Skip to main content

Kebaikkan Vitamin C

Ok..ni bukan bertujuan mempromosi ye kenkawan semua.Aku tidak menjual apa2 produk kesihatan @ produk kecantikkan buat masa sekarang (masa akan datang aku tak pasti sebab kita tak boleh membaca hari depan).

Kenapa aku tidak berani menjual?sebabnya aku sedia maklum dengan statement 'kalau nak menjual produk kecantikkan,haruslah lihat diri sendiri'hehe (aku pun selalu pandang orang dulu sebelum membeli,kalau dia pun size xxxl pastu jual produk kurus,aku akan fikir 16kali sebelum percaya dan kalau dia 'bermuka suram' aku check sendiri testimoni produk itu sebelum beli produk kecantikkan yang dia jual.jadi aku sedar diri,maka aku tak berani menjual apa2 produk pun). 

Dipendekkan cerita..last week singgah baca blog kakciknurseroja tentang kebaikkan vitamin C kepada kita,jadi aku pun terlintas nak share pengalaman sendiri.wah!macamlah dah ada kesan..hehe.ops sebelum tu aku terperasan ramai jugak yang masuk blog aku dengan keywords 'evening primrose oil' ini mungkin sebab aku penah buat satu entri tentang tajuk tersebut..ramai jugak yang komen,ada yang pakai nickname 'anon' pun share testimoni diorang.kalau rajin nak baca,sila klik sini EPO

Aku bukan sangat rajin makan ubat (demam pun kalau takde orang hulur ubat dengan air suam,aku rela tido je dengan harapan moga aku sihat bila bangun nanti.huhu)

okey..banyak sebenarnya yang tulis kebaikkan vitamin C ni..contohnya sini dan sini (share beberapa laman dan korang boleh cari sendiri kalau rajin eh>apasal ramai yg tulis ni promote Shaklee?aku tak de kaitan dengan Shaklee..harap maklum ye).

antara kebaikkan vitamin c ialah (dari blog kakcik)

klik untuk lebih jelas nanti mata rabun baca tulisan kecik 
alkisah..jumpa kawan sekolah dulu.dia bagi free EPO dan Vitamin C untuk aku.dah dapat free,makan jelah..tak baik membazir.Nampak gaya lepas ni aku kena asingkan bajet untuk membeli vitamin bagi diri sendiri kalau dia mendatangkan kesan yang bagus.Kalau tengok rega kat farmasi boleh tahan jugak harganya.Aku perasan,bangsa Cina paling ramai memborong vitamin kat farmasi siap bawak bakul.Bagusnya mereka kerana sedar akan kepentingan menjaga kesihatan.aku selalunya lalu je depan rak vitamin tu tapi tak membeli pun.hehe

Vitamin C dan Evening Primrose Oil
-kotak ubat,isi siap2 dalam tu simpan dalam handbag
senang nak bawak kemana2
Sekarang ni aku cuba istiqamah kan diri untuk makan 2 benda tu.setakat ni EPO memang nampak kesan,terutama tumit kaki dah rasa tak kering sangat macam dulu2 cuma Vitamin C baru mula ambik hujung Disember lalu so tak tahu apa kesannya lagi.

Apa2pun..kesembuhan atas sesuatu penyakit itu datangnya dari Allah tapi kita sebagai manusia kena berusaha.Ubat atau apa2 vitamin tambahan itu cuma perantara.Harap2 apa yang aku makan itu tidak mendatangkan keburukkan pada masa akan datang.

korang pulak,apa supplement yang korang wajib makan setiap hari?kongsilah..bagi semangat sikit kat aku yang baru nak belajar makan supplement ni.umur dah 30an baru nak kenal supplement.huhu.oklah kan dari takde langsung,better late than never kata omputeh.

eh macam tak percaya aku tulis entri berilmiah hari ini..ye ke?takpelah..dah kata 'sharing is caring' kan?

Comments

Unknown said…
aku makan iron folic ngan vit c la skang ni.. ngan multivitamin..epo kena tunggu laa.

aku sejak amal vit c jarang selesema.. resdung pun almost hilang..
HeNRieTTa JoSe said…
blom mam vit C yang brand hebat hebat...just yg beli kt farmasi jerr..
bujal X said…
lelaki makan nanti muka jadi macam jaafar onn tak? putih gebu tu~~he~~
Irfa said…
#rai..
aku pun baru nak belajar
yelah umo pun bukan makin muda.
oh vit c tu bagus utk elak selsema ye
tq :)

#rietta..
pun samalah..mahal tak semestinya bagus ;)

#en bujal..
x pasti la pulak..putih gebu aku x pasti..putih kelabu ye kot.hahaha
Nieda Ramly said…
akak pun mkn EPO . sejak tu dtg bulan pun elok tak geong dah.
Vit C belum lagi.
Tapi akak amalkan juga Rose Hip Oil utk wajah.
Biarlah rahsia said…
Bagus Irfa..akak pun br nk start ambil EPO semula...dulu2 dh mkn....pastu amalkan garlic, susu kambing, zaafaran tinggal terus EPO...rasanya perempuan yg akan masuk usia 30 an patut amalkan vitamin supaya badan sentiasa kekal bertenaga dan sihat sentiasa utk menjaga makan minum keluarga, anak2 dan suami...
azieazah said…
Kak Azie pun kena selalu amik Vit C sebab takut kena selsema batuk. Satu keluarga kami sentiasa ada stok Vit C.
Evening PrimeRose tu pun makan juga sebab nak kasi hormon stabil.
Sakit tumit pernah kena teruk dulu, tapi masalah hilang bila amal makan pil Spirulina.
Skang ni, supplement dah tak murah, kena ada bajet tertentu.
Lady Windsor said…
thanks for sharing Irfa,
setakat ni akak tak berani nak makan vitamin c yg suntik atau serbuk ke atau minuman. yg akak pernah ambil ialah shaklee punya vitamin c..dan ia memang terbukti sangat bagusnya cuma reganya maut! tak mampu ahkak nak beli sokmo...hehe
Kamsiah yusoff said…
lain brand,lain harganya kan...dulu2 akak dok balun Amway punya vit c...dah lama habis...kdg2 kalau rajin..rembat kat farmasi...
QasehnyaRania said…
ya betul tu.lamabt atau cepat bergantung pada penerimaan antibodi seseorang kan :D
Anonymous said…
jom lawati page
www.facebook.com/numiesvitamin

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')