Skip to main content

Adegan Biasa Depan Pagar Sekolah

Sekejap je dah masuk pertengahan bulan Januari,rasa cam baru je masuk tahun baru 2013.Apa cerita hari ni?Aku macam biasa je,bangun pepagi,uruskan anak sekolah.bersiap nak gi keje.bla bla bla

Dah sampai opis..belek itu ini,kerja memang tak pernah habis jadi kena plan apa nak buat hari ni.Yang penting di dulukan,yang tak berapa urgent kita tolak tepi dengan konsep 'esok masih ada'.hehe.Sibuk macam mana pun blog kena update,sebab kalau tak menconteng kat sini ada rasa ruang 'kosong' dalam hati.

Ada ketika kita buntu takde idea nak merepek kat blog.Aku ada idea untuk menyelesaikan masalah 'kekeringan idea' itu dengan cara lompat baca dari blog ke blog.hehe,dari situ korang akan datang idea nak merepek.Tapi tak boleh buat selalu,takut nanti ada yang tak suka.eh!korang kalau tak suka aku link kan blog korang dalam entri aku,sila bagitau ye..

ok,baca blog Dikja aka Tijah tentang ini,dan aku juga ada kisah yang nak di kongsi.Maaf kalau ada yang terasa ye kalau tak buat salah kenapa nak terasa ye ;)

Sekarang sesi persekolahan dah bermula..pepagi jalan dah start jem..huhu.ai okey je sebab ai tak drive,tumpang kawan dan aku jadi mem kat belakang.Aku memang punya habit suka perati gelagat orang.Ini situasi biasa depan pagar sekolah..gelagat ibubapa dan juga gelagat anak2 mengikut pemerhatian aku

1-ada anak di hantar ibu,ada anak di hantar oleh si bapa samada naik kereta @ motor dan ada juga yang jalan kaki dan tak kurang yang kayuh basikal..ada naik van dan bas sekolah.yang naik perahu je aku tak nampak sebab takde sungai kat situ.hehe (okey..tak lawak) 

2-ada kaum ibu yang pakai baju tido hantar anak ke sekolah..ni mesti kes nak cepat (selamba pakai baju kelawar merah tudung bunga2 kaler hijau sambil bawak motor,very the colour block.huhu)    

3-ada anak yang masih kena pujuk untuk masuk pagar sekolah (dah 1/2 bulan nak oi..masih belum ada kawan lagi ke?)

4-ada anak yang bermuka ceria ke sekolah sebab dah ramai kawan menunggu (ni seronok datang sekolah nak belajar @ nak jumpa kawan?)

5-ada anak yang bajunya sangat kemas (baju dan seluar bersih dan bergosok),samada ibunya seorang yang rajin @ anak orang berada (berbaju baru setiap hari konsep pakai buang macam cerita Papadom lakonan Aflin Shauki dan Liyana Jasmey tu..hari2 pakai kasut baru,stok kasut sekolah penuh satu bilik stor.kotor je buang dalam tong sampah dan pakai kasut baru dalam kotak.kelazz sangat).

6-ada anak yang bajunya dah hilang warna putih dan uniformnya berkedut seribu (samada dia anak orang susah @ ibunya tak peduli @ takde masa nak belek baju anak disebabkan anak2 ramai).

7-ni lagi satu kes 'bakar darah'.Stok pentingkan diri sendiri.Hantar anak depan pagar sekolah dan berenti kat tengah2 jalan lalu menghalang jalan orang lain.huhu.takat benti,anak turun terus jalan tu okey lagi..ni dah benti,turun pulak bukak pintu untuk anak..salam dan cium pipi kiri kanan dan tak lupa dahi sekali..pastu hai hai bye bye..eh ada lagi,selok poket keluarkan wallet bagi duit belanja dan siap pesan 'nak,duit ni beli makanan berkhasiat ye,jangan beli jajan tau..not good okey' perghh...berasap je keta belakang rasa cam nak sondol je dengan gelagat dia tapi dia boleh buat selamba badak je..adoi,senak perut tengok gelagat macam ni

eh korang semua baik2 kan?takde yang buat pe'el no 7 tu kan?

okey.sekian research saya untuk hari ini.kita sambung lagi dengan tajuk yang lain ;)

