Skip to main content

Edika Yusof.Kenal tak?

Korang..nak tanya ni,kalau sesapa keje bahagian yang melibatkan dokumen,berapa lama korang simpan dokumen itu?ada yang kata 7 tahun,ada yang kata 3 tahun.Sebenarnya mana satu yang betul?7 tahun @ 3 tahun?aku baru simpan dokumen 2 tahun pun rasa macam dah tak tahu nak letak celah mana..kiri kanan depan belakang kertas.macam mana gamaknya kalau simpan sampai 7 tahun.huhu

Petang semalam..dapat emel,mintak dokumen bulan Ogos 2011 (nak nanges..huhu.dokumen itu memang ada tapi dah masuk stor)Begini lah nasib,diriku yang bukan sesiapa.Nak tak nak,nanges ke tidak..tetap kena cari sampai dapat itu dokumen *tarik napas..hembus*.

Okey..lapangkan hati dengan menziarah blog kengkawan.Dokumen itu nanti diusahakan..hehe.Merungut bagai nak rak pun tak guna,ending sendiri kena buat jugak kan..so jangan serabutkan otak.

Psttt...meh nak bisik sikit.nak cakap kuat-kuat,malu.huhu.tadi aku terklik ke blog ini dan jumpa ini dah lama aku cari kisah dia (macam tak percaya aku tulis ni.dia bukan sesiapa dengan aku.dia pun tak kenal aku) tapi masa kecik aku selalu nampak muka dia dalam majalah dan di dinding bilik kakak-kakak sepupu aku dulu.

kenapa aku ingat dia ni?sebab dulu dia kategori lelaki hensem di zaman aku kekanak.hehe

sumber dari sini



dan juga dari sini




ingat2 lupa..dia sedara mara dengan Yusof Haslam kan?
ops ada sorang lagi sezaman dengan dia,Zulkifli Khan
muka macam ada iras arab-arab macam ni
kat kampung aku panggil 'tok seh (sheikh)'
.

aku muka melayu jati walaupun bermata sepet ;) 

#nak cari dokumen..nak cari dokumen..nak cari dokumen
nak cuti..nak cuti..nak cuti 

Comments

azieazah said…
Mesti la ingat, sebab dia top zaman Kak Azie dulu.

Kak Azie juga pernah menulis tentang dia ni.

Dikhabarkan juga, Edika Yusof masih bujang sampai sekarang. Sungguh ironik kan? sebab dulu dia tu jaguh la idaman Malaya ramai peminat pompuan.
Irfa said…
#kak azie..
kalau akak klik kat link yg saya letak tu..dia dah kawen.wife dia lumpuh lepas bersalin anak no2 dan dia tekad akan botak selagi wife dia tak sembuh.touching kan?
Masy said…
mcm abg saye jeeeee bila dah tua ni hahahahaa
Hanis Azla said…
pasal doc tu ada yang perlu simpan 2 tahun, 5 tahun atau 7 tahun mengikut kategori tertentu.. selamat mencari dokumen ya..

eh.. lain betul edika yusof sekarang.. akak pun kenal dia sbb mmg hero idaman malaya waktu zaman akak remaja dulu..
:: CIKVIVA :: said…
dah lain sbb da tua...
dlu2 kalu ensem mesti macam edika saje..huhu
Dr K said…
aci tak kita ambik gambar dokumen, simpan gambar tu dlm external disc/thumbdrive...seva sikit ruang...paperless...hehehe

edika yusuf dah botak..demi wife....ohhh
NenetPenne (NP) said…
selalunya dokumen disimpan untuk tempoh 5 tahun ...lebih 5 tahun boleh luput... dan setengah dokumen yang penting, tiada tarikh luput...simpan elok2..

adika yusof? kenal sangat..dulu handsome.la ni handsome jugak tapi kurangggg handsome...

ada satu pelakon tu kan, dari muda sampai ke tua tetap handsome..siapa? alaaa yang nama mustapha maarof tu.. pelakon zaman p.ramlee tuuuuu.... bukan rahim maarof yer...
Arena said…
Kenal. Dulu masuk iklan ape entah kan. Hehehe. Hensem gak. hihi.
Unknown said…
Kalau Minah Arab sini tgk, sure ada yg nak buat stok geli-geleman ni. Diaorg ni suka hat ASEAN yg tingi gedabak. Sama lah jugak Pok Sheikh suka hat ASEAN yg byk lemak. Belly dancing kekdahnya.

p/s;
Dlm satu majalah Arab kat sini bg rating.. 70% pompuan Arab suka lelaki botak.. seksi katanya.

