tak kuasa nak singgah heret anak-anak tempat sesak macam ni.aku kan penyabar..nanti tak pasal2 ada yang biru kena cubit sebab tak duk diam.hehe

lepas makan ambik bas ke kampung..jalan sangat jem tahap merangkak dengan kereta yang berderet nak balik KL.adik aku ambik kat pekan dan balik kampung.sempat mandi,makan dan lepas solat Asar aku ikut adik-adik balik KL naik keta..memang tabik pada diri sendiri.dari timur ke barat aku redah hari ini.penat toksah citer..lepas singgah Raub untuk makan malam,aku tido sepanjang jalan sampai masuk KL.

perjalanan balik ke KL dengan kereta yang bertali arus(ingat ayat ni aku gelak sendiri)..adik lelaki aku tanya apa maksud 'bertali arus'.aku dalam malas menjawab soklan dia 'keta banyak tak putus-putus' ambik ko dengan jawapan kakakmu yang tulus ini.

adik lelaki turunkan aku kat rumah mil tepat jam 12.00 malam dan dia terus balik Nilai.malam tu kami anak beranak tido umah mil sebab anak-anak dah tido.lagipun ahad masih cuti.balik rumah pun bukan ada yang menunggu..kalau ada pun kain baju je yang menimbun tunggu dibasuh.

bila ingat balik perjalanan naik flight dan juga naik keta sehari suntuk..aku bersyukur sebab belakang/pinggang aku tak buat hal..alhamdulillah.kalau boleh tak mau dah gi fisio macam dulu-dulu tu.serik woooooooooo..........

masih ada lagi kah citer raya?
layan...........

Raya ke 6 dan Senai Airport

nasib la korang..selagi tak abis citer raya ni korang takde peluang baca cerita benda lain kat blog aku selain citer pasal raya.kan dah kata aku nak tulis kisah sebulan raya.haha

Raya ke 6 (JUMAAT:24 Ogos 2012)

masih di Jb..lepas subuh tido balik.bilik lak sejuk dan siap tutup lampu..semua lena sampai jam 10.00 pagi.anak-anak bangun,harusla umie kena bangun sama.bersiap..turun bawah pegi kedai runcit sebelah hotel..beli makanan dan kul 12.00 tengah hari check out.sebelum tu dah call teksi datang ambik kami untuk ke airport Senai.tambang teksi rm39..kira genapkan rm40 je.



Senai Airport yang cantik..banyak kedai untuk cuci mata.terjatuh cinta dengan sepasang kasut kat Sembonia,ingat nak singgah balik lepas makan tapi hampa bila datang balik kedai tu..kasut itu sudah terjual.huhu

flight jam 4.45 petang.masih awal so merayaulah kami dalam airport tu.ada kedai buku MPH.kakak apa lagi..habislah duit raya dia memborong novel dalam tu.sempat makan tengah hari kat kafe tapi takde pilihan makanan sebab kata pelayan tu 'tukang masak masih cuti'.makan jelah apa ada buat isi perut.mintak gorengkan telur mata pun diorang taknak buat.susah kot nak masak telur mata tu

Senai Airport ni rasanya baru dibina.lawa dan cantik tapi bab surau agak menyedihkan.aku harap mereka akan bina surau yang selesa dalam airport cantik itu.(fikir + mungkin surau masih dalam proses pembinaan).sangat menyedihkan bila aku bertanya pada sorang salesgirl yang keje kat situ 'dimana surau?'dia sipu-sipu malu kata 'tak pasti lah kak..sana kot'.melilau aku mencari dimana surau,signboard pun tak membantu.bila aku ngomel depan kakak,sejuk je kakak jawab 'dia baru keje kot.sebab tu tak tahu surau kat mana'.huhu..malu pada diri sendiri bila fikir (-) tentang salesgirl tu bila anak sendiri berfikiran positif macam tu.



nampak kedai biskut famous amos tu?tepi tu ada tangga turun bawah dan akan nampak lorong gelap tu..



lintas jalan dan belok kiri.pastu belok kanan..belah kiri ada surau kecik.maaf aku bukan nak memburukkan tempat orang.aku tak pasti sama ada ini surau awam @ surau kakitangan..tapi ini je surau yang aku jumpa

sebagai orang Islam,aku sangat sedih bila tengok tempat solat yang tak bersih,telekong masam penuh taik lalat.nak tumpang pakai pun tak lalu.ini bukan kali pertama aku jumpa surau macam ni.kat negeri aku pun ada (so jangan salah sangka yang aku nak burukkan negeri orang lain).kesian bila ada orang yang tak bawak telekung nak tumpang solat.sib baik aku bawak telekung sendiri.so moral of de story..nak kemana2 bawak telekong sendiri

tapi bila masuk dalam boarding lounge yang superb..lupa kejap kisah surau itu











bye bye Senai Airport..ada umur kami datang lagi

mendarat di Klia jam 5.45 petang.onthe way nak balik umah singgah beraya umah pengasuh lama,yang anak daranya BFF si kakak.wajib datang rumah akak pengasuh ni kalau kakak balik nanti akak tu bising tak bawak aina datang rumah dia..akak ni sangat baik sebab tu anak-anak aku kalau ke sini taknak balik.sabar jelah..

lepas beraya makan kueh raya kami pun balik la rumah..home sweet home.

malam ni last kakak kat umah.esok kakak dah nak balik kampung sebah Ahad kakak dah sekolah.

