Skip to main content

Handphone Hilang,Whatsapp dan Viber

Adus..sakitnya pinggang.dari minggu lepas,semalam dan sampai hari ni buat filing 2012.Alhamdulillah tepat jam 1.00 tadi semuanya setel.Sakit dan lenguh tangan,pinggang dan juga mata rasa cam nak terjojol tengok nombor.penat mengalahkan orang menoreh getah 10 ekar.macam la ada pengalaman menoreh padahal kat mana letak tanah kebun getah ayah pun aku tak ambil tahu.huhu.

oh ni nak citer kisah hilang handphone Sabtu lepas,suspek utama ialah si kenit.Pagi itu dia orang yang terakhir pegang henpon aku,dia dengar lagu sambil edit photo.tambah crown atas kepala umie,tambah misai kat muka abam.hebat anak2 zaman sekarang.takde dah adegan menconteng kertas @ dinding.sesekali ada gak sesat meninggalkan bukti contengan di dinding.bila kena marah tahu pulak melalak.Takpe nak,umi simpan hasil karyamu ini sampai kamu dewasa..

Oh berbalik kisah hilang handphone itu,dah tengahari..aku mula mencari2 dimana gerangan henpon sebab nak tanya khabar kakak tapi henpon tak dijumpai.Segenap ceruk dalam rumah dicari,si abam dan en abe dikerah sama.Last2 keluar rumah dan balik Cheras tanpa henpon.merasalah bebas dari henpon selama sehari semalam.No call,No sms.Rasa cam duk dalam gua tak tahu kisah manusia lain.Eh dulu okey je takde henpon kan?.

Ahad..petang tu balik dari Cheras mencari lagi,bawah lemari,celah sofa..semua negatif.Tapi akhirnya si abam jumpa dalam bakul basikal si kenit di laman rumah.Bercampur dengan menan yang lain.Muskil aku macam mana boleh sampai situ?Sib baik basikal tu park bawa bumbung.Kalaulah basikal itu kat laman dan malamnya hujan,konfem kembang henpon aku berendam air hujan.Orang kata rezki masih ada

Meh berkenalan dengan henpon aku.

dari kiri
1-jenama norkiah,sekarang jadi buku telefon
2-jenama norkiah juga.ini handphone opis.
dah takde telefon meja lagi sekarang ni
3-jenama Songsang..ini la kegunaan sekarang
Okey..alang2 citer pasal henpon.meh orang tak berapa celik IT nak berkisah tentang teknologi sekarang.Kisah bermula bila kesayanganku Nokia N73 buat hal (lama aku pakai dia.5 tahun kot kalau tak silap..dah boleh masuk tadika ni kalau ia seorang budak la) dan dia mula meragam.Memula tak boleh nak ambik gambar..memory full katanya.dah delete pun full jugak,terjadi kisah 200 keping gambar di terdelete tiba2 walaupun salah sendiri.nak delete sekeping dua je tapi pegi select all dan delete.huhu

Kendian dia buat hal,takleh tekan butang..hang memanjang.huh!nak marah je rasa..maka dengan meragamnya dia aku pun survey la pengganti yang baru.Sebelum ni memang setia dengan en Nokia je tapi kali ni nak merasa pakai henpon boleh touch-touch tu maka pakailah Samsung Galaxy Young.ala Y je pun bukan S3 @ Note yang menjadi igauan.nak mengigau pun tak mampu.huhu

Hari pertama pakai henpon baru hampir2 nak ku humban ke dinding sebab tak tahu nak angkat call dan juga jari jemari yang agak gebu ini sukar nak menaip sms.huhu.lama2 okey je,boleh bersms sambil drive lagi arghh kantoi,sila jangan ikut perangai ini.

Dan kendian baru tahu pasal Whatsapp..pandai sikit lepas godek2

www.whatsapp.com

lepas tu terbaru,kenal ini pulak Viber namanya,bukan Justin Bieber.hehe.orang kata viber lagi bagus..boleh buat call,free pulak tu.ai like mende free very well

www.viber.com

tapi semua itu berfungsi kalau ada talian internet.kalau takat menumpang wifi free maka redha jelah bila ada ketika lembabs cam siput sedut.

sesapa nak ber whatsapp dan ber viber dengan aku,silakan..nah nombornya,jangan lupa save ye 014-1234444,tekan tak dapat-dapat ;)

Comments

Unknown said…
RASA TERTARIK LAK DENGAN VIBER TU,NAK GIOGLE LA..SAYA PUN BUKAN TAU BENA2 GITU..HEHEHEH..

