Friday, September 28, 2012

Parody dan kesannya

okey..pertama sekali tq banyak2 pada blogger CikMot sebab sudi jawab soalan tentang BE disini yang sangat mengganggu fikiran(alahai sampai gitu sekali ye..gurau je la) tentang status OnGoing semenjak Nuffnang berwajah baru ni.hehe..okey sekarang bagi yang tak tahu tu sila tahu sekarang yang OnGoing itu adalah BE (Buffered Earning nama dulunya).

okey ni ada perkara nak merapu..sila layankan aje.tentang Parody.maknanya aku ambil dari sini sini .aku cilok sebijik-sebijik dalam blog orang ni.maaf ye

"Parody is a specific form of comedy, used to satirize, mock or poke fun at a particular piece of work."

dalam bahasa senang paham ialah

'parody ialah sebuah bentuk komedi,diguna untuk menyindir.mempermainkan @ untuk mendatangkan keseronokkan terhadap sesuatu hasil kerja'

itu aku cilok sebijik-sebijik dalam blog di atas

serious..*malu nak ngaku..tapi itulah kenyataan* aku baru tahu apa makna PARODY.memula aku dengar dari adik-adik aku duk citer pasal video kat u-tiub tentang sorang budak pompuan dari Kota Singa buat video bertajuk 'sore eyes(5 day of mc).lepas tu banyak pulak video parody tiru dia dengan macam-macam gaya dan macam-macam pesen.rupanya ada banyak video parody yang lain samada artis @ orang biasa  tapi ini pertama kali aku tengok.

korang tahu apa yang aku rasa lepas tengok video tu?aku rasa TAKUT , RISAU , SERAM SEJUK..semua ada.

tahu kenapa?

sebab majoritinya adalah remaja.ada yang bawah umur.budak sekolah rendah pun ada.YaAllah

aku ada anak,lelaki dan juga pompuan.anak-anak aku sedang membesar.aku tak tahu apa akan jadi masa akan datang.lagi 10@15 tahun akan datang.sebagai ibubapa kita dah cuba sehabis daya mendidik dan membesarkan mereka dengan sehabis baik.aku tak kata mak ayah budak tu tak mendidik dia dengan baik.jangan salah faham.aku cuma memikirkan kesan pada masa akan datang pada budak-budak yang buat video tu.mungkin sekarang diorang seronok tapi akan datang mesti rasa malu.boleh ke delete balik video tu?maaf aku bukan cerdik it sangat pun

mengejek adalah perbuatan yang tak baik.dengan apa cara sekali pun.perbuatan itu menjatuhkan maruah seseorang.aku penah layan satu drama korea ops..drama korea lagi.hehe.maafkan saya.kes penyiasatan bertajuk Ghost.salah satu kes tu,bagaimana seorang lelaki jadi pembunuh misteri kepada semua yang meniru dan mengejek bagaimana kekasihnya bunuh diri.lebih kurang la..dia bunuh orang yang buat komen-komen negatif dalam video bekas kekasihnya yang bunuh diri tu.sangat menakutkan okey.sila seram sekarang.

jadi..kemudahan internet yang katanya dunia tanpa batasan dan semuanya dihujung jari ini,gunalah dengan sebaik-baiknya.baik kita guna,baikla yang kita dapat.kalau salah guna,mudaratlah jawabnya :)

sekian..iklan khidmat masyarakat dari saya Cik Puan Irfa.(ai.mana datang title cik ni?bukan puan je ke?huhu)


okey..selamat hujung minggu

On Going tu BE ker?

sebelum tu nak share satu laman yang aku rasa banyak manfaat yang boleh kita kutip.hari ni duk menelaah laman tu je.hehe,ni dia Kevin Zahri.membaca ni banyak manfaatnya dan kalau ada laman web yang rasa bagus boleh share ngan kengkawan.

psttttttttttttttttttttttttttttt (malu sebenarnya nak tanya tapi orang tua dah pesan,malu bertanya sesat jalan..jadi tanyalah,kot-kot korang yang baca ni tahu).

pada sesapa yang tahu pasal Nuffnang tu,aku nak tanya.dulu-dulu kan,sebelum nuffnang berwajah baru.kita selalu seronok kalau ada BE melekat.tapi wajah baru ni aku takleh beza yang mana satu BE dan yang mana satu iklan biasa.

dan aku perasan ada status On Going.itu BE ke?tengok gambar dibawah jangan tengok angka tu yer,aku baru je cash out last week.huhu

wajah baru nuffnang
On Going tu apa?
BE ke?


okey..sapa tahu cepat jawab ye

tata

Marathon 1 Jam dan jumpa blogger

Salam Jumaat untuk semua..moga pagi yang mulia ini kita diberkati dalam semua urusan.Insya Allah

Pagi ni aku bersenam *tak caya?*.memang tak perlu percaya pun.yang pasti aku cuma bersenam dalam rumah je.tak perlu pusing padang pun.

kunci jam 6.00 pagi tapi bangun 6.30 pagi..buka je mata,kejut abam bangun.solat subuh.gosok baju sekolah abam.turun bawah buat sarapan abam-roti celup telur + air milo.abam ke sekolah.naik atas mandi dan bersiap.kemas beg adik dan abam untuk umah pengasuh.(sepasang baju abam,3psang baju adik+6keping diapers).sidai kain sebakul yang basuh malam tadi.7.25 kuar rumah.kunci pintu.kunci pagar..hantar adik umah pengasuh(belakang rumah je pun).7.30 pagi dah terpacak depan simpang tunggu member pick up.hebat kan?dalam 1jam semua siap.tapi.......................rasa macam tak bernafas pun ada.peringatan untuk diri sendiri,sila bangun awal sikit.atleast kul 6.00 pagi.hahaha.cam awal,setengah jam awal je pun.

Pagi ni jumpa sorang blogger-KakBie.dia bersama family dari Kota Bharu nak terbang ke Kuching melawat pakciknya yang sedang tenat disana.transit kat Klia kejap itu yang berjanji nak jumpa.dah banyak kali plan tapi kebetulan hari dia transit sini aku bercuti.takde rezki nak jumpa.tapi kali ini pertemuan yang dirancang itu menjadi kenyataan.

aku panggil dia KakBie..tapi bila dah jumpa rasa cam sebaya pulak.segan rasanya nak panggil akak.tapi orangnya peramah jugak..kira boleh sembang la.lagipun kami kenal dalam blog dah lama.rasanya masa mula-mula aku menulis tahun 2006.ye ke kakbie?kalau salah tolong betulkan ye.kami borak kejap je sebab bos call ada benda nak suruh buat.biasa cam tu kan?kalau kita duk kat meja..takde sapa cari.kalau kita takde,ada je orang cari.huhu.okey..buat yang wajib dulu.lepas hai-hai bye-by kami pun berpisah.semoga urusan kakbie berjalan lancar dan kepada pakciknya yang sedang sakit itu cepat baik.

okey..daaaaa.meh sarapan roti celup telur,nak pedas tambah lada hitam.hehe

my bekfes today.roti celup telur bersama lada hitam
abam punya takde lada hitam la..
kang sakit perut pepagi



Thursday, September 27, 2012

Pucuk Ker Batang?

tajuk yang menyeramkan.kah kah kah.seram tang mana tu.ni kisah aku semalam dan hari ni.patutnya ada gambar tapi belum sempat ambik gambar dah masuk perut.acaner?

sapa suka makan sayur pucuk paku?sila angkat keyboard..hehe.tak kenal pucuk paku?memang melampau la..meh aku gugel sekeping gambar.ni dia...

