Skip to main content

Sendiri Tulis,Sendiri Gelak

Halllu ,selamat petang korang.buat apa tu?makan kerepek pisang ke?aku sekarang tengah dalam mood 'mengkhatam' satu blog yang setiap entrinya adalah membuat aku hampir terkucil..gila kentang dan kelakar nak mamp**s.Aku baca dari mula dia tulis (bulan Mei 2010) sib baik 3 tahun je..kalau 10 tahun,harus tahun depan baru 'watammat'.hehe..sambil baca sambil komen.gila gigih kan?

Okey kisah lain..aku tak tahu la korang sama cam aku ke tak @ cuma aku je spesis macam ni.huhu.Bila banyak masa lapang eh bukan aku memanjang banyak masa lapang,aktiviti aku ialah baca semua komen di entri yang dah lepas..sebab aku kan ada buat setting sesapa komen,kena approve dulu baru komen tu publish so aku akan tahu sapa komen walaupun entri tu adalah berbulan yang lepas.harap korang paham maksud aku ni..

sambil publish komen tu..aku kadang2 belek dan baca semula entri yang aku tulis..kadang2 macam tak percaya itu semua aku yang tulis.yang paling bangang tak boleh blah..aku siap sengih sensorang macam entri yang aku tulis itu sangat kelakar bagi aku.adoi la.sendiri tulis sendiri gelak

okey nak tanya..berdasarkan cara aku menulis,korang rasa aku ni jenis macam mana orangnya?kecuali yang dah penah jumpa kat alam nyata..tapi nak komen jugak tak menjadi kesalahan pun.jawapan yang betul takde hadiah ye,harap maklom...kalau korang kutuk jangan harap komen korang nak keluar kat kotak komen tu.hahahaha

Comments

Ratu Hatiku said…
mesti jenis selamba jerk erk...giler2... :P
HeNRieTTa JoSe said…
Eeeh komen sendiri kew...hehehe...rietta suka jerr terjah sni...bleh la rietta baca isi isi yg ada....buat tambah pengetahuan dalam kehidupan.....
Unknown said…
aku tak aci kot sbb aku da jumpa ko.. tp sebelum jumpa ko lagi aku rasa cam da kenal lama je ngan ko.. ayat entry pun kelakar gila. buat aku geram je!
Unknown said…
jenis yang manja.. lalala
Nieda Ramly said…
entry sapa tu irfa? bagi taulah nak gelak sama
zino said…
dah jumpa tak boleh komen la ya hehe
Biarlah rahsia said…
Salam Irfa...hope sihat hari ini dan hari2 yg seterusnya...k.bi rasa mula2 irfa buka blog dulu k.bi pernah gak komen kat blog irfa...sorry klu komen k.bi masa tu ada yg mengguris hati irfa...agaknya ms tu k.bi pun belum matang lg compare dgn today...hehe...

Sincerely...you're a nice person, menulis dgn ikhlas dan seronok dpt berkwn dgn irfa wlupun kita br bersua muka sekali shj...

klu ada salah silap ampun maaf yea...
azieazah said…
Ya, Kak Azie pun sama. Kadang2 rajin juga baca balik entri lama-lama termasuk komennya sekali. Esp, bahagian yang ada "link-within" tuh. Seronok juga, kan?
~::PermatA::~ said…
no komen..hihi...boleh x?
izawani said…
Kalau berdasarkan entry, akak bayangkan irfa seorang yang lurus... dan lucu...
Tie HT said…
seronok jugak baca komen yang lepas tu kan :)
Nong Andy said…
aku baru jer pollow blog ko ni.. ada yg aku terbaca ada yang aku terskip. jadi aku pon tak tahu nak komen macam mana hehe...

itu le kelebihan org yg buat approval b4 published kan.. selain dpt tapis komen.. dpt nampak juga komen2 org kat n3-n3 lama..

malangnya aku tak praktise.. hehe..

ah.. maaf. panjang sudah komen..
izawani said…
Untuk dapatkan tahu komen orang pada entry lama lama, selalunya akak baca email jer...
Happy go lucky dan baik hati. :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')