Skip to main content

Anak Sulung @ Anak Pertama

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Rabu kepada korang semua yang sudi singgah sini.Hari ni aku bersarapan sup telur,buat malam tadi tapi penat sangat dan lupa makan.huhu.Takpe,kita buat bekal datang keje.

Okey..ni nak cerita,dalam entri semalam-sembang bersama jiran,ada satu komen yang buat aku tertarik.aku suka baca komen korang tapi minta maaf sebab adakalanya aku tak reply komen tu.Bukan sombong tapi tak tahu nak reply macam mana.Okey ini dia komen tu..(baru je kenal blog ni)


dah lama aku perhatikan benda ni dan aku selalu  rasa macam kena dengan diri aku (ini kisah pengalaman aku..lain orang,lain cerita).Komennya 'petuanya msti check anak sulung bagi cemerlang dulu.insyaAllah yg lain akan ikut jejak.insyaAllah'

Bukan mudah jadi anak sulung..orang kata besar tanggungjawabnya.Aku anak sulung dan bertemu jodoh pun dengan anak sulung juga(aku anak sulung 6 beradik,en abe pun anak sulung 6 beradik jugak).Dulu2 masa aku budak dan akalnya pendek,aku selalu berangan untuk ada abang@kakak.Pernah buat 'cerita pendek' sebelum tido macam mana kalau aku ada abang@kakak.hehe 'eh kamu,jangan buli kita.nanti kita bagitau abang kita suh pukul kamu'.eh sori,aku kecek kelate so dialog itu adalah selepas di terjemah.wakakaka

Selalu aku perhati,kalau anak sulung masuk U,adik2nya ramai akan ikut jejak.Kalau anak sulung keje kilang,ramailah adik2nya lepas tu ikut jejak keje kilang.Kat kampung aku ramai kawan-kawan sekolah jadi misi (lepas Spm mintak jadi misi) maka adik2nya lepas sorang2 masuk kolej kejururawatan jadi misi macam kakaknya juga.

Kadang2 pernah terdetik dalam hati 'nyesal tak belajar betul2 masa sekolah.kalau tak,mesti dapat masuk U.disebabkan aku tak masuk U,adik2 aku pun sama tak masuk U'maksud aku masuk U lepas tamat Spm,bukan yang masuk U lepas dah kerja dan belajar sendiri.Itu lain cerita.Walaupun dalam kes en abe,adik2nya masuk U jugak walaupun abangnya tidak.Apapun bersyukur sebab semuanya berjaya jadi orang.hehe.Alasan kan?zaman sekarang ni rajin ngan malas je..bersepah orang masuk U,kerja sambil belajar.   

Sebenarnya itu cuma kebetulan,tapi banyaknya macam tu la.Bila anak sulung berjaya ke U,adik2 ada semangat nak ikut jejak kakak/abang mereka ke menara gading.Orang kata 'anak sulung ibarat perintis jalan' @ ayat senang paham 'anak sulung tebas jalan untuk adik2 terus melangkah'.Besar harapan aku semoga kakak menjadi contoh yang baik untuk adik2nya.Itu doa seorang ibu moga Allah perkenankan doa ku itu.

Okey itu je nak cerita,nak kongsi cerita korang sila ke kotak komen ;) 

Comments

Zareda Norman said…
Mmg betul bukan sng jadi anak sulung. Kak long kak zar berkorban utk adik adik sampai dia pun belajar setakat mce je. Smpi sekrang dia macam mak.mak jaga adik adik.

Tapi zaman sektg kak zar perhatikan klu anak sulung lelaki.. manja kemain.. semua hal dia org lain uruskan.. so dia membuli adik adik.. nukan semua tp kebanyakan nyer. Tapi kak zar ank sorang dialah sulung dialah bongsu.. kami sll tekankan pada dia.. buruk naik dia kena usaha sendiri dan dia yg akan tentukan bench mark.. tak ada org lain dah..
-Sara- said…
ermm kdg kebetolan je kot kan..
Eh, yeke? Entahlah...aku tak nmpk lak mcm tu upenye. Aku sokong komen Sara. Kdg seme tu kebetulan.

Ade anak sulung yg cemerlang, tp adik2 tak ikut. Ada anak sulung tak blaja abis. Tapi adik2 seme masuk U. Mmmm...
IndaMarya said…
dear Irfa, you je bru kenal my blog .saya dh bnyk kali brtamu kat blog you.he he.alright psal anak sulung tu, in my case saya sndiri ni anak sulung dn hnya smpat ke college prguruan saja.jdi cikgu.sebab sara adik2.sbab tu saya nekad ank sndiri msti blajar setinggi mgkin.pengalaman sndiri memang ank sulung saya really mke sure dpt nmber 1 setiap kali peksa di sek rendh.bila smpai sek menengah bdaya rajin tu dah lekat pda diri dia.adik2 of course kena rajin.or else malu dgn kakaknya.now bila smua dh brjaya and kakak dh gapai gaji 5 figure dia pulak gnti saya jaga adik2nya.yg bongsu di univrsiti lagi.yg lain dah kerja smua. pengalaman sbagai guru bnyk mengajar saya, perhati, kaji dn apply for my own children.u are stil young my dear.I pray u too wll be a proud mother one day insyaAllah.and one more thng dont stop doa pda Allah, sntiasa brbaik sgka dgn Allah.doa ibu tk da hijab.smpai trus pda Allah.happy mothering Irfa..have a nice day ahead.
NenetPenne (NP) said…
kebetulan je kot..
mungkin ya mungkin tidak bergantung kepada individu tu sendiri..

apapun usaha tu tangga kejayaan... nak berjaya cepat, sila guna lif...ha ha ha... kalau nak berjaya kat office, sila guna aircond 4 horsepower...

peace!
bangsawan nilai said…

berjaya atau gagal dalam kehidupan tidak semestinya diukur dr sudut material...
abg long aku tak sekolah tinggi pun tapi adik-adiknya alhamdulillah berjaya
Dr K said…
Hmmmm...mungkin ada kebenarannya..anak sulung merintis jalan,memberi motivasi kepada adik adiknya utk berjaya macam mereka
emarieys said…
ema pun anak sulung dari 3 adik beradik semuanya perempuan..suami ema pun anak sulung dari 4 beradik... ema belajar sehingga diploma..tp adik-adik setakat SPM saja terus dua-dua dah berumahtangga...belah suami pula suami belajar sehingga diploma dan adik-adik semuanya mengambil diploma juga.. dan kemungkinan ianya hanya kebetulan..dan rezeki masing-masing.
shida said…
erm.. bukan mudah sebenarnya nak pikul gelaran kak long atau abg long.. semuanya menjadi ikutan... klu kita pernah buat benda tak elok.. tp bila kita nasihat adik2 supaya jgn buat mcm tu... mesti diorang akan jwb.. akak dulu pun teruk jugak... ermmm
Ratu Hatiku said…
Saya pun anak sulung khwn pun ngan org ank sulung :D
Yunus Badawi said…
Saya pun anak sulung. Adik bongsu saya cuma beza 16 minit dgn saya.

Saya kena rintis jalan jugak ke? ....ngeeee
Luna said…
kalau pglmn peribadi mmg mengesahkan juga lah perkara ni. anak sulung tunggak...yg lain akan mengikut.mudah2an semua anak2 Muslim berjaya dunia akhirat.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')