sayur pucuk paku 
aku memang penggemar pucuk paku yang tegar tapi memandangkan aku bukan jenis yang ke pasar tani,beli barang kat minimarket je sebab bukan nak beli banyak.kalau ke pasar tani konfem segala jenis mak nenek sayur semua ada.bukan setakat pucuk paku,segala pucuk pun ada.

semalam,akak sebelah ni kata kat kafe ada sayur pucuk paku.sepantas kilat aku turun kafe tapi yang tinggal cuma batang paku yang keras itu.tahap kalau cucuk mata boleh buta.huhu.kecewa mak,nak.

hari ni..akak tu kata 'eh!tak turun kafe ke?ada sayur pucuk paku tapi dah tinggal sikit' ish.akak ni ..kalau tahu kenapa tak belikan dulu.sekali lagi seperti lipas kudung aku turun kafe,tu dia...tinggal lagi sesenduk cukup-cukup untuk sorang makan.cepat-cepat capai mangkuk.aku cedok semua..pakcik mahal tu caj aku 50sen je..hehe sambil dia buat muka pelik sebab aku cuma ambik sayur tak ambik nasi.konon taknak makan nasi hari ni sebab malam tadi aku dah dinner nasi arab ngan cikviva.huhu.lamb haneth siap ngan lemaknya sekali.patutlah lena tido malam tadi,kenyang sangat kot.

berbalik kepada kisah pucuk paku yang aku makan tadi..banyak yang keras dari yang lembut.ini pucuk ke batang paku?kalau kat kampung..boleh dikata kalau seikat tu banyak dapat bahagian lembut.tapi kat sini,alahai..batang keras tu lagi banyak dari bahagian yang boleh dimakan.

tak kira,sabtu ahad ni aku nak kena cari pucuk paku jugak.tapi adik lelaki kat shah alam rekues nak makan pucuk labu.masak apa?emm.kendian citer...lalalalala

Masterchef Malaysia Musim ke2

Salam Hari Khamis..suks-suka..hari ni dah khamis la
esok jumaat..sabtu ahad cuti
ye haaaaaaaaaaaa


aku perasan sejak dua menjak ni selalu tido awal
penat sangat ke?
nak kata keje penat bukan membajak sawah
tapi sapa kata keje pejabat duk dalam ekon tak penat?
penat tau..penat badan dan juga otak

kalau dibandingkan antara 
keje pakai kudrat
dengan keje pakai otak
mana lagi penat?

kalau penat badan boleh di urut-urut
tapi kalau otak penat nak buat apa?
kena bercuti-cutian kot
hehe

adakah kena ambil vitamin tambahan?
yelah..umur pun bukan makin muda 

malam tadi miss tengok Masterchef




peserta masterchef malaysia musim ke 2
aku perasan dalam musim ni banyak peserta yang bekerja dalam sektor penerbangan
ada pelajar penerbangan (bakal pilot la kan)
ada pramugara
bekas pramugari pun ada(bekas tu kira jawatan jugak ker?pelik..
bekas pelajar pun ada
kalau dah bekas tulisla apa yang dia buat sekarang
kalau suri rumah tulis jelah 'suri rumah'
kenapa nak tulis bekas?
mulia apa jawatan suri rumah tu
okey..abaikan

oh lupa nak citer
kawan satu kompeni pun ada masuk
dia pramugara juga tapi takde rezki dia
awal lagi dah tersingkir

ni nak citer
korang tahu tak aku suka tengok sapa dalam Masterchef Malaysia musim ke 2 ni?
tak bagitau manalah orang tahu kan?

tara..........ini dia.Che Lah,dr Jb
Che Lah gambar dari sini

yang katanya 'sapa kata orang cantik tak pandai masak?'
macam-macam orang kata dia tapi aku rasa dia ni berani
mungkin Astro saja nak buat dia sebagai daya penarik kali ini
dan dia berani menyahut cabaran

go go Che Lah ;)

tak suka?
takpe..
janji aku suka
hahaha

Wednesday, September 26, 2012

Dulu Aku Peminat Mereka

ish..mata sangatlah ngantuk
kalau bosan bukan takde keje tapi mood dah ke laut
maklum dah petang-petang gini kepala duk ingat nak balik umah je
aku suka bukak google dan tekan nama-nama yang terlintas di kepala
tadi saja tekan nama-nama artis yang aku minat zaman sekolah

Wann
-suka dengar suara dia yang serak-serak basah tu
dulu ada kawan sekolah rendah kata muka aku macam dia
lama aku telek celah mana yang sama
mungkin mata la kot sebab sepet cam aku jugak 


Ella
-minat ella sebab dalam bilik arwah paksu aku dulu banyak kaset Ella
bukan kaset je,majalah urtv banyak gambar ella ni siap ngan poster
curi-curi masuk bilik arwah paksu sebab suka tengok majalah
wajah ella dulu dan sekarang berbeza gila
alfatihah untuk Paksu kesayanganku


Shima
-minat lagu Teringin
kenangan zaman sekolah menengah
driver bas suka pasang lagu tu dalam bas
bila dengar lagu tu mesti teringat kenangan naik bas


Abot
-aku minat dia mungkin sebab dia sorang artis pompuan zaman tu bawak lagu alternatif
padahal kalau tanya aku 'apa itu alternatif?'
aku pun tak tahu nak jawab apa
hehe..tapi penah kantoi ngan ayah aku sebab letak poster dia belakang buku teks
ala..pembalut bulu teks transparent (betul ke eja ni)
letak poster dia belakang tu.
panas gak telinga dengar ceramah free
padan muka sendiri 


apa citer mereka sekarang ni ye?
zaman aku minat diorang dulu,aku masih budak-budak
sekarang aku pun dah 30an
diorang mesti dah tua
hehe

Gaji dan Mengaji di Oversea

cer tengok gambar bawah ni?sian pakcik tu kan?kadang-kadang aku fikir 'susahnya jadi lelaki.kena fikir pasal kerja,pasal nak bagi anak bini makan lagi.nak bayar itu nak bayar ini.semuanya nak pakai duit'.tapi aku kata ni dalam konsep LELAKI,kalau JANTAN memang senang kot.tak payah fikir apa-apa.hahaha

Itu yang gaji rm1500,yang gaji lebih dari itu pun masih tak cukup jugak.acaner?

tapi bila tengok keratan akhbar ni..emmm


Dapat kaya,tak payahlah keje kan?hehe


motif ?
baru dapat tahu ada kawan nak ambik cuti panjang sebab nak ikut suami belajar kat oversea.aku yang dengar pun teruja..tuan punya badan tengah pening itu aku tak ambik tahu.hehe..sebab aku membayangkan kalau aku di tempat dia (harap-harap jangan indah khabar dari rupa dah la.kita doa yang elok-elok je untuk kawan aku tu).

jom berangan duk oversea ;)

Hujan Pagi dan Drama Keluarga Iskandar

Pagi ni kelewatan.huhu.sedar jam 5.30 pagi hujan lebat.tak,tak..aku tak salahkan hujan tapi tahu jelah kalau hujan..memang sedap tido.nak pulak bila baru je nak bangun,ada orang tarik suh baring.tak caya?tengok ni..

aku bangun,dia tarik
aku tarik,dia bangun..hehe

penyudahnya lagi 10 minit kul 8.00 baru aku dapat mandi.huhu..dahlah malam tadi tido awal dan miss drama yang aku tunggu setiap hari Selasa.

bukan drama Korea.aku tahulah korang pun dah nyampah kot asyik citer pasal drama korea je.tak abis-abis dengan drama negara luar.eh!dah bagus kenalah puji..tak bagus kena lah keji.hehe.oklah,aku layan drama melayu jugak tau.ini antara drama yang wajib tonton setiap SELASA jam 10.00 malam.kalau tak dapat tengok malam tu sanggup tunggu siaran ulangan.Astro kan suka ulang-ulang siaran sampai lebam.ops..terkutuk lak

ini dia,drama keluarga dengan tajuknya KELUARGA ISKANDAR.sumber dari sini-Astro Gempak.