Raya ke 5:Universal Studio Singapore (USS) 2012

okey..setel sudah bab keje.*legaaaaaaaaaaaaaaaaa*

rasa terhutang pulak bila tak sambung kisah semalam ini.dipendekkan citer selepas sehari suntuk berumah tangga kat imigresen seremban tu..kul 3.15 petang siaplah passport si kenit.

kelakar tengok gambar passport dia.tahu jelah dia ni amat pemalu dengan lelaki dewasa.punyalah susah nak snap gambar passport dia tu..nak pulak mamat tukang ambik gambar tu sentuh bahu dia sebab nak bagi dia duduk dengan posisi yang betul.muka dah cebik,sikit je lagi nak meraung..sib baik aku sempat pujuk..ginilah hasilnya.walaupun masyam tapi masih comel dimata umie.hik hik hik.sapa lagi nak puji kalau bukan umienya kan?



siap je passport drive laju-laju balik umah ambil beg dan pecut ke airport sebab flight jam 5.20 petang ke Jb.hehe..mesti ada yang boleh agak ke mana destinasi kami bila ke Jb kan?ke Jb tak perlu pakai passport tapi kalau dari Jb nak melintas tambak Johor destinasinya haruslah ke Singapore kan?apa ada di Singapore?USS la..pandai pun



malam tu kami tido di Zoom In Hotel yang letaknya di Danga Bay.sebelah je dengan Tune Hotel.hotelnya sempoi je tapi selesa untuk tumpang bermalam.nanti kalau free aku akan buat entri khas review pasal hotel ZoomIn ni ye ;).kami ambik satu bilik yang katil queen rm100/satu malam..ambik 2 malam je..bukan nak selesa sangat janji ada tempat nak tido.



abam posing depan Zoom In Hotel

sampai sana pun dah malam.mendarat dah jam 6.20 petang terus ambik cab ke hotel.malam tu kuar makan dan balik hotel terus tido je.paksa anak-anak tido awal sebab pagi esoknya nak kuar awal naik bas ke Singapore.kalau tak paksa mau sampai pagi duk melompat atas katil.

RAYA KE 5 (KHAMIS:23 Ogos 2012)

bas kami bertolak dari Tune Hotel jam 7.40 pagi walaupun dalam tiket kata gerak jam 7.30 pagi.biasalah tu...ramai yang duk hotel lain tapi akan ambik bas dari Tune Hotel sebab kos bermalam kat Singapore lebih mahal.gedebuk gedebak perjalanan melepasi imigresen Malaysia biasa je.tapi nak masuk Singapore banyak betul pantang larangnya.emmm..taknak tulis lebih-lebih tapi rasanya ini first n last aku ke sana kot.yelah..sekali mungkin teruja..kali ke2 mungkin dah tak heran macam kali pertama.buat apa nak pegi lagi tempat yang dah pegi.kan?baik simpan duit pegi tempat yang tak penah pegi..baru best(walaupun dalam hati masih teringin nak ke NZ sekali lagi.huhu)



jam 7.00 pagi dah tercongok tunggu bas depan Tune Hotel



en abe tengah isi imigresen form(rasa dah isi borang dengan betul..tapi masih jugak tak memuaskan hati pegawai bertugas).

sebelum turun nak cop passport di imigresen singapore kami diberi pesanan penaja oleh pemandu bas.katanya:

1-jangan ambik gambar
2-jangan hisap rokok
3-jangan makan chewing gum
4-rokok @ chewing gum yang belum dibuka bungkusnya lebih elok jangan bawa masuk.kalau nak bawak masuk jugak..sila keluarkan sekeping/sebatang chewing gum/rokok itu dari kotaknya macam seolah kita dah guna.

bab isi imigresen form boleh tahan detail diorang check.setiap kotak dan baris diteliti..kalau salah isi,kat kaunter tu jugak disekolahkan.sabar jelah..

panjang pulak merepek..pung pang pung pang..tepat jam 10.00 pagi kami dah sampai kat pintu masuk Universal Studio Singapore itu.orang dah mula ramai beratur.haruslah posing depan tu tanda kita dah sampai sana,hehe.walaupun hazab nak ambik gambar tanpa ada orang lain.



wajib ambik gambar kat sini..bukti dah datang.haha(gambar adalah sangat banyak..lebih kurang 2ribu keping*tipu sangat*tak larat nak upload..korang bayangkan jelah sendiri ye)



map universal studio singapore peta Universal Studio Singapore

masuk-masuk je kami disambut hujan renyai-renyai..dari renyai tukar jadi lebat.tapi tak boleh komen lebih-lebih sebab cuaca ni bukan manusia boleh kontrol.banyak tempat yang aku tak dapat masuk sebab sikenit bawah umur.ukur tinggi pun tak lepas.so banyak kali la aku kena tinggal kat depan pintu je.so gilir-gilir masuk dengan en abe untuk meneman kakak dan abam.yang paling enjoy dalam percutian kali ini adalah kakak dan abam.

pendapat aku..memang tak rugi datang sini sebab amat sesuai utk anak-anak.dulu masa gi Disneyland Paris kami tak masuk Universal Studio.masa kat Disneyland Paris tu pun tak enjoy sebab abam tiba-tiba demam dan muntah teruk.maklum itu first time dia pegi negara sejuk.

















adik Ajaa yang dah basah kuyup tapi masih menten senyum ;).

komen en abe kata 'lebih kurang sama dengan Universal Studio LA tapi kat LA lagi besar la.(aku tak penah pegi LA cuma en abe je yang dah pegi sana masa bujangan dulu).

