Wednesday, January 30, 2013

Setia Hujung Nyawa (novel vs drama)

Gomen dapat bonus ye bulan ni?patutlah kat mana2 kaunter semua penuh dengan staf beruniform.pejabat pos dan bank semua diorang je.Bertabahlah kalau beratur hampir sejam untuk satu2 urusan.

Okey..ni nak citer pasal drama yang menjadi ulasan ramai blogger.Drama bertajuk 'Setia Hujung Nyawa'.Aku tahu ramai dah yang buat ulasan tentang drama terbitan Suhan Movies and Drama milik En Abang Rosyam ni.Aku malas nak ulas lebih-lebih.Aku dah layan novel dulu baru tahu drama sudah di tayang kat tv.Rasanya masa aku baca,kebetulan dah tayang kat tv tapi aku je yang tak tahu.Sebabnya pukul 7.00 malam adalah waktu sibuk bagi kaum ibu-ibu macam aku wah lagak macam ada anak kecit 5 orang yang nak di uruskan.huhu

muka depan novel Setia Hujung Nyawa

banner drama Setia Hujung Nyawa
Tapi dalam kata tak layan sangat sebab sibuk yang dibuat-buat itu,layan jugak sekali sekala.Serius aku tak sabar nak tahu ending Setia Hujung Nyawa versi drama ni.Mungkin ada perbezaan dengan ending versi novel.sapa tahu kan?

Sebabnya apa tau?

-dalam novel watak Iqram (yang menghamilkan Ersalina) dah hilang terus dari babak pertama tapi dalam drama..makin menjadi2 pulak watak dia.dah macam saiko pulak duk datang rumah Ersalina hari2 sedangkan orang tu dah jadi bini orang. 

-dalam novel,kawan baik si Zain yang bernama Hadi tu taklah sejahat macam yang dalam drama ni.Ada ke orang yang percaya pada kawan baik melampau2 macam si Zain ni.Rasa nak tunjal2 je dahi si Hadi ni.jahat sangat kamu ni ye..

-dalam drama melampau2 sangat si Zain ni membuli Ersalina.watak baik sangat macam ni sesuai dalam sinetron indon je.hehe

-watak si Eliza tu dalam novel kejap je..dah nak hujung2 gitu (datin adibah nak kenenkan si Zain dengan Eliza konon si Eliza sopan santun tapi kantoi rupanya kaki clubbing..dan mak si Eliza nak saman dadin Adibah sebab mungkir janji nak jodohkan anak2 mereka) tapi dalam drama..banyak la pulak kisah si Eliza ni  

psttt nak tahu tak sapa peminat setia drama ni kat rumah aku?jawapannya ialah en Abe.katanya 'kalau keje shift petang,kat opis abang tu..satu opis abang layan drama ni' dengar statement tu aku gelak sebabnya aku tahu,majoriti staf kat opis en abe adalah lelaki.Tak sangka ye,dalam hati ada taman rupanya ;)

ai peminat drama korea je..padahal drama korea pun sama.watak baiknya pun melampau jugak,tahap kena pijak kepala pun masih tak melawan.huh..

aku emo pesal?kata tak layan..hehe,kantoi...sesekali je aku layan,bukan hari-hari pun sebab aku sakit ati dengan si Hadi tu 

cau cin cau..nak gi post opis jap,urusan semalam belum selesai semata2 kerana Q sangatla panjang...

19 comments:

cheqna said...

layan korea memang besh
suami tak kasi layan tv time maghrib...=)

Ratu Hatiku said...

xbaca novel dia cuma tgk drama dia jerk.. mmg geram ngan si hadi tu!

shida said...

hahahhaa... sya pun layan citer ni,,,, nampak sgt citer tak berapa nak logik.. tp sbb ikram ensem.. ersalina comei... layanzzz

Yunus Badawi said...

Saya rasa kat ofis en abe irfa tu ramai lelaki yg layan drama ni sebab nak tengok ersalina yg cun tu .... hahaha

♥cikmOt♥ said...

betul betul...banyakkkkkkkk scene drama dari dalam novel kan...

NenetPenne (NP) said...

mcm byk benar konfliknya....ohhh tak mungkin akan tengok... tak nak susah2 peningkan otak...

~Cik Viva~ said...

kami dah tubuhkan kelab "kami benci HADY.." heheh..walaupun dia berlakon cite Tanah Kubur...heheh

4feet8 said...

suka tgk citer ni..huhu.. pelakonnya lebih menghayati dari novelnya.. kekeke..

cha said...

i lagi la tengok kt twitter sume cakap best i langsung tak penah tengok tv huhu. wasted betul life i tak tengok tv haha

ct cheery said...

layan gak citer ni..kdg2x sempat nak layan hehe

Ummi M.I.M.S said...

sama aar kita..
kita set penggemar drama korea jgk
semalam baru jer abih episod terakhir King of Drama.. tp ending dia mcm x best langsung... hahahah

Irfa said...

#cheqna..
last week 'cuti' tu pasal sempat layan ;) kalau tak memang tak igt pun.sedar2 dah jam 9.00 malam

#Ratu Hatiku..
iye..geram sgt dgn si Hady tu
org kalau kalau benci sgt dgn watak tu kiranya menjadi la lakonan dia ;)

#shida..
dua2 pelakon tu sama comel sama padan.si Zain tu dalam drama Dalam Hati Ada Taman nampak serabai je dgn rambut kinting2 dia tu..tak sangka pulak dlm drama ni nampak 'cute'

#YB..
eh camner tahu ni?ker Yb pun sama jugak.saya pun agak benda yang sama
hehe

#cikmot..
yelah kot.itu pasal sengaja buat drama ber episod..kalau novel,penat boleh stop dan sambung balik bila free

#CikViva..
eh tak perasan pulak mamat tu yg berlakon dlm Tanah Kubur ;(

#4feet8..
nama diorang akan naik lepas drama ni

#cha..
masa anak2 kecit dulu xde masa nak tgk tv pun.sekarang anak2 dah pandai buat hal sdiri sempat la layan tv

#ct cheery..
me too.kadang2 jugak

#Ummi Mims..
King of Drama dah ending ke?baru nak layan..

NinaAz said...

sista! jom cari side income. nanti boleh minum shake hari2. hikhikhik

btw, hari ni hari ke-3 saya layan setia hujung nyawa. fall in love oredy. hihi

MOKCIK AZWA said...

Tak sempat nak tonton pun drama ni..balik rumah dok layan baby sambil baring2 kat bilik hehehe..

Lady Windsor said...

akak tak fohllow tapi bebudak opis gege riuh dok kecek dok twitter segala bagai setia hujung nyawa ni..very de fenomena citer ni..

NenetPenne (NP) said...

irfa tak komen akak punya komen? ooohhh ini tidak adil...majuk laaaaaaa

Irfa said...

eh mcm mana leh tertinggal utk reply komen akak ni..jgn majuk ye ;)
sebenarnya saya pun sama..ada ketika kalau citer tu sgt berat dan kena pakai otak lebih..saya malas tengok sbb nanti terbawak2 memikir di alam realiti ;)

Yunus Badawi said...

Alaaa mcm ramai org pompuan suka tengok Adam & Hawa tempoh hari sebab nak tengok Aaron .... hehehe

*Mawar Nafastari* said...

nak pinjam novel... heheheh....
best citer tu, sy suke sbb pelakon dia pandai bawak watak...