Sinopsis Keluarga Iskandar ialah tentang sebuah keluarga yang di ketuai oleh ibunya yang bernama Mak Jah (lakonan Kismah Johar) dan anak-anaknya seramai 6 orang.Setiap minggu ada je kisah menarik tentang keluarga mereka.Yang pasti memang buat kita senyum depan tv.

ni gambar masa anak dia yang nama-Azlan tu kahwin

waktu siaran ialah Selasa-10 malam dia Astro Prima (Channel 105)

KENAPA AKU SUKA?sendiri tanya sendiri jawab nampak?hehe..layan je lah


  1. drama itu nampak hidup macam dialam realiti
  2. watak Mak Jah sebagai mak tu memang very de emak-emak sangat,suka membebel.hehe
  3. pelakon2nya berbakat sebijik cam real(sama je dengan no1.huhu)
  4. ada je topik yang menarik setiap minggu
  5. topik santai yang menghiburkan dan yang penting ada unsur kelakar
  6. bolehlah gelak sampai nampak gigi geraham
dah..tu je ;)

Tuesday, September 25, 2012

Pooja Chopra.Aku Tak Kenal Dia dan Dia Tak Kenal Aku.Korang Kenal?

Eh..dah tengah hari?macam sibuk je aku hari ni buat-buat sibuk.haha.aduhai..pedas giler kicapcili ni.tak pasal-pasal meleleh airmata.

nak tengok aku makan apa?

maggi sup + kicap + cili padi potong


sambil menyuap,buka emel .. baca/simpan apa yang penting dan buang apa yang patut.sebelum buang baca dulu.tertarik dengan satu emel kisah bagaimana seorang ibu membersarkan anak perempuannya saat suami beralih cinta.dah baca sampai abis,sedih pulak rasanya.pastu terus google nama dia 'Pooja Chopra'.eh!ada blog jugak rupanya..

Pooja Chopra


ini blog dia Blog Pooja Chopra .harap2 ini bukan tipu punya la..kisah anak perempuan yang kelahirannya bukan dinanti oleh sibapa tapi kini jadi terkenal bila dinobat sebagai Miss India 2009.aduhai..dahlah baru baca kisah sedih,pilih kasih antara anak kat blog Rai sini.

ni mak dia yang bercerita Neera Chopra is her mother. This is her story.


Neera Chopra lived through abuse, poverty and some tough choices to make her once-unwanted girl child, Pooja Chopra,

Neera Chopras story:

"I don’t know where to begin... they were terrible times. My husband was well-placed, but the marriage had begun to sink almost as soon as it began. Like most women do, I tried to work against all the odds .

My in-laws insisted everything would be alright if I had a son. My first child was a daughter, and that didn’t do me any good... but I couldn’t walk out. I had lost my father, my brother was in a not-so-senior position in Bata. I didn’t want to be a burden on my family and continued to live in my marital home in Kolkata.

I looked after my mother-inlaw, who was suffering from cancer, and while bathing her, I would tell myself she would bless me and put things right.

I don’t know how I tolerated it all. The least a man can do, if he must philander, is to not flaunt his women in his wife’s face. Then began the manhandling. I still wanted my marriage to survive. I was a pure vegetarian and learnt to cook non-vegetarian delicacies thinking it would please him.

Then, I was pregnant again. When Pooja was eight months in my womb, my husband brought a girl to the house and announced he would marry her. I thought of killing myself. I hung on the slight hope that if the baby was a boy, my marriage could be saved.

When Pooja was born a girl, for three days, nobody came to the hospital. There was a squadron leader’s wife on the opposite bed, who was kind enough to give me baby clothes for Pooja to wear. When she was 20 days old, I had to make a choice. I left the house with my girls ‘ Pooja and Shubra, who was seven then. I haven’t seen my husband since. I promised myself, even if we had just one roti, we would share it, but together.

I began life in Mumbai with the support of my mother, brother, who was by then married. It wasn’t the ideal situation, especially when he had children - space, money, everything was short. I began work at the Taj Colaba and got my own place. How did I manage? Truth be told, I would put a chatai on the floor, leave two glasses of milk and some food, and bolt the door from outside before going to work. I would leave the key with the neighbours and tell the kids to shout out to them when it was time to leave for school.

Their tiny hands would do homework on their own, feed themselves on days that I worked late. My elder daughter Shubhra would make Pooja do her corrections... This is how they grew up. At a birthday party, Pooja would not eat her piece of cake, but pack it and bring it home to share with her sister. When Shubhra started working, she would skip lunch and pack a chicken sandwich that she would slip in her sister’s lunchbox the next day.

I used to pray, ‘God, punish me for my karma, but not my innocent little kids. Please let me provide them the basics.’ I used to struggle for shoes, socks, uniforms. I was living in Bangur Nagar, Goregaon. Pooja would walk four bus stops down to the St Thomas
Academy
. Then, too little to cross the road, she would ask a passerby to help her. I had to save the bus money to be able to put some milk in their bodies.

Life began to change when I got a job for Rs 6,000 at the then Goa Penta. Mr Chhabra, the owner, and his wife, were kind enough to provide a loan for me. I sent my daughters to my sister’s house in Pune, with my mother as support. I spent four years working in Goa while I saved to buy a small one-bedroom house in Pune (where the family still lives). I would work 16-18 hours a day, not even taking weekly offs to accumulate leave and visit my daughters three or four times a year.

Once I bought my house and found a job in Pune, life began to settle. I worked in Hotel Blue Diamond for a year and then finally joined Mainland China ‘ which changed my life. The consideration of the team and management brought me the stability to bring them up, despite late hours and the travelling a hotelier must do.

Shubhra got a job in Hotel Blue Diamond, being the youngest employee there while still in college, and managed to finish her Masters in commerce and her BBM. Today, she is married to a sweet Catholic boy who is in the Merchant Navy and has a sweet daughter.

I continue to finish my day job and come home and take tuitions, as I have done for all these years. I also do all my household chores myself.

Through the years, Shubhra has been my anchor and Pooja, the rock. Pooja’s tiny hands have wiped away my tears when I broke down. She has stood up for me, when I couldn’t speak for myself. Academically brilliant, she participated in all extra-curricular activities. When she needed high heels to model in, she did odd shows and bought them for herself.

When I saw Pooja give her speech on TV, I knew it came from her heart. I could see the twinkle in her eye. And I thought to myself as she won ‘My God, this is my little girl.’ God was trying to tell me something.

Today, I’ve no regrets. I believe every cloud has a silver lining. As a mother, I’ve done nothing great." 


