Skip to main content

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger BangsawanNilai kat sini.katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya'okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung.

Hari ke 3,Sabtu..

Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat.

Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil tahu mana letak tanah kebun dan tak tahu mana sempadan tanah..nanti kalau diorang takde lagi..sapa nak ambik tahu.

Jadinya...kebetulan aku memang nak enjoy cuti kali ni,aku ikut mak ke kebun getah.tak jauh pun dari rumah dalam 5 minit je jalan kaki.Kebun pun bukan luas mana (kebun itu kepunyaan arwah atok tapi mak dah beli dari atok sebelum atok meninggal) di tanah kebun itu lah tempat aku dilahirkan...rumah asal dah takde tapi ayah ada bina sebuah rumah kecil (macam pondok) untuk tunggu durian masa musimnya di tapak asal rumah tu.

Mak pun menoreh sekadar keluarkan peluh katanya.Lagipun takde akiviti waktu pagi selain dari tido.Katanya dapat juga keluar peluh.Aku tak kisah asal jangan memudaratkan diri.Jadi ma ke kebun waktu pagi..dalam jam 9.00 dah balik rumah.Aku pun meneman ma pagi itu bukan buat keje,tapi nak jadi wartawan tak bertauliah..siap bawak kamera lagi masuk kebun,dasar blogger..semua benda nak di ambik gambar.huhu

okey..biarlah gambar pula berbicara

kebun getah mak aku
terang je boleh main kejar2 dengan nyamuk

sapa tak kenal pokok getah?
ini la dia pokok getah dan semangkuk susu  

ini pondok yang sedang menunngu roboh
tapak asal tempat aku di lahirkan 

budak berani takut

kemain tinggi angkat seluar
takut pacat
inilah dia hero idaman malaya
sapa mampu pakai baju melayu dalam kebun getah?

biji getah..kutip 7 biji je
cukup2 untuk main 'selambut'
korang sebut 'batu seremban' ye

ini pokok 'pijat'
baunya sedikit menyengat
diguna untuk menjadi bahan dalam sambal 'tradisional' kami
ada orang sebut 'pokok cemomok'
dalam blog masak mamawandiha ada sebut tentang pokok ini


 ini namanya 'pacat'
tapi si abam sebut 'pakcat'
huhu..nanges aku dengar

masa sampai kebun aku nampak kaler merah
ingatkan apa
pegi dekat sikit

stesen minyak caltex rupanya
kata ayah 'kebun ni tunggu kita offer je,dah ramai nak beli'
kata adik lelaki 'jangan jual..nanti kita fikirkan untuk pelaburan jangka panjang'
aku?
no komen

balik dari kebun,kepenatan yang amat.mengalahkan mak aku.adoi malunya kat mak yang umurnya dah 55 tahun..nampak sangat aku ni kurang bersenam.huhu

Petang dan malam takde xtvt,aku cuma buat 'taik mata' je..sesekali ke dapur untuk isi perut.emmm...

Comments

ZieMarziah said…
best sbb ada lagi kebun getah..kebun getah mak ayah sy dah jadi kebun sawit huhu
♥cikmOt♥ said…
alahaii...nostalgia la biji getah tu...dulu masa kekecik main congkak atas tanah pakai biji getah cam gini lah
Kakzakie Purvit said…
Kalau nak tahu satu sebab bapak kakak sihat walau usia dah 87 tahun adalah kerana menoreh (itu doktor yg buat andaian). Tapi sekarnag dah ikut kakak tak buat lagilah...

Biarlah mak exercise menoreh - kakak pasti mak sihat. Duit no. 2 sebab anak-anak ramai yg bagi dia... tapi kesihatan dia yg penting terjaga tak perlu pergi joging bagai.
Dr K said…
Nostalgia tu biji getah...teringat zaman kecik2 dulu, main gosok2 biji getah sampai panas, lepas tu lekapkan kat kulit member...hahahahah
Kebun getah ni nostalgia. Teringat arwah nenek. Huhuhu...

Sy pnh jumpe ebun getak yg luas....still ade pokok getah tp rumputnya terjaga. mcm rumput karpet...
bangsawan nilai said…
ala, irfa ni petik nama aku plak.

org n9 cakap 'motong'(menoreh)getah.
tapi setahu aku takde pacat kat kebun getah area sini...
ct cheery said…
xde rumput ijau pun leh ada pacat ke?
Unknown said…
Urgh... Melompat aku kalau kena pacat.. Wakaka..
:: CIKVIVA :: said…
rumah ituuuu...walaupun sy bukak lahir kat situ..(emm yeke?? )..dah bertahun tak pg "dilir"..balik kg pun buat taik mata je manjang...huhu..teringat dlu2 mase arwah tok ada...tibe2 mak jadik sebak...huhu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')