Tuesday, January 22, 2013

Sembang Pagi Bersama Jiran

Pagi tadi..macam biasa.lenggang kangkung nak ke simpang depan rumah (member pick up aku kat situ) kebetulan masih awal dan nampak akak jiran tengah siram bunga.So menyinggah bertanya khabar (jarang dapat beramah mesra dengan jenjiran ni..mana tidaknya,keluar rumah matahari belum muncul,baliknya dah nak nampak bulan..sabtu ahad sibuk buat kerja rumah.melipat + membasuh + mencuci + mengemas dll.nampak sibuk kan?hehe).

+ Aku
= Akak Jiran

+ siram bunga kak?
= taklah akak main golf ni

(gurau je..biasalah,permulaannya senyum dan bermulalah sesi beramah mesra..kebetulan anak lelaki akak tu baru balik dari surau)

+ ni yang belajar kat Rusia tu ke?
=eh tak,ini yang no 2.yang kat Rusia tu belum balik lagi

+oh lama ye dia kat sana.kadang2 saya konfius anak akak yang no berapa sebab muka dahlah serupa dan diorang macam sebaya je

= anak akak semuanya 7 orang .3 lelaki,3 pompuan dan last lelaki.ramai orang selalu salah tegur anak akak.diorang pun dah paham kalau orang tegur 'bila balik?'sedangkan dia bukan orang yang dimaksudkan itu.Orang ingatkan si abang,rupanya si adik.

cerita habis di situ sebab kawan dah hon.hahaha.sib baik tak kena tinggal.gara2 seronok sembang sampai lupa nak gi keje

okey..sebenarnya bukan aku nak citer tentang anak2 akak tu je.Walaupun aku sebenarnya kagum dengan akak tu.dia suri rumah,suaminya sorang je keje.anak2nya boleh di katakan hebat2 semua dalam pelajaran.Yang belajar kat oversea,yang kat U tempatan dan ada anaknya belajar kat KTK (Kolej Tunku Kurshiah yang itu hari masuk majalah3 sebab berpindah lokasi dari Seremban ke Nilai).Setahu aku bukan senang nak masuk KTK ni.hanya yang terpilih sahaja.oh lupa,kakak itu ialah kakak kepada pengasuh anak2 aku.lembut je orangnya,muka dia macam makcik aku kat kampung.harap dia tak baca blog aku.hehe

Antara hobi aku ialah baca blog ibu2 hebat yang anak2nya berjaya.Suka baca pengalaman mereka dalam membesarkan anak2.Harap2 aku mendapat sedikit tempias dan aura positif mereka.

#anak aku baru nak ambik Upsr tahun ni.Rasa masih jauh perjalanan hidup ini untuk mencapai tahap ibu2 hebat macam mereka semua..

seseorang berkata 'jangan jeles pada orang lain.kamu ada apa yang kami takde' aku tak jeles cuma sedikit 'envy' je.kan ada beza jeles dengan 'envy' ni.malas nak menghuraikan,korang cari la sendiri ye.

16 comments:

NenetPenne (NP) said...

rezeki masing2 yer irfa...heeee..
cari kat wikipedia apa maksud jeles dan envy atau pun pi blog akak...eh promote blog nampak!! ha ha ha...

Irfa said...

#kak net..
sebenarnya baca kat blog akak la yang baru tahu ada beza antara 'jeles' ngan 'envy' tu :)

HeNRieTTa JoSe said...

mmg suka klu tk anak anak berjaya...kakak opis mate rietta....anak sulong eng, yang kedua study med...yang no 3 bru abis SPM...ragbi palyer kebangsaan....tiga tiga lelaki...mmg suka tgk famly dorg...

Cikgu Ma said...

semua ibu bapa bangga kalo anak2 berjaya kan.. ^_^

♥cikmOt♥ said...

insyaallah kita pun mampu menjadi ibu yagn hebat...dengan izinnya...aminnnn

Asyifa Mustaffa said...

x salah jeles tu....ambik sbgai peniup smngt gitu kan....pikir..nape orng bole aku x bole....hehe...nie ckp tuk diri sndiri gak ni...:-)

Daddy Ziyyad said...

Salah satu rahsia kejayaan sesebuah keluarga, ialah keberkatan...keberkatan dalam rezeki...:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mudah2an anak2 kita pun boleh berjaya mcm anak2 mereka yg dah berjaya tu... akak pun selalu kagum dgn ibu2 yg berjaya mendidik anak2 hingga menjadi org yg berjaya dlm hidupnya...

IndaMarya said...

Irfa dulu masa saya muda2 pun gitu,tengok anak2 org brjaya kita pun psg angan2.n kita really try hard to get what I dream .Akhirnya anak2 smua dpt asrama penuh lpas UPSR.petuanya msti check anak sulung bagi cemerlang dulu.insyaAllah yg lain akan ikut jejak.insyaAllah.

faraherda.razalan said...

Kdg2, saje je ckp jeles. Bukan jeles btul2 jeles pun.

Cth:

Beb, aku jeles dgn ko. Ko ada 3 org anak. Aku sorang tu je.

Tapi, aku takdelah jeles smpi nak santau ko. Mksd aku tu tak le sampai ke mana pun. Mcm ko ckp. Bukan jeles, tp envy.

Ema Blog said...

mudah-mudahan anak-anak seperti anak-anak jiran irfa nanti..

Fieda Rafli said...

inshaa allah kita pun mampu seperti mereka..

Liza @ Adzriel AB said...

tak pe jeles... jeles utk kita amik ikhtibar. jeles utk perbaiki kekurangan kita je. bukan jeles susahkan org.. didik anak ni memang kena sabor walaupun selalunya tak sabor juga..he..he..

Nieda ramly said...

semoga dpt aura dr mak2 yg hebat ni...hehehh

~Emaa Hasnah (^_^)~ said...

singgah sini..n salam kenal =)

aTieYusof Family said...

Seronok bila anak2 berjaya dlm pelajaran..sejuk perut mengandung kan depa..
salam kenal..singgah follow sni #324:)