Pantaloons Femina Miss India Pooja Chopra’s mother promised, ‘One day, this girl will make me proud’. 
Pooja speaks on fulfilling that promise... "When I was 20 days old, my mother was asked to make a choice. It was either me, a girl child, or her husband. She chose me. As she walked out she turned around and told her husband, ‘One day, this girl will make me proud’. That day has come. Her husband went on to marry a woman who gave him two sons. Today, as I stand here a Miss India, I don’t even know if my father knows that it is me, his daughter, who has set out to conquer the world, a crown on my head. 
"Our lives have not been easy, least so for my mother. Financially, emotionally, she struggled to stay afloat, to keep her job and yet allow us to be the best that we could be. I was given only one condition when I started modelling ‘ my grades wouldn’t drop.

"All the girls in the pageant worked hard, but my edge was my mother’s sacrifice, her karma. Today, when people call to congratulate me, it’s not me they pay tribute to, but to her life and her struggle. She’s the true Woman of Substance. She is my light, my mentor, my driving force."



aku rasa bapak dia mesti nyesal kan bila dah besar anak dia kenali ramai.hehe.eh!aku tak kenal dia la.korang kenal ker?baru hari ni aku tahu dia siapa...lalalalala

Monday, September 24, 2012

Bahrin Tangkai Jering..gila kedekut taik idung masin

masih lagi kisah drama tv.hehe.takde keje lain ke ko Irfa,asyik ngadap tv je kerjanya ye ;).ni pun aku tengok masa duk melepak umah mil sabtu lepas.lepas rancangan Soal Wanita tu aku tukar channel ke tv3.masa tu ada gak drama melalak dari kenit sebab dia nak tengok kartun.ish budak kenit ni.tak jemu2 ngadap kartun macam aku la tak jemu-jemu ngadap citer korea.lama dah tak tengok tv3.kat umah aku memang tak layan la sebab asyik ngadap drama korea je kejenya.huhu


Bahrin Tangkai Jering
aku tengok ni,cerekarama bertajuk Bahrin Tangkai Jering.gila sakit perut aku gelak dengan lakonan Zul Yahya.dia ni suka berlakon drama kelakar.muka pulak macam tak bersalah je

Sinopsis aku sendiri:


Bahrin ni duk kampung.dah kawin dengan Zainab(lakonan Lisdawati) ada seorang anak nama Irfan (abam cakap eh!nama anak dia sama ngan abam la).konon nak mengubah nasib Bahrin ke Kolumpo tinggalkan anak dan isterinya.Memula keje kedai makan gaji sikit badan penat.pastu kawan suh dia try mintak keje sebagai jurujual keta sebab dia pandai bercakap.

Dan dipendekkan citer,mulut manis dia memang bawak rezki.bulan pertama dapat gaji rm5k sebab dapat jual 16biji keta.selepas tu memang dia mewah lah siap boleh beli umah dan keta sendiri.tapi........walaupun gaji banyak dia masih kirim kat anak bini rm300 sebulan.katanya dia keje buruh kontrak angkat batu.bininya yang naif itu percaya la bulat-bulat laki keje kontrak.sangup la makan bercatu dan sambil-sambil tu jual apa yang ada keliling umah untuk top up makan pakai.jual pucuk paku,buat kerepek buat kueh semua la sebab kesian kat laki keje buruh angkat batu tu. 

bila time balik kampung..si Bahrin ni sanggup park keta kat pekan dan naik bas balik kampung dengan pakaian selekeh sesuai keje buruh kontrak.so bini dia tak sangka la yang dia kalau duk bandar pakai smart bawak keta mewah.

kat bandar dia ada ramai makwe.tapi makwe tu tak sempat kikis dia sebab dia kikis makwe tu dulu.makwe ajak beli cincin,dia suh makwe bayar dulu sebab wallet tinggal kat umah.makwe ajak makan dia suh makwe bayar dulu sebab tersalah pakai suar semalam.macam2lah alasan dia sebab taknak kuar duit.sampaikan tol rm1 pun suh makwe bayarkan.

akhirnya dia kantoi bila balik umah nak ambik wallet(makwe suh u-turn balik ambik wallet sebab dah tahu dia mesti akan bagi alasan terlupa)elok sampai depan pagar,bini tunggu depan umah.bini datang nak wat seprise kat laki tapi dia pulak yang kena seprise.pung pang pung pang bini ngamuk mintak cerai dan makwe ofkos la angkat kaki.

tapi aku suka ending dia..(drama komedi so ending pun ada unsur2 lawak jugak la)bini dia tanya ada berapa simpanan dalam bank,dia buleh jawab 'tak banyak.dalam rm60k je'last-last bini buka kedai runcit dan dia jadi kuli bini dia.

watammat ;)

eh,korang ada pengalaman tak dengan orang super kedekut ni.aku adalah jugak,kisah silam yang malas nak dikenang tapi tidaklah sampai kena kikis.cuma bila makan bayar asing-asing.tak cool okey lelaki camtu.kedekut dengan orang lain boleh kot dimaafkan tapi kedekut dengan anak bini memang melampau la.bukan ke lelaki kerja untuk anak isteri ke?hehe



Buah Jering masih dengan tangkainya yang berkait-kait.Buat sambal sedap ni

apa kaitan Bahrin dengan Tangkai Jering?yang pasti bukan adik beradik,sepupu maupun bau-bau bacang.tapi Bahrin kedekut macam tangkai jering.hehe

dulu-dulu aku penah tanya ayah aku 'kenapa kedekut disamakan ngan tangkai jering?' ayah aku kata 'tengok tangkai jering ni.bukan senang nak kopek dan buahnya silap kopek boleh tersepit tangan.dahlah berkait-kait susah nak leraikan'.

apa yang aku tahu..jering sedap dibuat sambal.

caranya:
-jering tua di parut atau hiris nipis.
-tumbuk bawang putih bawang merah,cilipadi dan garam
-panaskan minyak..tumis semua bahan tumbuk.
-masukkan jering,sekeping asam keping,sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit
-tambah sikit air kalau agak kering dan tunggu sampai jering masak

sekian..sedap dimakan dengan nasi panas.daaaaaaaa

dari drama tv sampai ke resepi.apa citer ;)

Suami Seperti Encik Abil,1 Dalam 1000

sapa tengok Tv AlHijrah,rancangan Soal Wanita jam 8.30 malam Sabtu yang lepas?aku tengok pun sebab kebetulan baca akhbar petang tu.so memang aku tunggu siaran ni.kalau tak memang tak tengok.hehe

Malam tu pengacara ada Natasya Hudson.tapi bila gugel jumpa yang ni je.. 

kisah seorang blogger,En Abil yang menulis setiap saat dan hari bagaimana dia menjaga isterinya yang sakit kerana serangan asma sejak Jun tahun lepas.Warkah Buat Isteri nama blognya.Kalau aku kata En Abil ni suami yang 1 dalam sejuta..cam melampau sangat.Penduduk Malaysia pun baru berapa juta.nak letak 1 dalam 10 macam susah je nak tengok kisah macam ni.kisah suami jaga isteri sakit jarang dipaparkan mungkin sebab susah nak jumpa dan mungkin juga diorang yang taknak share dengan masyarakat.betul tak?aku baca blog dia melalui laman blog kakciknurseroja.

Bagi yang belum kahwin mesti berangan nak dapat suami macam dia dan bagi yang dah kahwin akan doa banyak2 moga nanti kalau sakit akan dapat suami yang jaga kita sepertimana macam En Abil jaga isterinya.Fauziah yang dipanggil Gee itu .jangan salah faham,bukan nak tukar suami ye.Aku dah cukup bersyukur dengan 'soulmate ku itu'.

