Friday, January 4, 2013

Bila Mak Mengandung Lagi

Oh,baru ternampak satu entri dalam draft..ni kisah pada malam tahun baru yang lepas.Aku kan tak kemana..duk umah layan tv dengan adik aku.Kami 'sakit perut gelak' sebab melayan telemovie bertajuk 'Bila Mak Mengandung Lagi' kat Astro Prima.Adik pompuan aku siap cakap 'mintak jauh la dari ma kita mengandung dalam umur sekarang.Tak sanggup dapat adik lagi'



sumber dari sini

Sinopsis:
Bila Mak Mengandung Lagi mengisahkan perjalanan sepasang suami isteri, Anuar, 55 tahun dan Rahimah, 53 tahun yang sudah bercucu dan sudah pencen ingin menikmati kehidupan selepas tamat bekerja. Angan-angan mereka adalah untuk menjelajah mengililingi dunia, menonton perlumbaan F1, memancing dan lain-lain lagi. Anak mereka mula risau kerana orang gaji mereka melarikan diri dan tiada orang untuk menjaga anak mereka. Mereka mengharapkan maknya untuk menjaga anak mereka namun mereka enggan kerana tiada masa, sibuk untuk berjalan-jalan. Namun segala-galanya tidak seperti dirancangkan apabila mak mereka mengandung lagi. Saksikan kesudahan cerita ini.

Adik aku macam tak leh terima tapi aku lain pulak,minggu lepas mak aku demam dan pening2.katanya lain macam peningnya.aku sempat mengusik 'aik ma..biar betul.pening muntah kenapa?takkan nak dapat adik baru kot' dan mak aku jawab 'eh jangan buat gila.dah tua2 ni nak beranak lagi.tak mungkin..dah banyak tahun 'cuti'(menopause la maksudnya.betul ke aku eja ni)'.

Aku sempat jugak melawak ngan mak aku 'kalau ada pun takpelah..bagi kak je yang jaga'..macam arwah paksu aku dulu..banyak masanya dengan mak aku,sebab masa nenek aku lahirkan paksu aku tu,umur nenek dah 45 tahun.Sebagai anak pompuan paling tua..mak aku banyak jaga paksu aku tu dan aku pun rasa paksu aku tu macam abang aku.bukan macam bapa sedara dah.Alfatihah buat Paksu.Ops lupa nak bagitau,tahun 2013 ni mak aku dah 55 tahun.  

Tapi..bila jumpa doktor,katanya mak aku mungkin silap makan dan demam urat je bukan ada apa2 pun.Walaupun itu tak mustahil terjadi..macam kes kat India tu yang namanya Omkari Panwar (dari sini).


ni dia Omkari Panwar..melahirkan anak di usia 70 tahun
anak kembar lagi tu
Kuasa Allah..siapa kita untuk menahannya.Usia itu cuma angka..kalau dah ditakdirkan menimang cahayamata diusia yang sepatutnya bermain dengan cucu..apa daya kita untuk menahannya.Tapi orang kata banyak risikonya mengandung di usia yang dah lanjut.Tapi bukan bidang aku nak mengulas..so kita bagi pada yang pakar je untuk ulas pasal tu..cerita aku pun sekadar suka suka saja

okey sekian ;)

17 comments:

faraherda.razalan said...

Hehehehehe....ko nyakat mak ngan adik ko eh? Menyengih aku baca. Tapi, 70 dpt anak kembar? Aku ni ntah bile lagi nak kasik Aydin sorang adik!

Kakcik Nur said...

Kali terakhir kakcik mengandumg dan melahirkan di usia menghampiri angka 40. Itu pun rasa 'segan' sangat nak pergi buat check-up!


Lynn Hamzah said...

hehehehe...

Yunus Badawi said...

Ok apa ada anak lagi di usia 40an sebab masa Saidatina Khatijah r.a berkahwin dgn Rasulullah s.a.w umur beliau 40 tahun . Dapat anak 6 orang.

Emak Adam melahirkan Adam semasa dia dah berumur 40an. Alhamdulillah sihat. Skrg Adam dah masuk tadika ...... ngeeeee

Irfa said...

#fara..
mmg saja ngusik mak aku.hehe
insya Allah ada rezki utk aydin dapat adik nanti ;)

#kakcik..
kakcik tgk tak drama tu?mmg best giler..kelakar sgt watak khatijah tan bawak watak ibu mengandung dan suaminya si razak ahmad.saya harap ada ulangan nanti.mak saya pun lahirkan adik bongsu saya di usia 40 tahun.beza saya dan adik bongsu 19 tahun,sekarang dia di form 3 ;)

#lynn..
eh gelak je?

#YB..
ha'ah la kan?lupa pulak kisah tu.huhu,dapat 6 org anak lagi,..tq sbb ingatkan saya.

azieazah said...

Saya dulu siap pasang nekad, nak stop beranak sebelum age 35. Ngam-ngam jer bersalin anak ke-6, masa umur tu, kena operate terus "pasang mangga" terus. hehehe

Irfa said...

#kak azie..
ada org cakap,nak pasang mangga tu bukan semua boleh buat.ada yang doc tak sarankan kalau umur muda lagi.emm
kalau 6 tu rasanya cukuplah kot ;)

~Cik Viva~ said...

Nak tengok ulangannnn.....

HeNRieTTa JoSe said...

klu rietta pown....rietta nk amek adik tu....rietta yang jagakan....xkisah lah, ank anak anggap paksu tu mcm abang sendiri...xde hal...

makchaq said...

Makchaq pun dpt Nafisah masa umur 45 tahun
sebelum nak teruskan plan risau jugak sebab faktor umur, tapi lepas buat research sikit dan check tekanan darah & gula dekat hari2 selama setahun(siap beli mesin semua), Alhamdulillah dapat Nafisah..

QasehnyaRania said...

mcm menarik je kan...
lambat atau cepat rezeki kn..
mcm saya ni tak tau bila nk dpt bb.. umor makin meningkat ;)
in shaa Allah ada juga nanti kan

~ yus ~ said...

makcik akak mengandung anak ke 7 pada usia 45 tahun di kala anak sulungnya dh pun berusia 22 tahun. Ok je tngok dia, tp kak yus tak nak kot, ini harap2 last lah ni, baru nak masuk 37 pun dah tak larat rasa ...huhu.

Marina Monroe @Nanie said...

Salam Ziarah,

Huishhh..auntie last melahirkan anak keempat umur 30 tahun. Memang plan macam gitu..Alhamdulillah diperkenan Allah akan perancangan tsb.


~::PermatA::~ said...

Tak tengok pulak cite tu..mesti gelak sakan klu tengok..

Ummu Mishkah said...

Subhanallah,Allah maha kuasa,kun fayakun!;)

Lady Windsor said...

sekarang kalau ikut kajian dr, wanita boleh mengandung sehingga usia 45 tapi the best time is sampai had 35 saja...the rest tu memang akan ada risiko kepada ibu..

tengku aeril said...

Hahahaha