INFO KE USS:

-boleh beli pass masuk ke USS di kaunter Odyssey Luxury Liner dibangunan yang sama kat Tune Hotel.orang kata beli online lagi murah.kami cuma call dan booking thru phone.datang dan coll tiket kat sini.total kos yang kami bayar ialah RM690 termasuk tiket bas dari Jb ke USS dan pass masuk ke USS untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak(kenit adalah percuma)

-bagi aku harga makanan/souvenier dalam USS adalah mahal.(bagi orang kaya mungkin tak mahal..tapi aku golongan marhaen).memanglah duit SGD lebih tinggi dari RM tapi kalau kat Paris@NewZealand sekali pun ada souvenier rega 1Euro/2Nzd tapi kat USS ni fridge magnet pun dah SGD9.90..selai tshirt dah SGD29..tak ke mahal tu?kalau aku tahu diorang tak check beg masa masuk..harus aku borong 10 bungkus nasi lemak untuk makan dalam tu ;).



sepinggan lebih kurang SGD15..duit kita dalam rm37.

-tukar duit kat Malaysia lebih murah berbanding tukar duit dalam USS.kami dah tukar kat Malaysia sebelum pegi tapi tukar sikit lagi dalam USS sbb anak-anak nak beli souvenier.

kadar tukaran wang SGD kepada RM lebih kurang SGD1=RM2.50..tengok tempat la..mungkin ada tempat dapat tukar lebih murah dari yang kami dapat.

jam 7.00 malam semua orang dah beransur keluar.kami pun sama sebab bas untuk balik ke Jb patut bertolak jam 7.30 malam.masa balik ni bas gerak awal sebab semua orang nak naik bas.so 7.20 malam dah gerak dari USS..

kami sampai hotel jam 9.45 malam.semua dah kepenatan..nak kuar makam malam pun dah malas..makan je roti terus tido.

psssssssssssssssstttttttt:aku ni dah malas nak menaip.stop sini jelah ye.bye ;)

Monday, August 27, 2012

Sebelum Raya,Raya Pertama,Raya Ke 2,Raya ke 3 dan Raya ke 4

blog ni umpama diari aku jugak..w,pun tak semua kisah aku share kat sini tapi senang citer 90% adalah semuanya aku tulis kat sini..senang nak rujuk.hehe.

eh!adik aku dulu pun sama..kalau nak tanya bila satu2 kejadian berlaku..suka call aku suh check diari.mentang2lah aku tulis semua dalam diari buku tu..tapi sekarang (mulai tahun ni la) dah malas sikit tulis diari..semua aku tulis kat blog je kecuali kalau kisah itu sangat peribadi takdelah aku tulis..terpanjang lak mukaddimah.

JUMAAT:17 Ogos 2012..ni kisah hari terakhir keje sebelum cuti raya tu.ingatkan dapat la balik awal tapi hampa..tak dapat pelepasan dari HQ.huhu..balik awal 15 minit je pun..so 4.15 la kami baru kuar opis..balik rumah pack baju dan ke rumah adik lelaki untuk berbuka sebab dah janji nak konvoi balik kampung sama-sama dari rumah dia..aku balik menumpang adik-adik sebab en abe kerja pada hari raya pertama.raya ke2 baru dapat cuti tapi raya ke3 kena keje.raya ke4 barulah kami dapat beraya lama sikit.

lepas berbuka ..kul 8.00 malam kami pun bertolak..dalam perjalanan sempat singgah salam raya dengan Mil di Cheras dan kami gerak dari rumah mil jam 9.30 malam.jalan tak jem cuma slow sikit sebab keta banyak.

perjalanan lancar dan aku bantai tido sepanjang jalan..sempat kena sound ngan adik aku sebab tido je..dia tak de kawan nak ajak sembang.bukan aku nak tido sangat tapi sakit pinggang dan tak selesa sebab seat tak boleh turun abis.adik aku bawak balik banyak barang letak seat belakang.tapi dah menumpang tu buat la cara menumpang.dahlah kenit duk atas riba aku sepanjang jalan.dipendekkan cerita..tepat jam 5.00 pagi kami selamat sampai ke kampung..sempat lagi bersahur dengan masakan ma.itu yang penting.hehe

esoknya..SABTU:18 Ogos 2012(sehari sebelum raya)

aku dan adik pompuan ke bandar,beli barang nak buat kek dan beli kuih tunjuk.nak buat rasa tak sempat(alasan semata).

malam tu sesi membuat kuih siput,kek kampung dan juga rendang ayam(pertama kali aku buat rendang..print resepi kat internet)sib baik menjadi rendang aku tu.kalau tak mau jadi bahan bualan sepanjang zaman.ma pula buat kuah kacang dan rebus nasi himpit.itu jelah menu pagi raya kami selain kueh raya.anak-anak pula sangat seronok dapat main bunga api dan pasang pelita.

malam tu jugak bagi kakak tiup kek besday ke 11 dia



kek coklat biasa je..letak sebatang lilin besar dan sebatang lilin kecik tanda umur cukup 11 tahun.jadilah dari takde lansung.besday dia seminggu yang lepas.

