Monday, February 25, 2013

Gangster Celop ada Hanis Zalikha

Petang semalam..anak2 kebosanan dan sikenit sibuk menyalin baju mengajak keluar jalan-jalan.Sebenarnya sejak dari Sabtu dia duk sebut nak gi Jasko tapi takde orang layan.Mulut duk berbunyi  'umie,jom ikut Ajaa nak gi Jasko' dan En Abe pun setuju.

ngamuk2 nak pakai tudung jugak
pakai lah nak oi..walaupun baju nampak lengan
huhu
tu tengah marahkan abam sebab duk main hujan
'abam masyuk..ujan.nanti bashah'  

Kami ke Seremban2.konon nak tengok wayang citer A Good Day To Die Hard tapi sebab bawak kekanak ribena,mana boleh masuk..18 tahun keatas katanya.So suh aku pilih citer apa..ingat nak pilih Pada Suatu Cinta Dahulu lakonan tapi tak jadi *mungkin taknak dikata jiwang @ mungkin sebab aku taknak membebel dalam wayang kalau citer itu tak best,huhu* so kami sepakat pilih Gangster Celop dan si abam melompat kesukaan.Why nak,why?Suka ye kamu citer tumbuk tumbuk ni..Dah start citer baru aku perasan Hanis Zalikha ada berlakon dalam citer ni.

Sebelum masuk haruslah ambik gambar ..hehe,beli popcorn dan air buat anak-anak supaya tak mengganggu orang belakang.Sampai habis cerita..anak2 adalah sopan dan pasti takde komplen dari orang yang duduk di belakang kami.hihi


Sinopsis:

Kisah 2 bekas gangster bernama Aman (Kamal Adli dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru lepas menjalani hukuman penjara selama 5 tahun.Mereka bertekad untuk cuci tangan dari kerja jahat dan berjumpa dengan ketua minta 'keje halal' dan diberi tugas baru menjaga anak dara ketua mereka iaitu Suzana (Hanis Zalikha).

Kisah bermula bila ketua dibunuh oleh Man Cirit(Azad Jazmin)...dan mereka berdua dituduh melakukan pembunuhan tersebut.Bagaimana mereka mencari jalan untuk membersihkan nama yang tercemar dan bagaimana kesudahannya...sila tengok sendiri*malas pulak aku nak mengulas*

Kalau 5 bintang aku bagi 3 bintang la..boleh la layan.ada part kelakar dan ada part tak logik juga.Ending pun tak dijangka.hehe


Dalam filem ni scene Syamsul pakai kain pelikat dan
juga pakai baju kurung siap bertudung..
pakai pelikat nampak 'sweet'
pakai baju kurung dan tudung..nampak 'sour'
haha

Hanis Zalikha?okey je bagi aku
tapi baru aku perasan..maknya lagi lawa kot
tapi badan dia slim habis

makan ni je.okeylah
abam kata
'ini sepit mr crab'
(watak en ketam dalam spongebob) 
sekian kisah hari minggu anak beranak
#rasa tak cukup korum sebab takde kakak 

13 comments:

NenetPenne (NP) said...

kanak2 pakai tudung dan baju lengan pendek tak apa la kot sebab belum baligh lagi cumanya kita lah kena explain kat dia so that bila besar tak terbawa2...

tapi akak tetap suka dia pakai baju mcm dalam gambar cik viva snap tu...

citer a good day to die hard tu memang byk adengan tembak2 jer..so very tak sesuai untuk hajar dan abam. tapi kalau nak compared movie tu dengan movie die hard sebelumnya..this time kurang sikit umpphhnya... kalau irfa biasa tengok movie die hard sebelum2 tu lah...

Yunus Badawi said...

Tentu abam gembira sebab tak sangka dapat tengok citer tu.

Budak2 (dan org tua pun) senang tertarik dgn iklan wayang di tv.

Yunus Badawi said...

Kakak ke mana?

Tak best kalau keluar sekeluarga tapi ada yang tak dapat ikut sama.

faraherda.razalan said...

Wahh...untunglah ko sbb kenit behave dlm wayang tu. Aku tak try g bwk Aydin msk dlm...

♥cikmOt♥ said...

hurmm...kita lum pernah lagi bawa anak2 masuk panggung...

Acik Erna said...

Nanti cuti sekolah kakak boleh join

:: Cik Viva :: said...

untunglaaa da gaji...malam ni kami pulak nak open table...

azieazah said...

Semakin maju dan melangkh setapak lagi Hanis Zulaikha. Memang betul, mak dia lagi lawa.

Cuma saya tak suka slang dia bercakap English dalam Mad Market tu.
Budak sekarang kata slang camtu. annoying.

ibuVouge said...

lepas ni boleh ajak lagi pi JASKO eih

4feet8 said...

amboi, gambar ajaa.. garangnya.. hehe..
dah lama tak tgk wayang.. ada tgk previu pada satu ketika cinta dahulu tu, mcm tak bes je.. hehe

pB said...

budak sekarang dah tak pandai cakap melayu .....

cuba tengok rancangan yang kahwin kahwin tu ...lupa nama ....

mesti cakap omputih jer ....

bangsawan nilai said...


kalau filem melayu aku tunggu tayang astro first aje la....jimat! he he he

Ratu Hatiku said...

Setuju rasanya mak hanis tu lbh lawa dr hanis nie kan..