Wednesday, January 2, 2013

Hati Di Dalam Teramat Risau

adik no 3 yang dipanggil Ichik oleh anak2ku
lunch time,sambil makan tangan menggugel penawar dan rawatan untuk demam denggi.kisahnya,adik lelaki no 3 tu baru balik dari kampung menghabiskan cuti tahunan.mak kata 'dah demam masa nak bertolak dari kampung' (aku siap kol 2 hari lepas suh kirim stok tempoyak sebalang dua tapi mak kata,adik xnak bawak sebab dia demam.lagipun naik bas..kang berbau tempoyak satu bas tu.aku bukan apa..hantu gulai tempoyak adalah dia..gulai tempoyak hari2 pun dia okey je).

ingatkan demam biasa2 je..tapi malam tahun baru katanya kat spital ambik darah..suspect demam denggi..eh risaunya hati.tapi dibagi ubat je tak tahan wad pun.semalam dia balik umah aku,memang muka nampak monyok habis..muka pun merah menyala sebab panas.

hari ni ke spital lagi..sekarang kat ER di Kpj Somban.macam2 petua aku baca kat google

-minum 100 plus (dah suruh dia minum semalam)
-jus daun betik (harap2 jiran sebelah tu ada pucuk betik)   
-sup ketam
-blend epal hijau tanpa gula dan minum airnya
-minum air pucuk jambu

nanti akan aku usahakan salah satu petua itu

apa petua korang nak share..sila kongsi ye.
tq 

11 comments:

Kakcik Nur said...

Kakcik biasa dengar pasal sup ketam je...

Semoga Ichik segera sembuh sepenuhnya.

faraherda.razalan said...

Spital mana yg bg ubat je tu? Melampaunya!

Anamarza Sue said...

Tak pernah kena so memang tak de petua, tapi petua sup ketam tu pernah dengar, try la

makchaq said...

Minum air banyak2, sebab katanya virus dia akan keluar dengan kencing.. tak tau la betul ka tidak, tapi kalau masuk hospital pun dia akan masukkan air sampai asyik ke tandas.. Khadijah pernah kena denggi berdarah, warded dan kena masuk air berbotol2..

~Cik Viva~ said...

Buat la sup ketam..

Daddy Ziyyad said...

Yg paling penting, minum air kosong byk2...sup ketam tu pun bagus.Moga cepat sembuh

Aidah said...

Ha ah. Minum air banyak2. Betul tu. Semoga adik Irfa cepat sembuh ya.

Zareda Norman said...

Denggi mmg x de ubat cuma minum.aur masak berbanyak dan suo ketam tu macam menjadi je.. cubalah srmoga cepat sembuh

Lady Windsor said...

Irfa
yang akak biasa dengar pun pasal makan sup ketam tu saja..yg penting kena minum banyak air..dan sentiasa update dengan dr..

Mak Wardah said...

Ya Allah, semuga Inchik cepat sembuh

bangsawan nilai said...

aku penah kena denggi.
minum air bnyk dan 100 plus berbotol-botol. sbb demam denggi takde ubat. kena tahan wad pun diorang masukkan drip air je. tapi hospital akan pantau la. doktor ambik darah hari hari tengok platelet.
selain tu wifey buatkan sup ketam dan kak lang buatkan rebus air pucuk betik. telan gak la wp pahit gile.
badan memang lemah la, sup tu utk beri tenaga.