PAGI RAYA PERTAMA (AHAD:19 Ogos 2012)

pagi raya bangun awal dan kejut anak-anak untuk mandi sunat aidilfitri.aku akan cuba amalkan selagi ada umur dan harap anak-anak aku takkan lupa saat dimandikan oleh umie dipagi raya.susah nak paksa orang lain buat tapi kita boleh didik anak kita.insya Allah.



anak-anak aku dan sepupu mereka berfoto dipagi raya sebelum ke masjid

alhamdulillah..berpeluang solat aidilfitri tahun ini.lepas solat raya seronok dapat jumpa ramai warga tua yang dah lama tak jumpa.aku suka solat raya sebab ni je peluang nak jumpa orang kampung..harapkan aku nak pegi beraya semua rumah memang tak la.sepeti biasa ayat pertama diorang bila nampak aku 'sihatnya dia'.aku senyum juga walaupun kedengaran agak pahit.alhamdulillah aku masih sihat w,pun aku paham makna disebalik perkataan 'sihat' itu..sihat vs gemuk.huhu



kenit jalan-jalan raya(yang sebelah tu adik aku yg baru lepas spm)

lepas solat raya sempat singgah 3 buah rumah dalam perjalanan balik rumah.saja jalan kaki balik dari masjid sebab senang nak menyinggah.tapi lepas rumah ke3 dapat berita adik aku CikViva eksiden.sib baik sikit je..keta je yang kena sikit tapi syukur tuan keta takde apa-apa.kesayangan cikviva di tabrak motor.hehe

lepas kes tu duk umah jelah sampai ke malam..tunggu orang datang beraya yang tak putus-putus.semua orang yang kami nak jumpa dah datang umah so tak payahlah beraya umah diorang.hehe

RAYA KE 2 (ISNIN:20 Ogos 2012)

pagi masih di kampung tapi tengahari aku dan anak-anak ke airport untuk balik beraya dengan en abe yang bekerja di hari raya pertama.perjalanan dari kampung aku ke Kota Bahru adalah jem teruk.entah bila la masalah jem ni akan selesai.ada dengar ura-ura nak bina lebuhraya rakyat seperti yang diwar-warkan itu..tapi tak pastilah bila akan jadi kenyataan.kami sampai airport lagi 30 minit kapal nak berlepas.semput aku berlari dengan anak-anak mengejar masa.

alhamdulillah..5.10 petang kami sampai ke klia dan cik abe ambik terus pecut balik cheras beraya bersama mil.makan dan makan.hehe..malam tu jugak kami balik rumah sebab esoknya en abe keje shift pagi.oh!home sweet home.besar dan hebat macam mana pun rumah orang tetap rindu rumah kita yang kecik dan comel itu.kan?

RAYA KE 3-SELASA:21 Ogos 2012
duk umah je menunggu en abe balik keje.layan tv dan mendobi.biasalah..kalau cuti mesti kain baju menimbun.

malam tu kami beraya umah kak erna.nak baca klik sini.kami dijamu makan oleh tuan rumah yang masakannya pasti sedap itu.perut pun dah kenyang so kami mintak diri dulu.bukan terus balik rumah..tapi menyinggah kat Aeon Seremban2 tengok wayang.citer apa yang menarik?takde pilihan sebab semua penuh.yang ada pun cuma citer Hantu Gangster.itupun seat paling depan..sakit leher aku mendongak.citer boleh la tahan..nak kata best sangat pun tak jugak..nak kata tak best sangat pun boleh la layan.ada part yang boleh gelak.yang pasti fil pun ada berlakon dalam citer ni.aku pun tak tahu..perasan bila anak-anak cakap 'eh.itu atok'

sampai umah jam 11.30 malam.ngantuk sangat..kenyang makan kot.

RAYA KE 4 (RABU:22 Ogos 2012)

keluar rumah jam 8.30 pagi dan sehari suntuk kami di imigresen seremban buat passport untuk si kenit.orang punyalah ramai macam semut.kami sampai kat situ jam 8.45 pagi dan no giliran adalah 1602.ada 100 orang menunggu sebelum no giliran kami.huhu.dalam hati tertanya..'mana diorang nak pegi ramai-ramai ni?'

adik buat passport nak kemana?kendian citer........

Happy Working :)

SALAM SYAWAL KE 9.masih raya lagi kan?katanya hanya di Malaysia je sambut raya selama sebulan.tak gitu?



muka ada senyum pagi ni..wah!seronok datang keje maklumlah 9 hari tak datang opis sebab sakan beraya ye..kali ni kami memang raya sakan..nanti free aku citer

kalau extra rajin aku akan citer apa kisah raya kami dari hari raya pertama sampai raya ke8 semalam...jangan sampai ada yang muntah dahla ye(bajet macam ada yang kisah nak tahu..wakakakakaka) tapi adik aku lagi heybat,dia dah apdet kisah raya dia.aku malas nak menaip pakai tab.takde feel.dia takpela..ada laptop.huhu ini kisah dia dan rayanya yang agak tragis CikViva.semua ada dalam tu..suka dan duka berbaur jadi satu :).bertabah la dik oi.nanti jangan lupa belanja kakak mu ini makan nasi arab..dah bosan makan lemang dan rendang,rasa tekak nak makan nasi arab la pulak..hehe

okey..buat keje dulu,citer raya sambung kendian ye ;)