Selalu sangat kita baca,dengar dan lihat bagaimana seorang isteri berkorban dan menjaga suami yang sakit tapi jarang kita dengar,baca dan lihat bagaimana seorang suami buat begitu.So bila lihat bagaimana kisah suami jaga isteri yang sakit kita rasa kagum.Tak ramai lelaki@suami yang mampu buat begitu.Yang tinggal isteri yang sihat walafiat tu bersepah lah.Takde alasan apa pun.isteri baik anak berderet tapi hati dah berubah dan alasannya nak bercerai sebab 'takde jodoh' yelah..takde jodoh.Biasa kita dengar orang kata 'kalau kawin dah jodoh.dah cerai takde jodoh'.betul lah tu..komen lebih2 nanti ada orang hantar hadis kat aku pulak.

berbalik kepada En Abil,lebih kurang begini katanya 'Fauziah saya nikahi kerana Allah.dia jodoh yang Allah beri pada saya.Masa akad nikah saya terima dia seadanya.bukan hanya masa sihat dan senang.Saya jaga Fauziah kerana Allah dan ini ujian untuk saya dan saya terima'.

aku tengok siaran ni dengan mil yang waktu tu tengah tak sihat(demam),meleleh aku tengok airmata mil bila tengok siaran ni.huhu..dengan aku sekali naik sedih.rancangan macam ni pompuan je yang selalu tengok.lelaki pun kena paksa dengan bini baru tengok kot.haha

Kepada EnAbil,tahniah kerana anda berjaya membuktikan bahawa tak semua lelaki itu sama.Selalu orang kata lelaki tak pandai jaga isteri yang sakit dan macam-macam lagi tapi anda telah membuktikan tak semua lelaki itu sama.Bertuah Kak Fauziah kerana jadi isteri En Abil.Semoga dengan izin Allah,Kak Fauziah akan pulih.Amin.

Kalau rasa tak mampu nak tolong cara lain,tolong dengan cara berdoa je pun boleh.tak susah kan?semoga Allah makbulkan doa salah seorang dari kita.Insya Allah

Gigi Sensitif

Salam Semua..

pertama sekali nak bagitau pada yang berkenaan.aku tak pandai tulis bahasa Tamil,rasanya Bahasa Malaysia ni semua orang faham.harap ni kali terakhir aku tulis pasal ni 'kalau dah baca blog ni baca jelah,lagipun blog ni memang open.bukan untuk invite reader je.dan please lah,kalau dah baca tu duk diam-diam je tak payah duk tanya aku 'tengah apdet blog ke ?' Boleh?

*emmmmmmmmmmm..tarik nafas...hembus*

okey..hari ni aku banyak masa abis disini-TENTANG GIGI.dalam banyak-banyak laman yang tulis pasal gigi,aku rasa laman ni senang nak faham.tapi satu je yang tak puas hati,aku takleh tinggal komen.mungkin juga tak tahu cara @ kena daftar dulu kot.takpelah..baca je pun

Jenis-jenis Rawatan Gigi


1) Cuci gigi a.k.a Scaling
Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi (langkah pencegahan)
2) Tampalan/Simen a.k.a Filling
Dilakukan apabila gigi masih hidup (vital) iaitu lubang gigi masih tidak terkena pada saraf gigi
3) Rawatan Akar / Saraf Gigi  a.k.a Root Canal Treatment (RCT)
Dilakukan apabila gigi sudah mati (non-vital) iaitu lubang terlalu dalam melibatkan saraf gigi
4) Sarung gigi a.ka. Crown
Kebiasannya perlu dilakukan apabila tampalan gigi terlalu besar dan berkemungkinan pecah dalam jangka masa panjang.  Dinasihatkan agar dilakukan pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati mudah pecah terutamanya bagi gigi geraham.
5) Jambatan a.k.a Bridges
Dilakukan apabila terdapat kehilangan sebatang gigi di antara 2 batang gigi.  Namun tidah digalakkan dilakukan jka gigi bersebelahan masih elok.  Berfungsi menggantikan gigi seperti gigi palsu cuma bezanya ia akan disimen kekal dengan gigi bersebelahan dijadikan sebagai penyambung
6) Gigi Palsu a.k.a Denture
Untuk menggantikan gigi yang hilang.  Boleh dibuka dan dipasang semula (tidak disimen)
7) Gigi Palsu Sementara a.k.a Immediate Denture
Diberikan apabila cabutan gigi dilakukan.  (untuk kes tertentu sahaja)
8)Tanam Gigi a.k.a Implant
Untuk menggantikan gigi.  Berkemungkinan memerlukan beberapa langkah surgeri (pembedahan kecil) sebelum melakukan penanaman gigi.  Kos lebih mahal tapi lebih estetik berbanding rawatan gigi palsu memandangkan ia menyerupai gigi natural
9) Cabutan a.k.a Extraction
Cabut  cabut  cabut…hanaya bila dah tak dapat nak diselamatkan gigi tersebut
10) Pemutihan Gigi a.k.a Bleaching
Menggunakan sejenis asid yang berkepekatan rendah untuk memutihkan gigi
11) Pengetaman Gigi a.k.a Root Planning / Root Debridement
Rawatan hanya disediakan ditempat tertentu oleh pakar gusi (periodontik).  Diberikan pada mereka yang mempunyai masalah gusi yang teruk dan berkait dengan masalah gigi yang longgar
12) Pendakap Gigi a.k.a Ortodontic
Digalakkan bagi mereka yang mempunyai susunan gigi yang tak teratur pada kadar yang teruk (boleh membawa masalah percakapan, estetik, pemakanan dll jika tidak dirawat)
13) Mouth guard /Splint
Untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sendi di rahang mulut

motif citer pasal gigi?

'SAYA BARU PERASAN YANG SAYA MENGALAMI MASALAH GIGI SENSITIF TUAN DOKTOR.MINUM AIR SEJUK @ PANAS AKAN ADA RASA NGILU YANG AMAT SANGAT'

huhu ;( tapi iklan tv ada kata 'bertukarlah kepada ubat gigi Sensodyne'.konfem menjadi ke?  

Tapi kan,kos rawatan gigi memang mahal.aku ada tanya doktor yang implan (tanam gigi) tu katanya sebatang rm6k.pergh..boleh buat down payment beli keta.kalau tengok drama korea,gigi diorang majoriti lawa-lawa (pelakon muda la..kalau pelakon veteren memang giginya nampak biasa je).sebab tu gigi dan senyuman diorang sepesen je.aku ada baca yang diorang banyak buat plastik surgery dan gigi juga salah satu dari benda asal yang di ubah.mesti mahal gila kosnya kan?sebatang pun dah mahal inikan pula kalau semua gigi.

sapa taknak gigi cantik berseri dan indah tersusun bak mutiara macam ni (ayat dalam novel selalu kata gigi tersusun bak mutiara kan)

contoh gigi cantik tersusun
ini gambarajah gigi manusia

umur dah meningkat..kalau gigi masih penuh macam ni adalah satu bonus 

pssttt..Sabtu aku dah jumpa doktor gigi.siap rekues kat kaunter 'dik,akak nak Dr Ma jugak.taknak doktor lain.lama tunggu pun takpe' hehe.serik aku jumpa selain dari Doktor Ma.dari tak sakit jadi sakit.huhu

check itu ini,siap x-ray bagai dan penyudahnya doktor kata '1 gigi kena tampal dan 1 gigi lagi kena buat rawatan akar(rct-root canal treatment) '.semuanya geraham tu pasal agak ngeri sikit.tapi dah sakit punya pasal...redha jelah

selalu nasihat kat anak-anak supaya jaga gigi tapi biasalah,masa budak-budak aku dulu pun bukan paham.dah tua baru nak nyesal.tua ke? huhu

kena makan makanan yang lembut takut nanti tampalan sementara tu tercabut.lama lagi tu nak tunggu 5hbOctober baru dapat jumpa doktor untuk buat root canal tu.makan bubur jelah nampak gayanya.bubur pun buburlah..janji boleh makan

