Saturday, January 26, 2013

Hobbit Flight Safety Video by Air New Zealand

Aku baru layan satu video kat You Tube bertajuk Air New Zealand's Hobbit Safety Video.Ini gara2 terpengaruh dengan blogger Z@ck yang baru balik dari konvo kat sana (suka baca blog bakal cikgu ni).Aku rasa video ni baru je kot sebab masa aku kesana 3 tahun lepas belum ada lagi.Tengok video ni rasa macam nak balik kampung kedua ku  pegi NZ lagi sekali.Tapi bila kah?Biarlah masa dan $$ menentukan..

tukang cakap

anak2 kapal  

penumpang 

agak2 terkejut tak kalau tiba2 muncul
di belakang seat korang? 
airplanes yang di cat cantik bertema Hobbit

Safety video cuma ada untuk kapal besar.Tapi kalau kapal kecik,anak kapal buat demo depan seat tu je.Ramai aku perhati (aku pun buat jugak sebenarnya.huhu) ramai orang tak bagi perhatian pada safety demo kat depan tu.sian cik adik manis dan cik abang yang hensem itu bercakap sorang2.Ada yang buat pandang tempat lain,baca paper,belek kuku..buat-buat tido.

Agak2 kalau berlaku kecemasan,apa nak buat ye?Tak kisahlah penerbangan cuma 55 minit KL-KB tapi aku tetap gemuruh bila kapal langgar 'awan jahat' inikan pula kalau penerbangan belas-belas jam.Minta dijauhkan dari kemalangan di udara mahupun darat..jangan lupa baca doa naik kenderaan ;)

Okey..ready for take off,please fasten your seat belt...hehe

13 comments:

ina ku said...

hai irfa. sama la dengan saya, penakut yg amat naik flight sampaikan suami geleng kepala. yer la, mcm 1st time pulak hahaha. klu langgar awan yg sarat air tu lg la, kecuuut jer perut. masa balik msia last year for good, cuaca mmg x cantik, ada ribut kt aussie on that time klu x silap. mmg kecut jer bila bergegar tu tp kan long distance ni kapal tu besar so kurang rasa la impactnya. cuba klu naik air asia... waaaa, mau rasa 45 minit mcm 4 jam hahaha.

ooppss panjang pulak komen..hehe. filem hobit tu kan penggambaran kt nz tu yg promosi kaw2. emh, irfa dulu pernah stay kt nz ke?

aQu Mad said...

citer ape nih ?

zino said...

kawan zino baru balik tengok rumah Hobbit kat New Zealand tu hehe

Rai Ourkizuna said...

Kalau yg explain tu cik adik manis atau cik abam hemsem aku tgk laaa.. Hahaha..

combi said...

da tgk! gelak2 aje..hahaha

Irfa said...

Ina..
betul tu.klu ada org sblh boleh tumpang kekuatan.klu tkde,pegang tgn sdiri le jwabnya.
saya ke NZ cuti2 je.tptnya sgt cantik dn tenang.rasa mcm nk pegi lg ;)

Irfa said...

aQu Mad..
itu video keselamatan dlm kpl terbang.ada dlm you tube.cuba cari

Irfa said...

Abah Zino..
mmg ada prkampungan hobbit kat NZ tapi kmi x smpt pegi.masa suntuk sgt

Irfa said...

Rai..
amboi ko,pilih rupa tu ;)
klu kcemasan tk pandang dh tu semua.kena tgk sbnrnya utk nyawa kita

Collagen rumpai laut said...

Saya pmbkal PMC dari sabah..saya jual 100gram RM15 untuk yang kuning gred AA. RM25 100 gram untuk yang purple gred AAA. Untuk tempahan lebih dari sekilo saya ada pakej harga borong.untuk yang berminat nak cuba atau berniaga boleh sms saya 0172778056 atau facebook page kami www.facebook.com/Collagenrumpailautsabah atau blog kami www.collagenrumpailautsabah.blogspot.com

Henrietta Jose said...

Menariknye....jap nk p terjah blog sana....

MOKCIK AZWA said...

Salam..hehehe sama la kecut perut bila kapal langgar awan..hehehe..

selalunya sebab kesiankan pramugari dgn pramugara bercakap sorang2 kat depan tu, azwa pandang la jugak kat depa hehehe..

NenetPenne (NP) said...

akak still akan pay attention kalau steward atau stewardess tu buat demo kat depan tu...

tapi actually kan, entah2 depa pun harap2 kalau passenger tak tengok depa... hiksss....malu oooo bila semua mata memandang..