Friday, August 17, 2012

~Salam Lebaran Ikhlas Dari Lubuk Hati~

memandangkan hari ni last day keje..esok dah mula cuti,hati dah takde kat opis tapi sudah kat highway nak balik kampung.terbayang macam mana lah perjalanan balik kampung nanti..jem kah?perlu ke aku sediakan roti secukupnya.hehe

buat kawan alam nyata dan alam maya (dah macam alam bunian pulak ye.hehe).aku susun 10 jari minta maaf kalau ada salah tutur kata selama kita kenal.Demi Allah takde niat nak sakitkan hati sesiapa dengan sengaja.

terimalah kad raya ikhlas dari aku dan pesanan ikhlas buat kengkawan yang pos kad raya tu aku mintak maaf banyak2 sebab tahun ni aku dah pecah tradisi tak mengepos kad raya.(kes dah lewat baru nak cari kad..mood pun dah hilang.huhu) so aku akan balas kad raya korang tahun depan,insyaAllah ada umur.

tahun ni terimalah kad raya kat blog je..mintak halal ye



yang ni macam tak ceria je..



okey..ambik yang ni la,ceria sikit.baru ada mood nak raya sebab nampak gambar ketupat


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..
Semoga ceria di Aidil Fitri

bagi yang memandu..hati-hati dijalan raya
InsyaAllah jumpa lagi

Happy Besday Adikku,Cik Viva

morning korang ;)
sapa masih keje ni?*saya..saya*,aku angkat tangan dulu..ye,aku masih keje dengan penuh dedikasi.

entri pertama pagi ni nak wish besday adikku.dulu sms je wish besday..tapi tahun ni memandangkan dia dah ada blog..kita wish kat blog jelah.

alkisah..memula dulu dia penah la jugak kutuk-kutuk manja bila aku cakap aku ada blog.dia kata 'banyak sungguh masa lapang ye'pasal apa dia cakap macam tu?sebab dia tak suka membaca.kalau suh dia baca novel dia akan belek muka surat pertama,muka surat tengah dan last muka surat akhir.tapi dalam malas-malas nak baca novel tu sesekali dia jadi silent reader blog aku.kadang-kadang aku takde modal nak borak sebab semua yang aku nak citer dah tulis kat blog dan dia dah baca.huhu

dia pun baca banyak blog dalam bloglist aku.ada 2,3 blog yang jadi bahan cerita kami tapi bukan ngumpat..cuma terkagum dengan cara hidup orang tu.lama-lama aku cucuk dia untuk menulis blog walaupun katanya dia takde idea.aku cakap 'tulis la apa-apa pun.pasal makan-makan ke apa ker'.lepas bertahun jadi silent reader baru bulan lepas dia mintak aku buatkan blog untuk dia..maka terhasillah CikViva.

perkenalkan..adik aku,CikViva.dulu2 penah gak 'kutuk manja' dia dalam blog sekarang dah tak boleh kutuk lagi sebab dia pun dah ada blog.nanti dia kutuk aku balik ;)



dear Sis..
happy besday.moga sihat selalu dan semoga bahagia milikmu.
*jangan mintak hadiah..sebab hadiah idaman awak tu sila beli sendiri ye.kakak awak ni belum mampu nak bagi yang tu.tapi balik kampung petang nanti kita beli kek share ngan kakak bolehlah tumpang tulis nama atas kek tu..'happy besday untuk kakak dan mak cheq'(makcheq adalah panggilan manja anak-anak aku pada dia)*

daaaa

Thursday, August 16, 2012

Pilihan Dalam Hidup Kita

emm..dah terasa sunyi sikit kat taman perumahan.dah ramai yang balik kampung agaknya.yang naik van kesekolah pun tak ramai tapi abam masih pegi sekolah.esok baru cuti.kat opis aku ni masih ramai yang bekerja.opis korang dah sunyi ke?aku masih keje sampai esok.cuti dah susut so tak bolehlah nak suka-suka ambik cuti.

apa citer hari ni ye?oh.tadi aku ada borak-borak kosong dengan sorang lelaki (atas urusan kerja..tapi lepas tu borak-borak kosong sekadar berbasa basi orang kata).dia seorang lelaki india berumur pertengahan 40an.eh!lepas tu dia bagitau umur dia 45 tahun.sesi dialog dgn dia,bukan dengan jin tau ;)

tanda - tu dia,tanda + tu aku.

-u anak berapa orang?

+3,1 boy 2 girl

-oh,samalah dengan saya tapi saya 2 boy n 1 girl.paling besar umur berapa?

+11 tahun,darjah 5.

-eh kecik lagi..saya punya anak sudah form 1 tau.(nada macam nak kondem aku la yang anak aku kecik lagi dan anak dia dah besar..dari riak muka dia)

dalam hati aku kata..'mmglah,umur ko dah berapa?umur aku berapa?kalau ko dah umur 45 tahun anak baru form 1.tapi kalau aku panjang umur,bila umur aku 45 tahun..anak sulung aku dah 23 tahun.betul tak?