Friday, September 21, 2012

Peramah Luar Dan Dalam

ada blog yang kalau kita baca blog dia 
ayat-ayatnya macam melambangkan dia seorang yang
peramah
ceria
happy go lucky
kiranya semua adalah senang citer
tapi
bila jumpa kat luar takdelah peramah mana pun.

korang pernah jumpa?
aku pernah jumpa dan aku rasa malu 
sebab aku heges-heges tegur dia
huhu

tapi fikir + jelah
mungkin dia penat balik keje masa tu
eh!masa tu hari bekerja ker?
ntah...aku pun lupa

jadi korang jangan terpedaya
peramah di blog tak semestinya kat alam nyata dia juga peramah 
takpun mungkin dia jenis lambat panas engin
tapi kalau dah kenal
boleh bercerita dari subuh bawak ke zohor 
sambung lagi sampai masuk asar
ambik napas 5 saat pastu sambung lagi sampai Magrib 
dah masuk Isya' baru abis cerita

hehe

kalau nak tahu korang peramah ke tidak jom join
sesi beramah mesra sambil makan-makan
disini


AHAD-23 SEPTEMBER 2012
tak payah malu-malu
kita-kita je


peta lokasi tempat kejadian bakal berlaku

aku pegi ker?
tengoklah..kalau ada yang sudi bawak
sampailah aku kesana


daa 

Berkawan Biar 1000 Tapi Takkan Sama Dengan Yang 1 Itu

hari ada bz sikit.
tapi blog tetap tak lupa nak apdet.haha
gigih kan?


nak tanya
korang masih ingat siapa kawan baik masa sekolah rendah dulu?

.....masa sekolah rendah dulu .....
aku ada 3 orang kawan baik
1 pompuan dan 2 lelaki
kami sekampung
tapi sekarang hanya sorang yang masih berhubung
itupun sebab kami sedara jauh,bau-bau belacan gitu
tapi 2 lagi dah hilang dibawa arus
apapun aku doakan mereka bahagia
walau dimanapun berada

....masa sekolah menengah..
aku ada group kawan baik
tapi 2 orang yang paling rapat
kami masih berhubung dalam facebook
nak jumpa memang susah la sebab semuanya ada komitmen

selepas itu kawan silih berganti
kawan tempat kerja
dengan macam-macam karenah
yang mengundang tawa dan juga air mata
semua itu adalah kenangan

tapi
ingat lagi tak masa zaman sekolah dulu,katakan A dan B berkawan baik.
kemana2 pun bersama.ke library mahu pun ke kantin pasti bersama.dalam kelas pun duduk sebelah menyebelah.pastinya sentiasa ada cerita yang menjadi bahan ketawa mereka berdua.



keakraban mereka di cemburui oleh rakan lain dan juga guru kelas.
akhirnya salah seorang dipindahkan tempat duduk nun dibelakang sana.


sehari dua hari..mereka masih bersama tapi kerana tempat duduk sudah dipisahkan..banyak masa mereka tidak lagi berdua.ada pula rakan baru yang mengambil tempat.lama-kelamaan hubungan itu menjadi hambar tak seperti dulu lagi

itu kisah zaman belum baligh

percaya @ tidak ..perkara itu berlaku juga di alam pekerjaan...

kerana keakraban mereka 'di cemburui' maka mereka dipisahkan dengan bermacam alasan
nampak remeh tapi lama-kelamaan hubungan akrab itu menjadi suam-suam kuku.
bukan tak bertegur sapa
tapi yang pasti hubungan akrab tak sama macam dulu

aku sangat menghargai semua kawan-kawan
kawan lama
dan juga kawan baru
tapi
andaikata kita tak seperti dulu
maafkan aku
walaupun kita terpisah
oleh jarak dan waktu
tapi kenangan bersama kamu dulu
masih tersimpan disudut hati ini
ditempat paling dalam

'perghhhhhhhhhhhhhhhhh ayat'
agak-agak kalau air mata tak menitik
tapi 
air hidung yang menitik kira oklah tu

daa

apa motif?
entah

Thursday, September 20, 2012

Shila Amzah @Asean Wave 2012

tak keluar lunch ke korang?
aku malas nak kuar sebab tadi dah bekfes 4 keping roti celup telur.kenyang lagi ni ;)

masa yang terluang meh layan You Tube,sebab nak cari video Shila Amzah yang katanya nyanyi sampai meremang bulu roma juri kat Asean Wave tu.okey dah jumpa...

emm .. mungkin sebab aku pun memang minat lagu Adele,Set fire To The Rain maka meremang jugak la bulu roma bila Shila yang nyanyi.dia pun ada nyanyi Lagu Cina,tajuk Forever Love dan ada sorang amoi,nama Lau Wan Yin siap pakai kain batik dan berkebaya nyanyi lagu Siti Nurhaliza,Bukan Cinta Biasa.walaupun sebutan ada sedikit bunyi pelik tapi abaikan jelah..itu dah kira bagus dia boleh nyanyi dengan betul.ada kes yang lahir dan duduk Malaysia sampai tua pun tapi langsung tak tahu berbahasa Malaysia.aku rasa cina yang dengar Shila nyanyi pun akan kata ada sebutan yang tak betul.kan?

bila tengok semua ni rasa macam 1Malaysia sangat kan?harmoni gitu...buat apa nak gaduh2.

ni masa nyanyi lagu Set Fire To The Rain

dan ini masa nyanyi lagu cina,Forever Love

lagu Cina,rasanya dia memang ada basic cakap cina kot

dan ni baju yang dia pakai..

lawa kan?
tadi jenguk blog BeutifulNara dan baca komen kat en3 pasal Shila Amzah ni.emm..dalam banyak2 komen + tak ketinggalan komen -..ada je yang kena,tak suka jangan tengok.apa susah kan?takde sapa paksa dan takde hukuman pancung kepala suh kita suka.

aku suka je .aku tak pasti dia menang ke tidak tapi tahniah sebab dapat sampai tahap tu
tahniah dik Shila Amzah,pstttt..ko baca tak blog akak ni?ye..akak dah tahu jawapannya

latest update 21/09/2012:TAHNIAH..SHILA AMZAH JADI JUARA ASEAN WAVE 2012

RM di Baris Pertama SinarFM

HAI :)
SELAMAT PAGI..

pagi ni entah kenapa mata macam ada gam uhu cap gajah duduk (eh!gajah duduk bukan kain pelikat ke?).mungkin ini natijah kerana melayan drama korea malam tadi.dah la citer tu abis jam 1pagi pastu baru je nak lelap en abe baru balik keje,layan en abe borak sampai jam 2pagi.mana tak ngantuk.huhu

mata ngantuk ker?jom kita layan radio.aku suka layan SinarFM sebab lagu-lagunya sedap ditelinga walaupun agak retro.zaman mak ayah aku ni tapi mungkin faktor umur,aku pun dah suka layan lagu-lagu macam ni.tapi itu tak bermakna aku tak layan lagu zaman sekarang.kan ke feveret aku adalah Yuna Zarai.hehe.

peraduan dapat duit cash di Baris Pertama di SinarFM bersama Dj feveret aku,Abby Norfanaskova aka Kak Bed.perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..kan best kalau tengah-tengah bulan ni dapat duit cash selepuk rm3100.dahlah rasa lama sunggu tunggu gaji bulan ni,mana tidaknya sebab bulan lepas dapat gaji awal.tu pasal rasa lamaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat nak tunggu gaji bulan ni.oh ye,bagi orang lain mungkin sikit rm3100 tu tapi bagi aku macam-macam benda boleh beli tu..nak terbang gi jalan-jalan ke Swiss macam cik puan Chawanna pun boleh ni.hehe.mata ngantuk ni mula la otak berangan macam-macam.

