Friday, January 11, 2013

Abam Genap 8 Tahun

Salam Jumaat untuk semua
hari berlalu sangat cepat sekarang
rasa macam baru je Senin
dah Jumaat pun hari ni

okey ..today Abam story

  
Bulan January juga bulan kelahiran si abam
Berkongsi bulan sama dengan Ichik dan Adik Ajaa dan Atok (FIL)
beza cuma 2 hari 
adik 9 hb dan abam 11 hb
sama besday ngan Tok Ti
nak bagitau jugak ke?huhu
Happy Besday Tok Ti,kita sebaya kan?

berbeza dengan si kakak dan si adik
yang lahir di nogori sembilan
abam sorang je dilahirkan di tanah kelahiranku
Gomo Kelate Gomo
dan baby paling besar aku lahirkan setakat ini
berbanding si kakak dan si adik yang cuma 3kg lebih
abam lahir 4.4 kg
sampai di gelar 'awang besar' oleh arwah makcik aku

dan kenangan paling mencabar masa dalam pantang
dia macam pandai tengok jam
waktu lain dia tido,tapi tepat jam 12malam dia buka mata
berjaga sampai pagi
uwaaaaaaaaaaaaaa 
mataku bertukar jadi 'mata panda'

paling kuat sentap semasa kecik
sampai umur 6 tahun kalau tak silap
pantang silap sikit terus jadi patung 
apa pun tak boleh
nasib baik bila dapat adik hilang sentap itu

apapun doa umie
semoga abang membesar jadi anak soleh
berjaya dunia akhirat

-kami sayang abam-

kisah pagi ini
aku tulis atas kertas kecik
'SELAMAT HARI JADI KE 8 UNTUK ABANG '
dan selit bawak mangkuk brekfes dia
(2 biji telur separuh masak + 2 keping roti bakar)
dan aku pun keluar sidai kain

dia datang sambil berbisik
'umie jangan cakap kuat2..hari ni hari jadi ayah ke?'
alahai..
aku silap,patutnya tulis 
'selamat hari jadi ke 8 untuk abam'
dah dia salah paham ingatkan besday ayahnya
ai..takkan ayah 8 tahun kot.hehe

bila aku cakap 'besday abam lah'
dia jawab 'oh.ok.ada keluar makan2 tak?'
emm..nantilah umie fikir

16 comments:

aNIe said...

Happy Birthday buat Abam..semoga membesar menjadi anak yang soleh...berjaya cemerlang di dunia dan di akhirat...

bujal X said...

happy birthday abam~~seb baik da besar slim~he~~

NinaAz said...

Selamat hr jd utk ank bjang akak. ;)

pB said...

anok sulung kak pB pun lahir pada 11 hb Januari.

Tahun ni genap umur dia 17 tahun

lienda said...

hepi birthday abam,dah besar yea...

Aqu Mad said...

Happy Birthday buat Abam, jom main pes nak tak? hehe

cheqna said...

Haha
Birthday ayah tu
Happy birthday abam
Moga dilindungi allah sentiasa

4feet8 said...

selamat ulangtahun kelahiran yg ke 8tahun.. hehe..

Acik Erna said...

selamat hari lahir yang ke 8 abam,semoga menjadi anak yang solleh

Ratu Hatiku said...

Hehehe...
Selamat harijadi ABAM semoga menjadi anak yg soleh berjaya d dunia akhirat.

MOKCIK AZWA said...

Happy birthday Abam!!

Nieda ramly said...

Tahniah utk abang dan selamat ulang tahun.
Nanti besar jadi hero umienya.

kakchik@ella said...

Selamat HariJadi Adik. Chewahhh .. KC perasan muda lak. Hihihi.

rumah kuning said...

ayat last tu yg best. Ada keluar makan-makan tak?
Happy birthday abam. Jadi anak yg baik tau...

ummiross said...

happy birthday abam, moga membesar menjadi anak soleh yang menyejukkan hati ibu dan ayah.

Rai Ourkizuna said...

happy birthday abam.. alahai.. siap bisik tanya besday ayah dia ke apa.. kalau aku, anak aku tanya gitu aku lepuk dulu baru jawab.. hahaha.. takkan besday bapak sendiri hang lupaaaa..