+(tak nak mengalah aku jawab jugak)yelah..umur u berapa,umur i berapa?i tak rasa kita sebaya kan?(angkat kening kat dia.hehe).

-hehe.i baru 23 lah..taklah,i dah 45 tapi i tak kisah.mywife cikgu.anak i upsr last year 5A.masa pilih isteri dulu i memang nak cari wife keje cikgu.senang nak ajar anak.itu pasal masa muda i tak ngorat sesama staf.

ai terasa u

+oh untunglah u,wife cikgu.tak perlu risau nak ajar anak..wife boleh ajar sendiri.

-ye..walaupun i keje macam ni i tak risau sangat.gaji wife i lagi banyak dari gaji i.lagipun nanti dia ada pencen.

dalam hati..lama lagi aku layan mamat ni,boleh bernanah telinga.tapi tak sangka ayat akhir dia tu macam airbatu..hilang nyampah aku kat dia.

lelaki itu:tapi walaupun macam ni..i kalau boleh bila dah tua mau mati senang-senang.tak mau susahkan anak-anak.kita pun tak jaga orang tua kita sebab kita banyak tanggungjawab.so kita tak boleh harapkan anak kita jaga kita bila sudah tua nanti.betul tak?bukan senang mau jaga orang tua tau.hati dia sangat sensitif.i selalu sembahyang mintak tuhan ambil nyawa i senang-senang,tak mau sakit lama-lama

hehe..aku senyum tak komen apa.kalaulah kita boleh dapat apa yang kita nak..kita pun mesti mintak yang baik-baik je.bab jodoh tu pun sama..mana kita tahu akan jatuh cinta dan kawen dengan sapa.bercinta bagai nak rak pun belum tentu berjodoh.ada orang bertahun bercinta dengan orang lain tapi penyudah kawen dengan orang yang baru kenal sebulan.kalau boleh pilih..semestinya kita akan pilih yang bagus.

aku ada baca satu blog yang tulis macam ni 'kalau seorang lelaki tu disuruh pilih antara 2 orang gadis,A-cantik tapi keje kerani.B-kurang cantik tapi doktor.lelaki itu mungkin akan pilih gadis B untuk jangka masa panjang'..itu hanya contoh keadaan walaupun tak semua.sila jangan salah sangka.maknanya..lelaki @ perempuan..semuanya pandai memilih juga.jangan kata perempuan zaman sekarang memilih sebab lelaki pun ada yang macam tu.

macam tak percaya pun ada...kesian A yang cantik tapi keje kerani itu.huhu.tapi..kata mak aku 'kita pilih orang,ingat sikit..orang pun belum tentu pilih kita'

ye dak?

Wednesday, August 15, 2012

Nak Kurus Kena Bersalin Dulu.So?

hati ada sikit gembira walaupun masih risau.tentang en3 hati yang risau pasal ayah tu..mak aku kata ayah dah okey.bukan boleh duk diam.sekarang dah mula kait petai sebab anak-anak nak balik dan satu berita buat aku geram jugak..dalam tak sihat tu ayah pasang mozek (betul ke aku eja?) dalam bilik tido aku dulu.lepas aku dah tak duduk kampung,adik aku ambil alih bilik tu dan sekarang bilik tu jadi bilik kakak la sebab adik aku dah keje kat sini.

bilik tu sebelum ni pasang karpet so mestilah senang berhabuk dan nak kena sapu hari-hari..vacum takde so sapu pakai penyapu lidi.aku ada la tanya ayah dulu-dulu 'berapa kos kalau nak pasang mozek dalam bilik ni?'.ayah ada cakap anggaran bape rm tapi aku cuma tanya je..kotlah ada duit jatuh dari langit memang aku ada niat nak mintak ayah pasang mozek pun.cuma tak sangka bila mak citer ayah sekarang tengah pasang mozek dalam bilik tu.tetiba aku rasa bersalah sebab bukak citer tu dulu.

ayah...ayah..

okey..ni ada citer tak berapa kelakar tapi bolehlah buat senyum sendiri.cerita dah nak basi tapi masih boleh makan.hehe.jumaat lepas terserempak dengan kawan.dah 2 bulan dia cuti bergaji.masa aku jumpa tu dia baru masuk keje.cuti apa yang bergaji sampai 2 bulan tu?sah-sah la cuti bersalin kan.aku bukan nak citer pasal cuti bergaji dia tu tapi aku nak citer betapa slim dia sekarang.lagi slim dari masa dia belum mengandung.best kan?

ingat lagi lepas bersalinkan kakak.lama jugak baru naik berat badan aku.tapi lepas bersalinkan abang yang beratnya 4.4kg tu..susah sungguh nak turun sampaikan masa hari aku bersalin,cik abe masih ingat aku peknen.huhu.cedih mak tau.bersalinkan Hajar aku turun 14kg.kagum sambil lap air mata sebab tak sangka boleh turun macam tu.tapi dua tahun kemudian dia stop BF berat makin naik.huhu

ramai yang kata kalau nak slim kena jaga betul2 masa lepas bersalin tu.kalau tak dia akan naik dan terus naik..entahla betul tak teori tu

cuma bulan posa ni ada la turun sikit.5 kg je pun bukan banyak.lepas raya nanti kita pakat tengok,ada turun @ makin naik.hehe.

so moral of the story.kena mengandung pastu bersalin..insya Allah boleh slim.ada berani?aku awal-awal angkat bendera putih.dah seronok tido takde orang kacau.tapi kalau ada jugak..what to do kan?redha jelah...........