DARI SINI
satu je aku perasan,kalau bukan kita yang call..masa tu laju je otak menjawab soklan.tapi cer kalu kita yang buat panggilan tu..rasanya kelu lidah kot.

penah aku @#%^*& bila ada pemanggil tak dapat jawab soklan yang super duper senang.masa tu aku rasa kalau aku call konfem menang punya.tapi cakap banyak pun tak guna kalau call pun tak.hehe.

seingat aku la,aku penah menang ruangan warkah sembilu dalam majalah Gelihati masa sekolah dulu-dulu tapi hadiah tak sampai kat tangan aku pun (ala..hadiah pun cuma naskhah percuma untuk bulan tu je.bukan peti ais 3 pintu pun) walaupun cuma hadiah majalah percuma tapi ralat jugak sebab aku takde copy tu..sebagai kenangan katanya.hadiah hilang di pejabat pos,rumah2 dikampung aku takde peti surat.semua surat sampai kat kedai depan simpang je.sapa-sapa pun boleh ambik surat tu.huhu..tu pasal kalau bercinta zaman dulu mesti kantoi ngan mak ayah.eh!aku ada ker?lalalalalala

korang pulak penah ke menang peraduan ?radio,tv @ majalah?
mesti bestkan..

emmm..nak call ke tak nak kak Abby ni?kalau dapat tembus talian tapi takleh jawab mesti  malu kan?adoyai..belum cuma dah takut,apa cer...


Wednesday, September 19, 2012

Umie,Adik Ajaa Nak Satu

tadi post pasal trench coat idaman aku,hehe.sekarang pulak terbekenan dengan gambar ni.comelnya coat yang anak blogger Chawanna ni pakai.berkenan pulak rasa hati.mana nak cari ni?ops..sekarang suka lepak blog Chawanna ni sebab suka tengok gambar percutian mereka yang super duper lawa itu ;)




mungkin ada kat Universal Traveller?emmm bape rm agaknya size kecik cenggini.kalau beli mahal-mahal pastu pakai sekali je mesti rugi kan?lainlah kalau ada baby lain menunggu ..hehe

bye..dah 5.30 ready to go back
tata

Excuse Me,Trench Coat Selai.. ;)

bila dilanda kebosanan..ginilah jadinya



cik,bagi saya trench coat selai..extra cheese yer



lawa kan?
*sila angguk laju-laju*

Tanda-Tanda Anda Adalah Suami/Ayah Yang Bagus @ Tidak Bagus

hari ni buat keje sambil layan ceramah Ustaz Kazim kat You Tube.tajuknya 'Rumahku Syurgaku Volume1'.videonya amat panjang dan banyak yang beliau cakap tapi yang ini je buat aku tertarik nak share



kepada lelaki,tanda anda adalah suami/ayah yang bagus

ayah/suami yang bagus
-bila anda outstation,anak dan isteri merindu anda.

+ibu,ayah mana?
-ayah kursus
+bila ayah balik?
-lagi 2 hari
+ala...lamanya.rindu la ayah.tak best la ayah takde

-kepulangan anda ke rumah disambut dengan gembira oleh anak/isteri dimuka pintu

ayah/suami yang tak bagus
-bila anda outstation,anak dan isteri bersorak riang anda takde kat rumah

+ibu,ayah mana?
-ayah kursus
+bila balik?berapa hari kursus?
-lagi 2 hari
+ala kejapnya,kenapa tak kursus sebulan.lagi bagus

-tiada siapa pun tunggu kepulangan anda dengan muka gembira

kalau anak/isteri tak gembira bila anda dirumah..pasti ada sesuatu yang silap disitu.kenalah perbaiki dimana silapnya

lagi contoh yang buat aku gelak ialah 'kenapa suami suka lepak kedai mamak?adakah sebab masakan mamak itu lagi sedap@ ada sebab lain?'

kata ustaz Kazim 'kalau suami akak-akak suka lepak kedai mamak sebab mamak tu pakai kopiah ada bendera Malaysia tu,cuba akak-akak duk umah pakai kopiah 1Malaysia tu.mana tahu lepas ni suami akak-akak suka duk umah'

hahahaa..sakit perut aku gelak.

tiba-tiba aku teringat kat ayah aku dikampung,ayah aku selama hidupnya memang tak suka minum kat kedai kopi.lebih suka minum teh-o kat umah.samada mak aku yang bancuh @ ayah aku buat sendiri.

apa motif aku tulis ni ye?oh..nak bagitau konsep baiti jannati 'rumahku syurgaku'.sehebat mana pun hotel 5 bintang dengan segala kemudahan dalam satu bilik tapi rumah sendiri jugak yang kita selesa.

ai..baru kul 9.00 lebih dah ingat nak balik umah ker?hehe

mood celaru:lepas Fb dan email kena 'godam' rasa nak tutup blog pun ada.huhu

Tuesday, September 18, 2012

Pengumuman Penting

ada sesapa dapat emel dari mawarni79 tak?
ni nak bagitau..itu bukan aku yang hantar.
aku pun tak tahu sapa tah yang 'berjaya menyamar jadi aku tu'.

alkisah bermula pada tarikh yang sama aku tulis 

aku dapat emel dalam akaun emel pejabat
emel tu datangnya dari akaun emel aku sendiri
mawarni79@yahoo.com
itu memang akaun emel aku dan emel tu jugak untuk akaun blog ni
tapi aku jarang guna dan memang dah lama tak buka 
tiba-tiba dapat emel dari diri sendiri tu aku tak senang duduk

hari ke hari nak bukak akaun emel yahoo ni
baru hari ni menjadi kenyataan
mula-mula macam susah nak masuk tapi last-last dapat jugak masuk 
ish..sebijik macam masa aku nak buka akaun FB tu
ada notification kata ada percubaan untuk buka emel ni 

bila ku belek-belek akaun tu
banyak emel mengarut yang aku tak hantar
tapi dihantar pada semua contact fren
arghhhhhhhhhhhh gila la ;(

pendekkan citer cuma nak bagitau
emel mengarut-ngarut dari 
mawarni79@yahoo.com
tu bukan aku
dah tu je nak bagitau

daaa

Tips Menghafal Surah Lazim

macam tak percaya aku bagi tips*jom tepuk pengakap..pertama kali aku nak bagi tips ni..bukan senang tau*

tips apa?jangan sebarangan bagi tips,nanti tak pasal2 kena cop ajaran sesat.hehe,gurau je..

okey ini dia tip menghafal surah lazim dalam muqaddam.korang ingat ke semua surah dalam ni?kalau tanya aku,surah pendek aku ingat lah.kalau panjang tu konfem ingat-ingat lupa ;)
 
aku pakai muqaddam ni..abam punya kaler merah
gambar dari sini 
tara....................inilah caranya