Akak.. ishh, tak blh nak membayangkan kalau Cik Asben botak..
Ina Mohamed said…
pasal dokumen tak tau sbb tak pernah keje bah dokumen. selamat maju jaya diucapkan mencari dokumen. :)

eh, dh lain rupa edika yusof yer. maklum la usia dh bertambah jd wajah pun berubah sekali dgn kematangan. klu tgk drama skrg pun dh ramai yg jd hero-heroin dulu kini dh jd watak mak ayah, hehehe.
bangsawan nilai said…
irfa,
edika yg 'dulu' ada iras muka aku...eceh!
Aidah said…
Akak ingat! Ha ah masa tu dialah yang hemsem. Sama dgn Eizlan Yusuf jugak kot. Sekarang ni dah botak pun hemsem jugak, dah namanya model.
Irfa said…
#Masy..
Ye ke?hensem la abang kamu masa muda dulu ye.Pasti dulu ramai yang nak isi borang jd ‘kakak ipar’kamu ye.Hehe

#Kak Hanis Azla..
Emm 2 tahun ok lagi 7 tahun kalu.
saya hilang di sebalik kertas/kotak itu.akak pun antara peminat edika jugak ke?Dia mmg jejaka idaman Malaya masa tu ;)

#cikviva..
Eh kamu dah wujud ke masa tu?hihi

#DZ..
Tak termampu nak scan,menimbun.huhu
Berita kata gitulah..semoga wifenya kembali normal.boleh la tgk en Edika berambut kembali ;)

#KakNet..
Emm kena simpan jugak la
Saya baru masuk 3 tahun kat unit ni
Tak hensem cam dulu,tp manisnya masih ada
Eh..rahim Maarof?kenal jugak tu
Dia x kawen lain kan lepas wifenya meninggal


#Cheqna..
Ha’ah.aku lupa la iklan apa
Minyak rambut ke pisau cukur ;)

#Ibu Sham..
Oh pak arab suka yg banyak lemak?
Patutlah mak arab ramai sihat2 tpi muka menten lawa
Nampak mata pun tahu orgnya lawa
Err...botak?saya pun x dpt membayangkan en suami botak

#Ina Ku..
Takpe..slow-slow cari jumpa lah tu nanti
Betul tu..hero.heroin dah jd watak mak ayah
Datuk datin..itu yg laku
Ada yang lgsung x laku ambik watak jd hantu ;)

#Bangsawan Nilai..
Iras ko zaman muda?
Patutlah wifey berkenan.hehe

#Kak Aidah..
Ye..sama batch dgn Dato Eizlan Yusof
Tp edika lama menghilang
Ada ura2 kata dia mati..saya penah baca kat forum mana tah
Tak baik sungguh yg buat cerita tu
Zareda Norman said…
Dia lg hensem sekarang matured dan classy dgn pala botak tu hehehe
Rumah Kuning said…
dah jumpa ke? cari jgn tak cari.
4feet8 said…
ha..ingat2.. kategori ada rupa dulu. sekalilah hani mohsein..
Lady Windsor said…
mwahahaha ello dah jumpa ke dokumen yang dicari nya tewww..

uhh tak sangka dia dah bot kan..tapi tetap macho..eh??
Luna said…
mula2 kenal Edika Yusuf dlm iklan rokok Kingsway...ingat x?

pastu ingatkan dia adik badik Eizlan Yusuf hehehe
Ann Ishak said…
tiba2 saya teringat iklan Kingsway...
Julia said…
dlu pn aku mnat giler..mmg hensem rase artis skrg de tak bleh cellen dia...aku mnat dia mase tgk movie xx-ray..aku kecik2 pndh gatai sbb giler sngat kat edika nie

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')