Tuesday, August 14, 2012

Suami Biasa @ Suami Luar Biasa?




dari sini

kalau boleh terbang tu lagi luar biasa kot.hehe

Hati Yang Risau

ubat hati gelisah..baca ni



hati gelisah.tadi baru call kampung tanya khabar mak ayah.kata mak'takde buat apa persiapan raya pun.biasa-biasa je'

tanya khabar ayah dan aku boleh rasa macam berat je mak nak cakap.'ayah tak segar tu(tak segar maksudnya tak sihat).kemarin berak tubik darah(keluar darah).hari ni berak dah takde darah tapi tubik air saja-saja.takdok gapo..tok payah runsing la'.

ayah jarang sakit.ada tulis kat entri ni.so bila sakit kami anak-anak sangatlah risau.
macam mana aku tak runsing,dari hari kami balik kampung tu dah ajak gi spital tapi nak gi klinik je.kalau budak-budak boleh je dukung bawak gi spital tapi kalau orang tua bukan boleh dipaksa-paksa.

ikut perancangan,Jumaat ni kami 5 beradik akan konvoi balik kampung.nampak gaya kes ayah ni dah tak boleh bertolak ansur lagi..kena jugak ke spital baru tahu apa cerita sebenarnya.kawan-kawan..doakan ayah aku takde penyakit kritikal ye..aku sangat risau ni

huhuhuhu (takde tajuk)

PAGI NI..sedar-sedar jam 6.15 pagi.huhu.kalau dah jaga kul 6.15 pagi sapa je yang boleh bersahur?sudah semestinya abam sorang jelah.sempat lagi buat nasi goreng campak-campak sebab dia dah pesan sebelum tido 'abam nak nasi goreng kampung untuk sahur'.wah!macam order kat kedai makan pulak ye.nasib baik dia cuma mintak nasi goreng kampung je.buatnya dia mintak air tembikai susu @ telur bistik ke,mau aku nanges bawah dapur kot.

abam makan tapi umie dan ayah cuma telan air liur.itulah,sapa suruh berborak sampai jam 3.30 pagi?en abe keje shift petang.sampai umah dah kul 2.00 pagi.selalu aku tak bangun jugak sebab ngantuk sangat tapi malam tadi tertido depan tv so bila dengar pintu buka otomatik mata pun terbukak jugak.

apa lagi..borak itu ini..pok pek pok pek..tak sedar jam dah angka 3.30 pagi.bukan tajuk penting pun.apdet kisah anak-anak terutama si kenit buat apa hari ni.kakak call ada cerita apa?dan kisah abam yang buat umie hangen di petang ramadhan semalam.mana tak hangen,dia main lighter..bahaya tau tak?dahlah tiap-tiap malam duk nyanyi kat telinga aku nak pasang pelita raya,nak beli bunga api.aku cakap kat dia..kita buat semua tu bila balik kampung nanti..sabar je.tulah kisah yang kami borakkan..yang pasti tiada berita dunia.hehe

now..mata macam ada gam uhu.
huhuhuhu

Monday, August 13, 2012

Pertama Kali Buat Ayam Percik Putih

sabtu ahad,adik-adik datang berbuka kat rumah.seperti biasa..masa ni lah kalau nak main masak-masak..kalau berdua dengan si abam je aku makan apa ada.penat masak pun aku dan abam je yang makan.si abam tu dapat nasi goreng cukupla bagi dia..masak pelik-pelik nanti ulang alik masuk peti ais lama-lama destinasinya ke dalam tongsampah.tapi aku buat ayam percik ni..komen dia 'abam suka ayam masak macam ni'nampak gaya kena buat lagi..'abam.posa tahun depan boleh ke?'hehe.pandai ye umie kata abam suka nasi goreng je padahal umie yang tak rajin nak masak pelik-pelik.

okey..sebenarnya nak citer..pertama kali aku buat ayam percik kelantan (yang kaler putih tu ye)..sib baik menjadi.kalau tak jadi konfem tak letak kat blog.hehe.resepi dari dapur Mamawandiha korang kalau nak copy paste resepi boleh klik kat situ sebab blog aku sorry takleh copy.blog aku bukan blog resepi tapi saja gatal nak try resepi orang

ni resepinya aku copy paste..minta halal ye mamawandiha

Bahan2
½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

Bahan Kuah
1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan (MadihaA guna santan kotak cap ayam 200 ml + 2 cawan air)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 ½ inci halia
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula

CARA-CARANYA:

1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata. (Sori tak tengok masa.. so agak2lah yer hingga ayam masak). Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik (Caranya ada dibawah)
2. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
3. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi. (Step ni Madiha tak curah pun.. terlupa.. tapi kuah tu terus ku sudukan dlm pinggan nasi )

Cara Menyediakan Kuah Percik
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai & halia.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping. (untuk step no. 2 ni.. Madiha tumiskan bahan2 blender tu sehingga agak garing pastu baru masukkan santan. Ni sebab Madiha guna santan kotak so kalau tak tumis nanti jawabnya tak naik minyak ler kuah percik ku ittew )
3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.

dan ini hasil air tangan aku.