-AJAR SENDIRI ANAK MENGAJI TAK PAYAH HANTAR PADA ORANG LAIN..tapi sebelum itu sediakan bahan-bahan asas iaitu

1-korang mestilah tahu mengaji dan tahu serba sikit hukum tajwid

dan paling penting

2-sebakul kesabaran

dengan mengajar sendiri anak mengaji,insya Allah..korang boleh mengingat surah-surah dalam Muqaddam itu.takdelah bila solat asyik ulang surah An-Nas dan surah Al-Ikhlas je (macam cakap kat diri sendiri pun ada.huhu)

muqaddam belum abis lagi ni.
harap2 khatam la sebelum hujung tahun 2012

muka masih menten..

senangkan?

korang nampak je muka dia macam tenang ibarat air di kali.jangan terpedaya sebabnya gambar episod akhir aku tak letak.nanti abam marah.hehe

gambar last haruslah dah banjir airmata.dekat2 musim tengkujuh ni memang selalu banjir.umah aku selalu sangat dah banjir airmata abam lepas solat Maghrib..itu memang waktu untuk dia ngaji.nak lagi sakit ati,si adik suka ajuk bacaan abam.haha..sedap je ditelinga aku bila kenit ajuk abam dia baca dengan loghat pelatnya itu. 

sori sebab buang masa korang melayan entri orang pemalas 

3 Hari Yang Padat Dengan Aktiviti Makan2

Morning u olls...Salam Syawal dah tamat,sekarang dah masuk bulan Zulkaedah.

Boleh aku lupa hari ni hari Selasa.huhu...mati-mati ingat hari Isnin.dahlah malam tadi last episod drama korea,Bravo My Life aku lupa tengok sebab ingatkan hari Ahad.uwaaaaaaaaaaaaaaaa.bila member citer ending drama tu pagi tadi,aku cuma dapat bayangkan je macam mana ending watak2 dalam drama tu.aku harap dapat tengok ulangan nanti.

Hari ni aku puasa ganti yang dah tinggal 2hari tu,konon nak bagi perut rehat sebab 3 hari cuti Sabtu,Ahad dan Isnin asyik makan je kerjanya.

Sabtu paginya sarapan kat PijaHut.punya banyak order sampai terpaksa tapau bawak balik.memnag nafsu sungguh la.dan petangnya patutnya pegi kenduri sorang kenalan dan dia jugak blogger tapi rasanya blog dah tak apdet lagi sebab aku cari blog dia tak jumpa.Aku kenal dia sebah dia penah menang dalam mini contest yang pertama kali aku buat.teka teki teka tekuk tu bertajuk Destinasi Percutian dan dia jawab dengan betul iaitu 'France'.masa tu dia komen sebagai anon dan takde blog.aku suh dia emel alamat sebab nak post hadiah.ada la beberapa kali berbalas emel dan tak lama tu dia bukak blog sendiri sebelum dia dapat masuk maktab perguruan.lepas dah masuk maktab dia senyap kejap mungkin sibuk dengan study dan kami jumpa balik dalam Fb,dia ni pangkat adik la dari aku.Majlis belah dia jauh so aku cakap nak datang majlis belah lelaki di Ampangan,Seremban.sebelum tu aku dah bagitau dia yang majlis belah dia memang tak dapat hadir sebab jauh  tapi akan cuba hadir belah lelaki sebab dekat sikit.namun kita hanya mampu merancang,bila tiba hari kejadian aku tak dapat hadir sebab sikenit tak berapa sihat.dia cirit dari hari khamis lagi dan hari jumaat nampak melepek sangat.dahlah 'soulmate' diluar kawasan masa tu.risaunya aku sampai tak lena tido takut jadi apa-apa ditengah malam .alhamdulillah..lepas bagi 100plus,kenit nampak bertenaga sikit.

boleh je kalau nak pegi kenduri petang sabtu tu sebab adik-adik sudi je nak bawak tapi risau kenit yang baru nak sihat,aku lupakan je niat nak makan nasi kenduri.maaf dik Liza (kalau dia baca la) memang takde jodoh kita nak jumpa tapi akak doakan moga bahagia milik kamu berdua.

malamnya tapau sate pastu gi lepak umah adik lelaki aku..buat macam rumah sendiri sebab masa kami sampai dia takde kat umah sebab pegi beraya.sejam kendian baru dia balik.lepak sampai jam 11 malam baru aku balik umah.

Ahad.. syawal terakhir dan petangnya aku beraya umah bos.pegi dengan adik-adik je sebab en abe keje petang.masa tu perut pun dah kenyang sebab dah masak kat umah..pegi beraya buat syarat je lah.makan ala kadar je.bukan apa,tahun ni usaha jugak datang sebab segan last year bos jemput aku tak pegi.tahun ni jemput lagi..tak pegi cam melampau la pulak.

balik dari umah bos,singgah lagi umah adik lelaki yang aku pegi semalam.duk sana sampai malam,aku ni nama je adik-adik duk dekat.kalau tak pegi..berbulan aku tak pegi rumah dia.kalau dah start pegi..ulang kali la pulak.

Isnin..duk umah je memang dah plan nak lepak umah je hari ni..adik-adik semua ada dan tambah sorang sepupu datang.dia duk dalam kem askar di Melaka saja datang umah sebab bosan makanan dalam kem.nak jugak rasa masakan rumah.so aku main masak-masak je hari ni.tak cukup masak nasi,goreng bihun lada hitam sekuali dan makan dengan sambal kicap.lepas makan baring layan tv,agak-agak perut dah kosong bangun lagi makan.gitulah dari pagi membawak ke petang dan disudahi dengan sedikit nasi lauk berlauk ayam sambal sebelum tido.huhu.kalau lah perut ni boleh bercakap mau dia menjerit 'hello tuan perut,hujan ribut pun tahu berenti,ko ni tak berenti makan apa hal?' hehe

okey..stop dulu.ada keje nak kena setel ;)


Saturday, September 15, 2012

Aktiviti Malam Selepas Anak Tido

buat apa malam-malam?

ni dia

sebelum kejadian


dan 
selepas kejadian


aku tak boleh buat keje bila anak jaga
bila anak tido macam-macam benda aku buat

lipat kain
basuh pinggan
basuh baju
mop lantai
cuci kipas

padahal bukan ada anak kecik 
yang masih merangkak suka mengacau
tapi aku rimas

aku suka buat keje sorang-sorang
dimalam yang hening
ditemani bunyi cengkerik
kelassssssss kan?

korang pulak acaner?
bila masa lipat kain?
pagi,petang,siang @ malam?

tu je?
aiyaaa.. itu pun mau citer ker?
suka hati ko la labu

Friday, September 14, 2012

longchamp-le-pliage idaman ku

idaman hati buat masa sekarang
belek website sampai lebam

kalau boleh nak yang ini




yang ni pun boleh juga



tapi sekarang yang ni dulu


pastinya bukan asli tapi pelesu
ada aku kisah?
dah bosan nanti 
aku buh baju kenit untuk ke umah pengasuh
tak la ralat sebab rm20 je pun

kalau nak ori 
paling cikai kena ada USD150
duit kita dalam rm450
bukan tak mampu
dapat gaji boleh je beli
tapi lepas tu ko pandang je beg tu
sementara tunggu gaji akan datang

'itu hanya kehendak,bukan keperluan'
pujuk diri sendiri nampak
hehe

korang pulak acaner?
hanya beli yang ori @ tak kisah apa pun?
aku dua-dua pun boleh
ada duit 'BOLEH'
takde duit 'BOLEH BLAH'

cau