Skip to main content

Seharian Di Airport

Cuti Hari ke 7 -Rabu

Setelah 6 malam bermalam dengan kakak,tibalah hari untuk pulang.sob sob sedih nak tinggal kakak.Pepagi ayahanda dan si kakak hantar kami 3 beranak ke stesen bas untuk ke bandar Kota Bharu.Bas bertolak dari stesen jam 8.00 pagi..hujan masih renyai-renyai nasib baik tak lebat macam semalam.kata abam 'masa solat tadi abam dah mintak doa supaya tak hujan'hehe..

bergambar dengan atok sebelum naik bas
Perjalanan naik bas dari Krai ke KB ibarat makan angin.nasib baik ekon okey.si kenit dan abam sempat lelapkan mata.tepat jam 10.00 kami tiba di Stesen Bas Kota Bharu.awal lagi so sempat lah aku menapau keropok segera yang peket2 itu dengan 'etok'.haruslah membeli 'etok' kalau singgah di stesen bas itu.

Plan nak ambik bas je ke airport tapi bas baru je jalan..lambat la nak tunggu next trip..so naik je taxi.rm20 dari kb ke airport.sampai je airport ke kaunter untuk masuk nama.tu dia..harapan adalah tipis.ada ramai yang dalam 'senarai menunggu' (waiting list/standby) untuk flight 12.30 tengah hari.

Sementara menunggu jom makan kfc muaknya aku ngan kfc huhu kat tingkat 1 tu,sebabnya situ ada playground.anak2 wajib ajak ke situ kalau di airport kota bharu,sambil makan..sambil baca doa moga ada seat untuk kami anak beranak ke klia.

Namun harapan tinggal harapan..boleh lepas 2 orang je.Takkan aku dan kenit pegi tinggalkan abam untuk next flight?mana mungkin begitu..aku decide si abam pegi dulu,aku dan kenit tunggu next flight 4.30 petang.tak boleh pegi sama2 takut semua tak balik nanti.

Menitik jugaklah airmata abam sebab pertama kali naik flight tanpa sesiapa.Bila pujuk cakap 'ayah tunggu abam kat sana.jangan takut'..alhamdulillah..abam sampai dengan selamat ke klia.mak aku pulak yang risau cucunya naik sorang2..apa nak risau..itu direct flight je pun bukan singgah mana-mana.

Penantian memang penyiksaan..menunggu next flight jam 4.30 petang dalam debaran.Ramai sungguh orang nak balik ke klia hari itu.Aku bukan ada sedara mara di KotaBharu untuk menumpang tido kalau tak dapat flight balik.nak patah balik ke kampung pun bukan dekat2 perjalanannya.


memang tak duk diam


ni masa sebelum 'hujan turun'
last2 elok je naik flight sorang

feminin tak saya?
adoi

hai..peace yo

1,2 go...

Dipendekkan cerita..dapat jugak aku dan kenit balik dengan flight 4.30 petang.Syukur yang amat.

Sekianlah sudah kisah 'pahit manis' balik kampung di musim perayaan..Orang kata 'balik lah kampung sementara masih ada orang tua.kalau mereka dah takde,apalah ertinya balik kampung itu'....

Comments

Nieda Ramly said…
irfa balik kpg naik flight mcm naik bas espress
Unknown said…
nasib baik tak hujan lebat kan.. kat sini hujan jer, sejuk..hihi
IndaMarya said…
syok tengok si kecik pakai baju kurung..my cucu tk berapa mau, kalau pakai juga peluh sampai lencun..
Rumah Kuning said…
ayat terakhir tu saya amat setuju.
teratak buruk ambo tak jauh mana dari airport kb, boleh je nak bermlm. hehe
Unknown said…
Oooo.. tingkat 1 dah ada funland ya.
Last year balik ngan keta motip nak ronda bandar T'ganu & Kontan.

This year.. ntah la.. maybe flight.. maybe drive jugak..
Yunus Badawi said…
Dah lama ke ada kfc kat tingkat satu tu? Masa saya ke situ bulan Okt tahun lepas tak perasan pulak. Kami makan di restoran di sebelah bawah tu aje.
Irfa said…
#kak nieda..
Biasa je.sbb tiket murah.klu tiket mahal dlm mimpi je kot.tp sayang satu je...jauh sgt apt tu dgn kg saya.klu dekat mau tiap mggu blik kg
Irfa said…
#aqu Mad..
Hujan itu rahmat ;)
Irfa said…
#kak inda marya..
Dia mmg suka baju kurung
'baju raya'katanya ;)
Irfa said…
#kak RK..
Klu mak ayah dh xde..balik kg setakat nk jumpa sedara mara mgkin lain rasanya.

Rumah akak dekat dgn apt ke?bolehla mnumpang mandi lain kali klu terjadi kes tkde seat.tq utk offer itu ;)
Irfa said…
#Ibu Sham..
Funland ke org panggil?tpt tu kecik je tp bolehla takat nk buang masa mnggu.klu blik dgn family ramai2 lebih baik naik kereta boleh jln sana sini.tp klu naik flt pun boleh sewa keta kat apt je...
Irfa said…
#YB..
Lma dh ada kfc tu.rasanya sejak ank sulung kecik lg.apt tu 2tgkat je..bukan besar mana pun.mgkin tersorok sbb duk tgkat atas.kafe kt bwh tu sy suka mkn bihun sup tp kdg dpt daging liat.sakit hati je
Lee said…
Hello Irfa, Reading your posting about KB, K.Krai and the airport brings back memories of my working days I used to travelled to East Coast.
You have very cute kids, love the young girl and her not keeping still, ha ha, very active. She having fun.
And yes, its good balek kampong keeping in touch with family.

I have not balek kampong 15 years. Tengok la maybe next year.
Have a nice day.
Lee.
Irfa said…
#Hai Uncle Lee..
welcome ;)
sudah lama ye rasanya Uncle Lee tak singgah blog saya.tq sudi tgglkan komen

oh uncle pun penah ke sana ye?si kecil tu mmg aktif.bosan agaknya menunggu lama di airport itu.
:: CIKVIVA :: said…
cayalah abang balik sendiri.."young passanger travelling alone" :)
Acik Erna said…
sampai sekarang rasa sedih fikirkan abang balik sorang..uish..tapi anak lelaki kan..
sweetie said…
Wah! solutelah abam... berani 'travel' sensorang.. walau pun cuma duduk je dlm flight...
NenetPenne (NP) said…
abam naik sorang kapalterbang tak per, nanti mintak tolong akak pramugari temankan...

ya rabbi budak kecik tu..baju dah lawa tapi ha ha ha..feminin sungguh gayanya...

sib baik ada kosong seat kan? kalau tak, nak ajak pi rumah pun, akak tak balik kampung... kalau tak, boleh jer datang umah akak kat KB tu...
Biarlah rahsia said…
Irfa...next time apa2 hal...boleh bermalam rumah k.bi.ikhlas ni...kami dah biasa dgn kwn2 dtg tidu di rumah...
Yunus Badawi said…
Mungkin saya tak perasanlah kfc tu. Lain kali saya akan tengok betul2. Kalau ke KB jarang makan di apt kecuali hari tu sebab dah lewat nak makan di bandar. Kawan kami yg dari KB tu beriya2 nak belanja makan. Jadi kami makan di cafe tu. Makan nasi goreng aje pun .... ngeeee
Lady Windsor said…
adoii main sakan dia ya atas mende tu..kalau dah kanak-kanak tu memang kanak-kanak juga la stylenya..cumell!
QasehnyaRania said…
alahai macam2 style dorang ni..borink ke saje2

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')