Monday, February 25, 2013

Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Entri ini untuk PapaMifz sempena contest yang dianjurkan oleh beliau di dalam blognya Contest Kaca Mata PapaMifz.

Sebelum tu aku nak cerita sikit yang aku ni ada sedikit phobia tentang contest/peraduan.Kalau nampak je ruangan peraduan kat mana2 majalah/paper/tv..ayat pertama terdetik dalam hati aku ialah 'emm,buat penat je join.bukan ada harapan nak menang pun.dahlah ramai yang join..takkan aku punya boleh terpilih' ye..gitulah phobia aku dengan contest ni.Tapi entah kenapa,tengok syarat tak ketat mana dan kebetulan aku pun berkacamata,try lah..kalau menang kira rezki.

*tarik napas dan mula*

Okey..aku mula pakai spek setelah dewasa beberapa tahun yang lalu,kalau tak silap tahun 2007 lepas bersalinkan si abam.Sebelum tu aku takde masalah rabun..tapi sejak mula keje opis hour yang mengadap komputer 8.30 pagi - 5.30 petang...aku perasan mata ada masalah rabun jauh.Selalu jugak di kata sombong sebab buat derk bila orang senyum.huhu

Spek pertama itu bingkainya kaler merah dan takde jenama sebab aku beli spek untuk melihat dengan lebih jelas dan mengikut bajet sendiri bukan beli sebab jenamanya.Aku buat spek itu di kedai cermin mata A-Look di Seremban2.Kalau tak silap harganya kalau tak silap rm230 termasuk cermin + bingkai.power masa tu 100..aku tak pasti tinggi ke rendah power tu.

Pengalaman manis selama berkaca mata ialah
-emm apa yang manis ye? nampak cam cikgu bedah dalam filem adik Manja kot.haha.Sorry tak tahu apa yang manisnya cuma yang pasti aku dapat melihat dengan lebih jelas lepas pakai spek dan orang tak kata aku sombong lagi.

Pengalaman pahit selama berkaca mata ialah
-oh bila berkaca mata,aku stop pakai tudung ada awning sebab bila pakai rasa macam 'mendung' paham ke maksud aku?dan paling pahit bila si kenit telah 'mengepak' spek aku tanpa aku sedari.huhu

Gambar dibawah adalah spek aku sekarang..yang ke 3 selepas yang pertama itu.Pun takde jenama dan harganya rm128.bingkai plastik dengan power 125.

Menyesal ke tidak beli spek ni?emm nak kata menyesal tak jugak sebab bajet tak banyak so beli setakat yang mampu jelah.Hajat hati nak juga yang ada jenama dan kalau boleh nak yang boleh tukar jadi hitam bila kena panas tu..aku tak tahu apa orang panggil untuk spek bertukar kaler itu.

my 'mata'

nampak tak senget di kerjakan oleh si kenit
selagi boleh pakai,pakai jelah
patah dua nanti baru cari ganti  

Okey,sekian..harap menepati syarat peraduan.Tetiba rasa malu..harap aku tak delete entri ni kendian nanti.huhu

Korang kalau berminat nak join blog klik Contest Kaca Mata PapaMifz dan tarikh tutupnya 15Mac2013.Sempat lagi nak mengarang.hehe

10 comments:

Acik Erna said...

assalam dik..apa nak malu..jangan delete..menang kalah bukan ukuran..mana yang senang kita ikut serta..tuan rumah akan berbesar hati dan seronok bila ramai yang akan menyertainya

azieazah said...

Saya pun specky juga, tapi tak reti lak nak citer. Nanti nak cuba juga tunggu mood mengarang.

Qashmere said...

Good luck ye Irfa

Ratu Hatiku said...

Good luck ya.. :D

Nazayiena Ayiena said...

Good luck Irfa.

aQu Mad said...

erk, salah masuk ke ni.. emm

rumah kuning said...

ain ckp, org pakai spek nampak mcm cikgu. hehe

Papa Mifz said...

terima kasih sebab sudi joint contest PM...semoga berjaya yer...:)

Hans said...

semoga berjaya :-)

Mohd Lokman Bin Ramli said...

semoga berjaya.. ^_^. dah ramai yg baca entri ini. Biar je la kat situ.