Comments

Kakcik Seroja said…
Yang no 7 tu memanglah akan membangkitkan kemarahan!
4feet8 said…
yg no 7 tu mmg grr.. org nak cepat jd lambat..
azieazah said…
Kak Azie buat stail orang kampung. Semua pegi sekolah berhantar minggu pertama saja. Pastu pandai pandai la. No time nak pesan itu ini kat pagar. Nak cium salam segala bagai, buat kat rumah siap siap.
Aqu Mad said…
kenapa tak horn :)
bangsawan nilai said…
aku gi keje, anak2 aku lum bangun lagi...
jadi, sebelum tido mlm dh siap cium tgn ...hahaha
HeNRieTTa JoSe said…
hehehe....macam macam ragam kan...mmg zaman skank rietta tgk...mak ayah sangat caring...kadang kadang anak anak xde pape pown...mak ayah wsau terlebih....
NenetPenne (NP) said…
no. 7 tu best..tu namanya selfish...

ada jugak mak bapak yagn kalau boleh nak parking kereta betul2 depan pintu pagar sekolah..mcm anak dia jer yang sekolah kat situ... sib baik tak bagi laluan masuk dalam kawasan sekolah, kalu tak, depan pintu bilik darjah mak bapak nak parking kereta... huh memang bakar darah nih...
izawani said…
Sib baik akak jenis perambat anak cepat cepat keluar dari kereta, salam skit skit, duit bagi siap siap dalam keter atau kat rumah... hehehe... 3 anak nak layan sorang sorang ? Nak mampus kena maki ?

Tapi yang selalu hantar abah mereka.
~adeQ~ said…
my version is 'BAKAU DAGHAH" hahahahah...- orang melaka...
IndaMarya said…
tu you tak tengok yang siap sikat rambut anak lagi.walhal di belang queue dok tunggu dia lepas.so bila anak dia masuk kelas saya ckap la esok tak mau la sikat rmbut depan jalan tu ganggu orang.anak dia jawab, "dh pakai topi kledar teacher rmbut semua dah kusut,ok nnti saya ckp dgn ayah." when I found mak dia baru meninggal, tk sampai hati dah nk kata apa..sikat la tengah jalan pun.suka hati dia..kesian punya pasai..
Cikgu Ma said…
hai..macam mana nk bela anak kembar ni kalo mcm2 pe'el ni..haha...berangan
♥cikmOt♥ said…
saya tak terlibat dengan semua hal di atas...hehehe
Irfa said…
#kakcik..
bukan tak boleh.nanti ada lak yg marah saya tulis cam ni tp biarlah berpada2..fikir orang lain juga

#4feet8..
semua org nak cepat ;)
biar lambat asal tak kena carut

#kak azie..
hehe.saya dulu2 ayah hantar hari pertama je.mak mmg xdtg sekolah pun.adik beradik ramai nak urus.pandai2 la nak hidup ;)

#Aqu Mad..
saya xde hon..dan saya cuma pemerhati tiada kaitan dgn ini pilem ;)

#bangsawan-nilai..
mesti anak2 dalam mamai kena salam
hehe

#rietta..
sbg ibubapa mesti nak buat yg terbaik tp tgk juga keadaan..buat semua yg perlu kat rumah kan senang.jgn masa tu baru nak buat semua..sian kat org lain juga

#kak net..
mmg sekolah tu dah 'diharamkan'hantar dalam kawasan sekolah..luar pagar je boleh tp ada jugak pesen x reti bahasa park betul2 dpn pak guard tu..huhu
-Sara- said…
ehehehe..no 7 tu memang nyakitkan ati! hehe
Mummy Sher said…
Geramnya no 7 tu..sakit hati tau!
shida said…
heheh.. teringat masa hantar Irfan ke sekolah ahad lepas, Dia heran tgk ada sorang mak budak tu masuk dlm sekolah pakai kain batik ngn baju singkat... saya cuma jwb.. mak dia bgn lambat.. tak sempat tukar pakai seluar atau kain lain.. :-)
Tijah said…
Hahaha. Tunggu la pibg 18hb ni aku nak memekak dlm mtg. Aku dah aim dah muka mamat 3 beranak tu.
Unknown said…
saya hantar adik pegi sekolah pakai tshirt dgn kain batik je bawak motor,, malas nak tukar baju huhu
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Bahaya kak nadia kalau pakai kain batik bawa motor,, saya dulu pun pakai kain batik je bawak motor jalan jalan,, last saya kemalangan kain batik saya terbelit kat motor,, terus jatuh saya,, kain batik saya pun habis tertanggal dah,, menangis saya malu
Unknown said…
Di buatnye terlondeh kain batik tu dah jadi satu hal pula mak budak terlanjang dalam sekolah..pakai kain batik dah tentu tak pakai seluar kecil punya

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')