##NAK GAMBAO?AMBIK JE LA MANA2 GAMBO DALAM BLOG TU..JANGAN AMBIK BLOG SUDAH LE..HEHEHEH
NenetPenne (NP) said…
hilang dalam timbunan mainan tak per, yang akak punya berkubur dalam lubang tandas... nangis tengok jer hp tu... ha ha ha...
Nieda Ramly said…
ada tepon pintar , untung berviber dan whatsapp. jimT duit
Irfa said…
#diana..
ada pun bukan selalu guna..
eh kena la mintak izin sbb dalam pagar awak ;)

#kak net..
hah?mcm mana jd cam tu
hilang hp boleh beli baru tp nombor2 penting dalam tu yg susah nak dpt balik

#kak nieda..
tepon je pintar tp tuan tepon x berapa pintar sgt pun.auta je lebih
hihi
Unknown said…
Tumpang laluuuuu..
Nak kwn dgn adik manis yg sorang ni boleh ke?
zino said…
cantik no.. mahal tu hehe
makchaq said…
Makchaq tepon pesen lama pun asyik tersalah tekan.. Tak pandai2.. Nak angkat call pun kadang2 tersalah, jadi memang tak boleh la nak paki yg canggih2 ni..
lupekanje said…
best jugak citer pasal henpon....accik skrg minat hak klasik... biaq pi org asik duk tukaq jenis canggih manggih, tpi accik paksa anak carikkan jenis klasik jugak. Sib bek Nokiah ni ada lagi kluarkan model klasik...sebab apa menarik minat accik?? sebab...........betrinya tahan lamaaaaaa.. stakat nak besms ngan buat call..cukup si klasik menemaniku...hehehe..nt nk update blog pasal henpong gakla..da lama tk hapdet tuh.. haha.
IndaMarya said…
nasib baik jumpa na, kalau hilang terus boleh menangis tu.maklum banyak bnda dlm phone, nmber2 penting segala...
Biarlah rahsia said…
Irfa...tepon k.bi pun pernah termasuk dlm bakul basikal anak, dalam mesin basuh, dalam raga moto ayah dia...kena hujan...terus takleh guna...
MOKCIK AZWA said…
hadoii..kalau azwa hilang hp..cara nak cari call no kita tu lepas tu ikut kat mana bunyi nada dering. tapi ada masa tak jalan juga, sebabnya budah bertuah yang main dgn hp tu dah pi offkan hp..hadoiii...berhari2 juga mencari tup2 jumpa dalam timbunan kain hahaha..

oo nak gi google gak apa bende viber nie...
Mulan said…
nak cari hp hilang boleh miss call je kan tapi kalo bateri dah kong sakit lah jawabnya..

whatsapps, viber dll.. macam2 kan..
Irfa said…
#kak sham..
tq sudi singgah.kita pun nak kawan kakak jugak tp kenot masuk akak punya rumah la..huhu,pls open the door fr me ;)

#abah zino..
mmg lawa pun..org bertuah je ada no mcm tu ;)

#mak chaq..
hp dulu2 lagi tahan lasak rasanya
bateri pun cepat abis hp pesen baru ni

#acik..
tulis jgn tak tulis.igt lagi tak hp nokia butterfly yg memula sekali keluaran takde antena tu.hihi

#IndaMarya..
ye,hp ibarat diary bergerak.nak beli brg dapur pun tulis note dalam hp..no accaount dan segala mak nenek dlam tu

#kak bie..
hahaha ada kisah jugak ye ;)

#kak azwa..
selalunya jumpa sebab buat miss kol ada nada dering tp kali ni dia buat gi tekan 'vibration'huhu

#mulan..
mmg bateri dah nak kong pun masa si kenit buat main..nak pulak dia tekan vibration mmg tipis la harapan nak jumpa
Anonymous said…
byk nyer hp

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')