emm..yummy.nanti nak buat lagilah ;)

Kaitan Tali Tape dan Umur Kita

PAGI NI..motivasi dari Dr HmTuah dalam Radio SelangorFm.beliau kongsi cerita bagaimana beliau berjumpa remaja Orang Asli dan memberi ceramah motivasi pada mereka.panjang jugak mukaddimah tapi aku pendekkan bahagian yang ingin aku kongsi.iaitu kaitan tali tape dan umur kita



dalam sejarah:satu ketika dulu,tali tape ini jadi punca mak aku menjadi marah.mak aku tukang jahit.sudah semestinya ada pertalian kuat antara mak aku dan tali tape ni.mak aku panggil 'tali eci(tali inci)'.kami adik beradik suka main dengan tali tape mak ni..bila mak cari tak jumpa,memang boleh hangin satu badan.

okey..sudah melalut,jom balik kepangkal jalan.kata DrHmTuah kepada seorang remaja orang asli 'kamu ambil tali tape ini.tali tape ini panjangnya 60inci.sekarang cari dimana umur kamu'.remaja tu tunjuk angka 16.maknanya umur dia 16tahun.sambung DrHmTuah lagi 'kalau umur kamu 16tahun..ada berapa lagi baki untuk capai umur 60 tahun?selama 16 tahun ini apa yang kamu dah buat dalam hidup kamu?kalau ingin berubah jangan tunggu esok @ lusa.kerana kita tak tahu adakah kita akan hidup sehingga 60tahun @ kurang dari itu'

itu umur remaja orang Asli itu.kita semua pastinya bukan berusia 16 tahun kan?

aku bukan orang yang arif untuk memberi nasihat.taknak nanti dikata 'macam bagus-bagus je nak nasihat orang @ ibarat ibu ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul sedangkan diri sendiri jalan menyenget'.tapi tak salah kita berkongsi sesuatu dan sama-sama berfikir kearah kebaikkan.betul tak?

dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..banyak perkara yang boleh kita lihat.

ada yang puasa tapi tak solat
ada yang puasa tapi tak menjaga aurat
ada yang puasa tapi mulut masih tak terjaga

ada yang tak kuat iman,baru diuji demam selsema dah sibuk pasang niat nak 'berbuka puasa'.itu aku semalam..kena selsema dan hampir2 nak buka posa sebab sakit tekak dan dahaga yang amat sangat.malu pada diri sendiri,itu baru sikit ujian..duk berbaring bawah kipas 24jam bukannya berperang dipadang pasir pun..

okey..renung2kan...kena setel keje sebab tengah hari nanti nak gi melawat kapal terbang baru A380 tu.orang lain dah terbang ke London dengan kapal tu tapi aku baru nak merasa duduk kat seatnya.tak dapat terbang,dapat duduk pun jadila ye ;)

Saturday, August 11, 2012

Kakak,Hari ni genap 11 tahun

dilahirkan pada 11 Ogos 2001 JAM 11.58 PAGI.kelahiran pertama dan semestinya kelahiran yang mencabar bagi ibu-ibu yang pertama kali merasai pengalaman mengandung dan juga bersalin.aku bersalinkan kakak masa umur 22 tahun.



kakak masa umur lebih kurang 6 bulan kalau tak salah aku



besday pertama kakak



ni pun umur dalam setahun lebih



gambar terkini tapi takdelah terkini mana sebab ni kenduri kat Pahang bulan Jun lepas..gambar terkini masa balik kampung tu ada tapi tak sesuai nak letak kat blog.kakak sedikit gelap mungkin sebab berpanas balik sekolah.hampir setiap hari ada kelas tambahan dan aktiviti ko-ko.sian kakak,takpelah..dah besar nanti cerahlah tu



kakak dan adik yang sentiasa sebut nama 'kakak' tanpa jemu setiap hari

KAKAK.SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 11.DOA UMIE SEMOGA KAKAK JADI ANAK SOLEHAH DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT.UMIE,AYAH,ADIK-ADIK SAYANG KAKAK SELAMANYA.

Friday, August 10, 2012

Kad Raya Pertama Tahun 2012

Kad Raya Pertama untuk Tahun 2012 datangnya dari Blogger Luna..ni kategori kawan blog batch pertama yang aku kenal.kalau tetiba gatal tukar background dan hilang..dia juga antara orang yang aku cari.seingat aku ada 2 orang lagi yang penah tolong betulkan blog aku dulu-dulu,Mummyrizq dan Nonie Amniey.sekarang diorang dah senyap sikit mungkin aktif kat FB kot.aku je yang setia kat blog sebab Fb kena block kat opis ni.haha

Dear Luna,rindu tulisan ko macam dulu-dulu masa ko belum jadi cikgu.hehe.sekarang ko dan bizi dengan anak murid..blog pun dah bersawang.ker ko dah bukak blog lain tak bagitau aku ni?siap la ko kalau ada blog rahsia tak bagitau aku.....



tahun-tahun yang lepas aku akan beli 10 keping kad raya.so tak dapatlah nak bagi semua orang.hehe..tapi tahun ni belum beli lagi.kenapa tah,nak kata sibuk tak jugak.senang citer aku belum pegi kedai yang jual kad raya la,minggu depan sempat lagi kot..

nostalgia kan kad raya macam ni?
korang ada dapat kad raya tak?